Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Atas Nama Cinta??

Ada dua maksud dalam tajuk filem ni, 1) dengan nama tuhan 2) dengan nama bapak (bapak sesiapalah).

Filem ni mencerminkan kedua-dua maksud ini. Menceritakan tentang Gary Conlon, seorang anak muda yang naif dan melalui zaman-zaman remaja dan dewasanya berkelahi dengan bapaknya. Walaupun jelas dalam filem ni betapa bapaknya amat-amat mengasihi dia.

Dia telah dituduh mengebom sebuah pub di Guildford dan melalui paksaan dan ugutan pihak berkuasa British, dia akhirnya terpaksa mengakui yang dia bertanggungjawab mengebom pub tersebut.

Ini ialah kisah benar yang sampai sekarang memberi "kemaluan" kepada sistem perundangan British atas tindakan ala Gestapo mereka yang menzalimi dua beranak yang tidak bersalah.

Dalam filem ni kita lihat bagaimana konflik dua beranak ni dalam penjara di mana anaknya leka dengan hiburan dan menghisap ganja manakalah bapaknya terpaksa struggle untuk membersihkan namanya dari fitnah kerajaan British. Sehinggalah pada satu ketika bapaknya mati di dalam sel penjara dan bermulalah kesedaran anaknya mencari kebenaran.

Filem ni aku tonton pertama kalinya di pawagam pada tahun 1993, memang emosi aku nonton filem ni sebab aku memang suka filem yang berlatarbelakangkan kasih sayang anak dan ayah, teringat dengan arwah bapak aku.

Pengajaran pada filem ni amat mendalam kerana ia amat emosional, bagaimana seseorang itu dizalimi dan dia tidak dapat melakukan apa-apa...namun demikian, atas nama tuhan...kebenaran akhirnya terbuka bilamana kita berusaha tanpa jemu.

dan akhirnya filem ni seperti biasa komen aku...amat, amat, amat menginsafkan!

Dongeng Paperback Yang Menginsafkan...

Masuk kali kelima aku menonton dvd ni dan setiap kali tontonan aku, mesti aku mendapat hikmah yang amat menarik untuk difikirkan bersama.

Harold Crick ialah seorang kakitangan kerajaan yang amat efisyen dan menjalani hidup dengan penuh bersistematik sehinggalah satu hari berlaku satu bentuk "divine intervention" mungkin? yang membuatkan hidupnya menjadi kucar kacir dan tunggang terbalik disebabkan di akhir naratifnya, suara yang didengarnya dalam kepalanya mengatakan - "little did he know..." yang akhirnya mengatakan bahawa dia akan mati tak lama lagi dan takdir itu tidak dapat dielakkan.

Maka dari titik itu, Harold Crick dah jadi tak tentu arah, meracau merapu macam orang gila dan kita tidak lagi melihat rutin normal kehidupannya dan sedikit demi sedikit kita melihat berlaku perubahan dalam hidupnya, dia tidak lagi mengira berapa kali dia berus gigi dia, dia tak lagi pakai tali leher dan kehidupan dia berlaku secara spontan.

Kejadian ini memberikan pengajaran bahawa manusia itu kadangkala terpaksa diberikan kenyataan yang amat memilukan dan menakutkan sebelum dia berubah secara sukarela, samalah seperti gesaan, ancaman dan dorongan yang selalu Tuhan berikan dalam kitabNya, siapa yang nak berubah akan mengambil ia sebagai suatu bentuk galakan yang membina, sama juga kenyataannya seperti watak Harold Crick ni, dia mencari-cari punca dan sebab kenapa dia perlu mati, sehinggalah takdirnya menemukannya dengan sipenulis yang menjadi naratif kepada segala perbuatan dan kehidupannya sebelum ini.

...setelah membaca teks yang diberikan oleh sipenulis, maka kita lihat sekali lagi bagaimana watak Harold Crick ni menerima kenyataan dengan hati yang tenang dan merelakan dirinya di"mati"kan kerana katanya, tulisan itu ialah epik hebat sepanjang zaman dan ia akan menjadi sia-sia sekiranya wataknya tidak dimatikan...

...dan akhirnya, kita memahami makud UJIAN dan DUGAAN dalam HIDUP...dan filem ini amat menginsafkan dan membuka mata terhadap sesuatu yang dinamakan...KEHIDUPAN.


Pulpy...Too Pulpy For Consumption...eh?

Dikira sebagai sebuah filem yang amat bergaya dari sudut penceritaan dan perwatakan, ini ialah sebuah filem yang mengutarakan persoalan-persoalan bodoh yang dipandang bijak oleh marhaen macam aku.

Aku adalah peminat tegar juga kepada si pembuat filem, Quentin Tarantino, kerana semua filem-filem buatannya memang banyak mengutarakan elemen-elemen hiburan dan intelek yang melampau-lampau kronik.

Filem ini diceritakan dalam bentuk bersepah-sepah tak ada permulaan, pertengahan dan penghabisan...sebab ceritanya hanya berkisar pada adegan di dalam restoran di mana berlaku rompakan yang dilaksanakan oleh pasangan paling romantik dalam filem - "Pumpkin" dan "Honey Bunny".

dan ditengah-tengah plot cerita ini, berlakulah jalan penceritaan tunggang terbalik yang menambahkan aura misteri pada filem ini.

Aku masih tertarik dengan adegan ceramah ugama yang diberikan oleh Jules Winfield kepada pasangan perompak di akhir cerita dan pada awal cerita dimana mereka menggelidah apartment untuk mendapatkan "barang" boss mereka...Terdapat pengajaran dalam ceramah ugama Jules ni kerana dia memberikan ceramah dengan cara yang amat berbeza, maka disini timbul satu persoalan tentang "berdakwah dengan hikmah"...maka si Jules ni mampu mengubah dan berdakwah kepada pasangan tersebut untuk mengubah cara mereka...hui! macam tu caranya nak berdakwah..,ada masa kena lemah lembut dan ada masa, tembak dan pancung sampai mati...

...dan akhirnya Quentin Tarantino tetap menjadi pujaan hatiku!

Mimpi ngeri di Elm Street...mengigau!

Freddy Krueger bermula sebagai seorang slasher yang menggerikan dan amat misterius kerana stail pembunuhan yang dilakukannya amat out of this world. Beliau menyusup masuk melalui mimpi ngeri mangsanya, bermain-main dengan perasaan mangsanya dan menakut-nakutkan mangsanya dengan practical joke dan tahap trauma melampau lantas terus mengambil nyawa mangsanya dalam tidur...

Filem pertama menyaksikan bagaimana Nancy Thompson memulakan epik sipembunuh bersiri yang menakutkan di dalam tidur ini dengan mengatakan kepada dirinya sendiri, "you are not real"

Freddy Krueger ini amat licik membunuh mangsanya dan beliau amat bijak mempermainkan mangsanya terutama ketika mangsanya ketakutan di dalam tidur...

Johnny Depp dan penampilan pertamanya dalam sebuah filem slasher...not bad!
Filem keduanya masih mengekalkan Freddy Krueger sebagai pembunuh bersiri yang licik kerana filem ni memang pasal dia pun...Freddy's Revenge merujuk kepada dendam kesumat Freddy kepada penduduk-penduduk Palm Springs kerana telah menamatkan kesukaan nya kepada kanak-kanak kecil dan berpakat beramai-ramai membakar gudang dengan dia-dia sekali terbakar hangus...

Nancy Thompson ditiadakan dalam filem kedua ni, memberikan peluang kepada orang lain pulak menjadi mangsa roh jahat - Freddy Krueger ni. Modus operandinya kini ialah menggunakan jasad budak bernama Jesse ni untuk membunuh bagi pihak dia...dan seperti biasa budak yang innocent dan baru akil baligh ni terpaksa menjadi pencacai kepada si Freddy Krueger ni untuk melempiaskan nafsu membunuhnya.

Filem kedua ni tak berapa menarik pada pandangan aku sebab tak ada aksi-aksi menarik di mana mangsa-mangsa si Freddy boleh bertindak balas dan membelasah Freddy separuh mati macam dalam filem ketiga franchise Elm Street ni...

Franchise ketiga ni agak menarik kerana bebudak yang selalu kena buli dengan Freddy dalam tidur mereka akhirnya bertindak balas dan ada yang sempat membelasah Freddy separuh mati dalam filem ni. 

