Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Its The SIGN of the TIME...

M. Night Shyamalan selalu meruntun minda separa sedar tentang sifat THE REAL, yang sebenarnya banyak filem-filemnya yang mendekatkan kita kepada kejadian yang nyata...sebenarnya ini ialah antara banyak filem Shyamalan yang bermain-main dengan elemen lakut, elemen tahyul dan bagaimana dongeng fiksyen sains ini berjaya menyatakan bahawa...misteri the other side of life yang bermain-main di kepala otak manusia seperti hantu, UFO, alien dan segala macam mythical legend yang diceriterakan selama ini tidak akan dapat melawan satu-satunya misteri yang nyata yang selalu difikirkan akal - tentang satu zat yang bernama TUHAN.

Premisnya mudah, bercerita tentang ketakutan manusia kepada the unknown, satu kuasa luarbiasa yang selalu menakutkan manusia tentang, apa yang akan berlaku jika  makhluk asing datang dan menyerang manusia? Bermula dari sikap skeptik bekas paderi bernama  Graham Hess yang hilang keyakinan kepada zat yang maha kuasa sebaik sahaja isterinya meninggal dunia akibat kemalangan, namun plot bijak yang cuba disuntik oleh Shyamalan, seperti kisah-kisah "mengenal tuhan" yang lain seperti Devil, The Lady In The Water dan sebagainya, berjaya menanamkan satu harapan atau semangat dalam filem ini bahawa - dalam setiap kesusahan pasti ada kesenangan dan itulah plot mudah yang cuba ditanamkan dalam filem ini.

Kisah dari serangan alien dan cubaan alien menculik anaknya yang mengidap asthma telah mula meyakinkan kembali father Graham Hess bahawa setiap sesuatu itu berlaku mengikut sukatan yang cukup, malah akhirnya father ini berjaya memahami bahawa segala kejadian malang yang berlaku kepada keluarganya selama ini ada hikmah tersembunyi yang cuba diberikan. Bagaimana isterinya mati akibat kemalangan, dan kaitan anak lelakinya  yang mengidap asthma sehinggalah pesanan terakhir isterinya - "Swing Away"...benar-benar memperlihatkan satu mukjizat nyata bahawa...selama ini TUHAN memang sayang pada keluarganya dan ia adalah perancangan The Masterplanner yang amat teliti dan tepat!

Sesungguhnya filem ini mengandungi hikmah bagi sesiapa yang mencari...


Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...