Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


dua budak spastik mahu bikin konsert rock!


"Schwinnnggg!! Schwinnnggg!! ini trademark dari filem nih...aku terjumpa DVD nih dalam kotak DVD aku yang dah berumur beratus-ratus tahun dah...(hiperbola melampau!)...ini movie zaman aku masih form six dan pawagam Rex dekat sebelah Kotaraya tuh masih berfungsi lagi sebelum  jadi bilik dorm mamat Bangla...yaa...aku sekarang duduk Sarawak tapi aku tau laa apa jadi dengan pawagam tuh! ha ha ha! transformasi ayahnda Najib Tun Razak dan arwah bapak dia...ha ha!

Ini filem pasal kejayaan, tak kira laa kau ni nerd ke, spastik ke, tak cool ke, tak rock ke...AEROSMITH tetap akan cakap kau worthy, kau worthy...dan kau akan ditakdirkan buat satu konsert ala Woodstock besar-besaran...

Ini filem inspirasi bahawa seorang LOSER juga boleh berjaya!!!

...and can get the girl in the end...huhuhu!!

"WAKE UP YOU LITTLE SHIT YOU'VE GOT COMPANY!!!"


Some lines shouldnt be crossed...tapi kalau depa tak cross line tu macam mana depa nak sedaq diri?? Inilah permainan kata yang sebenarnya menunjukkan...ada line yang kita boleh cross kalau kita dah dilengkapi ilmu pengetahuan untuk cross line tuh...bukan semua benda yang Tuhan jadikan kat dunia ni haram kepada kita...he he!

Kenapa dalam semua agama yang ada kitab, Tuhan larang kita makan babi?? Aku rasa semua orang dah tahu kenapa...menurut watak fiksi dalam siri TV "House", doktor yang kaki dia tak berapa nak stabil tuh...dalam episod pertama citer tv tu ada sebut, dalam daging babi ada satu jenis ulat yang sangat kuat dan kalau di ingest ke dalam perut dia boleh beranak pinak dalam perut kau dan makan semua benda dalam perut kau dan boleh buat kau jadi macam spastik sebab ulat tu boleh merayap masuk ke dalam nerve kau dan seterusnya buat kau tak berapa sihat...so?? kau nak cross lagi line tu ke?? mesti tak kan??? makanya berfikirlah dengan ilmu sebelum cross mana-mana line!

Berbalik kepada kisah nih, ini pasa empat orang doktor yang buat eksperimen nak rasa macam mana keadaan selepas mati, maka doktor-doktor ini pun membuat satu ujikaji gila yang tak masuk akal...maka akhirnya apa jadi??

Filem ini mengajar fitrah dosa pahala dan kejadian manusia...macam mana dalam dunia nih, apa benda yang kau buat tetap ada balasannya...kalau kau sedar balasan tu adalah sebab dosa yang kau dah lakukan, maka sebenarnya Tuhan sayang kat kau sebagaimana Tuhan sayang dengan empat orang doktor fiksyen dalam filem nih...Dia bagi warning dulu mudah-mudahan doktor-doktor nih insaf dan bertaubat...tapi amat malang bagi manusia-manusia yang dah kena kao kao kat dunia tapi masih tak sedar diri...sebaliknya merasa takut dengan diri dia sendiri...takut dengan macam-macam benda dan kemungkinan tapi tak takut dengan Tuhan...maka amatlah rugi orang-orang sebegini.

dan...filem ini meninggalkan kesan yang sangat manis kepada aku...ha ha ha!!

Ini filem pasal takdir Tuhan yang kau tak dapat nak elak...


Ini ialah sebuah filem zaman tak ada media sosial, tak ada facebook dan kau tak tau dan tak kenal siapa-siapa yang chat dengan kau on the other side.

Ini sebuah filem yang mengkritik consumerism, mengabdikan ruh suci jiwa raga yang kental dari sebuah kedai buku independen yang berkhidmat untuk kemaslahatan umum...ini filem pasal David against Goliath yang kadangkala David kena kalah juga...

Ini sebuah filem pasal memaafkan kesalahan orang lain walau bagaimana kau benci pun rupa, perangai dan sikap orang itu...this is all about forgiveness because Allah forgives!

and then...melalui dua watak Kathleen Kelly dengan Joe Fox yang merupakan rival dalam business...depa dua orang akhirnya go on to the mattress, finally...ha ha ha ha!!

dan dalam diri manusia sejati ada satu fitrah yang menolak dosa dan kesalahan serta kebathilan...bayangkan perasaan Kathleen bilamana pertama kali dia menyumpah seranah musuh ketat business dia, akhirnya dia rasa bersalah dan sebenarnya itulah intipati kemanusiaan...dan bilamana kau tak ada intipati itu, maka kau sebenarnya dah revert kepada sifat kebinatangan yang berlandaskan fakta suci kebinatangan..."only the strong survives".

...dan akhirnya - the meek shall inherit the heavens.

this is such a blast to watch to again!

Ground control to major tom...space oddity memang legend!


Bak kata Encik Holland dalam Mr Holland's Opus - "life is what happens to you while you are making other plans".

Ini ialah sebuah filem pasal orang yang berani, cekal dan tabah dalam menghadapi kemelut hidup yang bermacam-macam. Walter Mitty hanyalah seorang manusia biasa yang ada keinginan nak jadi legend, nak ada life yang adventurous dan yang selebihnya...minta dikasihi dan disayangi oleh seorang human being bernama perempuan. Kalau dia ada itu pun dah cukup dah dalam hidup dia.

Ini filem yang bercerita pasal mediocre life, seorang ketua bahagian negatif filem dalam jabatan sebuah majalah besar dan hebat, lebih hebat dari ROTTW (ha ha ha ha!) yang sebenarnya nak melupuskan bahagian penerbitan hard copy nya dan mula masuk ke alam infinit siber yang tak berpenghujung...ini filem yang bercerita pasal Walter Mitty dan adventure nya mencari Sean O' Connell yang hilang.

...dan ironinya, bak kata Sean kepada Mitty..."carilah yang dekat-dekat aje, jangan melilau dok cari benda yang jauh dan tak tentu hala"...kadang-kadang kita terlupa...apa yang ada dekat dengan kita itulah adventure yang Tuhan bagi khusus untuk kita...dan jalankanlah adventure tu mengikut sunnah ketentuanNya...

dan akhirnya, kita kenal siapa dia Walter Mitty nih...

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...