Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


"sebelum meletusnya era porno megastar yang diangkat menjadi goddess of sexual prowess...there were..."


Aku tak pernah merasa tersentuh dan mengalirkan air mata bila aku menonton filem autobiografi macam nih...memang pembuat filem nih menyampaikan mesej dengan sangat baik. 

Seriously, semua orang suka seks, seks ialah satu benda yang buat engkau get off, engkau tonton filem porno sebab engkau suka dengan seks, engkau seronok dengan seks dan sebenarnya seks itu ialah fitrah engkau yang Allah Taala bagi for free...but not the freedom of sexual expression...itu salah, sangat salah!

Linda Susan Boreman telah menulis satu autobiografi tentang macam mana dia boleh terjebak dalam industri filem porno era 70an dan bagaimana dia tersalah gaul dengan manusia setan yang tak ada nilai moral yang sangat baik - Chuck Traynor.

Dia pernah mengadu dengan mak dia, tapi mak dia cakap..."itu laki kau, kau kena dengar cakap laki kau!"...dan seperti seorang perempuan yang zahirnya sangat lemah maka dia terpaksa akur juga dengan nasihat mak dia yang sangat tak ada guna bagi dia...

Maka terjebaklah dia dalam filem porno yang buat duit sampai USD600 juta, tapi dia cuma dapat USD1,250 aje...aduhai!!! 

Namun demikian, satu kelebihan dia ialah filem tu berjaya buat dia jadi legenda dan dikenali seluruh dunia...errrr...aku tak pernah tengok movie nih, mana nak dapat dicari dalam Malaysia nih...tapi kalau ada mahu jugak aku tengok...apa yang bestnya movie ni...sebab dari komen kat net depa kata filem ni sangat kelakar...ha ha ha ha!!! iyolah tu!

Namun demikian aku sangat respek dengan American Family sebab walaupun anak dia dah tersasar macam tu tapi aku nampak kasih sayang seorang bapak yang tidak ada prejudis dan sucinya kasih sayang bapak dia sampai dia sangat sayang dengan anaknya dan dia cuma meluahkan rasa kecewa sebab anak dia macam tu, dia tak nampak kesalahan anak dia tu sebagai satu kesalahan besar sebaliknya bapak dia nih merasakan mungkin dia tersalah didik anak dia dan mungkin dia rasa ada didikan dia yang tak cukup...padahal bapak si Linda ni tak tau itu semua berpunca dari mak dia yang sangat naive dan lurus bendul!

Aku nampak dari filem nih, satu keluarga yang sangat supportive dan tidak peduli apa benda pun yang berlaku kat ahli keluarga depa, depa sangat sayang ahli keluarga depa dan depa sangat merasa terpukul kalau salah seorang ahli keluarga depa tersasar dari jalan yang benar...sebab aku rasa bukan sebab American ni semua open minded, aku rasa bukan sebab tu...tapi sebab depa tahu apa dia erti hidup dan macam mana kita kena lalu macam-macam pancaroba dalam hidup...aku rasa pengalaman hidup orang US sangat berbeza dibandingkan dengan orang Malaysia...orang US sangat tidak sensitif sebab depa semua sudah mengenal "dunia" dan "isi"nya...mungkin sebab agama depa dah ajaq depa lagu tuh...inilah contoh orang yang redho dan tawaddhuk...tak macam kita ni yang kononnya agama kuat...tapi silap sikit...hukuman mengalahkan Allah Taala...errr...kalaulah benda ni terbalik...dan kalaulah orang-orang di US ni diberi petunjuk...dan mendengar petunjuk tu...aku rasa they will become the most perfect being since Nabi Adam!!!

aduhai...aku tak pernah nangis tengok filem biografi macam nih...seriously aku merasa sangat inspired bila melihat bapak Linda Lovelace yang sangat penyayang dan sangat memahami anak perempuannya...I am going to be that kind of father...not that hateful one!

gracias!

"lihat dengan mata hati...bukan dengan mata yang buta"


Ini filem pasal selling out and what will you do if you sell out!

Disebabkan mamat bernama Charlie ni bukan anak orang kaya. maka dia terpaksa buat kerja part time babysit seorang tua pencen bernama Frank Slade, yang bermasalah dengan diri sendiri dan ada agenda "besar" selepas dia berseronok seronok dengan dunia.

Ini filem tentang dunia dan segala isinya dan apa kau akan buat untuk mendapatkan dunia...dan sebenarnya Frank Slade sangat berbangga mempunyai seorang "nanny" yang sangat berintegriti dan tidak mudah tumpas dengan sogokan dan rasuah dari pihak atasan (atau bapak mertua?)...

Ini cerita pasal seorang mamat bernama Charlie Simms yang mengenali dirinya sendiri dan sangat compassionate serta mempunyai sifat belas kasihan...

dan mata hatinya lebih cerah dan jelas dari mata kasarnya...

if only you knew!!!

"In time i learned my lesson...but everywhere my world stands still"


"not ashamed of the way i feel, i know my life is real but time and time again i runaway" - mordred.

Salah satu dari filem kegemaran saya, ia mungkin boleh berlaku di dalam ruang masa paralel yang sama dengan kita tapi manusia diberi kelebihan untuk hidup selagi dia ada "masa" di lengan...aku memang tak sangka Justin Timberlake boleh berlakon watak yang innocent dan lawak macam nih...ingatkan dia pandai join boy band aje dan picit tetek Janet Jackson! ha ha ha ha!!!!

Will Salas ialah seorang average factory worker yang hidup dari sehari ke sehari dengan kerja keras dan dapat gaji minimum...sehinggalah satu malam ketika dia lepak-lepak minum beer dengan kengkawan dia terjumpa seorang "kaya masa" yang suicidal dan rasa macam bersalah sebab terlalu kaya disebabkan kezaliman dan keangkuhan puak kapitalis di New Greenwich, bandar orang kaya. Maka kebetulan Will telah berjaya menyelamatkan "orang kaya" nih dari menjadi mangsa rompakan satu gang bernama "Minute Man"...dan berlakulah sessi brainwahing dan akhirnnya orang kaya itu telah memberikan semua "masa" dia pada Will dan membunuh diri dia sendiri dengan terjun jambatan...ha ha ha ha!!!