Filem ketiga ni mengembalikan watak Nancy Thompson sebagai  kaunselor kepada budak-budak yang bermasalah dalam tidur ni. Mereka telah menemui cara untuk berhadapan dengan Freddy Krueger dan seperti biasa, penipu besar macam Freddy Krueger ni memang sukar untuk dikalahkan...

Bagi aku filem ketiga ni agak grand kerana budak-budak tu at least ada la jugak chance nak belasah mamat ada four finger claw kat tangan dia ni sekurang-kurangnya tak lah pathetic sangat melihat bebudak ni terjerit-jerit mintak nyawa sebelum nak mati.

Filem ni juga menyaksikan bagaimana Freddy mati sekejap apabila tulang-tulangnya dicurah dengan holy water dan minyak gasoline yang mengakibatkan akhirnya dia mati buat pertama kali dalam wayangnya sendiri.

Filem keempat ni pulak memperkenalkan seorang Dream Master yang boleh mengawal mimpi dan mengubah apa-apa yang ada dalam mimpi tersebut.

Beberapa orang watak dalam filem ketiga franchise ni   memulakan kehidupan baru setelah mereka berjaya keluar dari pusat pesakit jiwa.  Malangnya watak Kristen dalam filem ketiga tersebut mula memimpikan benda-benda pelik dan terpaksa menarik kawan negro dia, Kincaid dan anjing kesayangannya dalam mimpi di sendiri.

Dalam filem ni juga bebudak ni mula berkawan dengan Alice Johnson yang merupakan Dream Master yang bakal menendang bontot Freddy Krueger berkali-kali termasuklah dalam franchise filem yang seterusnya...
...Dan  seperti biasa, Freddy Krueger tak sudah-sudah dengan perangai paedophile dia dan kesukaannya terhadap bebudak kecik...

Freddy Krueger dapat satu akal untuk kekal membunuh dalam filem ni sebagai reincarnation seorang budak yang in turn ialah anak lelaki kepada Alice Johnson, Dream Master yang telah mematikan dia dalam franchise yang keempat sebelum ini.

Namun malangnya, kalau dah jahat, lepas tu ada hati pulak nak  mencemarkan baby yang suci dan murni atas plan jahat dia, maka akhirnya teruklah dia kena belasah!

Filem ni menceritakan asal usul Freddy Krueger dan bagaimana akhirnya dia kembali ke keadaan asalnya...

Filem ni adalah filem kedua terakhir yang mana filem seterusnya menyaksikan bagaimana setan jahanam ni akhirnya dibunuh oleh darah dagingnya sendiri...such an irony!



Filem "terakhir" dari franchise ni (ironinya filem ni terlalu hebat pada mata peminatnya sama seperti filem Hellraiser yang mana selepas filem yang terakhir kononnya, masih ada jugak spin off  (Freddy vs Jason) dan reboot filem ni (Wes Craven's New Nightmare)

Filem ni berkisar kepada bagaimana Freddy, melalui anjing suruhannya, pergi mencari darah dagingnya yang merupakan anaknya sebelum dia mati secara tragis...untuk menyambung tradisi Palm Springs, kerana katanya - setiap pekan ada Elm Street nya sendiri...

ha ha ha!

..dan akhirnya Freddy Krueger pun mati dalam keadaan yang sangat sadis...

Filem ini adalah  filem pilihan aku dalam banyak-banyak filem franchise Freddy Krueger sebab elemen oneiric nya yang amat melampau-lampau...






A Perfect Pelarian...rasanya!

Jangan lihat buku dari kulitnya sahaja, kena baca dan faham...begitulah maksud filem ni, ia menjelaskan kadang-kadang impression pertama tidak semestinya benar.

Cliff dan Cydney ialah pasangan newlyweds yang sedang celebrate bulan madu mereka dengan melakukan hiking di sebuah pantai terpencil di Hawaii. Mereka kemudianya ditemani oleh oleh satu lagi pasangan yang disyaki pada mulanya oleh penonton sebagai pasangan serial killer yang disyaki membunuh beberapa newlywed couple di kawasan tersebut dan akhirnya kita di twist dengan satu epik penamat yang tiada taranya...

Filem ni lebih bersifat suspens dan membuatkan penonton bodo macam aku ni tertanya-tanya dan meneka-neka siapa sebenarnya pembunuh bersiri dalam filem ni..dan akhirnya ia terjawab dengan twist paling keren abad ini.

Aku rasa taraf penceritaan filem ni hampir menandingi karya-karya ulung Alfred Hitchcock yang amat misteri dan unik kerana kita tidak akan percaya bahawa pembunuh sebenarnya ialah pasangan yang paling innocent dalam filem ni...selamberrrrrr...

Memang ini ialah sebuah filem yang aku bagi A++ sebab jalan cerita dan penamatnya memang...lagenda!!!

aSK aND yE sHALL rECEIVE

Hubungan manusia dengan Tuhan amat mudah, seperti maksud petikan dalam sebuah surah di Bible - Ask And Ye Shall Receive. (John 16:24)
24Until now you have asked nothing in My name. Ask, and you will receive, that your joy may be full. John 16:16 to 24 (NKJV)

Filem ini menjelaskan dengan nada yang amat metafor, (kerana Tuhan suka menggunakan metafor supaya lebih dekat dan mudah difahami oleh manusia).

Aku rasa aku pernah tulis pasal filem ni jadi aku yakin filem ni ada satu mesej yang amat menarik - Ask and ye shall receive.

Elemen metafor dalam filem ni mungkin keterlaluan dan payah untuk dicerna oleh para pencinta tuhan mahupun nabi tapi aku menganggap filem ini sebenarnya mendekatkan kita kepada kefahaman - apa yang Tuhan mahu kita buat.

Banyak falsafah dan prinsip kemanusiaan dalam filem ni, seperti mengkaji minda dan psike manusia dan bagaimana kita sanggup melakukan segala sesuatu demi untuk menyampaikan sesuatu hajat.

...dan akhirnya dari ujian dan dugaan Tuhan kepada kita, yang sedar dan mahu dekat dengan Tuhan akan mendapat satu pengajaran yang amat bermakna dari filem ni...ASK AND YE SHALL RECEIVE.

aCT oF rANDOM kINDNESS...

Ini ialah petikan dari sumber wikipedia.org :


Malaysia's Muslim Consumers Association (PPIM) called for a ban on the film, claiming it is offensive to Islam. Secretary-General Maamor Osman claimed that the film was depicting the great flood as comedy and characterized God with the portrayal of a human, both of which are considered blasphemous in Islam. Similarly there was some public protest against Bruce Almighty being shown in theaters, but that movie was released on DVD and is now shown on television broadcasts. Evan Almighty was still released in Malaysia on August 23, 2007


Menurut wikipedia lagi, filem ini ialah filem sampah kerana tak laku di pawagam dan ramai memberikan review yang amat negatif di internet tentang filem ni. Aku mungkin tak mahu menyambung tradisi ini dan aku nak men define filem ni dari angle yang lain, sebab aku melihat filem ni dan belajar sesuatu yang baik dari filem ni.

Evan Baxter ialah bekas seorang anchorman yang kini menjadi ahli kongres dan berpindah ke New York. Sepanjang penglibatannya sebagai ahli kongres beliau telah diarahkan oleh Tuhan untuk membina sebuah bahtera dan selepas itu...sesuatu yang diluar jangkaan berlaku!

Filem ni berkisar tentang sifat kemanusiaan dan bagaimana manusia tidak dapat lari dari pertanggungjawaban samada dia suka atau tidak. Filem ini jelas memberikan analogi, apabila Tuhan telah memilih seorang manusia untuk melakukan sesuatu maka manusia itu tidak boleh lari dari tanggungjawabnya bagaimana payah pun dia cuba lari dari tanggungjawab itu...Separuh masa pertama filem ni menjelaskan bagaimana Evan cuba lari dari tanggungjawabnya dan akhirnya dia terpaksa akur dengan THE BIG BOSS walau macam mana gila nya suruhan itu pada pandangan mata kasarnya...

dan akhirnya pengajaran dari filem ni - GOD WORK IN A RATHER MYSTERIOUS WAYS.

Fenomena...

