Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Peak Of It All???

Semua orang boleh membayangkan keadaan azab dan siksa dunia dan segala macam bala, ancaman dunia kepada manusia. Ini ialah antara disaster movie yang telah menjadi koleksi dvd isteri aku yang semenjak kebelakangan ini telah teracun oleh tabiat aku yang suka mengumpul dvd, maknanya sekarang kat rumah aku ada dua koleksi berbeza dvd iaitu koleksi dvd/bluray wife aku dengan koleksi aku...ha ha ha!

berbalik kepada filem ni, ia adalah antara filem klasik disaster awal yang membayangkan keadaan huru hara act of god dalam skala kecil...errr, aku pun tak berani nak mengatakan bala dunia ni sebagai act of god kerana sebenarnya bagi aku - god had nothing to do with it...hanya kerakusan kita yang membahayakan alam sekitar membuatkan perkara-perkara ni berlaku...
Sebelum Armageddon, sebelum Deep Impact, filem ini ialah filem yang membayangkan saat-saat manusia terpaksa berhadapan dengan kematian, bala dunia dan segala macam kerosakan...bayangkan sebuah gunung berapi mampu menakutkan manusia di sekelilingnya...

Aku amat merasakan aura ketakutan dalam filem ini dan aku merasa amat bersimpati dengan keadaan kesusahan yang terpaksa dihadapi demi untuk survive melawan nature...
Namun demikian, aku kagum kerana filem ini berjaya membuktikan keutuhan dan kejituan manusia yang kental menghadapi suasana...membuktikan bahawa seorang manusia yang kenal dengan dirinya sendiri ialah seorang manusia yang tidak pernah mengaku kalah dengan ancaman...hatta ancaman sebuah gunung berapi yang berlahar panas sekalipun...struggle watak protagonis menentang arus antagonis dari alam ialah satu inspirasi yang menginsafkan...seperti biasa...aku melihat kekuatan dalam filem ini...

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...