Ini ialah sebuah blog peribadi yang cuba merakamkan emosi, ekspresi dan mesej ketika menonton filem...hanya dvd dan bluray yang dirasakan mampu memberikan pengajaran yang membina sahaja akan dimasukkan dalam memoir blog ini...dan kepada yang membacanya anda harus bisa membezakan pendapat peribadi dan kritikan ...jujurnya...I am not trying to look "religiously cool" either! I AM RELIGIOUSLY COOL!! jadi...no need to look that cool because I AM!!!!
Disclaimer!
SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...
I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...
PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...
Inilah filem pertama Shasha Grey memakai baju...ha ha ha! Filem ni memang untuk orang yang bermasalah mental sebab hanya mereka yang bermasalah mental aje akan faham dan sanggup menyelam dan merodok isi perut plot filem yang hebat macam nih...
Berkisar tentang seorang awek yang ada masalah multiple personality disorder, dia cuba check in dalam satu apartment khusus untuk orang sakit mental...dalam apartment tu macam-macam jenis manusia ada...dari yang berbaju hingga yang tak suka berbaju...adik-adik...jangan tonton filem ni, ini filem untuk orang dewasa sahaja ha ha ha!
Plot filem ni nampak macam citer superhero aje...tak, sebenarnya plot filem ni bercerita pasal masalah mental dan macam mana kau nak berhadapan dengan orang sakit mental...
Filem ni menyusup jauh ke lubuk sanubari yang dalam...
Ini mungkin sedikit kurang ajar kalau aku kata filem ni memang filem bodoh yang mahu cruising down memory lane...mana taknya, aku teringat Waxwork 2, Army of Darkness dan filem ni bolehlah kita relate dengan sepupu-sepupu filem slasher yang lain macam Cabin in the Woods etc. Filem ni ada elemen bangang yang pada pendapat manusia intelek...entah apa-apa.
Tapi malangnya aku bukan manusia intelek, aku manusia bangang yang menabik spring filem nih sebab memang cruising down memory lane...aku teringat filem dark comedy genre macam nih - Waxwork 2...memang bagi aku the experience is "surreal but nice".
Walaupun filem ni filem budget ciput yang bangang, tapi premis time travel dan "you're entering another dimension" memang kegemaran aku, aku memang suka bab-bab surreal but nice nih...
Filem ni memberikan tabik spring (homage) kepada filem Friday the 13th yang mana wataknya dan jalan cerita dia sebijik! Mungkin depa tak berani ambik nama karakter Friday the 13th tapi diceduk rojakkan nama dan watak dari filem-filem legenda slasher yang lain seperti Nancy Thompson etc...
Bagi aku filem macam ni memang sangat legend kalau dia bermain dengan elemen space time continuum...masa dan dimensi dah macam....arrrgggggghhHHhhhhhhhHHH!!!
Tapi aku tak tau la pulak samada lima ekoq yang tersesat dalam filem tu akan mengulang-ulang sekuel dan prekuel filem tu sampai infiniti...
Kadang-kadang ada manusia Tuhan bagi satu perasaan yang sangat halus...bilamana dia merasakan perasaan itu, dia akan jadi overwhelmed dengan satu sifat ketuhanan yang akhirnya membawa dia jahannam dalam satu perasaan di mana...dia sudah tidak wujud lagi...yang dia nampak hanya - ONE.
Ini filem berjaya Disneyland untuk menerapkan elemen apocalyptic dan harapan yang digaul sebati untuk dijadikan satu resepi bernama - kehidupan (which is ---- God is ----- LIFE HIMSELF ----- the preserver) Sebelum ni Disneyland telahpun menerapkan dakyah kasih sayang dan missing link antara good and evil dalam filem Maleficient...tapi kali ni Disneyland pergi lebih jauh lagi...serious aku tgk filem ni tak semena-mena air mata aku menitik sebab lima belas minit terakhir filem ni aku nampak satu HARAPAN.
