Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Atas Nama Cinta??

Ada dua maksud dalam tajuk filem ni, 1) dengan nama tuhan 2) dengan nama bapak (bapak sesiapalah).

Filem ni mencerminkan kedua-dua maksud ini. Menceritakan tentang Gary Conlon, seorang anak muda yang naif dan melalui zaman-zaman remaja dan dewasanya berkelahi dengan bapaknya. Walaupun jelas dalam filem ni betapa bapaknya amat-amat mengasihi dia.

Dia telah dituduh mengebom sebuah pub di Guildford dan melalui paksaan dan ugutan pihak berkuasa British, dia akhirnya terpaksa mengakui yang dia bertanggungjawab mengebom pub tersebut.

Ini ialah kisah benar yang sampai sekarang memberi "kemaluan" kepada sistem perundangan British atas tindakan ala Gestapo mereka yang menzalimi dua beranak yang tidak bersalah.

Dalam filem ni kita lihat bagaimana konflik dua beranak ni dalam penjara di mana anaknya leka dengan hiburan dan menghisap ganja manakalah bapaknya terpaksa struggle untuk membersihkan namanya dari fitnah kerajaan British. Sehinggalah pada satu ketika bapaknya mati di dalam sel penjara dan bermulalah kesedaran anaknya mencari kebenaran.

Filem ni aku tonton pertama kalinya di pawagam pada tahun 1993, memang emosi aku nonton filem ni sebab aku memang suka filem yang berlatarbelakangkan kasih sayang anak dan ayah, teringat dengan arwah bapak aku.

Pengajaran pada filem ni amat mendalam kerana ia amat emosional, bagaimana seseorang itu dizalimi dan dia tidak dapat melakukan apa-apa...namun demikian, atas nama tuhan...kebenaran akhirnya terbuka bilamana kita berusaha tanpa jemu.

dan akhirnya filem ni seperti biasa komen aku...amat, amat, amat menginsafkan!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...