Akhirnya mamat bernama Will nih, nekad mahu membalas dendam sebab mak dia yang muda jelita dan seolah-olah sebaya atau mungkin lagi muda dari dia telah mati di tengah jalan yang sunyi sebab dah "out of time"...maka dia pun mula menjalankahn modus operandinya dengan berjudi dan berjaya menculik seorang heiress yang kaya raya...dipendekkan cerita, Will dan heiress tadi akhirnya nekad mahu menjadi seperti Robin Hood zaman moden ala Bonnie and Clyde dan mula merompak orang-orang kaya di New Greenwich dan menyedekahkan "masa" kepada orang miskin dan papa kedana.

Moral citer nih berkait dengan bagaimana satu sistem yang diolah oleh sepuak yang bernama kapitalis ni menjadi punca berlaku ketidakseimbangan sosial yang amat dalam...semuanya bermula dari golongan perompak, lanun dan penipu yang mengumpulkan kekayaan melalui kroni dan government bailout...hanya beberapa orang individu sahaja yang kaya raya dan masyarakat majmuk semuanya pada kedana...

dan akhirnya mesti ada sorang dua yang melawan...

itu hukum alam!!!

bak kata Imam toktok tuh :

"Ini semua ketentuan Tuhan"

ayah dia!

Tuhan tentukan benda baik aje...Tuhan tak do ehhh...naikkan harg barang dengan tarik subsidi...

hubhubuu!!!!


"Bila Old Testament Dengan New Testament Bertembung!"


Judge Dredd ialah ibarat firman Tuhan versi Old Testament manakala Judge Anderson (sorang pompuan yang sangat ayu!) ialah firman Tuhan versi New Testament! Kedua-dua ahli penghakiman ni dah terperangkap dalam satu blok yang dikuasai oleh seorang kingpin yang dulunya seorang pelacur murahan yang sangat zalim dan kejam. Entah macam mana Judge Dredd terpaksa babysit seorang mutant yang dikatakan oleh superior dia sebagai "tak ada masa depan" dan blur serta tak layak jadi Judge sebab dia fail macam-macam...makanya terpaksalah si Dredd ni menjadi babysitter pompuan bernama Judge Anderson nih...dan berlakulah aksi-aksi hebat yang sangat kejam dan zalim.

Aku merasakan ada satu pengajaran bermakna dalam hakikat kejiwaan seorang mutant yang tak ada masa depan bernama Judge Anderson nih...walaupun dia seorang mutant, tapi dia ada satu benda yang Dredd tak ada...iaitu - COMPASSION!

Dalam filem nih, satu pengajaran yang amat bermakna ialah kita yang menontonnya dengan mata hati (tanpa mahu tunggu samada si Olivia Thirlby ni nanti ada ke nak tayang ke%%%tit dia dengan kita) akan melihat perbezaan firman Tuhan versi Old Testament dengan New Testament...sebab kalau kita selalu baca Bible kita akan lihat perbezaan dua-dua Testament nih...sebab apa?? Adakah sebab Tuhan tu nak tunjuk zalim Dia masa zaman-zaman Yahudi kuno tuh? Aku fikir sebab perubahan zaman sebenarnya...zaman Yahudi Nabi Musa dengan Daud, kaum Yahudi nih terkenal dengan kebangangan sampaikan nak dibagi petunjuk kena ditunjuk betul-betul depan mata...sampai ke satu hakikat di mana kaum Yahudi nak tengok sendiri rupa Tuhan tu macam mana...dan sebab Tuhan maha mengetahui kehendak orang-orang Yahudi ni maka dia pun tak ada masalah, dia tunjukkan jugak rupa Dia pada Nabi Musa...malangnya...apa jadi? cer baca Quran dan tahu sendiri lah apa jadi lepas tu kan?

Disebabkan kaum Yahudi ni sangat manja dan sangat bebal dan kedegilan kaum Yahudi nih laa sebabnya Tuhan tunjuk dan bagi apa-apa benda yang depa nak...macam zaman Old Testament, Tuhan jahanamkan satu satu kaum tu on the spot (macam Judge Dredd gak aahhh), sebab kaum-kaum kuno ni dapat petunjuk sebijik-sebijik dan depa pick up cepat dan faham cepat...itu sebab kalau depa salah jalan jugak...tiada maaf bagi mu..."I am the judge, the jury and the executioner!"...kiranya Dredd ni umpama macam Tuhan versi Old Testament...

Berbeza pulak dengan firman versi New Testament, macam Judge Anderson tu, kira versi ni ada sikit tolak ansur, kasih sayang, compassion dan mata hati yang jelas...itu sebabnya zaman Nabi Isa, ketika diturunkan wahyu dan gospel kepada Nabi Isa, kaum dia tak mintak nak tengok Tuhan dengan mata kepala depa sebab depa dah kenal dah Tuhan dan dah "nampak" Tuhan melalui mata hati yang sangat dalam...depa dah nampak Tuhan melalui sifat dan sikap Nabi Isa...itu sebab depa kata Nabi Isa tu macam Tuhan - "god made man in His image"...tak salah...cuma salahnya bila kita yakin Jesus tu Tuhan aje...itu dah kira salah laa tuh!

dan berbalik kepada filem nih...sebenarnya kedua-dua Judge yang terperangkap dalam blok Peach Tree tu sebab depa nak kita lihat beza menghukum dengan mengadili...kalau menghukum, semua orang boleh menghukum...dan Judge Anderson ialah seorang pengadil yang bijaksana (sebab dia sendiri kasi tau Dredd dia tak layak jadi hakim sebab dia tau memang dia tak layak nak hukum orang) bilamana dia merasa penyesalan atas kegelojohan dia membunuh seorang lelaki yang ada anak bini...dia merasa satu pukulan dari Tuhan yang nak mengajar dia faham perasaan compassionate dalam diri dia...

...dan akhirnya Judge Anderson keluar dari blok itu dengan satu pengakhiran yang baik...dan memahami serta mengenali siapa diri dia yang sebenar sehinggakan Judge Dredd sendiri belajar dari kesilapan...dan meluluskan Judge Anderson sebagai seorang pengadil yang berbudi pekerti luhur...ha ha ha ha!!!

Sesungguhnya hanya orang yang mahu nampak sahaja akan nampak...dan faham pada akhirnya seperti Judge Anderson nih...



"ini filem pasal manusia dan sifat sadomasochistik"


Secara jujur, filem ni bercerita pasal satu pasangan suami isteri yang down and out on luck...husband dia seorang loser yang bekerja di pusat telekhidmat yang menjaja barangan dan produk tak laku...dan isterinya pula seorang post grad yang sedang mencari kerja untuk tolong husband dia...

