Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Thw Twilight Zone or The Dead Zone?


Johnny Smith sememangnya seorang manusia yang diberi ujian yang sangat susah...watak dalam filem nih ialah epitome bila kau tahu banyak benda...apa tindakan kau selepas tu?

Aku sangat heran...manusia-manusia yang mengaku dia macam-macam...ada yang mengaku pesuruh Tuhan la, Rasul la, Nabi laa...tapi pernah ke depa kena buat "selfless act" macam mamat bernama Johnny Smith dalam filem nih? Dia terpaksa struggle samada nak bunuh Senator tuh atau biarkan aje nyawa orang kebanyakan melayang pasal dia rasa bukan tanggungjawab dia nak bikin itu semua...itu semua kerja Tuhan...

"selfless are the righteous".

ini ialah pengajaran "good and evil"...membunuh satu nyawa ialah satu kesalahan yang sangat besar...tapi apabila kau tahu bahawa nyawa itu akan bertanggungjawab menjahanamkan ratusan ribu nyawa orang lain...what will you do?

decisions, decisions...

mungkin ini satu contoh terbaik seorang manusia yang diberikan ilmu disisi Tuhan yang boleh beza baik dengan buruk...mungkin ini salah seorang penghuni The Twilight Zone dengan seribu satu rahsia yang hanya Tuhan aje tahu...ini mungkin....errrrr...

and then...some?

kau rasa kau hidup di dunia ni tak ada fungsi? tunggu dulu...eh! kau dah melaksanakan fungsi kau...samada menjadi villain atau hero...dan akhirnya???

BiPolar Mood Disorder - excelsior!


Filem nih memang aku ulang tayang banyak kali sebab nak ambik feel seorang BiPolar Mood Disorder tu macam mana perangai dia...pasal aku rasa aku tak ada penyakit nih! Latarbelakang filem nih berkisar tentang seorang bekas cikgu (huh! ironik!) yang kena hadap depan court (ironik lagi!) pasal dia sudah "belasah" seorang mamat yang sudah ada affair dengan wife dia...part tu aku confuse sebab jalan citer filem nih tak ada detail samada dia belasah mamat tuh sebelum dia divorce dengan wife dia atau dia belasah mamat tu setelah dia divorce dengan wife tak guna dia tuh! yang itu aku blur sikit...

Mamat yang pernah berlakon filem Limitless dengan pelakon yang ada iras muka pak mertua aku nih (ironi nya pak mertua aku ada jugak berlakon dalam filem nih!) memang menghayati betul watak dia...aku perhatikan kalau kau suffer penyakit nih...kau ada masalah pertuturan, cara kau bercakap tak macam orang berakal waras...kau meracau (macam aku selalu tulis kat blog nih kot?) dan merapu lepas tuh benda trivia pun kau nak gaduh? errrr...so sebenarnya ramai juga manusia dalam Malaysia nih ada penyakit BiPolar nih bilamana depa meracau bila ada isu pegang anjing! Owhhh...I am not alone!

Baru aku tau bukan senang juga kau nak di cop GILA! kau kena ada rekod turun naik court (errr...tak, aku turun naik court aku saman orang! saman kerajaan!) lepas tu kau kena ada court order supaya kau dimasukkan ke dalam wad sakit mental dan kau kena observe dan makan ubat selalu...errr...aku? Aku dah dua tahun tinggalkan ubat....so? Aku masih mental lagi ke?

itu satu persoalan yang kau orang kena jawab ha ha ha ha!

and then...some?



Belajar ABC untuk Mati...


semalam aku dengan wife berjalan ke Kenyalang Park, Kuching, nak cari apa-apa DVD dan Bluray yang boleh buat bahan nak menonton malam nanti...wife aku memang movie freak...code name dia Natasha : Zombie. semua cerita tentang zombie dia dah tonton jadi kau jangan tipu dia...semenjak watak perempuan diagungkan dalam filem zombie (Resident Evil / Dawn of the Dead) maka wife aku memang peminat zombie keren!

dialah yang jumpa filem nih, dia memang tak tahu pasal filem nih...cuma dia pernah perasan aku ada DVD pertama filem nih jadi dia tunjuk kat aku...aku pun dah nampak...belilah!

filem nih memang pelik, lebih pelik dari filem pertama...filem ni bagi imaginasi cara-cara nak mati dalam keadaan tragis dan sadis...dari pembunuhan tak masuk akal sehinggalah kekejaman manusia awkward yang digambarkan dalam elemen stop motion...

aku belajar juga banyak benda dalam filem nih, memang filem nih tak sesuai untuk wanita mengandung sebab takut nanti anak kau terkenan...

and then...apa aku nak cakap pasal filem ni? kau orang kena tengok sendiri...tapi aku suka part "home invasion" tuh...laki dia ada "hal" kat France, tengah borak dengan wife on the phone, tetiba ada orang pecah masuk (segmen S is for Split) dan tibai wife dia sampai mati...naik atas pi ketuk anak kecik dia sampai mati lepas tu dia ambik phone wife mamat tu and dia cakap - "let me talk to my husband"...aaaaaahhhhhhh!!?  Twisted gila sial! dia nak cakap dengan husband dia? kau nak tau kau kena tgk filem nih...twisted gila ba**!

satu part mamat nih dengan atuk dia tinggal serumah..dia gaduh dengan atuk dia...tetiba atuk dia cucuk dia dengan satu benda tajam...atuk dia marah dia - "kau duduk menumpang rumah aku dan kau panggil aku wanker dengan kawan-kawan kau...kau panggil aku wanker?!!!!" dia terus bukak seluar dan cuma ada kontol tergantung...atuk dia tak ada benda alah tu! atuk dia cakap - macam mana aku wank kalau aku tak ada benda tuh!! hah!!!

ha ha ha! lawak gila...

filem nih memang surreal sikit laa...kalau kau akal sihat kau jangan tgk!

he he he!

ps: part filem Jepun pasal zombie tuh memang sarkastik! see it to believe it!



