Aku adalah peminat tegar juga kepada si pembuat filem, Quentin Tarantino, kerana semua filem-filem buatannya memang banyak mengutarakan elemen-elemen hiburan dan intelek yang melampau-lampau kronik.
Filem ini diceritakan dalam bentuk bersepah-sepah tak ada permulaan, pertengahan dan penghabisan...sebab ceritanya hanya berkisar pada adegan di dalam restoran di mana berlaku rompakan yang dilaksanakan oleh pasangan paling romantik dalam filem - "Pumpkin" dan "Honey Bunny".
dan ditengah-tengah plot cerita ini, berlakulah jalan penceritaan tunggang terbalik yang menambahkan aura misteri pada filem ini.
Aku masih tertarik dengan adegan ceramah ugama yang diberikan oleh Jules Winfield kepada pasangan perompak di akhir cerita dan pada awal cerita dimana mereka menggelidah apartment untuk mendapatkan "barang" boss mereka...Terdapat pengajaran dalam ceramah ugama Jules ni kerana dia memberikan ceramah dengan cara yang amat berbeza, maka disini timbul satu persoalan tentang "berdakwah dengan hikmah"...maka si Jules ni mampu mengubah dan berdakwah kepada pasangan tersebut untuk mengubah cara mereka...hui! macam tu caranya nak berdakwah..,ada masa kena lemah lembut dan ada masa, tembak dan pancung sampai mati...
...dan akhirnya Quentin Tarantino tetap menjadi pujaan hatiku!