...dan ketika mereka dilanda nasib yang sangat malang, kereta mereka ter aksiden di satu jalan kampung yang kebetulan di depan jalan tu ada satu kedai jual barang antik...makanya si bini tadi melihat satu orang pompuan tua membawa masuk satu brass teapot yang kelihatan sangat misteri...makanya juga si bini tadi menyusup masuk dan mencuri teapot tersebut kerana dia merasa sangat suka melihat teapot itu...

...and little did she know that...

Ini filem menggambarkan analogi tentang manusia mempunyai sifat sadomasochistik...mendapatkan kenikmatan dan kesedapan duniawi (err...wang ringgit) dengan mendajal dan menjahanamkan orang lain dan masa depan orang lain...

Dalam filem ni kita lihat dua laki bini ni bergaduh pasal si laki dah tak larat kena belasah dengan bini...sebab kalau sesiapa sahaja dibelasah di hadapan teapot tu maka teapot tu akan bagi depa duit yang banyak...bergantung kepada berapa sakit orang yang kena belasah tuh...

...dan dalam filem ni kita belajar mendalami psike orang gila yang sadomasochistik macam bekas mertua aku dan adik ipar aku...memang serius...aku seriau...

agak-agak apa guna manusia macam ni wujud? Allah sahaja yang tahu!

"trying to become an Ironic Man huh? well...meet your antihero...Sarcastic Man!"


Filem ni bukan bercerita pasal adik bongsu manja yang sombong bodoh suka maki hamun kakak tapi mengaku diri beriman dan baik budi pekerti dan orang lain semua setan termasuk abah dia...aduhai...secara jujur...aku kalau marah abah aku, aku tak tulis kat twitter...sama aje baik aku bunuh diri...err...pun intended!

Ini filem pasal seorang abang (yang bukan anak luar nikah) yang mengalami masalah tekanan perasaan akibat dirinya menjadi harapan dan kebanggaan seorang bapak yang sangat idealistik yang suka kepada benda yang sempurna...disebalik luaran si abang yang sangat sempurna dan boleh dikatakan - what we want in life, sebaliknya di dalam jiwa tersimpan satu tekanan perasaan yang kadangkala secara ironis boleh menyebabkan dia suka meroyan kat twitter dan meracau mengutuk dan memaki hamun ahli keluarganya tanpa rasa segan silu...nasib baik masa filem ni keluar tak wujud lagi twitter...ha ha ha ha ha!!! kalau tak aku rasa mesti Matt Travis nih bukak satu akaun twitter dan meraban macam orang gila kutuk mak ayah dengan abang kakak semua!!! aduhai...manusia-manusia!!!

Abang kepada watak hero dalam filem ni sangat tertekan sampaikan dia luahkan tekanan dia pada adik lelakinya sampai lebam dan benjol adiknya dikerjakan...apa kena abang macam ni huh? sakit mental agaknya...

Makanya filem ni menunjukkan kita bahawa satu keluarga yang sempurna ialah keluarga yang memahami dan menyelam hati budi dan perasaan ahli keluarga yang lain...sebagai contohnya kita suka mencari kelemahan dan mengambil kelemahan ahli keluarga kita sebagai satu benda yang boleh bikin kita get off dan rasa sangat euphoric...ini ialah sifat-sifat manusia yang ada elemen sadomasochistik...merasai nikmat atas kesusahan dan penderitaan orang lain...dah sama taraf setan dah orang macam nih...

berbalik kepada filem ni...ia meraikan semangat kekeluargaan dan kasih sayang antara keluarga...

"mat...apa kejadd laa kau tulis macam tu? kau tak fikir ke aku boleh printscreen ayat kau, aku boleh kasi kat abah kau...kau tak malu ke nak kasi tau semua orang pasal perangai setan abah kau?"

Aduhai...ada gak bodo nya kau ek???





setiap kenyataan tu melambangkan siapa engkau...




yang aku tulis dalam tajuk review schmeeview pasal filem Gattaca tu macam ni bunyi dia :

"natural selection - at it's best"

tapi mamat ni sangat peghok dan tulis meracau meraban sampai nak f*ck prom queen -


"Your best? losers always do their best. Winners get to f*ck the prom queen."

seriously, dia marah kat natural selection ke marah kat aku? marah pasal abang dia anak luar nikah? entah? aku pun tak tau...

secara jujur...apa masalah quote dalam filem nih??? Sebenarnya tak ada masalah...cuma kalau disebut oleh Sean Connery tu memang valid sebab itu budaya dia dan dia memang tak salah...tapi kalau quote itu di tweet oleh seorang yang konon winner tapi sebenarnya dia sendiri dah menunjukkan ke loser an dia dalam bab aqidah dan juga kepercayaan kepada Tuhan...maka kalau orang ni duduk Malaysia aku rasa baik dia pindah duduk Amerika laa...ha ha ha...klise ni biasa diucapkan dek ahli politik aje...tapi tak per laa...biarlah aku jadi loser hari ni sebab nak sebut ucapan klise Pak Berahim...ha ha ha!!!

Seriously bro, kalau kau sokong kenyataan tu...padahal agama kau melarang kau melakukan hubungan luar nikah...what does that says about you? It really shows that mungkin kau ni ada keturunan dari keluarga kau yang biasa buat hubungan seks rambang dan juga Islam pada nama tapi tidak pada perbuatan...atau mungkin abah kau pernah melakukan hubungan terlarang maka mungkin juga dari quote yang kau ambik tu sebenarnya Tuhan nak kasi tau semua orang bahawa akhlak kau tak lah sebaik mana pun...sampai kau bangga dengan quote sebegini...itulah kadang-kadang manusia ni tak sedar aqidah dan pegangan dia tergelincir hanya sebab dia tweet quote dari seorang manusia yang sebenarnya tak ada relevan pun dengan budaya dan kehidupan dia pun...

Quote dari Sean Connery ni sebenarnya melambangkan keagungan dan kehebatan budaya hedonis...budaya mengagungkan kenikmatan badaniah...kalau aku seorang Islam...aku tak kisah digelar loser sebab tak dapat f*ck prom queen...sebab aku tau se loser loser aku...aku mendapat rahmat dari si pembuat dan si pencipta loser macam aku nih...dan Allah Taala create loser macam aku supaya boleh dijadikan ibrah untuk orang-orang macam kau yang bangang dan bengap...tapi ada hati nak f*ck prom queen...so what does that makes you huh???