Filem ni tak perlu aku bagitau banyak tentang aspek-aspek jalan cerita sebab ini filem klise...cat and mouse, espionage apa kejadah semua dah klise bagi filem Hollywood...tapi aku lebih suka nak menekankan elemen yang selalu disebut dek Einstein..."imagination"////sebenarnya pencetus kepada fahaman Rububiyyah ialah imaginasi...kau tak boleh bayangkan sifat Robb kau macam mana...tapi kau boleh memikirkan kekuasaan Dia atas segala-galanya...ha ha ha!
Hanya manusia kreatif aje akan faham maksud filem ni...you have to go beyond your wildest imagination to experience everything...
Aku suka part last filem ni di mana depa menghantar utusan-utusan untuk menyatakan pada manusia...there is still HOPE...you can be whatever you want to be!!
Pertama kali aku beli CD nih, aku belek-belek cover depan dia...aku memang aware dengan arca nih sebab tak silap aku buku Sejarah Darjah 5 (versi 80an) ada terselit gambar arca nih...aku belek-belek tetiba aku terkezut beruk...aku tgk cermin...ha ha ha ha!!! lost tribe of Israel nih...aku dapat tau arca nih nak kena lelong sebab sejarah membuktikan Hang Tuah sebenarnya panglima dari negeri Cina...kesian Melayu...berangan ada pahlawan macam Hang Tuah ha ha ha! aku rasa aku nih keturunan ke 9 Hang Tuah kot? he he he! Sebab aku rasa macam kenal laa mamat dalam arca tuh...
Okay, kita cerita pasal CD ni pulak...awal bulan Oktober bila aku dapat tau band nih nak release CD, aku memang rasa macam...waaaahhhh!! Serious aku memang minat band nih sebab aku rasa depa memang....awesome ha ha ha!!! Sampai kena hamun dengan tawkey CD kat Hopoh sebab tiap-tiap hari aku tanya...ha ha ha! nak beli kat I-tunes sumpah aku tobat sebab hari tu laptop aku crash sebab download software I-tunes...nak tak nak terpaksa laa aku tunggu lima enam hari...
Wife aku pun peminat band ni gak...entah macam mana dia jumpa CD ni kat kedai mana...dia rembat dulu...bukan nak bagi tau aku...last-last bila aku dah beli dia cakap...apahal abang beli lagi...?? Ha ha ha! inilah masalah kalau communication breakdown...
Overall CD nih bagi aku memang cuba nak jadi lebih berat dari bubblegum pop debut CD depa...sebenarnya ikut sejarah aku memang menyampah dengan band nih dulu sebab lagu entah apa-apa...tapi sebab marah punya pasal...aku layan seround dua tetiba rasa macam best pulak...bagi aku lagu "Kalimah" tu memang MISTERI NUSANTARA laaa...
Opening number CD nih memang...ini "rock anthem" Projek Pistol...kalau bawak kat konsert memang happening...tapi bagi aku lagu nih akan jadi lebih epik kalau ternary form dia dikembangkan lagi sampai lapan minit...serious...lagu nih kena main sampai lapan minit...3:52 tak cukup...macam tak cukup masak aje...aku agak vokalis dia kalau nyanyi live memang semput tak cukup nafas...bagi aku lagu nih macam standard "Kashmir", lagu epik Led Zeppelin...memang epik! riff doom laden ala Pantera tu memang tak terjangka...sangat happening...
Lagu nombor dua (sorry aku tak ingat sangat tajuk sebab panjang-panjang susah nak hafal) memang gerek sehhhhh!! aku teringat lagu cover Cinderella...Move Over...memang part solo tu aku jadi gila sekejap...sound dia pun memang vintage...kena sangat dengan lagu dia...
Lagu nombor tiga, aduhai...memang aku tak boleh nafikan songwriter dia memang versatile...bini aku cakap...depa rip off Def Leppard ke?? ceh!! bini aku marah sebab tak ada lagu yang macam debut album...dia tak faham sangat ke heavy an CD nih...dia kata dia pening dengar...cuma lagu nombor tiga nih aje yang dia layan...biasa laa...pompuan...ha ha ha!! part descending scale tu memang ada macam lagu Krismas sikit laa...memang bagi mood pada lagu nih...memang aku pun layan jugak laa...ha ha!