Filem ini ada elemen dark yang menceritakan tentang bagaimana manusia itu boleh menjadi sebaik-baik dan sesempurna manusia, atau menjadi manusia yang takut, menakuti dan ditakutkan oleh sesuatu yang mereka sendiri tidak ada pemahaman tentang segala sesuatu itu.

Ia menceritakan tentang George Malley, seorang auto mechanic yang hidup disebuah pekan yang amat terpencil. Satu hari dia telah terlihat satu cahaya yang amat terang ketika keluar berjalan-jalan di pekan tersebut pada waktu malam. Dari peristiwa tersebut, sesuatu yang magis telah berlaku dan beliau bertukar dari seorang manusia yang biasa kepada seorang manusia yang berkaliber dan lebih dari biasa.

Filem ini mengungkap tentang rahsia the coming of age, bagaimana seorang manusia harus mencari dan mencari demi untuk memahami fungsinya sebagai seorang manusia. Disini, George Malley menggunakan kelebihannya bukan untuk main judi, merompak bank mahupun berpoya-poya dengan kehidupan, tapi kelebihan yang diberikan dimanafaatkan untuk kesejahteraan alam sejagat.

Filem ini merungkai tentang kelebihan memperbaiki diri sendiri dan bagaimana George Malley yang menganggap cahaya yang dilihatnya itu sebagai rahmat Tuhan dan satu petanda untuk dia melakukan sesuatu kebaikan di mukabumi ini. Ia adalah sebuah filem yang menginspirasikan sesuatu - tiada yang mustahil sekiranya kita berusaha. Bukanlah kuasa luarbiasa yang didapatinya itu menjadi mukjizat utama, tetapi semangat, sikap dan aspirasinya jelas menambahkan misteri dan inspirasi pada filem ini. Sungguh jelas maksud ayat Quran ini - Sesungguhnya Allah amat mengasihi hambaNya yang memperbaiki amalan, di dalam filem ini. Dia tidak menggunakan kelebihan yang diberikan dengan cara melampau sebaliknya cuba berusaha untuk memperbaiki diri sendiri dan masyarakat disekelilingnya supaya mereka dapat memahami segala perkara yang berlaku.

Namun demikian, satu perkara yang dicerminkan dalam filem ini dan telah dijelaskan berkali-kali oleh Allah SWT, - apakah kamu tidak memerhatikannya? Ia bukanlah satu pertanyaan, tetapi gesaan untuk kita melihat dan belajar dari alam sekeliling sepertimana yang dilakukan oleh watak GeorgeMalley ini.

dan akhirnya filem ini seperti filem yang bijak, berakhir dengan satu kesedaran dan keinsafan yang tinggi.

tonton filem penuhnya disini





Payback Is A Bitch (pardon my french)


Mel Gibson ialah seorang pelakon yang mempunyai aura lakonan yang bersahaja dan amat meyakinkan penonton dengan lawak crass dan execution watak yang amat berjaya.

Filem ini dimulakan dengan seorang bekas conman bernama Porter yang menceritakan kisah hidupnya yang di double cross oleh kawannya sendiri dengan pertolongan isterinya.

Maka bermulalah pengembaraan Porter bermula dari bawah sehinggalah sampai kepada top of the food chain demi untuk mendapatkan kembali duit USD70,000 yang sepatutnya menjadi miliknya selepas mereka merompak dari satu kumpulan kongsi gelap Cina.

Filem ini juga tidak akan dapat aku lupakan kerana inilah kali pertama aku menonton filem Mel Gibson yang mengajar erti prinsip dan bagaimana kita jangan mudah goyah dengan penipuan dan berpegang kepada prinsip.

Kadang-kadang aku rasa bodoh jugak si Porter ni, dia boleh selamba kasi letup ketua samseng dan sepatutnya dia boleh ambil alih turf ketua samseng tu, tapi dia tetap berprinsip - ambik hak sendiri jangan lebih-lebih.

dan sudah semestinya Tuhan berserta dengan manusia yang tidak mudah tunduk demi prinsip.

Ini ialah sebuah filem yang amat menghiburkan dan memberikan rangsangan minda yang amat berkesan!!!

Rumah Wax bahagian 2



Sebuah karya yang bersifat oneiric (macam mimpi tak mimpi la), Waxwork II ni aku angkat sebagai salah sebuah filem yang mungkin mencabar pemikiran untuk berfikir tentang elemen-elemen kebaikan menentang kejahatan. Walaubagaimanapun dahsyat dan buruknya kejahatan itu, ia tetap akhirnya terpaksa akur kepada kebaikan

Seperti filem The Cabin In The Woods, filem ini mengambil fiksi dari skrip filem seram, dongengan folklore dan sebagainya untuk menjadi asas yang menarik minat aku untuk menonton dan mendalami mesejnya berkali-kali.

Filem ini diterbitkan pada tahun 1992, zaman-zaman dark aku sebagai seorang remaja yang mencari identiti diri. Filem inilah salah satu dari eskapisme aku untuk meyakinkan diri aku bahawa segala perkara-perkara buruk yang berlaku dalam hidup ni akan hilang bilamana cahaya-cahaya kebaikan menonjolkan dirnya, ha ha ha!

Filem ini menanamkan semangat tidak mudah mengalah Mark untuk menyelamatkan aweknya, Sarah dari menjalani hukuman atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Dia terpaksa masuk alam separa sedar (twilight zone) yang memaksa dia memainkan peranan sebagai watak dalam filem-filem mahupun dongengan klasik seperti filem Dawn Of The Dead, Godzilla, Nosferatu (errr, Drew Barrymore bikin cameo dalam segmen ni), Aliens dan banyak lagi segmen-segmen filem dan dongengan klasik.

...dan bagaimana akhirnya kebaikan pasti akan menang...

Cabin Fever?

Elemen folklore dan fiksi wayang menjadi bahan asas untuk menyempurnakan plot dan premis kepada filem yang mempunyai sifat-sifat sejagat yang lebih khusus bersyarah tentang sifat manusia dan hubungan kemanusiaan dengan elemen-elemen supernatural.

Filem ini ada elemen-elemen konspirasi, kerajaan atas kerajaan dan mungkin juga dongengan Freemason atau secret society / knights templar yang dijadikan asas kepada perjalanan kisah yang taklah berapa horror sangat nih.

Satu kumpulan komuniti yang boleh mengawal elemen-elemen dunia halus (supernatural) telah memilih para "pelakon" untuk melakonkan fiksi-fiksi dongeng (eerrrr??? hiperbola nya bahasa!) yang diambil dari skrip filem seram, dongeng folklore dan kisah-kisah dahulukala.

Mereka yang dipilih ini kemudiannya telah dijadikan korban demi untuk kesejahteraan umat manusia. Disini lantas satu persoalan dikemukakan...sanggupkah kita mengorbankan diri sendiri untuk kesejahteraan hampir 6 billion manusia dari mengalami  satu bentuk "armageddon" , yang mungkin ada kena mengena dengan dongeng-dongeng ugama seperti dajjal dan sebagainya. Aku mengatakan bahawa dajjal itu sebagai dongengan kerana tidak ada dalam Quran Allah menyatakan di akhir zaman akan ada satu makhluk bernama dajjal yang akan menjahanamkan dunia, ia sebenarnya ialah satu kisah dongeng dalam Bible cuba cari surah Corinthian, ayat berapa aku tak ingat yang mengatakan akhir zaman akan wujud satu binatang yang akan menjahanamkan umat manusia. Kadang-kadang kita   kena pandai bezakan wahyu Allah dengan dongeng Israilliyaat  ni...sia-sia aje kena tipu dengan yahudi...




Dont Talk About Something Stupid, kay?

Talk Radio ialah sebuah filem yang berkisar tentang semangat individualiti yang menebal dalam diri seorang penyampai radio - Barry Champlain.

Filem ini sebenarnya ialah adaptasi dari kisah pembunuhan seorang penyampai radio, Alan Berg.

Banyak adegan-adegan sinis, humor dan juga mungkin heartwarming tales yang bisa membuatkan kita berfikir sambil berhibur,

Barry Champlain merupakan seorang deejay yang agak kontroversi dan sering mengutarakan topik-topik murahan yang berkebarangkalian menjemput pemanggil-pemanggil yang ekstrimis yang mungkin bakal menamatkan riwayat mamat deejay berdarah jew ini.