Okay laa...tak pa laa kau nak f*ck prom queen...tapi buatnya prom queen tu ada AIDS? kau tak fikir ke??

apa engkau lupa??

Perkataan orang Munafik tatkala Allah menyuruh depa beriman?

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Surah Al- Baqarah, Ayat 13

...Jadi engkau fikirlah sebelum ber tweet...dalil kau dari seorang kafir bernama Sean Connery...dalil aku dari Allah Taala yang mencipta Sean Connery, kau dan aku...


jadi sikit hari nanti kau akan lihat siapa loser yang sebenar...

tak lama aje lagi bro!

ps: dan sebenarnya quote si Sean tu macam nih :


"Losers always whine about their best. Winners go home and fuck the prom queen." —Sean Connery as John Patrick Mason in The Rock (1996)


tapi dia tulis...

"Your best? losers always do their best. Winners get to f*ck the prom queen."

beza bro! maksud dia beza...

anak dengan bapak sama aje suka belit cerita...penipu pembohong dan pendusta!! sampai quote yang innocent nih pun kena twist...

aduhai!!!

"henshin! bertukar! menjelma!"

Zaman aku sekolah masa kecik dulu memang aku biasa kumpul kad-kad bergambar yang ada gambar kamen rider dan space cop gaban zaman-zaman kuno jepun (orang jepun gelar zaman Showa, zaman tak ada special effect canggih dan tipuan kamera)...masa aku sekolah dulu TV kat Malaysia ni mana ada tayang citer-citer macam nih...aku berangan dan membayangkan hero-hero aku ni dengan tengok "trading card" depa aje laaa...

Tapi bila dah besar bagak dah jadi bapak orang ingatkan dah tak main lagi dah tengok citer kartun macam nih sebab dah tua kan? Malangnya dengan kemajuan teknologi dan bajakan video yang mudah di dapati di kedai dan juga download kat torrent, maka mudah dan senanglah aku nak tengok citer superhero jepun kegemaran aku nih...

Aku mula cenderung kepada citer nih masa zaman-zaman awal era Heisei Kamen Rider dimulai dengan Kamen Rider Kuuga...pertama kali beli VCD cetak rompak kat pasar malam, tengok episod pertama citer nih...aku rasa macam best aje...sebab citer dia memang tak sama dengan jalan citer Kamen Rider zaman Showa, sebab citer zaman lama dia macam bangang aje...sikit-sikit sindiket jahat nak takluk dunia laa, lepas tu bapak setan nak jahanam manusia laa...sterile dan statik tak ada perasaan...lepas tu hero dia pulak kering hati...jenis tak ada perasaan...dia fikir nak lawan, lawan dan lawan tak ada konflik dan tak ada pemikiran untuk difikirkan...bosan!!!

Tapi bila aku menonton Kamen Rider zaman Heisei ni aku rasa teruja dan seronok setiap kali tonton dan aku ulang tonton sebab merasakan pengajaran dan mesej kemanusiaan dan kebangangan kemanusiaan tu amat mendalam dan begitu tragik kadang-kadang, citer dia lebih "ruh" dan lebih memberangsangkan dengan pelbagai konflik dalaman manusia dan kemanusiaan lebih-lebih lagi dalam citer ni ada satu macam magis yang membuktikan Tuhan tu wujud.

Kamen Rider Ryuuki ialah siri ketiga Kamen Rider dalam zaman Heisei, kalau Kamen Rider Kuuga tu lebih kepada analogi tentang "bangsa Yahudi" yang jahat dan zalim dan Kamen Rider Agito pulak pasal manusia dan tuhan...tapi Kamen Rider Ryuuki ni lebih menyuntik nilai kasih sayang kemanusiaan dan juga sifat manusia yang kadang-kadang melampaui batas.


Seorang mamat wartawan yang sengal dan bengap bernama Shinji Kidou telah berusaha untuk mengetahui rahsia tentang satu fenomena bagaimana raksasa dari dalam cermin yang selalu mencari makanan di dunia realiti dan satu konspirasi gelap yang selama ini mengancam kesejahteraan dan keselamatan awam. Walaupun mamat ni nampak macam bangang, bengap dan bebal tapi dia ada satu "ruh" dan "jiwa besar" yang sanggup berkorban untuk melihat kesejahteraan hidup orang lain. Mamat ni terjebak dalam "perang rider" yang mana matlamat utama kesemua 13 ekor rider yang telah dipilih akan bergaduh dan berbunuh sesama sendiri untuk mendapat satu "prize" yang amat berharga --- iaitu menjadi Tuhan dan menentukan jalan cerita mereka sendiri. Walaupun 12 ekor rider tu dipilih oleh bapak setan yang merupakan abang kepada seorang perempuan yang sangat gifted, hanya mamat bernama Shinji Kidou nih yang sangat bangang dan gatal tangan masuk campur dalam hal "perang rider" nih...sedangkan orang lain berperang atas kehendak dan nafsu diri sendiri...mamat bernama Kidou ni berperang sebab dia nak selamatkan semua orang...wau!!! such an inspiration!!! mana nak jumpa orang macam nih!!!

Dan akhirnya kita melihat mamat ni kecundang dalam perang nih...tapi walaupun dia kecundang...dia berjaya menyedarkan kawan karib dia tentang perkara-perkara yang penting dan perlu dalam hidup...

...dan akhirnya kita lihat...dalam kecacamarbaan dunia ni sebenarnya Tuhan dah buat satu keindahan yang semulajadi dalam hidup...

dan sebenarnya banyak benda kita boleh belajar dari citer kartun Jepun macam nih!!!

Insaf!!!

"seorang pembunuh yang kejam dan seorang ibu yang prihatin bahagian kedua"


Kau agak-agak kenapa Pai Mei, mahaguru Beatrix Kiddo menurunkan semua ilmu persilatan dia termasuk satu ilmu yang sangat "rare" kepada si Black Mamba nih?? Ha ha! sebab mahaguru dia boleh melihat dari dalam...alam yang penuh misteri...orang-orang macam Pai Mei ni sebenarnya kalau dia memang betul wujud di luar filem...orang macam ni ialah "the man out of time"...orang macam ni tak hidup dalam kehidupan "linear time" macam kita tapi orang macam ni hidup dalam kedudukan yang amat istimewa...

