Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Aku versus Dunia?!


Ini filem yang meminta untuk difahami maka aku telah mengulang tonton filem ini sebanyak 10 kali hanya untuk memahamkan bahawa filem adaptasi grafik novel ini sebenarnya ialah sebuah video game yang ironinya, mengambil aspek perasaan --- (errrr?? art imitates life?) sebagai fuel yang menghidupkan aksi dan matlamat filem.

Scott Pilgrim berjaya meracun aku untuk membeli sebijik bass papan macam dia dan main bass pulak...

Anehnya, filem ini tidak begitu menarik bagi sesiapa yang mahu melihat adegan-adegan ganas dan aksi sebaliknya filem ini ialah filem seram jenaka yang membuatkan anda merasakan...errr???

seorang slacker yang mencari self worth nya melalui self innocence nya yang terperangkap dalam seorang wanita???

whatever!

Five Minarets In New York


Ini bukan filem propaganda Islam mahupun filem berbentuk apologetic...ini sebaliknya! Ini ialah filem yang tidak bertopengkan agama mahupun menuntut pembersihan imej agama...tetapi ini ialah filem sikap - kelakuan manusia yang sebenarnya penuh nafsu amarah dan sebenarnya pembimbing manusia hanyalah tuhannya...

begitu jugalah yang berlaku kepada 'Haji" ini, yang sebenarnya merupakan mangsa penganiayaan keluarganya sendiri di mana abangnya telah membunuh seorang musuh dari keluarganya dan dia harus dipersalahkan atas itu...mungkin kerana merasakan dirinya lebih berharga dan nilai kemanusiaannya lebih mulia maka si Haji ini tadi lantas lari meninggalkan kampung halaman (HIJRAH?) dan merantau di negeri orang...cuma hasilnya Haji ini tidaklah menjadi seperti Corleone dalam filem The Godfather...dia berusaha memperbaiki dirinya dan menetap di negeri orang lain dan berkahwin dengan orang yang tidak seagama dengannya. (errrr???)

Sehinggalah pada satu ketika, sedang beliau solat di dalam rumahnya maka luka lamanya berdarah kembali...dia telah ditangkap oleh agen CIA dan FBI atas sesuatu yang tidak pernah dilakukannya...

Filem ini agak berjaya menggarap elemen "binatang" dalam diri manusia yang kemudiannya menyembunyikan "animal instinct" (rujuk teori Freud) mereka dengan berpaksikan agama...alangkah hinanya manusia yang menggunakan  nama Tuhan untuk menghalalkan pembunuhan...

Filem ini juga mengangkat "kemanusiaan" di taraf paling mulia melalui adegan Haji di dalam penjara bilamana beliau menyampuk jawaban seorang teroris yang mengatakan mereka membunuh kerana tuhan suruh mereka membunuh semua orang kafir di dalam dunia...alangkah puitis dan logiknya jawaban si Haji ini...yang sebenarnya semua orang tidak pernah ambil tahu bahawa Rasulullah hanya berperang selama tiga bulan sepanjang umurnya...sebahagian besar umur baginda dihabiskan dengan berdakwah dan berakhlak mulia...

sesungguhnya berjayalah mereka yang sentiasa mengukuhkan perjanjian dengan Tuhannya...

anda mesti menonton filem ini kerana ia akan mengajar anda menghormati orang lain dan menghormati pendapat orang lain dan menyedarkan anda bahawa apa yang anda pandang pada orang lain tidak begitu bermakna...sebaliknya apa yang Tuhan lihat dalam diri anda...that will make it worthwhile!!!

Stir Of Iraqi Echoes Part Two...

This time, the door cannot be locked?

Franchise filem ini dilakonkan oleh Rob Lowe yang sebelum ini pernah melakonkan kembali remake filem tv Salem's Lot yang berakhir dengan tragedi luka parah...
Filem ini juga serupa kerana ia berakhir dengan tragedi kejam yang menggigit...