...dan akhirnya seperti filem-filem bemaruah yang lain, filem ini pasti ada nilai-nilai pengajaran yang mampu difikirkan bersama...

Beliau suka mengkritik dan berbicara tentang hal-hal dari seremeh-remeh hingga isu-isu sensitif yang melibatkan solidariti perkauman.

Savages Man Savages Beast!

Merupakan salah seorang peminat tegar Benicio Del Toro, meruntun aku untuk menonton bluray yang berkisar tentang dua rakan blood brothers yang amat pakar menghasilkan marijuana yang segar dari ladang (atau umpama datang dari ladang).

Seperti filem berat Oliver Stone yang lain, ini ialah sebuah filem yang membayangkan tentang bagaimana manusia bertempur untuk hidup, bagaimana manusia itu sanggup melakukan segala sesuatu termasuk MEMBUNUH hanya untuk melempiaskan anger drive nya.

Filem ini ialah sebuah filem yang agak serius merungkai tentang kehidupan drug lord dan bagaimana mereka akan melakukan apa sahaja yang terfikir di dalam benak mereka untuk survive dalam permainan yang agak licik dan kotor ini.

Ben dan Chon ialah rakan seperjuangan yang telah menemui cara selamat untuk "menternak" marijuana dengan modal yang minima dan keuntungan yang berjuta. Mereka telah bersekongkol dengan seorang polis korup lakonan John Travolta yang juga menjadi sebab aku menonton filem ni.

Mereka telah diganggu oleh seorang drug lord dari Tijuana yang mahu menjadi rakan kongsi mereka dan akhirnya berlakulah episod demi episod pembunuhan yang memualkan.

Ini adalah antara filem Oliver Stone yang paling keren!!!

Bayar Ke Depan...

Kadang-kadang sebuah filem yang poyo macam ni dapat memberikan seribu satu erti tentang kehidupan...aku amat respek dengan motif atau tema kisah ni yang mengungkap rahsia "kebaikan".

Trevor McKinney mula merealisasikan projek sains sosialnya dengan mengutarakan idea tentang konsep "Pay It Forward" dimana dia memulakan projek ini dengan membantu tiga orang yang memerlukan bantuan...kira macam multi level marketing jugak ni tapi level dia forward tak tunggang terbalik...orang yang menolong tidak mendapat apa-apa kebaikan tapi sebaliknya dia memulakan pusingan kebaikan sehingga menjalar malar kepada masyarakat.

Konsep filem ni amat baik sebab ia memberikan idea tentang "selflessness" dan bagaimana apabila sesuatu pertolongan itu diberikan, kita tidak mengharapkan balasan kerana aku ada terbaca dalam satu ayat pada Al  Quran di mana ALLAH menyatakan bahawa ada satu golongan yang berlumba-lumba mahu membuat kebaikan dan mereka tidak mengharapkan pembalasan dari kebaikan yang mereka lakukan itu...errr...how Quran reflects this beautifully through a movie like this...insaf aku,

Still Raised Hell and Your Intelligence Sunk The Deepest!



Filem-filem seterusnya terus bercerita tentang pembalasan dan bagaimana kejahatan tetap akan dibalas setimpal dengan apa yang telah dilakukan. Filem kelima ini tidak terikat dengan keempat-empat filem terawal kerana ia bercerita secara independent tentang semangat jahat yang meruntun jiwa dan minda orang-orang yang kurang akal.

Aku menganggap filem ini amat menginsafkan kerana mesej kebaikan di dalamnya amat jitu dan membara di dalam jiwa, ia berkisar tentang seorang pegawai polis korup bernama Joseph Thorne yang terjumpa sebuah puzzle box dan cuba menyelesaikan puzzle box itu yang akhirnya mengakibatkan dia ditarik ke alam separa sedar yang bakal mengajarnya satu benda...a life of crime does pay...with blood and guts!

Aku amat tersentuh masa dia di"sekolah"kan oleh Pinhead tentang semua kejahatan-kejahatan yang dia buat telah membunuh "innocence" nya sebagai seorang manusia dan bagaimana dia terpaksa menerima balasan akibat kekejamannya membunuh "innocence" nya sendiri,,,memang dramatik dan amat menyentuh perasaan...aku agak macam itulah agaknya kita diakhirat esok bila Tuhan menjelaskan kepada kita apa yang telah kita buat dan masa tu kita tak boleh nak lari mana lagi sebab, semuanya dah tersurat! Quite an intelligence ending to the film, amat menginsafkan!

Hell Is Raised, But Your Intelligence Is Not!

Cuma franchise filem ni aje antara yang melanggar pantang larang trilogi filem (selain filem Freddy Krueger, Jason Vorhees dan Mike Myers)...selagi boleh buat duit apa salahnya kan? Tema filem ni lebih bertumpu kepada elemen sadomasochistic yang mana konsep - feeling pleasure through pain, ialah agenda utama yang boleh menyebabkan kita tak senang duduk menonton adegan koyak rabak dalam filem ni.

Filem pertamanya berdasarkan pada novel Clive Barker - Hellbound ini meneliti dan mengungkap maksud carnal pleasure yang menepati citarasa para sadomasochist dan sadist (err...sama laa tu ejaan aje lain). Seorang mamat yang gila meraban bernama Frank telah membeli sebuah puzzle box yang dihuni oleh makhluk-makhluk alam separa sedar bernama The Cenobites, yang kononnya boleh memuaskan nafsu masochist nya yang melampau. Namun akhirnya dia menjadi lauk kepada makhluk-makhluk ini. Walaubagaimanapun jasad dan roh Frank secara tidak sengaja telah berjaya di revive kan oleh bekas kekasih gelapnya yang merupakan kakak iparnya sendiri, he he he! skima!!


Filem keduanya pula ialah succession kepada filem pertama yang menyaksikan survivor pada filem pertama, Kirsty Cotton telah ditempatkan di sebuah wad psikiatrik dan berlakulah babak demi babak pertempuran antara puak Cenobites dan Dr Channard (doktor psiko yang gila darah) dengan Kirsty berserta ally nya yang baru, Tiffanny. Aku teringat ada satu lagu dari kumpulan Wrathchild America yang mengambil dialog dari filem ni dan memang cantik bait liriknya - "The Doctor Is In, What's Your Pleasure Sir, You Want My Recommendation, I say AMPUTATION!"...WE HAVE SUCH SIGHTS TO SHOW YOU!...


Filem kedua ini memang sarat dengan elemen-elemen darah yang melampau-lampau dan cukup sesuai untuk pencinta filem seram yang melampau-lampau juga.


Namun demikian, filem ketiga ini telah berubah sedikit arah penceritaannya dan yang peliknya Pinhead, watak evil dalam frnachise filem ni kembali dalam keadaan bentuk sebuah Pillar Of Souls...ha ha! keren!!!


Setelah disedarkan oleh Kirsty Cotton tentang sifat kemanusiaan penghuni-penghuni Cenobites itu, maka Pinhead telah terbahagi kepada dua elemen, elemen kemanusiaan (sebagai Elliot Spencer) dan elemen Cenobites (sebagai Pinhead), mereka telah terperangkap dalam The Pillar Of Souls yang kini dimiliki oleh seorang tuanpunya sebuah kelab malam yang kaya raya. Minda separa sedar Elliot Spencer cuba berkomunikasi dengan anaknya untuk meminta supaya Pillar tersebut dimusnahkan, maka bermulalah perang antara kebaikan dan kejahatan yang merupakan forte utama yang menyedapkan jalan cerita ini...

Filem ni cuba memberikan maknyanya yang tersendiri dan ada mesej baik yang cuba ditonjolkan, bahawa manusia yang jahat dan memilih untuk menjadi jahat tidak akan dapat lari dari pertanggungjawaban atas segala kejahtan yang dilakukannya...maka itulah yang berlaku kepada J.P. Monroe, tuan punya kelab malam kaya raya yang sangat jahat dan zalim.



Ini ialah installment terakhir dalam siri filem Hellraiser yang melibatkan Clive Barker. Filem ini berlangsung di era dan generasi yang berbeza-beza, kita diperkenalkan dengan jejak-jejak awal pembuatan Puzzle Box yang berkonsepkan Lament Configuration yang menjadi igauan murahan para pencinta sadist.

