Ini ialah filem yang mengajak kita menghayati dan menghargai kehidupan yang diberikan oleh Tuhan...hidup tidak semewah hitam dan putih, perlu banyak belajar dari pengalaman dan kesilapan dalam hidup, itulah yang dinamakan "kehidupan".
Ini juga ialah filem insaf dan filem klasik yang sangat aku minat kerana seperti filem-filem lain yang banyak mempengaruhi kehidupan aku, filem ini juga banyak mengajar aku tentang warna warni kehidupan, emosi, karakter yang "hidup" dan juga seperti biasa konflik PILIHAN.
Dua orang adik beradik terperosok ke dalam dunia televisyen yang klasik dalam hitam putih setelah mereka dihadiahkan sebuah remote control ajaib yang mampu membawa mereka sekali lagi ke alam "innocent" ala Adam and Eve yang tidak banyak perkara perlu difikirkan melainkan menjalankan fungsi masing-masing tanpa perasaan dan "cabaran" dalam hidup.
Dua orang adik beradik ini juga belajar banyak perkara dalam televisyen ini dan juga orang-orang dalam televisyen ini juga banyak belajar tentang "kehidupan" dari mereka...
Namun demikian...satu ayat yang paling ketara dan paling kritikal dan memainkan peranan menyampaikan mesej dalam filem ini ialah - BACALAH.
AMIN.