Lagu nombor empat...aduhai,..tak tau nak cakap apa...speechless...creative songwriting nak cakap apa lagi...dengar...layan aje laaa...
Lagu nombor lima riff ala Jeff Waters memang aku suka...aku rasa Edrie Hashim pun tak kenal siapa Jeff Waters...tapi memang aku tabik spring..."I set the world on fire, it's your time to retire, because sooner or later...you gonna meet your maker!"...memang Annihilator...part riff "agung" pentatonik tuh memang...ha ha ha ha! Richie Kotzen eh?
Lagu nombor enam...ha ha ha ha! ini trade mark Projek Pistol...at least bini aku suka! he he he!
Lagu nombor tujuh...ini laaa lagu pertama yang aku dengar bila aku beli CD nih...pacing dia memang outstanding..,aku rasa ni lagu depa nak warm tu masa konsert...rock on! Intro memang standard laa...ke heavy an yang melampau-lampau bagi telinga aku...riff dia memang...stylo...apa kau nak expect dari seorang gitaris bernama Edrie Hashim?? Serious dia tulis apa pun memang aku cakap dia bagus ha ha ha!!! Tapi lagu nombor tujuh album depa nih memang ada semangat yang sangat misteri...he he!
Lagu nombor lapan...Metallica kot? watered down version punya Metallica...riff dia memang...aku sendiri tak boleh nak main ha ha! aku tgh panas hati tak dapat-dapat lagi main solo lagu nombor dua tuh...
Lagu nombor sembilan...ni satu-satunya lagu yang aku tak berapa berkenan...entah...aku pun tak tau apahal...
Lagu nombor sepuluh...ha ha ha! Ayat Quran tu bro! Demi Masa...sesungguhnya manusia dalam kerugian...ini aje satu-satunya lirik yang ditulis dek gitaris depa...layan jugak laa...okay laa...
Secara keseluruhan aku rasa macam tak puas hati dengan sound dan balancing CD nih...kadang-kadang gitar dia bunyi ke dalam sangat...macam tak puas dengar...atau mungkin produser dia nak sound macam nih sebab nak menampilkan sound ala-ala analog sebab sekarang nih pun banyak orang nak retro...aku dengar album nih macam sound dia kureng sikit laa...tapi mungkin itu vision band nih...
anyway aku memang tunggu mahakarya band ni yang seterusnya...lima tahun? sepuluh tahun?? itupun kalau umur aku panjang lagi laa...semoga band nih terus ada dalam Malaysia nih...legend tuh!!!
disclaimer : aku letak video kat atas tu bukan aku nak cakap depa nih rip off these bands, tapi macam mana seorang creative composer ambik a certain parts of well known repertoire and get away with it wihout a scratch...ini baru terminologi FUSION yang sebenar...bukan FUSION jazz aje ha ha ha!!!
Sekarang ni semua produser filem nak kembali ke masa lampau...err...back to the future? Aku nampak sekarang ni banyak orang buat filem yang macam nak throwback thursday, friday, saturday dan sunday untuk filem-filem liat dan empuk (pun intendend) macam filem nih...
Aku roll credit...memang aku dah agak depa mesti akan bagi kredit untuk filem-filem kanibal tahun 70-80an yang dibikin oleh pengarah-pengarah shocker Itali yang lebih ganas dan lebih mual aku nak tonton...aku sampai sekarang tak berani nak tonton Cannibal Holocaust walaupun aku ada Bluray originalnya...uncut, uncensored...dan shameless...ha ha ha!
Percubaan Eli Roth untuk kembali melungsuri lorong ingatan filem-filem kanibal agak berjaya juga pada pandangan aku...cuma aku rasa permulaan filem ni macam dokumentari (pun intended lagi!) dan tak payahlah nak cerita macam mana depa boleh tersangkut dalam hutan kat Peru tu ha ha ha!