Filem ini mengungkap sejarah kewujudan Lament Configuration ini dan bagaimana ia berpindah tangan dari satu generasi ke satu generasi yang lain...

dan...bagaimana akhirnya Puzzle Box ini menemui "demise" nya di angkasa lepas yang luas mata memandang...an excellent idea in finishing off The Cenobites...mana depa nak pergi lagi dah lepas tu...?

Namun malangnya disebabkan kehebatan watak dan penceritaan filem-filem ini ia disambung sehingga 9 episod...he he he he!!!

Creepy Crawly YoU SaY???!!!



  • Prologue - cerita pasal seorang budak yang amat obses dengan komik seramnya dan bagaimana bapaknya tak berapa berkenan dengan obsesi anaknya itu.

Father's Day - cerita pasal bagaimana orang yang dah mati boleh bangkit dari kubur dan balas dendam.

The Lonesome Death Of Jordy Verril - Apa perasaan anda kalau anda mati dalam keadaan yang sangat tragik dan tidak ada siapa perasan akan kehilangan anda dari mukabumi ini...

Something To Tide You Over - Kalau Tuhan jadikan manusia ni boleh bangun dari mati dan balas dendam, bagaimana ye? Segmen ni memang klasik sebab...ada surprise ending pada akhirnya!

The Crate - Berhati-hati bila membuka barang yang pelik-pelik, mungkin itu nasihat dalam segmen ini kot?

They're Creeping Up On You - Ini segmen Scrooge versi serangga!

Epilogue - Anakku Sazali versi Creepshow!



Prologue - seorang budak tak ada life dengan sebuah komik seram yang amat diminatinya...

Old Chief Woodenhead - dunia mistik yang bersyarah tentang harga diri dan falsafah Jesus Christ - an eye for an eye...tapi dalam segmen ni aku rasa, a hair for a hair.

The Raft - mesej dalam segmen ni, jangan mandi sungai beramai-ramai nanti kena makan dengan oil slick!

The Hithhiker - akhirnya karma datang menjemput! itu laa pasal bila bawak kereta jangan main langgar-langgar aje, buatnya yang dilanggar tu hantu...mcm mana geng?

Epilogue - budak tak ada life dan tumbuhan liar yang makan orang..kesian aku tgk para pembuli budak ni jadi lauk!

errr... ada satu lagi sekuel yang tak berapa official dari franchise movie ni...he he he he!!!

sekuel terakhir filem ni memang aku tabik...sebab memang Twilight Zone habis!!!


Wraparound Story - hati-hati bila makan hot dog, nanti salah makan...

Alice - is there anything such as a universal remote? aku suka nonton segmen ni sebab lakonan para pelakonnya memang tak siap, menambahkan seni pada seni yang tak siap!

The Radio - lain kali dengar radio tolong perlahankan sebab mungkin ada peluang, korang akan mendengar suara hati korang sendiri..dengar jangan tak dengar!

Call Girl - seorang call girl yang sadis akhirnya bertemu buku dengan ruasnya...padan muka dia!

The Professor's Wife -Stepford Wives ala Creepshow 3.

Haunted Dog - errr...aku pun tak faham citer apa ni...


    Filem klasik masa kini...

    Aku pun tak faham kenapa kebanyakan filem kalau nak buat sekuel mesti kena buat tak lebih dari tiga aka trilogi.

    Ini ialah sebuah filem yang penuh dengan darah. Kepada peminat-peminat filem klasik yang tegar ini sudah semestinya ada dalam koleksi dvd atau bluray anda! 

    Filem pertama ini tidak gah kesan khasnya kerana ia menggunakan kesan khas "gerak henti" (stop motion) yang sebenarnya pada aku menambahkan keseraman filem ini kerana cara pembikinan teknik stop motion ini sahaja dah cukup menggambarkan kengerian filem ni.

    Kepada peminat-peminat filem era Grindhouse sudah semestinya filem ini menjadi filem cult mereka kerana era Grindhouse (err...kat depan rumah aku dulu ada satu pawagam yang sama tahap dengan pawagam Grindhouse kat US, semua citer jenis macam ni aje yang ditayang...) sedikit sebanyak mengingatkan kita pada filem murahan yang bajet ciput tapi berjaya memberikan kesan kepada penonton sehingga kini.

    Filem kedua trilogi ini lebih dikenali dengan tajuk Dead By Dawn (yang menjadi inspirasi kepada Glenn Benton dari kumpulan Deicide untuk mengabadikan satu lagu berdasarkan filem ini)...merupakan remake kepada filem The Evil Dead kerana mungkin sebab jalan ceritanya telah banyak diubah namun masih mengekalkan Bruce Campbell sebagai bintang utama. 

    Filem kedua ini lebih banyak menekankan tentang Necronomicon, kitab setan yang mampu kononnya memanggil semangat-semangat jahat. Filem kedua ni tidaklah se ngeri filem pertamanya sebab mungkin pengarahnya mahu angle yang lebih fresh dan lebih mahu menumpukan kepada elemen lawak crass yang tak menjadi sebenarnya.

    Sekuel kepada filem ni juga sebenarnya turut mengalami masalah kerana jalan ceritanya yang agak mengelirukan...


    Filem ketiga dan terakhir dari trilogi ni berkisar tentang watak utamanya yang time travel ke era Medieval (Mid Evil?) yang sebenarnya lebih merupakan hint kepada projek siri tv Sam Raimi - Xena The Warrior Princess.

    Mungkin ini filem paling bangang dalam trilogi movie Evil Dead nih...

    The Matrix has you!

    Keanu Reeves amat bergaya dengan jaket hitamnya terutama bila dia bergaduh dengan Agent Smith.

    The Matrix mengutarakan persoalan tentang kehidupan dan realiti, filem ini dikatakan amat berfalsafah dalam mengutamakan tema "real"...apa yang "real" dan apa yang tidak "real". Filem ini ialah sebuah filem falsafah yang bertanya kepada kita, siapakah kita dan apakah perkara yang menjadikan kita sebagai manusia.

    Mr Anderson ialah seorang pakar komputer yang mempunyai masalah identiti. Beliau sangat suka kepada perkara-perkara tahyul dan mitos terutama tentang mitos seorang manusia pelampau bernama Morpheus (ada thematic pattern tentang penggunaan dadah melampau di sini), beliau selalu berkhayal tentang The Matrix dan akhirnya peluang digunakan untuk menyelam (pun intended) maksud The Matrix dan apakah dia The Matrix. Segmen pertama trilogi ini lebih bersifat superficial dan tidak banyak sangat ideologi-ideologi dongeng yang cuba dimasukkan berbanding dengan sekuel selepasnya. Filem ni lebih kepada filem aksi dan adegan tembak menembak yang tidak masuk akal langsung. Boleh dikatakan filem pertama kepada trilogi The Matrix ni lebih bersifat hiburan umum semata-mata.

    The Matrix Reloaded pula lebih berat mesejnya, sebab mereka telahpun berjumpa dengan "The One". Filem ini menyingkap dengan lebih dalam kepada struggle manusia menentang mesin dan bagaimana banyak falsafah-falsafah berat dan juga terdapat banyak reference dari agama-agama besar dunia seperti agama Buddha dan sebagainya. Paling best bila masuk part bilamana Neo berjumpa dengan The Architect, aku sendiri pun tak faham apa kejadah yang The Architect tu cakap, perkataan dan jargon yang pelik seperti "ergo", bla bla bla dan sebagainya memang berbulan jugak aku cari kat kamus tak faham-faham maksudnya, pakai aje laa perkataan "therefore" ke, sama jugak maksud dia kan? Neo sekali lagi terpaksa membuat pilihan antara awek dia ataupun komuniti manusia di Zion...ia adalah satu pilihan yang amat menyeksakan. Dalam sekuel ini dia memilih untuk menyelamatkan awek dia, dan ternyata pilihan dia amat salah sebab dia terpaksa lalu satu perkara yang amat menyusahkan hidup dia lepas tu, terperangkap di alam barzakh antara dunia matrix dan dunia realiti. Antara falsafah berat yang aku amat faham dalam filem ni ialah bilamana Neo berjumpa dengan The Oracle dan mempersoalkan tentang kenyataan The Oracle tentang maksud "pilihan". "kalau aku dah pilih jalan yang sepatutnya apa lagi yang tinggal untuk aku?"...lantas The Oracle menjawab - "kau telahpun memilih jalan itu dan fungsi kau ialah untuk MEMAHAMI jalan yang kau pilih itu. Sememangnya takdir telahpun tertulis di Lauh Mahfuz dan kita tidak boleh lari dari takdir itu, fungsi kita hanyalah untuk MEMAHAMI jalan yang kita pilih itu supaya kita tidak mempersoalkan Tuhan nanti kenapa kita begitu dan begini. Jalan untuk MEMAHAMI apa yang kita pilih  itu hanyalah dengan PETUNJUK dari TUHAN sahaja yang akan membuatkan kita mampu MEMAHAMI dan REDHO dengan pilihan kita itu.