...And Justice For All?



"Jam 9:00 pagi, Mohamad sudah menunggu di ruang belakang dewan Mahkamah Rayuan, dia rasa macam nak pengsan pun ada sebab pada pagi itu dia kena mewakili diri sendiri untuk melawan kes penamatan kerjanya oleh pihak kerajaan. Mungkin kalau orang biasa yang tak kuat semangat, mahu dibiarnya sahaja kerjanya dibuang dan hidupnya jahanam, Namun bila setiap kali melihat isterinya dan anaknya yang comel, Mohamad merasakan satu kekuatan dalam dirinya dan mahu tak mahu, diredahnya juga bangunan mahkamah itu buat kali ketiga, setelah kali pertama dan kedua dia ditipu hidup-hidup oleh peguam yang mewakili dirinya menyebabkan dia kalah dalam kes di Mahkamah Tinggi. Benarlah kata orang, golongan pertama yang akan banyak masuk neraka ialah golongan pembahas-pembahas @ lawyer.

Mohamad tampil ke depan dewan, dia cuba nak meminta supaya kesnya didengar awal. Namun demikian, penterjemah yang bertugas ketika itu mengatakan bahawa giliran Mohamad pada pagi itu bernombor 13, kes ketiga yang akan didengar pada pagi yang malang itu. Mohamad bergegas kembali ke belakang dewan dan duduk. 

"Eh! bila lagi kes aku nak didengar ni? Ini dah masuk kes yang keenam dah!" rungut Mohamad. Dia merasa seolah diperbodohkan oleh penterjemah berbangsa Hindu tersebut. Mohamad dah hilang akal. Tepat jam 12:15 tengah hari, kes Mohamad disebut. Dia dipanggil ke depan. Belum pun sempat Mohamad membuka mulut, membuka bicara dan akal, hakim sudah menerjahnya. "You haven't filed in your order for the Court of Appeal, have you?" tanya hakim yang mengetuai Mahkamah Rayuan pada pagi itu. "No your hon....errr...My Lord, I dont find the need to file the order since I was not instructed by the court to do so", Mohamad menjawab dengan yakin. "You know what, since you did not file your order, I am hesitant to accept your Affidavit to the Court of Appeal, unless you wanted to file for a delay and set a time for another hearing, would you like to do so?" Mohamad bingkas menjawab, "No My Lord, I would like to proceed with my hearing". Hakim tersentak, mungkin ketika itu dia berfikir - "whhoaaah! determine sungguh orang ini, tunggulah aku bantai kau nanti".

Mohamad membuka hujjah dengan penuh keyakinan, sebenarnya dia telah bersedia, lebih bersedia dari Peguam Negara yang akan melawan hujjahnya sebentar lagi. Mohamad menggoreng, melibas, menerjah dan mempersoalkan kewajaran pembuangan kerjanya kepada tiga orang hakim di hadapan. Peguam Negara bingkas menepis, melipat dan mencantas hujjah Mohamad namun malangnya setiap kali Peguam Negara menerajang kembali hujjah Mohamad, ketika itu jugalah belang Peguam Negara terdedah. "Owwhh, this is Perakuan Pencen, Senior Federal Counsel! Please do your job properly! How can you do this?" hakim menempelak sang Peguam. Mohamad dapat merasakan bahawa Peguam Negara sudah menggeletar seluruh badan. Dah rasa macam tak mampu nak memberikan hujjah yang baik.

Hanya ketika Peguam Negara membuat kenyataan - "since the Appellant was employed as a probationer, it is highly suggested that the Commission is not bound to confirm the Appellant if there is something amiss about the Appellant, the Commissioner is entitled to make an inquiry". Waaah! ini peluang keemasan! Mohamad tidak melepaskan peluang ini, lantas dia mengangkat tangan dan meminta izin kepada tuan hakim, "My Lord, if I may?". "Proceed!" balas hakim. Mohamad mula mengeluarkan hujjah berkaitan - "My Lord, if we refer to the Article 135 (2) (b) of the Federal Constitution, the party with the power to dismiss or reduced in rank of an officer, if for whatever reason that is RECORDED IN WRITING, can terminate an officer in the interest of the public and the right to be heard will no longer be applicable since the party with the power to dismiss had a reasonable doubt to dismiss or reduced in rank of an officer in mention". Mohamad menambah lagi, "Furthermore, according to Article 132 of the Federal Constitution, an officer holds office during the pleasure of Yang Di-Pertuan Agung, which holds that the post held by an officer in the government sector had a security of tenure and he cannot be simply dismissed or terminated in the interest of the public without just cause and excuse".

Sebaik sahaja Mohamad selesai berbicara, hakim mula melenting dan kelihatan mukanya merah padam...mungkin ketika itu dia merasa seperti diperbodohkan oleh seorang bekas guru yang langsung tiada pengalaman menjadi peguam. "Aku tak boleh bagi cikgu kena buang ni menang, kalau tidak mesti tercalar institusi kehakiman, mana ada lagi orang biasa lawan kerajaan boleh menang?" syaitan mula membisik ke telinga hakim tadi. Akhirnya hakim tidak lagi memberikan peluang untuk Mohamad berkata-kata, lantas beliau dan dua lagi hakim di hadapan Mohamad bersepakat bahawa insitusi kehakiman tidak wajar dimalukan oleh marhaen seperti Mohamad. Oleh kerana merasa tercabar, hakim nekad membuat keputusan..."After hearing your argument, we had decided unanymously that your case had no merit and we decide to dismiss your case".

Hakim kemudian bertanya kepada Peguam Negara samada mahu meminta kos guaman kepada Mohamad. Peguam Negara yang terdiam dari tadi, mungkin kerana beliau tidak menyangka Mohamad akan ambush dengan begitu teruk sekali, bingkas bangun dan menjawab - "I incur no cost My Lord". "No cost?" fikir Mohamad. "Huh! kau dah terduduk, memang kau tak mintak kos lah kan?!" rungut Mohamad. Sebaik sahaja hakim membuat keputusan, Mohamad berlalu keluar dari dewan...dalam hatinya, terasa satu beban yang sangat berat untuk dia pikul. Dengan title - "orang gila" yag diberikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan kepadanya, Mohamad lantas putus asa dan berfikir "siapa yang nak ambil aku bekerja selepas ini?". Mohamad terbayang rupa anak lelakinya...tiba-tiba Mohamad meraung!