Cuba kau fikir, kalau Pai Mei tak ajar ilmu "dalam" kepada Beatrix, kau agak berjaya tak si Black Mamba aka Mommy nih sampai kepada martabat tertinggi dia dalam Deadly Viper Assasination Squad tuh? Bapak setan aka Bill??? ...dan kau fikir apakejadd Pai Mei nak ajar benda-benda tu kalau dia tak tahu yang dia akan mampus di tangan pompuan mata cemei aka Elle Driver aka California Mountain Snake tuh?

kengkadang dalam filem bodoh macam ni pun boleh buat akal kau berfikir...itupun kalau kau berfikirlah!!!

and then...

Bill mati dalam keadaan yang sangat hina dina!

ps: kau agak-agak jugak laa kan? si Pai Mei tu pilih Beatrix Kiddo untuk memahami ilmu dia sebab dia dah tahu siapa Black Mamba aka Mommy tu ke atau dia dah dapat firasat dari ilmu kitab dia yang minah tu akan mengubah persepsi diri dia sendiri dan berfikir dan mengambil berat pasal anak dalam perut dia dan pencen jadi pembunuh upahan??

"that is for you to ponder upon"

and...

"that is the living proof of fiction that God is everywhere!!!"


cuma kau nak percaya dengan tak aje!

"One Day In Your Life...Yeah, Life Is Just Too Damn Short!"


I was never a big fan of Micheal Jackson...itulah kebenarannya...sebenarnya aku hanya minat beberapa buah lagu dia aje...namun demikian...entah macam mana bila aku nampak DVD nih, aku beli jugak walaupun serius aku bukan peminat dia yang sangat tegar...dan akhirnya bila aku melihat dokumentari nih...aku merasakan ada satu aura dan kekuatan dalam "diri" seorang mamat bernama Micheal Jackson nih...tak sangka dalam orang kata dia ni macam bapuk...dia ada TIGA orang anak yang sangat comel!! ha ha ha! dont judge a book by his cover.,..especially Micheal Jackson!

Tuhan memberikan petunjuk dan hidayah kekuasaannya di mana-mana kalau kita buka pintu mata hati dan menilai...dan seorang manusia bernama Micheal Jackson ni ialaj epitome kisah kemanusiaan yang tiada penghujung...pedulikanlah samada dia ni dah masuk Islam ke atau masih kafir ketika dia mati...yang kita mahu lihat dari ikon dunia ni ialah semangat dia dan kekuatan dia menghadapi kontroversi dan sepak terajang manusia yang sememangnya ramai yang ada perasaan hasad dengki dan khianat terhadap apa yang Tuhan kurniakan kepada seorang manusia dalam bentuk kelebihan akal mahupun kelebihan dunia dan akhirat.

Serius...aku tak pernah menangis bila aku tengok dokumentari...namun dokumentari ni sangat kuat aura dan kebijaksanaanya bercerita dengan penuh minat tentang seorang individu Raja Pop bernama Micheal Jackson nih...dari kecik dia join The Jackson 5 sampailah akhir hayat dia...penuh inspirasi dan kenyataan bahawa..."kau nak jadi apa...jadilah! sebab kau ada kekuatan dan pilihan"...dan itulah trait asas mengenal diri sendiri dan kekuatan dalaman macam mamat nih...

Seriously aku tak pernah tau mamat nih pernah kena hadap dengan dua tuduhan "mencabul kehormatan" budak kecik dan macam-macam tuduhan zalim terhadap dia...dan aku kagum macam mana dia menghadapi benda tu semua...sebab dia tau dia ada satu "kekuatan" yang dia yakin Tuhan bagi tu special untuk dia...menyebabkan dia tau dia seorang yang lain dari yang lain dan dia akan tetap cekal dan tabah menghadapi semua benda celaka dalam dunia nih...memang aku kagum!!!!

Satu benda aku nampak pada orang-orang berbakat dan berdarjat mulia di dunia macam Micheal Jackson ni ialah...dia seorang yang sangat baik, sangat murah hati dan sangat penuh perasaan kasih sayang...sampai perasaan kasih sayang dia kepada dunia disalahanggap dan makan diri dia balik...

sesungguhnya aku respek Micheal Jackson bukan pasal dia terer menyanyi atau terer menari...aku respek dia sebab dia seorang MANUSIA!

moga-moga Allah meletakkan dia dalam kalangan orang-orang yang berjaya di akhirat kelak!!!

'HEAL THE WORLD"

and then...gone too soon!!!

" a movie can tell you so much...if you could think with your brain (...and not your private part) for a while..."



Aku teringat dengan kata-kata hikmah bekas boss aku...dia kata - "Tuhan jadikan dunia ni untuk dijahanamkan manusia"...dan aku tambah..."...dan alien" (sebab nak bagi bunyi dia politically corect sikit!)...sebenarnya semalam sekali lagi aku menonton filem nih dengan wife serta anak aku sebab semalam kan cuti umum...walaupun aku dah "semi permanent vacation" sebab dah kena buang kerja dengan SPP...tapi itu tetap tidak mematahkan semangat aku untuk berfikir dengan waras...

Sebenarnya "the spirit of truth" disampaikan kepada manusia secara berperingkat-peringkat...kenapa?? sebab keadaan manusia itu sendiri yang selalu lupa...dan juga keadaan "material" manusia yang diperbuat dari tanah yang selalu berubah keadaannya dan sifatnya...makanya kalau Tuhan bagi petunjuk tu selonggok dengan manusia maka tak mungkin manusia ni boleh terima semuanya sebab manusia ni kan pelupa??

Makanya kenapa dalam filem ni Clark Kent dinasihatkan oleh bapak angkatnya supaya "man man" dan jangan gelojoh sangat memperkenalkan diri kepada manusia? sebabnya nanti mungkin manusia akan terkejut beruk dan rasa lemah segala-galanya bila depa nampak depan mata depa sesuatu yang depa tak dapat comprehend...harus diingat ketika Adam turun ke bumi..."pakaian taqwa" dia dah terlucut jadi sebenarnya di sisi Allah Taala Adam tu sangat naked...huhuhu!!!