    Sekuel terakhir filem ini adalah menjawab segala persoalan kepada pilihan Neo dalam filem kedua trilogi bagak ini. Akibat salah pilihan dia terpaksa menerima kenyataan bahawa dia telah "game over" dan terpaksa diselamatkan pulak oleh awek dia yang cun melecun tu.

    Dalam filem ini kita difahamkan akibat dari kesalahan pilihan Neo dan bagaimana "anomaly" dalam pilihan tersebut dilakukan dan bagaimana The Architect berjaya memanafaatkan "anomaly" dalam simple mathematics kemanusiaan yang minta untuk difahami *(huhu).

    Akhirnya Neo telah memperbetulkan kesilapannya dengan membuat pilihan yang tepat dimana dia telah bersemuka dengan The Architect buat kali terakhir dan menyerahkan dirinya dengan redho. Maka disini ada satu mesej tersirat yang perlu kita fikirkan. Bagaimana filem ini mengadun elemen negatif dan positif dan bagaimana kedua-dia elemen ini saling berhubungkait antara satu sama lain. Filem ini berjaya merungkai tentang "energy" dan bagaimana tenaga itu saling berkait antara satu sama lain. Sebelum Einstein mengemukakan teori Unified Field nya dalam Quran dah lama ada fakta tentang itu...sila baca surah Al Ikhlas (ada sebab nama surah ni Al Ikhlas, fikir sendiri), dan bacalah (Iqraq)...

    Maka akhirnya filem yang dihasilkan oleh The Wachowsky Brothers ini berjaya membuka minda aku untuk lebih memamahami maksud Qadha' dan Qadar...

    Kembali Ke Zaman Depan?

    Cult movie zaman sekolah menengah aku, filem ni adalah antara filem klasik yang cuba bercerita tentang masa depan dan bagaimana kalau masa depan itu boleh diubah?

    Marty McFly ialah seorang remaja yang mempunyai sebuah rock band yang juga seperti remaja lain, mengalami macam-macam pengalaman remaja yang lain juga.

    Tapi pengalaman berjumpa dengan bapak dia di zaman remaja bapaknya mengajar dia satu perkara...

    Dia kena ajar bapak dia satu benda yang bapak dia sendiri pun tak tau apa kebendanya sebelum tu...menjadi yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi cabaran.

    Mungkin kalau aku mempunyai peluang macam dia, mahu aku kembali kezaman bapak aku dan tengok sendiri perangai bapak aku...ada ke aku ikut perangai macam dia?

    Franchise keduanya pula menceritakan tentang perihal keluarga McFly dan memang tak masuk akal lah sebenarnya kalau citer pasal time travel ni...yang pernah time travel dalam dunia ni seorang aje - Nabi Muhammad SAW, tak percaya bacalah Quran, ada Allah sebut. okay, bahagian kedua citer ni bercerita pasal keluarga McFly pada masa depan, bagaimana Doc Emmet Brown membantu Marty McFly menyelamatkan anaknya dari menjadi mangsa kejahatan musuh tradisi keluarga McFly. Akhirnya satu chain reaction telah membawa mereka kepada satu kes yang amat kronik, timeline tahun 1955 telah dirosakkan dan mereka terpaksa mengembara kembali ke zaman mak bapak Marty McFly untuk menyelamatkan keadaan.

    Rasa macam menonton feature film Doraemon pulak...he he he he he!

    Walaubagaimanapun, sekuel keduanya memang tak dapat lawan sekuel terakhir trilogi filem ni...


    Sekuel ni berkisar tentang zaman koboi, ironinya permasalahan dan senarionya tetap sama macam sekuel sebelumnya cuma latarbelakangnya sahaja yang berubah. Marty McFly tetap bangang macam biasa dan Doc Emmet Brown tetap dengan perangai Doraemon dia...aku rasa filem ni banyak adaptasi dari watak Doraemon dan Nobita kot???

    Anyway, aku ada satu tin boxed trilogy ni, dua dvd three in one dengan satu boxed set bluraynya yang terkini...

    Filem ni memang filem klasik aku sepanjang zaman!!!

    Perrgghhhh....

    Inilah filem zombie pertama yang aku tonton dengan abang aku, tak silap aku masa tu aku masih darjah satu. Memang patut pun ada label pada filem-filem sebegini. Mungkin abang aku tak perasan filem ni di label sebagai RESTRICTED, maka dia pun selamba bawak aku pergi nonton, dah laa tengah malam. Malam tu memang tak tidur malam aku.

    Filem ni memang mimpi ngeri dan mimpi basah aku sebab cuba bayangkan, macam mana seorang budak yang baru nak belajar mengenal ABC, dibawa menonton filem yang sebegini. Memang aku fobia lepas tu nak menonton filem seram yang ber elemen makan-makan orang macam nih.

    Citer dia memang simple, dialog nya pun tak masuk akal...Citer ni sebenarnya diarahkan oleh seorang pengarah filem Itali yang terkenal dengan filem tak siap dia dan sebenarnya filem ni dia main tangkap muat aje. Dah lama surf dalam internet baru aku tau ramai orang kutuk filem ni sebab filem ni memang crass, bangang dan tak masuk akal plot dan dialognya.

    Tapi apa yang aku tau filem ni memang menakutkan aku di zaman kanak-kanak aku dan masih begitu!!!!

    Real ke tipu citer nih?

    Baru aje aku membeli dvd anniversary filem ini yang sebelum menontonnya banyak juga aku mendengar kisah-kisah tentang filem ni. Dengan babak-babak ganas dan kejam tak mengenal belas, ia adalah sebuah filem yang mempersoalkan moraliti. Bagaimanakah sebuah kehidupan sekiranya tiada nilai moraliti mahupun nilai agama mengenal tuhan?

    Filem yang menjadi ikutan dengan menggunakan premis "lost footage" sebagai plot cerita, maka penerbit filem ini berjaya mengaut publisiti murahan dan pernah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana filemnya dikatakan benar-benar ada babak pembunuhan yang sebenar.

    Entahlah, bila aku menonton filem ni banyak babak yang aku forward kan sebab aku sendiri tak tahan hati nak tengok filem ni, memang ini filem yang amat naif dan basic, maksud aku basic dari sudut perlakuan manusia itu sendiri.

    Filem ini juga mempersoalkan tentang ketamadunan dan apa yang akan berlaku bilamana manusia bertamadun dan maju pemikirannya masuk ke dalam dunia manusia yang jumud dan kolot?? Filem ni membayangkan bahawa tak semestinya kau maju dalam berfikir kau boleh bawak pemikiran maju dan berjaya kau ke alam primitif.

    Begitu juga kalau kita terlalu pandai jangan kita memperbodohkan orang lain seperti para pengkaji dalam filem ni yang membuat sesuka hati mak bapak dia aje bila dah masuk kampung orang, konon nak menyekolahkan manusia primitif, tapi akhirnya sebab dah rasa terlalu hebat sangat akhirnya...kena makan...jadi lauk...

    errrrhhhhhh...ngeri sungguh filem ni.

    Rule Number One, You Do Not Talk About Fight Club:

    Salah satu filem cult yang berjaya menarik minat aku sebagai seorang yang di diagnosis sebagai Bi Polar (polariti yang dwi alam), ini ialah sebuah filem (klise ayat aku nih) yang mengajak kita mengenal apa dia NAFSU dan bagaimana kita mahu memuaskan nafsu kita.