_________________________________________________________________________________




Halls of Justice Painted Green
Money Talking
Power Wolves Beset Your Door
Hear Them Stalking
Soon You'll Please Their Appetite
They Devour
Hammer of Justice Crushes You
Overpower

The Ultimate in Vanity
Exploiting Their Supremacy
I Can't Believe the Things You Say
I Can't Believe
I Can't Believe the Price You Pay

Nothing Can Save You
Justice Is Lost
Justice Is Raped
Justice Is Gone
Pulling Your Strings
Justice Is Done
Seeking No Truth
Winning Is All
Find it So Grim
So True
So Real

Apathy Their Stepping Stone
So Unfeeling
Hidden Deep Animosity
So Deceiving
Through Your Eyes Their Light Burns
Hoping to Find
Inquisition Sinking You
With Prying Minds

James Hetfield dan rakan-rakan telah lama menyuarakan tentang sistem kehakiman, samada engkau boleh percaya dengan sistem ini atau sistem ini sudah korup dan perlu diganti dengan sistem street justice ala Judge Dredd - The Judge, The Jury, The Executioner.

Perlembagaan Persekutuan yang diolah Lord Reid kini menjadi bahan mainan bijak pandai dalam memanipulasi kebenaran dan memihak kemenangan kepada mereka. Mungkin situasi di atas ialah wake up call kepada marhaen bahawa, engkau tidak mampu melawan dengan kebenaran disisi engkau kerana mereka semua ialah serigala lapar yang gila kuasa. Engkau bawa kebenaran di hadapan sistem yang korup dan sudah pasti engkau akan kalah. Situasi David against Goliath sudah tidak terpakai lagi walaupun engkau ada Tuhan bersama engkau. Engkau ibarat Nabi Musa yang perlu "kick some sense" ke dalam otak Firaun, tapi Firaun memilih untuk kufur dengan kebenaran.

Ini mungkin rupa wajah sebenar sistem kehakiman kita. Mungkin fiksi di atas satu kisah benar atau mungkin hanya rekayasa yang mahu membobrok kerajaan mahupun sistem keadilan. Namun demikian...berhati-hati dengan Wolves in sheep's clothing, a man in three piece suit yang di gelar peguam, kerana apa yang mereka mahu hanyalah duitmu!

Benarlah firman Allah Taala yang menyatakan bahawa satu hari nanti seorang rasul akan berkata - "Sesungguhnya Quran ini menjadi Perlembagaan yang tidak terpakai". Hari ini bukan seorang rasul yang akan membenarkan ayat Tuhan itu, sebaliknya seorang cikgu marhaen yang dituduh GILA (Nabi Muhammad juga dikatakan gila kerana membawa kebenaran) yang akan menyatakan - SESUNGGUHNYA FIRMAN TUHAN SUDAH MENJADI PERLEMBAGAAN YANG LAPUK DAN TIDAK TERPAKAI.

...And Justice For All?? kah itu?

Shaffarizan Mohamad.
( a David against Goliath and were lost and killed by the Goliaths!)



Komen Filem Digest # 3 - From Here To Infinity...and Beyond!

1. Groundhog Day

Filem nih sebenarnya sangat dekat dalam jiwa aku sebab aku belajar mengenali bahawa...kau adalah omnipotent bilamana kau sebenarnya "tahu" apa yang berlaku disekeliling kau pasal kau dah setaraf Tuhan...ha haha!

Sebenarnya to claim that you are a God is so underrated sebab God did not need to experience this...He is everywhere! He was, is, and always will be...He is the everlasting...ha ha again!

Ini filem pasal macam mana seorang mamat yang arogan boleh memahami tentang hidup dan apa yang membahagiakan tentang hidup bilamana dia belajar mengenal dalam masa satu hari yang infiniti!

Ini pasal purging...cleansing oneself of his personality di mana sebenarnya mamat nih melihat jauh ke dalam dan dia bermula sebagai seorang manusia yang sangat naif dan tidak mengenal...sebenarnya siapa dia...

Ini filem yang melihat jauh ke dalam!

2. 12:01

Meet Barry Thomas, another resident of the Twilight Zone. Kadang-kadang seorang mamat yang lame, bangang, nerd selalu akan dipilih dalam filem (dan Tuhan) untuk satu adventure yang menginsafkan!

Mamat nih memulakan paginya dengan malas dan bermalas-malasan, dia masuk kerja, punch in lepas tu kena practical joke dengan kawan baik dia dan...cuba mengorat saintis sebelah pejabat dia...

Akhirnya pada 12:01 am...dia terperosok dalam satu loophole di mana dia disumpah untuk mengulang satu hari yang sangat...menyiksakan...

Filem nih mengajar aku bahawa kalau kau tak move forward...kau akan stuck dengan keadaan kau yang statik dan kau akan rasa hidup nih macam bangang...kau buat benda yang sama, lakukan rutin yang sama dan akhirnya mati!

Itu sebab manusia yang "mengenal" dia takkan buat benda yang sama...dia akan explore pelbagai kemungkinan dan mungkin dia pernah berjumpa dengan orang macam Barry Thomas nih! ha ha ha!

3: 12:01 PM

Ada satu lagi short story yang guna tema yang sama dalam filem di atas, tapi filem nih macam satu loop dia ulang-ulang-ulang sampai mati...Myron Castleman dah stuck dalam satu time frame di mana dia kena ulang satu jam yang sama sehingga infiniti...it is like he is still somewhere in time living his own personal hell...huhu! Aku boleh bayangkan manusia yang stuck dalam tempat dia dan dia tak boleh advance dan evolve mengikut keadaan fitrah dia sebagai manusia...yes aku admit memang ada orang suka duduk dalam comfort zone...punch in, kerja...punch out...balik...tapi tidak Myron Castleman..."I am Myron Castleman...GOD!" dan akhirnya...