Makanya filem ini mengambil analogi tentang perjanjian setan dengan Tuhan...General Zod di analogikan sebagai bapak setan yang berusaha sedaya upaya untuk mengangkat darjatnya dan kaumnya di dunia...thus making earth as hell on earth...aku teringat dan rasa hiba bilamana Zod berkata kepada Superman - "sebab kau sayang gila ba** dengan manusia-manusia keparat nih...aku akan jahanamkan depa semua depan mata kau"...ada tak sama dengan dendam kesumat yang disampaikan dek setan kepada Tuhan yang satu?? sama...kan??? Makanya aku merasa terkesan dan insaf buat selama-lamanya kerana perumpamaan dalam filem ni memang sangat syahdu dan mengasyikkan ruh dan jiwa aku ha ha ha!!!

...dan Superman, sebagai simbolik kepada kasih sayang Allah Taala kepada manusia...tetap utuh dengan janjinya untuk membawa manusia kepada satu perpaduan dan 1Malaysia...ha ha ha ha!!...dan sebenarnya watak Superman ni memang wujud dalam hati setiap manusia yang mahukan kebaikan dan mengagungkan kuasa Tuhan...he he he!!!

...dan ketika Faora berkata kepada Superman, "satu nyawa yang kau selamatkan...berjuta-juta manusia aku ambik balik nyawa depa"...aduhai!!! sentimen...sentimen...sentimen!

...dan Zack Snyder tetap utuh dan teguh dalam menyampaikan mesej kepada manusia yang mahu insaf macam aku ha ha ha ha!!

and then...ap kejadd???

"kalau kau sayang Tuhan, Tuhan akan bagi kau adventure paling asyik dalam hidup kau!"


Tak percaya...kau tengok aje Ryan Hewitt dalam filem nih...baru lepas kena tinggal dengan awek...lepas tu tetiba handphone dia berbunyi dan dia dapat satu call ala-ala prank call yang kasi tau dia orang yang call dia dah kena kidnap...mula-mula dia tak percaya dan angin satu badan...dah laa kena tinggal dek awek...tetiba dapat call macam jahanam...

Namun ada hikmah disebalik panggilan itu bilamana dia sendiri mendengar perbualan kidnapper pompuan tuh dalam phone dan akhirnya...Ryan is set on having an adventure of his life...

Dalam filem nih kita boleh lihat determination seorang manusia yang menjawab kepada stress call seorang manusia lain yang dia tak pernah kenal dan jumpa pun dalam hidup dia,..dan akhirnya apa yang dia buat untuk pompuan tuh?? Susah payah dia cari signal phone dan cari polis untuk tolong pompuan tu...tapi kenapa ye???

Orang-orang macam Ryan ini sangat "one in a million"...susah nak cari orang macam dia nih...sanggup susah payah tolong orang yang dia tak kenal pun...tak pernah jumpa pun...tapi kenapa ya?? Aku tau jawaban dia...sebab dia percaya ada Tuhan dan dia sayang dengan Tuhan dia...he he he...tak kira laa version apa pun Tuhan dalam kepala hotak dia...versi Kristian ke. versi Hindu ke, versi Karma ke...tapi dia percaya Tuhan tu ada...kalau orang tak percaya Tuhan...dia mana mungkin mahu susah payah nak tolong orang...cuba tanya mana-mana atheist atau pembenci Tuhan...tak do errrhhhhhh...!!!! kubur kau, kubur kau laa...aku kubur aku...

dan sebenarnya Allah telah berfirman dalam Quran - "Sesungguhnya penolongmu hanyalah Allah, Rasul dan orang-orang beriman..."

dan akhirnya hanya orang-orang yang beriman sahaja yang akan menolong menyelamatkan dunia dari kerosakan...macam mamat Ryan Hewitt nih!!!

and then...what else? huh?

"makhluk asing telah mendarat!"


Filem nih mengajar kita tentang strategi perang...bilamana kita dah rasa kita akan kalah sebab tentera lawan boleh membiak dalam jangkamasa 0000.1 milisecond (ha ha ha!) maka ada kalanya perlu guna strategi perang yang tak masuk akal...ha ha ha ha! lagi!

Predator dan Alien ialah dua francais yang bermula pada circa 80an dan 90an...kedua-dua makhluk asing nih ada agenda depa tersendiri terhadap manusia...yang sekoq tu memperguna manusia untuk membiakkan baka depa...manakala yang sekoq lagi nak tunjuk hero semata-mata dan menganggap manusia ni bodoh bin bangang...macam kawan aku yang selalu meraban kat twitter tuh...

Ha ha ha...

dan akhirnya antara Predator dan awek kacukan negro dan spanish tuh...(aku main taram aje nih) siapa lagi layak digelar pahlawan???

mari kita lihat siapa yang keeennnnnnnaaaaaa!!!!

apabila dua bapak setan bertemu...makanya...apa jadi? jadi abu!


Freddy Krueger dan Jason Vorhees ialah perlambangan di layar perak tentang apa yang cool tentang kesyaitanan dan bagaimana mahu menjadi seorang...errr...seekor bapak setan yang unggul! Sebenarnya aku sendiri pun pada mulanya tidak menyangka bahawa ini filem boleh diwujudkan sebab nak ganding dua bapak seytan yang punyai latarbelakang yang sangat berbeza ni, sebenarnya sangat susah! Tidak seperti Alien dan Predator (hint hint) yang sesuai digandingkan sebab masuk akal laa kan...yang Predator nih membiakkan alien untuk jadi depa punya "cage shooting/hunting"...sebab memang Predator lawan Alien...for sure Predator menang sebab depa dilahirkan sebagai warrior...manakala Alien nih makhluk pemangsa aje...logik laa gak kan??? 

Makanya Freddy Krueger merasakan dia dah tak glamour dan tak diingati lagi oleh peminat-peminatnya maka dia pun telah menjelajah ke merata depths of hell untuk mencari seorang mamat yang sangat lagenda bernama Jason Vorhees...dan akhirnya!!!

Filem nih ada sikit pelik sebab dalam filem-filem depa yang lain, biasanya hero kalah dan mati dengan kejam di tangan depa...tapi sebab sebenarnya filem ni nak gambarkan siapa lebih jaguh antara dua-dua hantu seytan nih,..maka pengarah filem ni bertindak untuk membiarkan golongan manusia dalam filem ni hidup dan sejahtera...

"menang jadi arang...kalah jadi abu"

so...

fight for what is right...

because G-d will be with the righteous!

he he he!!

