...Pertama kali mengenal dunia multimedia, inilah satu-satunya filem yang aku beli dalam format terawalnya - VCD, dan kini aku telahpun membeli format terkini dalam bentuk Bluray yang amat canggih dan mendalam kesan visualnya membuatkan aku langsung memahami dengan lebih terdalam lagi apa maksud tersirat dan tersurat dalam filemnya.
Ini ialah kisah cinta yang amat emosional dan mengungkap tentang bagaimana seseorang itu sanggup membuktikan ketulusan cintanya sehingga ke liang kubur (pun intended)...
bersama edisi Bluray ini termaktub satu sessi temuramah terakhir dengan hero filem ini - Brandon Lee, yang dengan penuh emosi menceritakan kembali betapa taksubnya dia dengan watak filem ini dan jalan cerita ini...
dan...dari sessi temuramah terakhirnya itu, aku dapat rasakan satu kekuatan dalam filem ini - bahawa sebenarnya - "It cant rain all the time", pasang surut kehidupan pasti ada...dan sebenarnya aku merasakan satu kekuatan bahawa - "dalam setiap kesusahan itu ada kemudahan".
how a film can ring true to the word of G-d!!!
and there is a crow which guides us every time...
| Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. | |||||||||||||||||||||||||||||
| Now do you believe in angels??? |