4. Repeaters

Kadang-kadang orang kata practice makes perfect tu...sebenarnya satu benda yang sangat salah...kalau kau ulang-ulang satu benda pun dia akan menjadi klise dan akhirnya kau memgaku kau tak lah sesempurna mana pun.

Ini Groundhog Day versi delinquent...pasal sebenarnya...tiga ekoq nih kena ulang benda yang sama supaya depa boleh terima kenyataan bahawa hidup nih tak selalunya all dalam hati ada taman...

Tiga ekoq nih ada konflik dalaman masing-masing yang perlu diselesaikan...sebenarnya filem nih mengambik konsep reincarnation di mana kau kena perfect function kan purpose kau wujud di cakerawala ini demi untuk memahami dan mengenali sesuatu.

Mamat dan minah tiga ekoq ni bermula dengan membuat silap...tapi setelah lama sangat duduk dalam loop yang sama akhirnya depa dua ekoq belajaq satu benda...just let it go!

5. Source Code

Quantum Physics memang satu ilmu yang amat memenatkan...ya, aku bukan terer fizik tapi aku berminat mengetahui bahawa hidup dan realiti kehidupan ni sebenarnya berbentuk quantum mechanics di mana kau ada banyak versi hidup engkau yang bersepah merata-rata.

Captain Colter Steven mendapat semangat Dr Samuel Beckett dalam Quantum Leap bila dia kena ulang 8 minit sebelum keretapi tuh jahanam...

Premis filem nih macam filem-filem kat atas...watak heor mesti blur blur tak tau apa dan nampak macam innocent aje...namun demikian bila dia dah aware dengan keadaan sekeliling dan consciousness dia dah "terbuka" dan di "wake up kick ass repeat" kan...dia mula aware dengan semua benda dan dia dah "bersatu" dan "melebur" (ha ha ha! ini falsafah jahanam mana aku pakai nih?) dalam satu zat yang infinit! dan akhirnya dia kenal siapa dia sebenarnya dan dia telah berjaya melaksanakan fungsinya tanpa gagal!

6. Live : Die : Repeat @ Wake Up Kick Ass Repeat!

Tajuk filem nih masa keluar panggung = Edge of Tomorrow, lepas tu depa nak tukar jadi "All You Need Is Kill" tapi sebab mungkin masalah copyright depa revert balik jadi Edge of Tomorrow...dan bila keluar Bluray dia jadi Live : Die : Repeat!

Ini pasal seorang mamat yang egosentrik dan selfish, macam mamat Groundhog Day tuh yang mulanya dia nampak macam celaka aje...

Tapi hikmah hari yang diulang menyebabkan mamat nih mula memeriksa priority dia dan dia mula mempunyai perasan agung yang sangat dalam...dia sensitif dan empati yang melampau...dia melihat kawan-kawan dia mati berkali-kali di depan dia dan dia merasakan bahawa..."selfless are the righteous"...kita dapat lihat bahawa lama kelamaan...dia mula me "wake up kick ass repeat" kan dirinya sendiri tanpa gagal!

dan akhirnya filem kafir ini juga yang membuka mata aku ha ha ha ha!

7. Triangle

Ini filem infiniti yang sangat menakutkan sebab ending...errr...loop dia menjadi satu sumpahan celaka yang boleh buat kau jadi schizophrenic.

Filem ini satu sumpahan kepada filem genre time loop sebab watak dia tak boleh lari pi mana...dia akan ulang benda celaka yang sama dalam masa infiniti...dan dia terpaksa buat benda yang sama walau macam mana susah pun dia nak lari dari kenyataan.

Pompuan nih dah macam kena sumpah untuk ulang tragedi kapal yang sama sebab...aku pun tak tau sebab apa...

Ini filem yang meraikan karakter manusia yang berbeza...good and evil dan macam mana evil akan selalu prevail bilamana keadaan memaksa kau membuat perkara yang diluar akal waras engkau!

dan akhirnya aku tak tau filem ni ending dia macam mana!

Komen Filem Digest #2 - Malam Jahanam.

1.Collateral

Ini filem malam jahanam yang pertama aku nak letak sebab aku suka Tom Cruise...aku rasa dia nih memang sangat awkward dalam filem nih sebab dia tak pernah berlakon jadi orang jahat....

Seorang pemandu cab terpaksa berlari-lari anak selama satu malam dan malam tu memang malam jahanam dia sebab dia kena lari dari seorang hitman yang akan buat apa sahaja untuk "cuci" scene of the crime dia...

Aku agak suka dengan pace filem nih sebab kau rasa macam kau ada dalam filem nih, kau merasakan ketakutan pada watak Jamie Foxx tuh sebab memang dia bukan special agent ke apa jadi resources untuk dia menyelamatkan diri dari hitman jahanam tu sangat terhad...

Dalam filem ni aku merasa kagum dengan kenyataan bahawa...kalau Tuhan kata ajal kau belum sampai maka even a trained hitman pun tak boleh bantai kau...
he he!

                                                                                                                                   

2. The Warriors

Kau bayangkan malam jahanam kau dengan dikelilingi oleh pelbagai manusia mental yang akan buat apa sahaja untuk bunuh kau sebab kau didapati bersalah dah membunuh leader depa...ha ha ha! kau fikir?

Satu grup dari Coney Island nih dalam perjalanan nak ke convention samseng-samseng peringkat daerah...masa depa join convention tuh tiba-tiba leader depa kena tembak mampus...dan depa satu grup dituduh melakukan perbuatan terkutuk tuh...

And then...how can you survive when you are surrounded by armies of thugs yang mahu kepala kau?

Dalam filem nih digambarkan how true brotherhood dapat survive satu malam jahanam yang sangat jahanam...

