Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Five Minarets In New York


Ini bukan filem propaganda Islam mahupun filem berbentuk apologetic...ini sebaliknya! Ini ialah filem yang tidak bertopengkan agama mahupun menuntut pembersihan imej agama...tetapi ini ialah filem sikap - kelakuan manusia yang sebenarnya penuh nafsu amarah dan sebenarnya pembimbing manusia hanyalah tuhannya...

begitu jugalah yang berlaku kepada 'Haji" ini, yang sebenarnya merupakan mangsa penganiayaan keluarganya sendiri di mana abangnya telah membunuh seorang musuh dari keluarganya dan dia harus dipersalahkan atas itu...mungkin kerana merasakan dirinya lebih berharga dan nilai kemanusiaannya lebih mulia maka si Haji ini tadi lantas lari meninggalkan kampung halaman (HIJRAH?) dan merantau di negeri orang...cuma hasilnya Haji ini tidaklah menjadi seperti Corleone dalam filem The Godfather...dia berusaha memperbaiki dirinya dan menetap di negeri orang lain dan berkahwin dengan orang yang tidak seagama dengannya. (errrr???)

Sehinggalah pada satu ketika, sedang beliau solat di dalam rumahnya maka luka lamanya berdarah kembali...dia telah ditangkap oleh agen CIA dan FBI atas sesuatu yang tidak pernah dilakukannya...

Filem ini agak berjaya menggarap elemen "binatang" dalam diri manusia yang kemudiannya menyembunyikan "animal instinct" (rujuk teori Freud) mereka dengan berpaksikan agama...alangkah hinanya manusia yang menggunakan  nama Tuhan untuk menghalalkan pembunuhan...

Filem ini juga mengangkat "kemanusiaan" di taraf paling mulia melalui adegan Haji di dalam penjara bilamana beliau menyampuk jawaban seorang teroris yang mengatakan mereka membunuh kerana tuhan suruh mereka membunuh semua orang kafir di dalam dunia...alangkah puitis dan logiknya jawaban si Haji ini...yang sebenarnya semua orang tidak pernah ambil tahu bahawa Rasulullah hanya berperang selama tiga bulan sepanjang umurnya...sebahagian besar umur baginda dihabiskan dengan berdakwah dan berakhlak mulia...

sesungguhnya berjayalah mereka yang sentiasa mengukuhkan perjanjian dengan Tuhannya...

anda mesti menonton filem ini kerana ia akan mengajar anda menghormati orang lain dan menghormati pendapat orang lain dan menyedarkan anda bahawa apa yang anda pandang pada orang lain tidak begitu bermakna...sebaliknya apa yang Tuhan lihat dalam diri anda...that will make it worthwhile!!!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...