Sebenarnya menjadi "jahat" bukanlah pilihan semua manusia...kita menjadi racist, kejam, zalim kerana sekeliling kita...kita berpiket, mogok lapar, menentang kerajaan kerana bukan kita yang memilih...namun tuntutan nafsu dan angin amarah membuatkan kita jadi begini...
Begini jugalah premis filem ini yang bersyarah secara mental tentang sikap, tabiat dan perasaan racist dalam diri manusia...ia bukanlah satu bentuk perasaan yang dipelajari...tetapi ia adalah satu bentuk perasaan yang dialami dari sikap manusia yang suka merasakan mereka itu sempurna,. bagus dan juga superior.

Pengalaman trauma bekas seorang askar yang dikerah perang di Iraq menyebabkan keadaan menjadi tidak menentu baginya, sepulangnya dia dari medan perang (kononnya) dia terpaksa berhadapan dengan "hantu" dan "jin" yang menagih sesuatu dari kesilapan masa lepasnya yang amat tragis...

Filem ini mengajar aku untuk merasakan empati kepada kedua-dua belah pihak, masing-masing ada reason tersendiri yang sebenarnya hanya mereka dan tuhan sahaja yang tahu...peristiwa sadis yang membawa kepada kematian anak-anak askar ini satu persatu membawa kepada natijah bahawa setiap perbuatan pasti ada balasannya samada lambat atau cepat.

Filem ini tidak berakhir dengan kebahagiaan...sebaliknya berakhir dengan penuh tragis...maka sebenarnya satu persoalan yang nyata...

Under It All...we are still flesh and bones...and whatever we make of us will soon comes to visit us...

maka bertanggungjawablah atas segala perbuatan kerana tidak ada siapa yang dapat bertanggungjawab atas pilihan kita...

Matinya Seorang Governor...errr...silap...SENATOR!

Errr...Mungkin orang tak berapa minat filem ni sebab filem ni membayangkan kejatuhan populariti Arnold Susah Nak Eja (err...Schwarzenegger?) sebagai pelakon filem aksi...

sememangnya filem ini ada sesuatu nilai estetika bagi aku kerana aku sangat menyukai elemen surreal / oneiric yang dipaparkan dalam filem ini dan sudah semestinya ini ialah filem ber elemen Twilight Zone (ironinya terdapat sedikit muzik tema The Twilight Zone dalam filem ni) yang membayangkan betapa tak masuk akal warasnya filem ini.

Aku amat tersentuh dengan elemen heroism dan kepentingannya kepada majmuk...setiap manusia pasti akan mencari seorang ikon untuk dijadikan inspirasi atau pemberi semangat dalam kehidupannya, begitulah dengan watak Danny Madigan yang amat obses dengan karakter Jack Slater yang dilakonkan oleh Arnold Schwarzenegger...

Sememangnya filem ini ialah satu-satunya filem tahap klasik yang mengangkat watak hero menjadi satu watak yang vulnerable...tidak terlalu ideal dengan konsep heroism...mungkin boleh terasa lagi elemen kemanusiaan dalam watak filem yang cuba dipaparkan dalam filem ini...errrr??? Redundant aje bunyi nye kan?

Semangat, kepahlawanan, tidak mudah menyerah kalah, tetap optimis...ialah tema yang menguatkan perasaan sayang aku pada filem ini...ini ialah filem era "gelap" aku di zaman Uitm...watak Danny Madigan memang sinonim dengan watak aku in the real life yang mencari kekuatan melalui filem dan wayang gambar...mungkin kedekatan perasaan ini menyebabkan aku ada 4 salinan bluray dan dvd nya...

this film will never die as heroes never dead!!!

Peak Of It All???

