Sebenarnya aku tak berapa nak suka nak citer pasal filem-filem kartun macam nih, sebab aku tak nampak apa-apa pengajaran yang membina kecuali kalau aku nak get off (nope...bukan jerk off ek?) dan melihat aksi-aksi hilang akal superhero dan yang sewaktu dengannya...ya, mungkin juga lepas ni aku bakal memecahkan suasana tu bila aku melontarkan pandangan aku tentang filem ni...mungkin banyak lagi filem superhero yang aku akan tulis lepas ni ha ha ha!!
Aku bukan pengulas filem jadi aku tak akan citer panjang lebar siapa pengarah dia, pengarah dia suka makan apa, pengarah dia ada skandal ke tak? dan apa angle yang pengarah ni guna untuk buat filem ni...for me...baik aku baca wikipedia ha ha ha ha!!
Walaupun semua orang tau citer-citer macam ni sekadar fiksyen dan dongengan...namun demikian ada juga pengajaran yang menjadi "makanan ruh" supaya berlaku keseimbangan antara ruh dan jasad...apa? kau ingat ruh kau tak perlu makan ke? itu yang kau sembahyang ingat Tuhan tu makanan ruh engkau laa tu!!!! kau ingat Tuhan suruh kau sembahyang nak ingat Tuhan aje ke?? Nak suruh kau agungkan Tuhan aje? Itu makanan ruh engkau tu...itu sebab orang tak sembahyang dan main main dalam sembahyang...ruh dia mati dan segala nasihat pengajaran dia tak dapat dengar sebab ruh dia dah mati...macam tunggul kayu aje laa kewujudan engkau kalau kau tak sembahyang...
errr...selesai sudah tazkirah aku sebentar tadi...errrr...ini citer dongeng yang sangat kreatif kerana pengarahnya sangat berimaginasi tinggi mengandaikan kalaulah anak jin boleh dibela oleh manusia...apa akan jadi dengan anak jin tu???
Anak jin itu mendapat satu peluang yang biasanya hanya diberikan kepada manusia...mengimbangi anomali matematik dan segala zat ciptaan yang maha tinggi demi untuk mengetahui, mengenal dan menilai apa itu KEBENARAN yang HAKIKI. Aku tabik dengan Guillermo Del Toro sebab dia memang best dalam menghasilkan filem-filem yang masak sebegini...
Hellboy atau nama timang-timangannya Red, mengalami pelbagai konflik dan seringkali bertelagah intelek dengan bapak angkatnya yang telah mengangkat dia semenjak insiden "terbuka pintu hijab" dek seorang atuk jin bernama Rasputin...errr...Rasputin ni dengar citer orang cakap dia ni hidup panjang...umur dia lebih panjang dari umur Nabi Isa...sebabnya dia ni dah hidup semenjak zaman Nabi Musa lagi...errr...talk about The Highlander (alaa...filem supernatural pasal irishman yang panjang umur tu!)
Aku teringat dalam satu verse pada Bible masa Jesus Christ bersyarah dengan pengikutnya tentang "the holy ghost" - ruh suci...hanya orang-orang yang tertentu sahaja yang kenal siapa dia ruh suci nih...dan orang-orang inilah satu hari nanti yang akan mengalahkan orang kafir...baca laa Quran kalau tak percaya kan???
Dan...sebenarnya aku tak melihat filem ni sebagai filem yang kufur...sebaliknya aku melihat cahaya dalam kegelapan melalui watak Hellboy ni yang walaupun pada zahirnya dia ni anak jin dan tak ada siapa boleh nafikan...namun dari didikan bapak angkat dia dan juga dari keistimewaan yang Tuhan dah bagi pada dia...maka ketika dia berubah menjadi bapak setan...entah macam mana dia teringat dengan bapak angkat dia dan dia teringat dengan Tuhan...he he he...hence...inilah contoh makhluk yang percaya dan kenal dengan KEBENARAN yang HAKIKI...dan dia tidak buta tuli dan pekak walaupun dia anak jin!!!
Hence...what makes man...a man?? Kau tau jawaban dia dan kau pilihlah nak jadi apa...itu privilege yang Tuhan bagi kat kau...sama jugak macam anak jin nih!!!