    Edward Norton sebelum menjadi The Incredible Hulk dalam tahun 2008 ialah seorang yang berpenyakit bi polar yang mempunyai split personality. Dia  telah mencipta satu watak anarki bernama Tyler Durden yang merupakan eskapisme kepada dunia pekerjaan dia sebagai seorang penyiasat syarikat insuran kereta.

    Filem ini menjelaskan tentang masalah penyakit mental yang dihadapi oleh The Narrator (Edward Norton) yang mengalami masalah jet lag dan amnesiac...errr...imsomnia laaa, kerana selalu travel ke sana sini untuk menyelesaikan  semua kes yang melibatkan insuran.

    Rutin harian The Narrator akhirnya menjadi kucar kacir bila dia mula mengenal seorang mamat yang agak extremist bernama Tyler Durden, yang sebenarnya ialah bayangan kepada split personality diri dia sendiri. 

    Mungkin ada orang akan mengaitkan filem ini sebagai sebuah filem "coming of age", bagaimana proses kematangan itu berlaku, tapi bagi aku filem ni sebenarnya adalah bayangan kepada perkara yang akan berlaku 2 tahun selepas itu dimana bangunan tinggi melangit diletupkan dan The Fight  Club itu sebenarnya wujud, but you do not talk about Fight Club.

    Kebetulan ke,  2 tahun lepas tu bangunan WTC  hangus terbakar dan runtuh menyembah bumi di sebabkan oleh The Fight Club?

    Fight Club you say???

    Well, this blog had been around for a while...

    ...and will be going on selagi bluray player aku masih boleh memainkan bluray dan dvd pirate dari China dan Taiwan...he he he!

    pejam celik, pejam celik dah hampir lima tahun aku menulis dan menulis tentang filem-filem yang aku tonton, sebenarnya niat menulis ni tak langsung ada dalam hati ni supaya orang baca tulisan aku dan memuja aku - aku menulis bukan kerna nama, tapi kerana aku mahu mencatatkan apa yang aku fikir bilamana aku menonton filem-filem ni kerana aku menganggap blog ni sebagai mental note aku untuk aku time travel balik ke zaman aku menonton filem ni...syukur Alhamdulillah ada laa blog free macam ni untuk aku menulis.

    Minat menulis ni dah ada dalam diri aku semenjak aku sekolah rendah, semenjak aku pandai mengeja lagi. Aku rasa menulis ialah satu kelapangan yang boleh membantu menghilangkan stress.

    Aku baru aje baca balik apa yang aku tulis selama ni, malah ada jugak dua tiga filem yang aku review berkali-kali, maknanya filem tu ada meaning yang besar dalam hidup aku dan mungkin juga sebahagian dari kehidupan aku, sebagai eskapisme aku.

    Aku tak pernah mengharapkan sangat orang membaca blog aku sebab aku rasa tak ada siapa pun nak baca blog gila macam ni...(he he he!) tapi kepada yang pernah bagi komen, yang pernah nak mengajak berbual di emel, aku rasa cukuplah sekadar membaca aje tulisan gila aku ni...dan ambillah pengajaran dari yang baik sebab aku tamak pahala, kalau ada pengajaran baik tu dapat jugak aku pahala...kan?

    Aku pun kadang-kadang tak berani nak berbual dengan orang sebab takut orang kata aku seorang extremist atau pelampau...sebab memang aku melampau bila menulis terutama bila bab mengaitkan sesuatu dengan kejadian Tuhan. Itu memang forte aku.

    Cuma sekarang aku kurang dapat menulis panjang-panjang macam dulu sebab rasanya zaman nak menulis panjang-panjang ni dah abis...just tulis apa yang penting dan at least aku baca, aku syok sendiri ha ha ha!!!

    Bila baca balik apa yang aku tulis selama ni, aku sendiri pun tak sangka, kronik juga penyakit bi polar aku nih...macam-macam yang aku baca sampai aku sendiri rasa aku baca blog orang pulak, tak percaya yang aku sendiri menulis blog ni...errrr...macam dalam filem Fight Club tu, "rule number one, you do not talk about fight club".

    aku akan terus menulis untuk menghiburkan diri sendiri ha ha ha !  bukan  ada orang baca pun, niat dalam hati jangan ada orang baca laaa...malu jugak kalau orang baca...meracau aje he he he!




    Cinta dalam tiga dimensi...yang berbeza-beza

    Henry Roth ialah seorang vet yang berkarisma sebagai seorang casanova yang mampu menarik minat opposite sex untuk berhibur dan bersuka-sukaan.

    Sehinggalah akhirnya mungkin juga karma, dia terpaksa mencuba berkali-kali untuk memenangi cinta seorang perempuan yang mempunyai masalah ingatan...

    Antara filem lakonan Drew Barrymore yang cukup menarik minat aku untuk menonton dan menyelam rahsia cinta (haha!) dan bagaimana seorang manusia boleh berubah demi cinta, entah apa yang dilihat oleh Henry Roth pada Lucy aka Forgetful Lucy yang hampir tiap-tiap hari dia terpaksa berusaha untuk memenangi hati Lucy dengan berbagai-bagai  taktik dan strategi sehinggalah akhirnya mereka terpaksa melupakan diri masing-masing.

    Namun demikian aku melihat filem sebagai satu "kasih sayang" dan mungkin juga "petunjuk" dari Tuhan apabila akhirnya selepas kesusahan demi kesusahan pasangan ini berjaya menempuhi kesusahan dengan mengenali diri masing-masing secara jujur dan saksama...

    Perkara yang paling menarik dalam filem  ini ialah motto - Usaha Tangga Kejayaan.

    Kick Ass...Tendang Bontot?

    Ini filem aksi yang meminta sedikit belas kasihan...

    bagaimana seorang yang simple dan nampak macam tak ada life beraspirasi besar mahu menjadi penyelemat dunia?

    Mengapa?

    Mengapa?

    Mengapa?

    ...dan telah menjadi satu ketetapan Tuhan yang nyata, walau dalam filem bodoh ini sekalipun, maaf aku suka mengaitkan Tuhan dalam berbagai hal bukan mahu berdakwah tapi menyatakan kebenaran...bahawa dalam filem bodoh sebegini pun sebenarnya mengajar kita mengenali bahawa Tuhan selalu memberikan peluang kepada kita untuk membuat apa sahaja...cuma usaha dan kegigihan yang jitu sahaja perlu dimanafaatkan.

    Budak yang berangan nak jadi superhero ni terpaksa melalui pelbagai dugaan sebelum dia berjaya diangkat menjadi seorang superhero yang berjaya, dia terpaksa kena tikam, kena langgar dan bermacam lagi dugaan dia kena lalu...samalah seperti realiti kehidupan manusia...aku ada terbaca satu  buku pasal superhero dan bagaimana penulisnya mengkaji dan meneliti betapa rapatnya realiti superhero dengan realiti seorang manusia, bagaimana seorang superhero juga terpaksa melalui pelbagai dugaan sebelum dia  diangkat menjadi superhero.

    ini ialah filem yang biasa biasa aje tapi menarik...

    Ini bukan sebuah filem paranormal, ini ialah filem kesedaran...siapa mahu jadi jahat? angkat tangan!

    Apa akan anda buat untuk mendapat kehidupan yang lebih baik? Apakah kehidupan yang sempurna? Bagaimana caranya anda mahu mendapatkan kesempurnaan itu? Inilah filem yang bermain-main dengan persoalan ini...Di sebuah pekan bekas lombong diberi nama Cold Rock terungkap satu kisah legenda yang mana satu susuk tubuh bernama The Tall Man kian digeruni kerana keinginannya kepada kanak-kanak kecil.

    Ini ialah sebuah filem yang penuh dengan twist, bagai salah satu siri segmen televisyen The Twilight Zone yang akan membuat anda meneka-neka apa sebenarnya yang berlaku dan siapakah antagonis yang sebenarnya...