Anak aku cukup suka main game PS 2 depa ha ha ha!
Itulah dianya!



3. The Purge : Anarchy

Ini malam jahanam terancang, kau boleh bunuh sesiapa yang kau mahu dan kau boleh belasah sesiapa aje sampai mati.

Satu malam jahanam khusus untuk kau yang kalau ada masalah tak puas hati kau boleh ceroboh rumah aku lepas tuh kau kelar leher aku ha ha ha!

Aku suka filem nih sebab aku rasa aku belajar satu perkara...tak ada benda yang trivia dalam hidup even nyawa seorang marhaen yang tak sedarjat dengan kau...

Aku belajar dari mamat Seargent polis nih...akhirnya memaafkan dosa orang pada engkau adalah satu penebusan dosa yang paling besar di mana orang yang kau maafkan itulah yang akan menolong kau pada akhirnya...

How revenge is sweet in the end! If you decide to forgive and forget...it would be poetic justice!
and then?? kau mahu apa?

4. Judgment Night

Malam jahanam keempat membawa kita mengenali bahawa kadang-kadang Tuhan shove satu adventure untuk kau yang kau sendiri tak sangka kau akan terperosok dalam satu kancah peperangan yang melibatkan mafia kingpin dan pusher dia yang kena tembak mati,

Empat ekoq nih sebenarnya nak pi tgk boxing match tapi sebab depa dah lambat depa ambik short cut masuk kawasan gelap ala ghetto penuh dengan pusher dan drug lord...

Maka secara takdirnya depa kena saksi satu adegan seorang pusher kena tembak mati depan mata depa...apa depa mau bikin? Lari laaaaa!!

Depa masuk rumah flat ala-ala Brooklyn projects yang mana kalau kau masuk belum tentu kau boleh keluar...

Aku syok dengan filem nih sebab memang kau dapat rasa macam mana kau nak lari dari kenyataan bahawa kepala kau menjadi idaman seorang mafia kingpin druglord...


5. Dredd

Sebagai seorang hakim yang tak korup macam kebanyakan hakim, aku respek dan suspek Dredd sebab dia selamba...

Satu malam jahanam yang sangat jahanam pada mafia kingpin ibu ayam yang jual dadah jenis tak ingat pada orang awam yang menjadi punca Dredd dan awek Mutant tuh mengamuk kat kompleks tuh!

Ini satu filem malam jahanam yang mengajar penonton membezakan yang baik dan buruk...pengadilan dan keadilan serta kadang-kadang kau kena empati untuk memahami keadaan.

Dan tak salah kalau kau ada perasaan "kindness" sebab perasaan itulah yang akan guide kau jumpa Tuhan...sesungguhnya Tuhan dah berikan senjata paling efisyen kepada Judge Anderson untuk execute kan pengadilan kepada rakyat,...bukan dengan makan suap aje ha ha ha!

Komen Filem Digest # 1

Okay sekarang nih aku malas nak komen bluray aku sebijik-sebijik aku nak taram buat dua tiga movie dalam satu blog...letih nak cerita satu-satu...okay here we go!

1. The Twilight Zone - The Movie
Ini filem besar Twilight Zone...ada lima citer dalam filem nih...opening movie nih citer pasal hitchhiker dok berborak dengan mamat yang bawak keter sorang-sorang...segmen nih pay homage to soundtrack citer TV...ha ha ha! Outer Limits pun ada! 

Filem nih memang bagi aku sangat "memorable" sebab aku memang suka citer pelik-pelik macam nih pasal aku memang manusia jenis pelik! 

Stephen Spielberg memang kerena bila dia produce filem nih...masa filem nih keluar memang kontroversi pasal kematian pelakon citer Combat masa depa shoot adegan kat Vietnam tuh...

Nightmare at 20,000 feet memang klasik tak kira berapa ratus kali kau remake! 


2. Natural Born Killers
Woody Harrelson masa dia muda tidak segila masa dia dalam citer Zombieland...mamat nih memang sajak melakonkan watak sadist dan sial macam nih...Oliver Stone nih memang kalau ada movie yang di direct oleh dia...memang aku naik hantu bila tgk...

Filem nih macam biasa...persoalkan tentang apa dia natural justice...kalau kau jadi natural born killers...ada ke natural justice pada apa yang kau buat? Apa boleh ke kau bunuh orang sebab kau nak jadi notorious dan famous?

Kau boleh tengok macam mana cara nak bunuh orang dengan bergaya...filem nih macam "How to be a serial killer for dummies".

Kadang-kadang omputeh nih sebab imginasi dia tinggi dan tak ada kekangan maka kau jangan heran kalau ada filem cenggini...pasal market depa semua natural born killers!

Ha ha ha ha ha ah ha ha ha ha ah aha ha ha ha ha ha ha ha!

3. Dreamscape
Dennis Quaid mungkin masa nih hormon lelaki dia menggila maka kalau dia berlakon filem dia asyik fikir nak screw aje ha ha ha! Filem nih pelik sikit pasal dia citer tentang mimpi dan macam mana kau nak masuk dalam mimpi orang lain...aku cuma ada versi VCD sebab kau jangan haraplah nak cari versi Bluray filem nih...itupun kalau ada!

Plot citer macam biasa lah...hero kalah dulu, hero jumpa orang jahat...gaduh-gaduh sepak terajang lepas tu selamatkan heroine...lepas tu beromen ha ha ha!

Aku memang suka kumpul filem cenggini yang ada citer pasal dimensi kelima dan keatas...ini filem yang tak masuk akal kalau kau tak ada genetik genius dalam otak kau...kau akan anggap filem nih sampah masyarakat...ye lah, masyarakat yang suka tgk tetek, shaves pussies, tetek, shaved pussies...ha ha ha!

Aku teringat ada satu lagi filem sci fi Dennis Quaid - Inner Space, pasal eksperimen miniature spaceship lepas tu terperosok masuk dalam badan seorang nerd...memang klasik!
4. Inner Space.
Dennis Quaid at his finest...aku memang suka dan anggap filem nih klasik sebab aku memang suka konsep yang pelik macam nih...kau boleh bayangkan kalau ada cara nak jelajah tubuh badan kau dan buat check up kat badan kau...perrgghh!

