Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Jalan Kematian...atau Jalan Untuk Terus Hidup?

...sebenarnya Viggo Mortensen ialah seorang yang bijak menjiwai watak seorang manusia pejuang yang tidak melihat bahaya di depan sebagai satu halangan untuk dia dan anaknya terus menerus menjalani kehidupan di dalam filem pasca apokalips yang amat menarik, sebagai seorang penonton filem tegar, aku merasakan terus semangat perjuangan seorang duda beranak sulung yang amat kental mengharungi dunia pancaroba yang berjaya dipaparkan dengan amat berkesan sampai menitik juga sebutir dua airmata aku.

Berhempas pulas mendidik dan mengajar anak sulung kesayangannya tentang maksud kehidupan di alam pasca apokalips yang amat mencabar dan tercabar, dia cuba menyemai benih jiwa kemanusiaan dalam diri anaknya walaupun keadaan sekeliling amat berat untuk dia menjayakan niat sucinya itu.

Filem ini ada ironinya pada realiti kehidupan pada tahap tegar dan ekstrimis, manusa sanggup melakukan apa sahaja untuk kekal hidup walaupun terpaksa membunuh dan memijak bangsanya sendiri...ironi ini dipaparkan pada sikap sebahagian kumpulan manusia yang sanggup menjadi kanibal memakan makhluk sama spesis dengan dia...he he he! skima!

Ini filem realiti yang tidak mahu kalah pada kemanusiaan, tidak mahu kalah kepada kebinatangan dan kesyaitanan...seorang manusia marhaen yang sanggup berbuat apa sahaja demi keluarganya dan sebenarnya itulah keistimewaan makhluk bernama manusia...mereka mampu hidup dalam keadaan yang bagaimanapun...dan sebenarnya aku amat mengkagumi filem ini.

LIMA BINTANG!!!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...