Semua orang boleh membayangkan keadaan azab dan siksa dunia dan segala macam bala, ancaman dunia kepada manusia. Ini ialah antara disaster movie yang telah menjadi koleksi dvd isteri aku yang semenjak kebelakangan ini telah teracun oleh tabiat aku yang suka mengumpul dvd, maknanya sekarang kat rumah aku ada dua koleksi berbeza dvd iaitu koleksi dvd/bluray wife aku dengan koleksi aku...ha ha ha!

berbalik kepada filem ni, ia adalah antara filem klasik disaster awal yang membayangkan keadaan huru hara act of god dalam skala kecil...errr, aku pun tak berani nak mengatakan bala dunia ni sebagai act of god kerana sebenarnya bagi aku - god had nothing to do with it...hanya kerakusan kita yang membahayakan alam sekitar membuatkan perkara-perkara ni berlaku...
Sebelum Armageddon, sebelum Deep Impact, filem ini ialah filem yang membayangkan saat-saat manusia terpaksa berhadapan dengan kematian, bala dunia dan segala macam kerosakan...bayangkan sebuah gunung berapi mampu menakutkan manusia di sekelilingnya...

Aku amat merasakan aura ketakutan dalam filem ini dan aku merasa amat bersimpati dengan keadaan kesusahan yang terpaksa dihadapi demi untuk survive melawan nature...
Namun demikian, aku kagum kerana filem ini berjaya membuktikan keutuhan dan kejituan manusia yang kental menghadapi suasana...membuktikan bahawa seorang manusia yang kenal dengan dirinya sendiri ialah seorang manusia yang tidak pernah mengaku kalah dengan ancaman...hatta ancaman sebuah gunung berapi yang berlahar panas sekalipun...struggle watak protagonis menentang arus antagonis dari alam ialah satu inspirasi yang menginsafkan...seperti biasa...aku melihat kekuatan dalam filem ini...

...Dan Akhirnya 4 Generasi Pun Bertemu...

Setiapkali aku teringatkan bapak aku, for sure aku menonton filem ni, bukan apa...aku terkagum dengan Cristopher Walken yang melakonkan watak seorang bapak yang mempunyai masa silam yang amat gelap...perwatakan bawaan beliau persis watak arwah bapak aku yang senyap dan sunyi tapi makan dalam...seperti ada sesuatu yang cuba dilupakan dan ada perjuangan yang belum diselesaikan...

Salah satu dari filem klasik pilihan yang mungkin menjadi personal faverit, lakonan Christopher Walken amat berkesan dan sememangnya meninggalkan kesan yang amat mendalam untuk kita mengetahui bagaimana jadinya seorang yang hopeless romantic apabila tiba-tiba insan yang disayangi terus meninggalkannya tanpa peringatan.
...dan yang paling menarik apabila beliau mengakui kesalahan-kesalahan silamnya kepada anak kandungnya sendiri yang agak dramatik dan sudah pastinya meninggalkan kesan yang amat mendalam sekiranya sesiapa yang menontonnya mempunyai hati dan perasaan...sebenarnya filem ini amat menginsafkan...dan seharusnya kemaafan itu ialah dendam yang paling indah kerana dengan memaafkan seseorang...maka sebenarnya 9/10 dari perjuangan kita telah menemui kemenangan...

begitulah yang terjadi kepada watak Josh Lucas bilamana setelah mengetahui kebenaran mengapa perkara yang berlaku dalam hidupnya itu berlaku...akhirnya dia pasrah dan menerima bapanya walaupun bapanya telah melakukan kesalahan yang sebenarnya amat berat dan tidak mampu dimaafkan kecuali oleh Tuhan sahaja...

Sesungguhnya dalam setiap maaf itu ada rahmat dan kasih sayang Tuhan yang tidak berbelah bagi...

satu pengajaran yang menginsafkan...

Glorified Version Of...Errrr...Grunge??!

Citizen Dick...ialah nama sebenar band bawaan seorang mamat hopeless romantic yang sengal dan sebenarnya kekurangan sesuatu pada band nya...seorang vokalis yang berkarisma...

Filem ini memuja era Seattle dengan memasukkan elemen-elemen muzik dan budaya grunge di dalam sebuah epilog perasaan yang penuh gurau senda dan...errr...seks?!

Filem ini mengisahkan tentang relationship antara boy dan girl, adam dan hawa, nafsu dan nafsi...


Sebenarnya aku sendiri kurang faham apa maksud filem ni sebab ia terlalu memuja dan memuja sesuatu yang aku sendiri kurang faham..