Filem nih terjadi dalam keadaan accident...ha ha ha! entah macam mana depa tgh buat eksperimen tetiba kapal tu jadi kecik...lepas tu berlaku adegan tembak menembak dan kapal tu aksiden terus termasuk dalam badan seorang nerd!

Aku suka part yang hero masuk dalam perut mamat nerd tuh...masa mamat tuh blurp...terus tinggal rangka aje mangkuk hayun tuh...kenyang dia makan daging manusia ha ha ha!

Ini memang salah satu filem klasik yang aku hanya ada simpan VCD aje ha ha ha!

5. Cobra
Crime is a disease, meet the cure...ha ha ha! bagai!

Sylvester Stallone pasca John Rambo ialah epitome pengiklanan...kau tgk poster nih aje mesti kau terliur nak pakai ray ban dia ha ha ha!

Citer nih memang konsep ultra hero sebab aku rasa sepanjang filem nih dia tak pernah tercedera atau kena tembak! dia memang invincible!

Mamat nih memang supercop yang cool sebab dia ada macam-,macam cara nak bantai orang jahat...dan aku pun merasa rela tertipu dengan antics dari mamat nih ha ha ha!

In the end...kau akan tahu apa dia filem ni nak gebang dengan kau...it is all in the moves baby!

Ini filem yang sangat lama...aku tonton filem nih dalam bulan puasa...errr...ye aku  puasa tapi aku nampak dua tiga orang tak puasa ha ha ha ha!


Tales from the cryptkeeper!


Ini nampak macam filem slasher biasa-biasa aje...sekumpulan budak delinquent baru balik dari sessi rombongan melawat kilang biskut dan dalam perjalanan balik depa stranded lepas tu masuk satu peculiar little town...yang penuh hantu...biasa laa tu! kau ada idea lain?

tapi filem ni aku suspek! pasal...aku tak boleh tgk macam mana mamat tuh kena "goreng" (literally) lepas dia baru nak bersetubuh dengan awek dia...ha ha ha! gila bab* citer nih!

Part pompuan psiko tu tarik kepala mamat reverend nih memang kelakar dan tak masuk akal...nama pun movie ye tak?

anyway ini filem memang aku takut nak tonton sengsorang...aku nak racun wife aku tonton filem nih...apa komen dia ha ha ha!

wife aku berhantu dengan movie cenggini!

boleh jadi gila dia!

Tiga Jari dan Jari Putus!


Wes Craven memang se genius George Romero bila dia bikin The Hills Have Eyes...filem pasal kanibal yang suka makan orang...ini bukan zombie movie tapi ini filem pasal,,,hillbillies yang suka makan orang ha ha ha!

Franchise ke enam dia sangat mengecewakan bagi aku sebab aku tak rasa "kemarahan" aku pada Three Finger, Sawtooth dan One Eyed...aku merasa kesian pulak dengan depa...padahal kalau depa ada depan aku...sure aku jadi lauk!

Ini filem dah mengarut...dah meracau entah apa-apa...dan mungkin depa nak sambung lagi tradisi kanibal hillbillies nih sampai franchais yang ke lima puluh!

Filem nih tak sehebat franchais ketiga dan kelima...yang tu memang blood and guts! yang ni terlampau jinak...bunuh orang macam bunuh cicak aje...kau tak rasa apa sebab orang yang dia bunuh tu memang layak jadi lauk depa!

dan akhirnya aku menguap tgk movie nih dengan bini aku...aku tgk bini aku steady aje...whooooaaahhh! gelap juga personaliti bini aku nih!



In the face of disaster, you will find courage!



 وَ إِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّيْ جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيْفَةً قَالُوْا أَتَجْعَلُ فِيْهَا مَن يُفْسِدُ فِيْهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَ نَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَ نُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّيْ أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُوْنَ

[30] Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi seorang khalifah. Berkata mereka : Apakah Engkau hendak menjadikan padanya orang yang merusak di dalam nya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau ? Dia berkata : Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.


Ya! aku quote Quran sebab aku tahu isi perut dan intipati Quran jadi aku yakin aku ada authority untuk quote Quran...ha ha ha!

Ini filem pasal penumpahan darah, kerosakan dan bilamana manusia sudah semakin pandai maka mereka berbunuhan sesama sendiri...dan menindas sesama sendiri demi menyatakan kehebatan mereka.

Aku sangat kagum dengan filem Brad Pitt nih sebab dia cerita pasal how humanity rise to the occasion...macam mana manusia macam Gerry nih tidak mudah mengalah bilamana dia ada penguat semangat dia untuk terus hidup...isteri dan anak-anak dia...and I dont care if you find me cheesy...inilah part and parcel of life...manusia terus hidup kerana inspirasi! kerana cinta dan kasih sayang...kerana itulah sifat Ketuhanan!

dan sesungguhnya Tuhan telah menjawab soalan dan komplen para malaikat dengan penuh bergaya! Aku lebih tahu apa yang engkau semua tidak tahu!

Ini filem pasal apabila manusia dilanda epidemik yang mereka tidak tahu, maka mereka akan mula merasakan kasih sayang dan mereka tidak mengagungkan lagi darah dan bangsa mereka...ini instinct of survival yang telah ditanam Tuhan dalam klise pemikiran manusia...kita lihat satu adegan di mana para penghuni Israel dan Palestin seronok melalak meraikan kesamaan mereka menentang satu benda pelik yang tak masuk akal...masa tu baru kau nak appreciate diri kau sendiri!!! baru kau nak kenal sedara mara kau dari bangsa lain...ha ha ha!

Ini filem yang mengutuk Israel bilamana depa kata Israel lah punca Zekes bermaharajalelal...depa nih nak bagi hint bahawa Israel lah punca semua kerosakan dunia...errr...aku tak berani komen...nanti aku bias...ha ha ha!

