Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Filem klasik masa kini...

Aku pun tak faham kenapa kebanyakan filem kalau nak buat sekuel mesti kena buat tak lebih dari tiga aka trilogi.

Ini ialah sebuah filem yang penuh dengan darah. Kepada peminat-peminat filem klasik yang tegar ini sudah semestinya ada dalam koleksi dvd atau bluray anda! 

Filem pertama ini tidak gah kesan khasnya kerana ia menggunakan kesan khas "gerak henti" (stop motion) yang sebenarnya pada aku menambahkan keseraman filem ini kerana cara pembikinan teknik stop motion ini sahaja dah cukup menggambarkan kengerian filem ni.

Kepada peminat-peminat filem era Grindhouse sudah semestinya filem ini menjadi filem cult mereka kerana era Grindhouse (err...kat depan rumah aku dulu ada satu pawagam yang sama tahap dengan pawagam Grindhouse kat US, semua citer jenis macam ni aje yang ditayang...) sedikit sebanyak mengingatkan kita pada filem murahan yang bajet ciput tapi berjaya memberikan kesan kepada penonton sehingga kini.

Filem kedua trilogi ini lebih dikenali dengan tajuk Dead By Dawn (yang menjadi inspirasi kepada Glenn Benton dari kumpulan Deicide untuk mengabadikan satu lagu berdasarkan filem ini)...merupakan remake kepada filem The Evil Dead kerana mungkin sebab jalan ceritanya telah banyak diubah namun masih mengekalkan Bruce Campbell sebagai bintang utama. 

Filem kedua ini lebih banyak menekankan tentang Necronomicon, kitab setan yang mampu kononnya memanggil semangat-semangat jahat. Filem kedua ni tidaklah se ngeri filem pertamanya sebab mungkin pengarahnya mahu angle yang lebih fresh dan lebih mahu menumpukan kepada elemen lawak crass yang tak menjadi sebenarnya.

Sekuel kepada filem ni juga sebenarnya turut mengalami masalah kerana jalan ceritanya yang agak mengelirukan...


Filem ketiga dan terakhir dari trilogi ni berkisar tentang watak utamanya yang time travel ke era Medieval (Mid Evil?) yang sebenarnya lebih merupakan hint kepada projek siri tv Sam Raimi - Xena The Warrior Princess.

Mungkin ini filem paling bangang dalam trilogi movie Evil Dead nih...

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...