Mungkin juga ia adalah sebuah think piece yang hanya peminat-peminat grunge tulen aje yang faham kot?


Aku tidak dapat relate watak insan-insan gersang, kekosongan, kemurungan dan pelbagai bentuk depression terpendam yang cuba dikaitkan di dalam filem ini...


Ini mungkin filem bosan yang hanya akan membosankan sesiapa yang inginkan falsafah berat...


anyway...aku memang peminat PeArL JaM maka aku terpaksalah minat jugak filem nih...
Seorang yang bijak pandai tidak akan pernah puas dengan apa yang dia ada...dia akan terus mencari dan mencari jawaban sehingga dia puas...Alexander Hartdegen ialah seorang bijak pandai yang cuba mencari jawaban kepada persoalan kenapa dia tidak boleh mendapatkan kehidupan yang dia mahu sehingga puas dia mencari ke hujung zaman dunia dan hasilnya dia berjumpa dengan sesuatu yang membuatkan dia merasakan..."tidak perlu lagi aku mencari jawabannya kerana ia adalah satu disaster bagi aku!".

Inilah yang berlaku apabila seseorang itu cuba merentasi batas pemikiran akal yang tidak mudah tercerna dengan jawaban-jawaban mudah sebaliknya ia terlalu mendahagakan sesuatu jawaban yang sebenarnya bukanlah jawaban tetapi hanya sekadar maksud untuk memuaskan hatinya...\

Begitulah yang berlaku kepada saintis yang berjaya mengubah pemikiran separa sedar dari sesuatu yang tidak logik diolah menjadi satu pencarian kehidupan yang sebenarnya mudah sahaja jawabannya - setiap perbuatan ada tindakbalas dan setiap tindakbalas itu ada kesudahannya...

Satu lagi filem klasik yang sebenarnya amat menarik minat aku menontonnya kerana ia mengajak aku berfikir lebih jauh dan lebih dalam...apakah hubungkait sistem evolusi dengan kenyataan bahawa kebenaran itu terlalu pahit dan payau...sukar ditelan?

Sebenarnya kita suka mencari jawaban kepada persoalan yang timbul dari dalam diri kita, seperti kita terlalu perlu kepada setiap jawaban-jawaban kepada persoalan kita...namun malangnya apabila terjawab...kita pula yang tidak redho dengan jawaban itu...

Namun tidak kepada saintis ini, beliau akhirnya berjaya mendapatkan jawaban kepada persoalannya dan akhirnya seperti ahli bijak pandai yang berfikir, beliau tetap rela menerima jawaban kepada persoalan yang dicarinya dengan memberikan peluang kepada dirinya sendiri untuk menyesuaikan diri dengan kenyataan bahawa...

HIDUP INI INDAH...

as if nobody would know...

Dawn Of The Dead versi Zack Snyder ialah filem inspirasi wife aku yang sangat menakjubkan...dia boleh ulang tonton filem ni sampai tiap-tiap hari untuk cuba menjadi berani seperti watak protagonis filem ini yang pada mulanya hanyalah seorang misi hospital yang biasa-biasa aje...wife aku begitu teruja dan terinspirasi melihat watak heroin ini yang tidaklah sehebat Alice dalam filem zombie Resident Evil, tetapi tetap kuat semangat menghadapi manusia-manusia mutant yang laparkan manusia...

dari mula sampai habis filem ini mempersoalkan tentang kemanusiaan, dan bagaimana sebenarnya kita tak boleh menghukum orang dari apa yang dilakukannya sebaliknya cuma berharap agar satu hari nanti manusia akan boleh hidup dalam satu keadaan yang harmoni biarpun mereka dikerumuni dengan manusia-manusia pemangsa yang laparkan darah!

Sebenarnya filem ini ialah ironi kepada kerakusan manusia dan nafsu manusia yang tidak pernah puas dengan kehidupan...bukanlah zombie yang menjadi watak jahat filem ini tetapi sikap manusia yang jahat dan tak berhati perut ialah motif utama menarik minat wife aku menonton movie ini...

 

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...