"dan sesungguhnya kosongkanlah dirimu"


Katanya...ini filem diadaptasi dari sebuah novel yang diaspirasikan dan diinspirasikan dari sebuah kisah benar tentang sebuah pekan yang sangat dhoif di India...sebenarnya filem ni sangat lama dan sangat klasik serta mungkin tak do ehhh keluar bluray dia...yang DVD ni pun aku rasa rare edition nih sebab aku beli DVD ni dalam tahun 2004 macam tu laaa...

Ini filem masa pertama kali aku tonton, masa tu aku tonton dengan seorang awek yang senior aku dua tahun dekat Uitm...aku kenal awek tu pun masa aku kerja dekat 7 Eleven, awek tu major engineering...entah aku tak tau mechanical ke electrical aku pun tak tanya...lepas aku balik dari tengok movie tu dengan dia...ada ke patut dia cakap aku nih mamat bunga??? aduhai...,mungkin dia salah faham agaknya atau mungkin itu pick up line dia nak ngorat aku, seriously aku cakap...zaman aku muda dulu memang ramai awek yang kecundang dengan ketampanan aku ha ha ha ha!! errr...sebenarnya aku tau...kebanyakan awek memang jaki dengan lelaki yang 6' 2" macam aku nih ha ha ha ha! membuatkan depa terpaksa mendongak kalau nak cakap dengan aku...

entah! aku pun tak tau part mana dalam movie ni yang awek tu kata ada nilai-nilai romanticisme sebab setau aku filem ni ada nilai shock horror semulajadi yang tak perlu guna hantu dan zombie untuk kau rasa ketakutan dan kesialan tuh...ini ialah sebuah filem yang sangat "jahat" dan menggambarkan "kejahatan" dan sampai satu tahap mana seorang manusia itu boleh jadi jahat...

dan sebenarnya engkau sebagai pemimpin memang jahat kalau ada lagi kelompok yang dhoif dan susah keparat macam penduduk dalam bandar Anand Nagar nih...sebelum ada Slumdog Millionaire...filem nih dah menggambarkan tahap dhoif dan gampang penduduk-penduduk di India...tapi sayang tak menang award pun!!!

Seorang mamat yang baru gagal dalam pembedahan yang mengambil nyawa pesakitnya telah melancung ke kawasan yang paling dhoif di India dan cuba belajar dari penduduk-penduduk di sana, maka di sana dia belajar macam mana nak menghargai kehidupan dan segala isinya bilamana dia melihat dengan mata kepala dan mata hati dia sendiri bagaimana penduduk-penduduk yang dhoif dan miskin mampu survive dan hidup dalam keadaan yang sangat bersyukur...


...dan setelah Max Lowe (doktor tuh) mengalami satu insiden yang menyebabkan dia ditipu oleh seorang cheap prostitute dan dibelasah separuh mati...dia telah diselamatkan oleh seorang penarik beca (pengangkat beca sebenarnya) yang telah membawa dia ke sebuah tempat bernama "The City Of Joy"...di situ dia belajar menghargai kehidupan kerana dia melihat penduduk-penduduk disitu walaupun sangat dhoif tetapi telah "melihat Tuhan" dan merasa sangat bersyukur dan berbangga kerana telah diberi nyawa dan kehidupan walaupun sangat dhoif.

Filem nih mengajar aku bahawa...hanya orang-orang yang "empty" dan "kosong" tidak punyai materialiti sahaja yang mampu "melihat Tuhan" kerana disitu dia telah melepaskan segala kebendaan dan dia menuju kepada Tuhan dengan jalan yang amat diredhoi...

...dan akhirnya baru aku faham kenapa awek tu cakap aku ni seorang yang romantik...sebab aku rasa dia ternampak aku menitiskan air mata masa aku menonton wayang tu...

HA HA HA HA HA HA HA!!!

"a perfect crime...an ironical statement"



Elemen surprise dalam filem ni sebenarnya hanya sesuai dan mungkin boleh dikatakan sebagai hakmilik kekal siri tv seperti The Twilight Zone sahaja sebab citer dia terlampau twisted dan mind bending sampai kau tak boleh bezakan mana yang real dan mana yang dalam kepala otak kau...

Filem ni menyelam ke dalam psike seorang pesakit mental yang melakukan pembunuhan di dalam kepada otak dia dan apa yang difikirkannya tiap-tiap hari...dan hampir setiap harilah ramai orang yang "mati" dalam kepada otak dia...

Ini sebuah filem yang mengkaji dengan fasa realiti dan bagaimana sesuatu yang "real" pada pandangan kita sebenarnya salah dan realiti sebenarnya sangat under rated...dan dalam masa yang sama sebenarnya mungkin realiti kita sekarang ini ialah permainan minda orang lain...dan sebenarnya kita tak wujud pun!

Ini ialah sebuah filem falsafah kalau kita korek dalam-dalam sampai ke akarnya...ini ialah sebuah filem pemikiran...adakah menjadi satu dosa kalau kau membunuh orang dalam mimpi aje?? Mungkin ye dan mungkin ye...sebab apa pun realiti yang berlaku...Tuhan cuma akan kira NIAT kau aje...sebagai contoh...kalau kau "terbunuh" orang dalam realiti kau...maka amat mudah kau nak mintak ampun dengan Tuhan sebab Tuhan tau kau tak sengaja...tapi kalau kau memang ada NIAT nak bunuh orang atau nak jahanamkan hidup orang...maka kau jawablah esok dengan Tuhan kau!

ha ha ha!

ini ialah sebuah filem penuh falsafah!!!!

"natural selection...at its best!"


Manusia sesungguhnya diwujudkan Allah Taala sebagai sebuah jasad yang di install satu zat yang di beri nama ruh...dan sesungguhnya ruh itu sememangnya satu rahsia Tuhan yang sebenarnya tak ada satu makhluk dalam dunia ni pun tau apa dia ruh kecuali orang-orang yang telah diberi pengetahuan sebagaimana sebenarnya dulu Allah Taala telah memberikan segala ilmu pengetahuan itu kepada Adam, tapi sebab Adam dah terjebak memakan buah khuldi setelah dipujuk setan...maka terlucutlah ilmu pengetahuan itu yang merupakan pakain taqwa Adam dan Hawa...makanya itulah root word kita diberi nama "manusia", sejenis jasad badaniah yang sebenarnya diambil dari kata dasar insan dan diambil pula dari akar perkataan an-nas, iaitu - PELUPA.

Sesungguhnya ramai manusia sudah semakin lupa kepada asal usul kemuliaan mereka. 

