24Until now you have asked nothing in My name. Ask, and you will receive, that your joy may be full. John 16:16 to 24 (NKJV)
Filem ini menjelaskan dengan nada yang amat metafor, (kerana Tuhan suka menggunakan metafor supaya lebih dekat dan mudah difahami oleh manusia).
Aku rasa aku pernah tulis pasal filem ni jadi aku yakin filem ni ada satu mesej yang amat menarik - Ask and ye shall receive.
Elemen metafor dalam filem ni mungkin keterlaluan dan payah untuk dicerna oleh para pencinta tuhan mahupun nabi tapi aku menganggap filem ini sebenarnya mendekatkan kita kepada kefahaman - apa yang Tuhan mahu kita buat.
Banyak falsafah dan prinsip kemanusiaan dalam filem ni, seperti mengkaji minda dan psike manusia dan bagaimana kita sanggup melakukan segala sesuatu demi untuk menyampaikan sesuatu hajat.
...dan akhirnya dari ujian dan dugaan Tuhan kepada kita, yang sedar dan mahu dekat dengan Tuhan akan mendapat satu pengajaran yang amat bermakna dari filem ni...ASK AND YE SHALL RECEIVE.