Filem ni meraikan semangat juang kemanusiaan...di mana at the end of the day...the dance of eternity will ensues...the struggle between our children will end...and...

LOVE IS THE DANCE OF ETERNITY!!!

Wake Up! Kick Ass! Repeat (revisited)kick


Aku memang suka kalau Tuhan bagi makna dalam hidup aku...dan dia bagi pada orang-orang yang kadang-kadang kau tak sangka dia akan buat macam tuh...yes, life is full of surprises!

Ini filem yang macam full fledged prophecy! ha ha ha! kau tak akan sangka bilamana ada orang buat lawak bodoh yang sangat ironik seperti men deconstruct tajuk filem nih menjadi satu mesej yang sangat berat! Wake up kick ass repeat...

"come find me when you wake up"

apa yang kita nak decode pada kenyataan Rita Vrataski nih?

ha ha ha!

ya, my conscience are waking up now! and it is time to kick ass and repeatz!!

kick ass, repeat! kick ass, repeat!

and I am going to kick each and every one of you!

ha ha ha!

projek jahannam 15 @ operation downfall masih lagi berjalan!

ha ha ha!

Wake Up! Kick Ass! Repeat!

Ini filem kesukaan anak aku haha!


Anak aku tiap-tiap hari menonton filem nih, mungkin sebab ini citer kartun atau anak aku faham apa mesej dalam filem nih...

Ini filem kartun mengambil elemen folklore dan storytelling di mana watak-watak fiksi dari buku citer kanak-kanak di "deconstruct" menjadi satu cerita dengan nilai moral sejagat..."you do not judge a book by its cover".

Puss dengan Humpty memang kawan baik dari rumah anak yatim dan depa selalu bermain sama-sama dan berangan sama-sama...sampailah satu hari Puss menjadi famous sebab satu selfless act yang dia buat dan dia menjadi pujaan hati seluruh penduduk San Ricardo...ini membuatkan Humpty panas hati dan berusaha untuk menarik Puss ke dalam the dark side bersama-sama dengan dia...sebab katanya - friends forever!

Malangnya Puss tak mau sekongkol dengan dia sebab dia jahat macam setan...dan akhirnya Humpty berjaya merancang satu rancangan jahat yang zalim yang akan menjahanamkan reputasi Puss sehabis baik...

moral citer ni ialah, kita dapat membezakan watak dua kartun nih...satu watak dia memang nampak macam jahat tapi sebenarnya kau tak kenal dia siapa...dan satu watak nih nampak macam baik, innocent dan fragile umpama telur...tapi perangai mengalahkan iblis...seorang mastermind yang sangat licik!

...dan di akhir cerita kita akan dapat melihat satu selfless act yang sangat mengharukan apabila...

err...


kau bayangkan adegan di mana Darth Vader menjulang Sith ke dalam lubang yang hampagas tuh dan akhirnya dia redeem dia balik dengan a selfless act of kindness...

dan

kita ni siapa nak bantai orang?

ha ha ha!

Maksud dan perbuatan kadang-kadang tak menghalalkan cara...ye ke?

ya, aku semakin memahami "maksud" bila ia diterjemahkan mengikut kefahaman ahli-ahli syurga yang di mana tiada kata sia-sia di dalamnya...ia sebenarnya diberikan Tuhan petunjuknya di mana-mana...



katakanlah...tetiba tak pasal ada orang maki hamun kau lepas tu dia cakap - wake up kick ass repeat! dia cakap benda tu masa dia tgh marah dan dia berbulu dengan kau...dan masa tuh kau baca dan kau relate...eh! mamat ni apahal? apa kes? gila apa?...

dan kau siasat akhirnya kau tau dia sindir kau sebab ada satu artikel kat blog kau, kau tulis something yang ada makna ironik dari kenyataan dia tuh...

and then kau marah lepas tuh kau block dia sebab kau tak nak ada kontroversi...tapi lepas tuh kau fikir balik dengan akal waras...dan kau cari makna...maka kau akan JUMPA makna tuh!

and then kau tau bahawa --- you have to do something about it! and then bila kau cuba memahami mesej tuh...kau akhirnya menarik nafas dan terkesima sebab sebenarnya itu mesej Tuhan nak bagi kat kau...Dia suruh kau WAKE UP! KICK ASS! REPEAT!!...Dia nak membangunkan sub-conscious kau sebab Dia tau kau ada satu perlawanan yang maha hebat di mana Dia nak menunjukkan kekuasaan Dia menjahanamkan hujjah-hujjah sipenipu yang jahannam...

kau nampak kaitan dia disitu?? Sebenarnya semua benda ada chain reaction, mamat tuh mungkin terbaca satu benda yang tak ada maksud pun...tak ada maksud pun nak kutuk dia...dia terasa dan kemudian dia bahasakan kau...yang kau pun ternganga tak tau apa...tetiba kau check...rupa-rupanya dia marah pasal wife kau cakap dia "seorang yang sangat romantik"...padahal wife kau memang ikhlas aje komen tuh...dan akhirnya...

chain reaction itu berlangsung dan akhirnya...makna sebenarnya pun difahami! 

memang Tuhan will never make it easy for you...macam dalam filem kat atas nih...bebudak pompuan nih punya laa plan nak lari dari rumah sakit jiwa tuh...tapi akhirnya apa jadi??

Itulah perancangan Tuhan...

dan sebenarnya...

we are just pawn!

ha ha ha!!!

Lucy Revisited


Aku belek Amazon, Bluray dia aje release tahun depan...sialan lohh!! aku memang obses citer nih sial...aku emosi dan sentimen sampai aku tweet perasaan empati aku yang emosi sampai aku perasan orang nak jatuhkan aku sebab aku tak ada keyakinan diri walaupun aku main tabla macam ribut...sebab aku merasakan apa yang si Lucy nih rasa...owhhh...aku dah menggunakan 10% dari kepala hotak aku.

