Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Rumah Wax bahagian 2



Sebuah karya yang bersifat oneiric (macam mimpi tak mimpi la), Waxwork II ni aku angkat sebagai salah sebuah filem yang mungkin mencabar pemikiran untuk berfikir tentang elemen-elemen kebaikan menentang kejahatan. Walaubagaimanapun dahsyat dan buruknya kejahatan itu, ia tetap akhirnya terpaksa akur kepada kebaikan

Seperti filem The Cabin In The Woods, filem ini mengambil fiksi dari skrip filem seram, dongengan folklore dan sebagainya untuk menjadi asas yang menarik minat aku untuk menonton dan mendalami mesejnya berkali-kali.

Filem ini diterbitkan pada tahun 1992, zaman-zaman dark aku sebagai seorang remaja yang mencari identiti diri. Filem inilah salah satu dari eskapisme aku untuk meyakinkan diri aku bahawa segala perkara-perkara buruk yang berlaku dalam hidup ni akan hilang bilamana cahaya-cahaya kebaikan menonjolkan dirnya, ha ha ha!

Filem ini menanamkan semangat tidak mudah mengalah Mark untuk menyelamatkan aweknya, Sarah dari menjalani hukuman atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Dia terpaksa masuk alam separa sedar (twilight zone) yang memaksa dia memainkan peranan sebagai watak dalam filem-filem mahupun dongengan klasik seperti filem Dawn Of The Dead, Godzilla, Nosferatu (errr, Drew Barrymore bikin cameo dalam segmen ni), Aliens dan banyak lagi segmen-segmen filem dan dongengan klasik.

...dan bagaimana akhirnya kebaikan pasti akan menang...

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...