Olahan citer dia klise gila anjing. mula cerita ajer kau dah boleh nampak lepas satu babak nanti, akan ada satu adegan tribute untuk filem-filem yang dianggap "the mother of all cannibal movie"...
Filem kanibal paling lahanat pernah aku tengok...Wrong Turn 3...bagi aku itu filem kanibal paling jelas dan paling real ketakutannya...
Aku tak boleh bayang masa bebudak U nih kena angkut dengan puak-puak kanibal tuh...siap kena raba, kena tarik rambut...kena seluk...filem nih berjaya menimbulkan perasaan takut dan simpati aku pada karakter-karakter nih...kau tak dapat bayangkan perasaan kau bila kau menjadi "lauk" kepada puak-puak nih...
Paling cilanat bilamana mamat yang badan besar tu kena angkut dengan puak kanibal nih...dia ingat depa nak rawat luka dia...last-last lagi "menambah" luka ada laaa...kau tak dapat bayangkan rasa mata kena korek dengan pisau tajam dalam keadaan kau masih hidup...arrrrggggghhhhhh...terlalu menakutkan bagi aku...lepas tu organ-organ penting kau ditetak sampai putus...arrrrgggghhhhh!! lepas tu dia jadi lauk kenduri puak-puak nih!! ha ha ha!
Secara asasnya aku rasa filem nih memang berjaya menakutkan aku sebab aku sampai sekarang dok terbayang apa perasaannya kalau aku ada kat situ...seriau mahu bunuh diri aku ha ha ha ha!!
Kalau filem cenggini, ia memang makanan jiwa aku...aku suka filem pelik-pelik macam ni sebab dalam kebodohan dan kebangangan filem cenggini, ada satu "hikmah" (a big word used nowadays) yang hanya aku aje faham... Filem ni bermain-main dengan frasa "what if" dan meneroka ke alam separa sedar pilihan manusia...dalam kau memilih kehidupan hakiki dalam diri kau...apa sebenarnya "zat" yang mendorong kau untuk melakukan sesuatu atas nama "kehidupan"? Memang bagi aku mesej filem ni sangat tersirat...watak-watak dalam filem ni memberikan pengajaran untuk membezakan "ilusi" dan "realiti"...dalam realiti kadangkala kau boleh jadi separa biol dan sewel untuk menentukan - "what is it that ticks me"? Dan akhirnya sebagaimana biasa..."hikmah" pengajaran yang aku cuba berikan dalam menyampaikan ulasan filem ni ialah... YOU ARE WHAT YOU EAT.
Kadang-kadang filem-filem cenggini akan muncul dalam bluray dan dvd membuatkan kau rasa macam best aje...bagi aku filem-filem cenggini memang mencabar pemikiran manusia dungu macam aku, sebab aku nak memahamkan jalan cerita satu hal...dengan plot cerita tunggang terbalik...lepas tu pembinaan karakter yang melampau sampai kau tak tau apa kejadahnya mesej filem yang nak kau faham...
memula kau tengok filem nih kau kena perhatikan karakter utama filem nih...aku rasa kalau kau peminat Richard Matheson atau Alfred Hitchcock, tak ada masalah buat kau...filem nih memang pada mulanya bosan tahap ninjamantra sebab aku sendiri pun tengok ada laa tertidur dua tiga kali...dah terlelap aku ulang balik konon-kononnya nak dapatkan balik jalan cerita pada filem nih...
Menonton filem nih macam kau kena selesaikan masalah kiub Rubic zaman 80an di mana kau kena susun betul-betul jalan kau sebelum kau kena beduk...aku memang tak faham langsung apa kena mengena kamera bagak yang keluar gambar macam kamera Polaroid nih...zaman internet nih kamera Polaroid laku lagi ke?
Tapi bila aku tengok sampai habis...memang aku menyumpah-nyumpah sorang-sorang sebab aku rasa kalau Hitchcock hidup balik dan tonton filem nih...mesti dia mati sekali lagi sebab dia sendiri rasa macam bodoh aje nak memikirkan apa benda sebenarnya yang berlaku dalam filem nih dan sebenarnya siapa dia pompuan dalam filem nih...samada dia manusia atau jin??