Lucy nih ialah karya manusia yang menceritakan apa kau boleh jadi kalau kau nak jadi...cuma kau ikut pesan Tuhan..."dimanakah akal engkau?".

Persepsi manusia tak sama, sebagai contoh, Steve Vai dia praktis 220 jam sehari masa muda sebab dia cuba nak escape dari perasaan egosentrik dia yang rasa macam bagus...dia mengaku bahawa dia dulu sangat egosentrik dan macam celaka...err...aku rasa hampir 99.9% orang yang main gitar (0.1% itu ialah aku ha ha ha!) semuanya memang ada ego macam bagus yang tak boleh ditegur...

Pemain gitar juga kadang-kadang merasa macam best kalau dia berjaya melentik jari jemari dia 280 km sejam dan dia rasa dia grand gila ba** lah! Pemain gitar juga sangat sensitif dan selalu rasa macam ada orang nak jahanamkan dia...owh! sungguh kesian...

okay, citer Lucy nih pasal kemungkinan dan penyelesaian kepada persoalan cakerawala..."who the f**k am I??"

Ia bergantung sebenarnya...

kalau kau nak

"Wake Up Kick Ass Repeat".

maka kau akan jadi begitu sampai kau mati...kau akan gila dengan rutin macam filem Groundhog Day ataupun Live:Die:Repeat.

tapi kalau kau nampak bahawa kemungkinan di hadapan kau sangat infiniti...

maka kau akan jadi macam Lucy...

pegi mati...

bukan...

pi mampos!

itu kurang ajar bro...mak kau tak ajar sopan ke? mak aku tak ajar sopan gak tapi aku tak ada laa perangai macam kau...baik kau cukur kepala pakai jubah oren, pi Tibet, bertapa jadi Sami Buddha...

moga-moga kau akan mendapat ketenangan di sana...



Perrgghh Shasha Grey Berlakon Pakai Baju Sial...


Ni filem untuk orang yang mudah terluka hatinya macam pompuan...ini filem yang menyingkap macam mana kalau kau ada masalah personality disorder...mungkin kau trauma masa kau kecik maka kau rasa macam apa orang cakap semua nak menjatuhkan kau...kononnya "dengkiness" (perkataan baru aku belajar) sampai sami Buddha lalu depan kau, kau terima aje...tuh dah syirik tu bro...

Insaflah bro, tak ada siapa yang dengki dengan badan ketul-ketul kau tuh...dan tak ada siapa lah nak sangap kepala bu**h kau ha ha!

Shasha Grey pertama kali aku tgk melakonkan watak di mana dia berbaju sehingga selesai filem...adakah dia sudah bertaubat?

Wake Up! Kick Ass! Repeat!

Ini filem pasal "suara-suara" jahat yang mengatakan ada orang nak jatuhkan kau...aku agak kau mesti ada ramai bodyguard yang jaga kau sebab kau selalu takut orang nak sangap kau...

Wake Up! Kick Ass! Repeat!

Ha ha!

tak do eh!

"gi mampos"

biasa aku dengar perkataan nih...

Salah Jalan Bang, Blog Porn Bukan Di Sini Bang!


I love Irony...Ironi tu maksud dia kau cakap macam tu tapi sebenarnya kau nak cakap benda yang terbalik dari maksud yang kau cakap tuh...

and then I love sarcasm...sebab sarcasm tu sebenarnya satu benda macam lawak sarkis...ala-ala macam LiGa LaWak tu laa...tapi masalahnya benda nih kalau kena kat orang yang terkena kena lah...biasanya sarcasm ni tak ada mata...dia tak ada point yang tertentu macam kau nak santau orang kononnya mesti ada target kau...sarcasm ni kadang-kadang macam kau tembak satu burung tetiba terkena pulak pasu floral decorations mak kau yang harga juta-juta ringgit...dalam erti kata lain, siapa makan cili dia rasa pedas ye tak?

Aku suka filem kuintologi nih sebab ia masih mengguna premis cannibalism...ini bukan filem zombie tapi ini filem pasal...kau ni manusia jenis apa kalau kau sanggup makan kaum sejenis kau sendiri...

Filem nih sangat art dan sangat seni sebab mungkin benda nih berlaku di mana-mana. aku yakin mesti ada orang yang sanggup makan orang sebab daging orang nih sedap...

ha ha ha!

tapi aku suka the final prequel filem nih...

Evil Never Dies!

Milk the cows...but first copyright your property!


Sebelum filem nih memang ada dua tiga filem yang bertemakan zombie...zombie nih sebenarnya merujuk secara sinis kepada manusia yang hidup tapi tak ada perasaan...dia rasa dia nak hentam, dia hentam aje...dia tak boleh berfikir dah...mind dah rosak...aduh!

George Romero sebenarnya aku tak tau macam mana dia came up dengan idea mayat hidup makan orang nih...ini satu lontaran sinis kepada satu ayat dalam Quran yang menyatakan bahawa..."sanggupkah engkau makan daging saudara kau sendiri?"...mungkin Romero ada terserempak dengan ayat Quran nih dan came up dengan idea nih...owhhh how romantic! Dia berjaya menyatakan bahawa...kalau kau hidup tapi kau tak ada kepala hotak maka samalah kau macam zombie...kau sanggup makan daging makhluk satu spesis dengan kau...ish ish ish!

Ini filem hitam putih tapi penuh kritik kemasyarakatan...ia poke fun at zombies and how zombies gather in hordes...katalah contohnya kalau zombie nih sekor, kena belasah kaw kaw kat internet, dia akan panggil kawan-kawan dia belasah kau kat net sebab dia rasa macam...bagus laa kan? ..and then dia akan cakap - pi mampus laa eddeved! ooopssss, aku tau siapa selalu cakap benda nih bila dia marah...ha ha ha!

Aku mungkin akan buat satu buku autobiografi berkenaan encounter aku dengan zombie-zombie internet nih terutama yang suka guna nick anonymous (ironik is it...you are dead and you are NO ONE!)

and then some more!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...