    Robin Hood ialah seorang manusia yang mulia walaupun caranya itu salah pada pandangan mata orang. Hang Jebat ialah manusia hebat walaupun caranya itu salah pada tatasusila...begitu juga dengan watak Julia dalam filem ini yang inginkan kesempurnaan pada semua kanak-kanak yang hidup melarat dan merempat di pekan Cold Rock itu sehingga dia sanggup melakukan sesuatu yang tidak masuk akal...dan kemudiannya dia sanggup mengorbankan dirinya untuk kekal menyimpan rahsia itu...inilah manusia yang aku rasa kenal siapa Tuhannya dan sanggup mengorbankan dirinya untuk kesejahteraan dan kebaikan...Jarang lagi kita jumpa manusia yang sebegini kerana pada pandangan aku watak Julia dalam filem ini ialah ibarat seorang marhaen yang suci yang terpaksa mengorbankan diri sendiri untuk melawan sistem yang kolot dan red tape birokrasi...

    Sesungguhnya kita amat memerlukan manusia yang sebegini, yang melihat di luar norma kemanusiaan dan melihat sesuatu yang tulen hanya dari Tuhan semata-mata...

    Akhirnya...

    Filem hasil tulisan Jerome Bixby ini ialah salah satu dari mitos fiksi The Twilight Zone nya yang seringkali menguji minda dan penerimaan terhadap akal lakut yang amat seni dan halus.

    Premis filem ini hanya tertumpu di rumah cottage sewaan John Oldman, seorang pensyarah yang terpaksa berpindah ke tempat lain (nomad) sebab satu rahsia besar yang tidak harus disebar kepada orang awam kerana berkemungkinan akan menyebabkan orang yang mendengarnya menjadi lebih bodoh atau lebih gila...beliau ialah seorang "man out of time".

    Maka sessi bercerita di tepi unggun api ala campfire story ini berakhir dengan penafian demi penafian dan John Oldman sendiri terpaksa mengakui dengan sendirinya bahawa ia adalah satu trick untuk memperbodohkan para arkeologi, christian teologi dan beberapa orang bijak pandai yang hadir pada malam itu.

    Perkara menarik tentang filem ini ialah ia cuba mengupas tentang "kebenaran" dan sejauh mana kita mampu menerimanya walau betapa tak masuk akal (akal ialah sesuatu yang amat "limited") nya idea itu...dari mengakui sebagai seorang dari bangsa Cro Magnon (bangsa manusia terawal) sehinggalah akhrinya mengakui sendiri bahawa beliau adalah Jesus Christ dalam fiksi Bible, John Oldman terpaksa menerima kenyataan bahawa, batas akal manusia lebih selesa dengan "kotak pemikiran" yang begitu-begitu sahaja...tidak ramai yang mahu berfikir di luar kotak.

    Itulah sebabnyaTuhan mengirimkan pewahyu-pewahyu untuk mengajak manusia berfikir di luar kotak...maka ini adalah sebuah filem yang mengajak kita berfikir tentang kemungkinan-kemungkinan yang berlaku pada seorang manusia yang bernama John Oldman dalam filem ini. Kita begitu selesa dengan kisah datuk nenek moyang kita yang belum tentu berkredibiliti dan kitalah manusia yang tidur dan berselimut itu...maka bangunlah wahai orang yang berselimut...he he!

    Drama...drama...drama.

    Ini ialah karya simple Quentin Tarantino yang meminta kita mendengarnya dengan prihatin.

    Plotnya tentang satu rompakan "gone bust" (aku tak ada masa nak italic kan ayat karangan aku okay!)...kerana terdapat "orang dalam" dalam kumpulan perompak itu.

    Mr Orange telah tumpas dalam gerakan rompakan itu lantas dia diselamatkan oleh Mr White dan mereka terus menyembunyikan diri di dalam sebuah gudang yang menjadi premis pada kisah dalam filem ini.

    Kalau filem Anakku Sazali ada budget bagak maka mungkin emosinya lebih gah dan dramatik seperti filem ini...ha ha ha ha!!!

    Memang, entah kenapa aku selalu teringat dengan adegan filem Anakku Sazali yang mana Sazali bertegang leher dengan bapak dia...mewakili emosi yang wujud pada filem ini...

    Ini ialah sebuah filem "murah" yang "mahal".

    Permainan Orang Dewasa Dalam Kartun Yang Kronik...

    Semua orang mesti pernah main dengan permainan kegemaran masa kecik-kecik, jadi filem ini bakal mengimbau pengalaman zaman budak-budak. Bagaimana kalau permainan tu ada hati dan perasaan dan boleh berinteraksi antara satu sama lain? Maka bermulalah satu adventure pengembaraan (errkk?) yang tiada tolok bandingnya...

    Woody ialah seorang (??) permainan yang bertemakan koboi yang dikatakan ketinggalan zaman. Dia di "overshadow" oleh satu permainan angkasa lepas yang lebih keren dan ada laser kat tangan. 

    Apa yang menarik pada cerita ini ialah bagaimana kita dihidangkan dengan persoalan...bagaimana kalau tidak ada sesiapa yang memahami apa yang kita fahami dan selami? Mungkin realitinya agak pahit untuk ditelan...

    Namun, biarpun begitu filem ini ada satu semangat setiakawan (seperti filem-filem kartun klise yang cuba menerapkan sikap ini dalam mentaliti kanak-kanak...mesej baik laa kononnya!) yang cukup menebal dalam diri Woody dan bagaimana dia cuba memahami Buzz Lightyear dan cuba menyampaikan hajatnya yang amat tinggi itu...

    Ini adalah filem klasik dari Pixar selain dari filem Cars kegilaan anak aku, Mohamad Edhrie Hasheim Joll...he he he he!!!

    Metallica?

    Shortest Straw...

    Sebuah filem dark comedy yang tak ada nilai comedy yang serius (pun intended)...

    sesiapa yang nak tengok movie yang ada nilai hiburan, hindarilah filem ini kerana anda tidak akan ke mana...

    sebuah filem yang agak rigid dengan elemen anarchist melampau...Hesher ialah seorang manusia yang tidak mahu kalah dengan paradigma melampau...dia adalah seorang lone ranger yang hidup tanpa undang-undang...

    oleh yang demikian, kenalilah diri anda melalui Hesher!

    Metallica still rocks!!!

    Red Light...and they say it was the second Sixth Sense?!

    Filem yang kononnya dikatakan satu genre dengan filem seram The Sixth Sense namun sebenarnya tiada apa yang surprising tentang filem ni kerana ia bukanlah Sixth Sense part two...elemen suspens dalam filem ni boleh dikatakan...tiada langsung.

    Jalan cerita meleret-leret dan plot yang entah apa-apa agak mengecewakan aku...filem ini beraspirasi besar namun sebenarnya apa yang hendak ditonjolkan...aku pun confuse...

    Namun demikian juga, ada pengajaran yang perlu dititikberatkan sebagai seorang penonton filem yang tidak berat sebelah. Aku menganggap mesej dalam filem ini ialah "keyakinan"...meyakini sesuatu dan mempercayainya dengan sepenuh hati. Tiada siapa yang memaksa kita mahu percaya kepada apa yang kita mahu percaya jadi sebenarnya sepotong ayat Quran - tiada paksaan dalam beragama, itu adalah titik tolak kepada kebenaran.

    Filem ini cuba membuai perasaan kepada "penafian", menafikan kebenaran yang nampak jelas di hadapan mata. "kebenaran" ialah sesuatu yang tidak boleh ditipu dan menipu cuma persepsi kita kadangkala "menafikan" apa kejadah yang kita lihat, rasa mahupun fahami.

    Dr. Margaret Matheson cuba menafikan wujudnya paranormal side of life dengan cuba membongkar dan mendedahkan pembohongan namun sebenarnya dia tidak menyedari bahawa paranormal itu ialah sesuatu yang wujud dihadapan dirinya dan dia sendiri tak mampu menafikan "kebenaran" itu sehingga ke akhir hayatnya.

    Tom Buckley pula ialah seorang physicist yang cuba mencari "kebenaran" dan apabila menjumpai "kebenaran", tidak dapat menerimanya dan "membutakan" mata hatinya dari menerima "kebenaran" dengan yakin.

    Simon Silver, seorang psikik yang amat arrogan dan yakin bahawa dia mempunyai satu kuasa yang mampu menundukkan, namun akhirnya terpaksa tunduk kepada "kebenaran", bahawa ada orang yang lebih hebat dari dia...

    dan akhirnya ketiga-tiga watak ini lebur dalam satu hakikat keyakinan bahawa...Tiada Tuhan Melainkan Dia.

    an inspiring movie indeed...


    Wikipedia

    Search results

    Powered By Blogger

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...