Secara zahirnya ini memang satu bentuk filem yang buat aku seriau! Filem nih membuatkan aku tertanya-tanya sebenarnya aku main muzik nih nak tunjuk aku bagus gila ba** macam Kirk Hammet bila solo ke atau aku bermain muzik hanya kerana aku nak merasakan perasaan halus dalam muzik yang aku main.
Filem nih memang pada mulanya buat aku menyampah dengan pensyarah muzik sakit jiwa nih yang pernah menjadi J. Jonah Jameson dalam filem Spiderman...memang dia punya aura bila dia masuk dalam kelas menyebabkan aku teringat dengan seorang makhluk Tuhan nih...yang perangai sangat sinonim dengan cikgu muzik nih...
Memang tak dapat dinafikan sebenarnya apa yang cikgu muzik nih cakap ada betulnya...kalau setakat kau main muzik lepas tu kau nak rasa kau bagus macam gampang...baik kau balik main guli aje laaa...
Aku tak dapat bayangkan mamat drummer nih pertama kali join kelas cikgu nih mesti dia tak expect yang cikgu dia ada masalah mental macam nih...aku pun heran, takkan dia tak dapat trace macam mana menggigil tahap Ultraman bebudak dalam kelas tuh bila cikgu muzik sakit jiwa tuh masuk? Aku tak dapat bayangkan bilamana cikgu nih puji mamat nih,,,macam mana perasaan mamat nih mesti kembang satu taman sebab dia rasa macam bagus...tapi aku rasa dia terpaksa balik ke pangkal jalan bila Captain Ameriak membaling tudung sajinya tepat kena kepala mamat drummer nih tapi sikit lagi nak putus kepala dia ha ha ha!
Ini satu filem yang mengajar kita bahawa...kalau kau rasa kau buat satu benda sebab kau rasa kau nak tunjuk kau hebat...aku rasa baik kau balik rumah main guli aje laaa...
Ini memang sebuah filem untuk...orang-orang yang berjiwa kental!!!
Ini ialah filem US Marshall dan The Fugitives versi wanita...nasib baik depa tak cast Scarlett Johansson jadi hero...sebab bagi aku benda tu dah jadi spastik...ye aku tau Scarlett Johansson memang bergetah pada setengah orang...tapi aku lebih redho pompuan nih jadi hero sebab...errr
Filem patriot macam nih kengkadang dia boleh jadi tepu sebab macam biasa...apa kau dapat pun kalau orang gelar kau seorang Negarawan? Dalam api neraka tak ada makna dah perkataan tu pada kau (pun intended).
Milla Jovovich dalam filem nih tak lah mengada-ngada sangat macam dalam filem francais Evil dia tuh...ini satu lagi filem yang sangat meyakinkan bilamana kau berada pada jalan kebenaran...maka kau tak perlu takut dengan bapak thug macam Pierce Brosnan...sebab bagi kau bapak thugs tu hanya kacang putih yang melekat celah gigi kau...
Aku sangat suka adegan ala-ala Divine Intervention di mana bapak thug nih dia seorang teroris taraf dunia yang nak bikin caca marba...dia kena kacau dengan pompuan dari Imegresen yang sangat patriotik dan cintakan negara...ha ha ha! Dia cuba berusaha nak menjahanamkan pompuan nih...malangnya...
Dalam filem nih juga aku belajar satu benda...Nothing is as what it seems...elemen espionage memang satu benda yang kau kena pertikai dalam hidup.
Ini filem yang mengingatkan aku dengan Harrison Ford dan Wesley Snipes...ini filem Fugitive versi Hawa,,,
Aku tak faham macam mana dalam filem nih depa boleh jumpa wormhole kat outer space? Itu aje yang aku tak faham...formula apa depa guna untuk sampai kepada wormhole tu dan aku rasa tak logik sebab mengikut teori The Hitchhiker's Guide to the Galaxy. improbable drive kau untuk bertukar sifat menjadi sebuah bateri atau pasu bunga adalah 99.9%. Kat situ aku nampak macam ada penipuan aje...
Tapi pasal mamat tu time travel balik tu sebenarnya dah dijelaskan dalam Relativity Theory yang terdiri dari Special Relativity dan General Relativity...aku tak dapat bayangkan macam mana Einstein boleh jumpa teori tu dalam Surah Al Ikhlas...serious aku kagum!
Cahaya bergerak sangat laju dan cahaya paling tinggi ialah "cahaya atas cahaya"...dia boleh berada dalam dua titik pada masa yang sama...makanya sebenarnya logik iman juga mahu percaya bahawa Matthew McConaughey boleh berada pada dua zaman yang berbeza...dengan keadaan dia yang sama! Tetap muda belia walaupun anak perempuan dia dah nazak nak tunggu mati.
Aku yakin mamat Cooper tu ialah manusia lutcahaya yang hidup beratus-ratus tahun lampau dan dia ialah special intelligence yang wujud dalam badan manusia yang normal ha ha ha ha!
Kau tak faham?
Laaa...aku faham...faham sangat!
Bumi kita ialah centre of the universe, wormhole berlaku apabila satu titik blackhole yang dinamakan singularity berada dalam polariti yang tidak stabil...ha ha ha ha!
itu yang aku heran macam mana depa boleh jumpa wormhole tuh!
heran sangat nih!
bunyi sebenarnya bergerak lebih laju dari cahaya...ha ha! sebab macam mana mamat tuh boleh communicate dengan anak dia padahal dia dah ada dalam satu ruang distorted time yang sangat jauh!
itulah, kalau omputih menipu kita makan bulat-bulat ha ha ha!
Ini memang penipuan paling licik dan bergaya!
ps: Tuhan juga telah meng confirm kan teori Special Relativity Einstein bilamana Dia sebut satu hari di sisi Allah Taala adalah sama dengan 1000 tahun masa dunia (jadi sebenarnya Cooper hanya berada kat planet tu dalam masa dua jam aje)...sekali sekala cuba belek Quran mesti jumpa! apa yang kau tak faham nya? Hati berkelajuan cahaya Ultraman akan nampak semua benda ha ha ha!
ps2: untuk memahami spatial dimension dan time dimension kena baca buku fizik karya seorang omputih nih yang explain in detail pasal 11th dimension yang sebenarnya kalau kau sampai kat dimensi ke sebelas tu kau nampak kat bawah tu macam satu titik yang tak disambung tapi masa lampau, masa sekarang (ikut perasaan kau) dan masa akan datang sebenarnya ialah satu loop yang diulang-ulang (sebagaimana Kami turunkan 7 ayat berulang-ulang)...sebenarnya kau orang semua telah ditakdirkan mengulang benda yang sama secara infiniti, itu sebab mamat Cooper tu boleh communicate dengan anak dia (sebab kita duduk dalam SATU titik!)...indeed Groundhog Day DO exist! dalam satu titik kau sedang dilahirkan, sedang belajar kat sekolah, kena buli dengan kawan, kau mati, kau kena siksa dalam neraka, kau bersetubuh dengan wife kau...semua berada dalam satu titik yang NULL!
Bilamana aku menonton filem, biasanya aku suka filem yang mencari kepada satu kefahaman bahawa sifat manusia itu lemah...tapi pendorong untuk manusia menjadi kuat ialah keluarga dia...
Bilamana aku beli satu bluray, biasanya benda paling penting aku tgk sinopsis cerita...kalau cerita banyak drama...yang itu aku suka...namun demikian aku kurang berminat nak menonton filem yang hampir 100% bertumbuk, bersepak terajang dan menyondol...(ehem, ehemmm).
Ini filem nampak macam banyak adegan "menyondol"...tapi sebenarnya kau sangat salah...ini filem berdasarkan tentang realiti seorang pelacur dan seorang bapak ayam...bilamana seorang pelacur marhaen yang tidak tahu apa-apa dan pada dasarnya seorang perempuan sundal yang bebal dan menjadi mangsa kejahatan manusia...maka kalau perempuan itu sangat determine untuk mengubah dirinya...kau tunggulah penerajang dia...ha ha ha!
Pada mula filem ni aku dihidangkan dengan adegan aerial view yang menunjukkan tubuh badan Salma Hayek yang penuh tatoo di belakang badan dan bentuk badan perempuan berumur nih boleh tahan juga ha ha ha! ataupun dia guna stand in aje kot?
Aku menonton filem ni dengan perasaan belas...aku rasa masa nih perempuan sundal bernama Everly nih dah kena "sondol" berdas-das dari orang kuat bapak ayam dia...dan mungkin apartment mewah dia kena storm in dengan gang jahat bapak ayam dia yang nak lapah kulit muka dia satu persatu,,,sebab apa? Sebab minah nih dah double cross bapak ayam nih...mind you, minah pelacur nih bukan Beatrix Kiddo mahupun Alice dalam filem Resident Evil...dia tak tahu satu apa pun pasal kuntau...tapi yang menariknya filem nih...kita nampak kenyataan bahawa...siapa pun engkau...kalau kau nampak...kau nampaklah!!
Kekuatan pompuan nih datang dari anak perempuan dia dan emak kesayangan dia...pada mulanya dia dah give up...dia dah terima kenyataan bahawa dia akan mati...sebab bagi dia tak ada jalan untuk dia hidup sebab bapak ayam dia memang...kingpin tak ingat dalam bandar tu...namun demikian dari awal dia struggle untuk keluar dari apartment tu dan jumpa anak dan mak dia untuk suruh depa lari dari tempat sial tuh...namun demikian akhirnya dia terpaksa bawak mak dan anak dia masuk apartment jahanam tuh...
dan masa dia nak sampai level bapak ayam dia...macam-macam jenis manusia dah masuk dalam apartment tu untuk mencuba nasib dalam menyembelih pompuan nih termasuklah seorang sadist Jepun yang membunub mangsa dengan kejam sekali...
bak kata orang Iban - Agik idup Agik Ngelaban!
Yakinlah kita bahawa kalau kita ada kekuatan...Allah akan zahirkan kemenangan macam dalam filem nih...macam mana seorang pompuan pelacur boleh rodok jantung bapak ayam dia selamba??
Jika menonton filem Quentin Tarantino, aspek ini tidak akan mengecewakan anda - soundtrack filemnya.
Beatrix Kiddo cuba menamatkan dunia hitgirl nya dengan mencuba untuk settle down dan ada anak dengan suami, malangnya niat sucinya itu terpaksa dipadamkan dengan ganasnya.
Cuma masalahnya, dia belum mati lagi dan niatnya cuma satu - Kill Bill.
Apa yang menarik tentang filem ini ialah lagu latarnya yang memang kena dengan setiap watak...lagu latarnya berjaya menghidupkan elemen-elemen ganas dan kejam dalam filem ini.
Aku rasa dah beratus kali aku menonton filem ini sebab Uma Thurman berjaya menghidupkan jalan cerita filem ini.
bak kata orang Melayu - Alang-alang mandi biar basah. Alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan...
Dan akhirnya...
Indonesia and Malaysia's screening of Gavan (translated as Gaban) on local TV has gained itself a cult following, and the word Gaban itself has become a meme. It is used after adjectives to give an image of bravery e.g. "sebesar Gaban" ("as big as Gaban", epically big) or "Gaban betul" ("truly Gaban", really brave) or "tahap Gaban" stand for superior level of achievement.
In Brazil the series was very popular in the 1980s and 1990s, along with several seasons of Metal Hero franchise.
cehh! Wikipedia pun acknowledged siottt!!!! ha ha ha ha ha!!!! ini ialah contoh di mana Tahap Gaban menjadi satu cult phenomenon ha ha ha ha!!!