Inilah sebuah filem di mana manusia dikelaskan dan digredkan mengikut genetik keturunan mereka dan boleh ditambahbaik lagi dengan penggunaan teknologi canggih dan anggun, yang membawa kepada satu "kemajuan" kononnya di kalangan manusia seperti yang digambarkan dalam filem nih...Manusia dalam filem nih yang bijak pandai dikelaskan dan diberi takdir mereka dan telah ditetapkan keadaan mereka dari mula sampai habis...pendek kata manusia dalam filem ni sangat sempurna!

Namun demikian, terdapat pula anomali kemanusiaan yang dalam filem nih...dinamakan sebagai kelas pariah atau "mereka-mereka yang malang"...yang menjadi hamba atau orang suruhan kepada manusia kelas elitist tadi...makanya...you will get a system that determines how truck up your life is!

...dan filem ini sebenarnya meraikan nilai kemanusiaan dan determination seorang manusia untuk mencapai kehendak dan destinasinya...Vincent Freeman berazam bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang deep space explorer dan menggunakan pelbagai cara untuk mencapai niatnya...dalam filem ni kita lihat walau apa pun ketentuan yang telah ditetapkan...si Vincent nih tetap ada jalan dia yang tersendiri untuk sampai kepada matlamatnya walaupun dia ni ialah seorang "natural born boy" (ode to Steve Vai)...yang tidak melalui proses "genetic selection".

dan sesungguhnya filem ini menyatakan...bahawa...bukan semua manusia itu LUPA asal usulnya...Allah Taala telah menjadikan manusia dari jasad dan ditiupkan ruhNya maka...setiap pilihan manusia itu ialah jalan yang dipilihnya sendiri oleh akal dan nafsu dia...dan selamatkanlah ruh anda dari menjadi mangsa kemurkaan Tuhan!!!

"simply remember, if you had one of the violent outburst episode...you might end up like Jack Torrance!"


Bilamana aku diberitahu oleh doktor pakar yang merawat aku bahawa aku pernah mengalami beberapa episod violent outburst...aku rasa macam blur dan tak faham...sebab setau aku bilamana aku makan ubat aje aku selalu meracau macam orang gila, bila aku tak makan ubat...aku waras dan sihat...maka aku pun mencari-cari maksud doktor tu sehinggalah aku menonton filem nih...

Owwwhhhh...macam ni rupanya violent outburst!

rasanya aku tak pernah buat perangai macam mamat Nicholson dalam movie nih...

entah???

"again...not trying to be musically religious...but I did listen to the band religiously!" ha ha!

bagi aku...band paling lagenda dan paling hebat sehinggakan semua manusia dalam dunia ni samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia...semua mengenal dan meminati Led Zeppelin! Ini ialah sebuah band lagenda yang dianggotai oleh empat orang pemuzik tak siap...tapi bayangkanlah ledakan muzikalnya bisa buat orang jadi gila separuh mati...Sebenarnya aku sangat-sangat meminati Robert Plant dan percaya atau tidak...semua lagu yang dinyanyikan oleh Plant aku boleh nyanyi dalam original key dia...padahal mamat ni masa nyanyi live...langsung macam hampeh! Tapi sebenarnya tak ada siapa pun boleh menggugat Robert Plant samada dia nyanyi original key ke atayu low key...dia memang sangat berbakat!!!

Aku ada tiga salinan DVD nya...cuma tengah usha kalau-kalau ada salinan Bluray pulak...for sure aku rembatttt!!! Filem ni dimulakan dengan sedikit penonjolan ala dokumentari citer pasal depa tengah lepak-lepak kat rumah, tengah membajak sawah, tengah picnic tepi sungai...tetiba depa dapat surat suruh depa buat konsert...ha ha ha ha!!!

Kalau hangpa dapat DVD limited edition (macam aku punya! ha ha ha!) ada satu sketch ala-ala drama pasal manager dia sudah pi redah satu gudang lepas tu tembak, ligan...letup gudang tu yang kat dalam dia ada lanun (robbers of your stupidity) tengah main pakau...sebenarnya depa bikin sketch ni pasai manager depa sudah angin dengan mamat-mamat "lanun" yang dok jual merchandise pirate masa konsert band ni yang ditonjolkan dalam filem nih...

Bagi aku...Led Zeppelin sememangnya telah membuat satu keputusan yang tepat membuat filem dari konsert depa sebab...aku rasa kalau aku ada kat zaman tu dan aku ada masa konsert tu...alangkah indahnya hidup!!!

dan sudah semestinya aku khatam semua lead solo Jimmy Page ha ha ha ha!!

sudah sudah laa tuh!!!!

"not trying to be religiously funny...but...this film is kinda funny!"

Pertama kali aku melihat kulit depan filem ni, aku menjangkakan akan melihat sebuah filem futuristik ala Buck Rogers mahupun Battlestar Galactica...namun demikian sangkaan dan jangkauan aku ternyata meleset kerana ini bukan filem pasal space adventures, sebaliknya ini ialah sebuah filem..."David Lynch"...ha ha ha ha ha !!! serius aku memang berbulu dengan David Lynch...tapi aku sangat suka dengan Twin Peaks!!!

Segmen filem nih memang ternyata memerlukan engkau membuat interpretasi kau sendiri...ironinya filem ni sebenarnya tidak memerlukan interpretasi sebab ini ialah sebuah filem ala dokumentari yang sangat KOSONG! maksud aku...KOSONG yang bermakna! get it???

Citer dimulakan dengan teori evolusi di mana kedengaran sentimen Charles Darwin dalam filem nih...manusia berasal dari beruk...mungkin ya bagi setengah-setengah manusia yang tak guna akal dan suka maki hamun orang dan selalu puji diri sendiri sangat bagus...mungkin depa ni semua keturunan beruk mat yeh agaknya!!!! Ikuti citer ni dari mula dan kau akan faham apa benda yang Kubrick nak bagi tau kau...

sebenarnya Kubrick ada agenda tersendiri dalam filem nih...dalam interviewnya di majalah "Budakpemain" (pandai laa kau translate English ek!) dia kata filem ni mempunyai pelbagai interpretasi mengikut  kesesuaian akal penonton...kalau iq kau intelek maka kau nampaklah macam-macam benda dan kemudian nak bagi best lagi, kau katalah filem ni paling best dan paling inspirational dalam dunia...dan bagi yang bebal dan lembab macam aku...aku akan cakap...ini filem sampah yang membuang file storage bluray dan dvd...ellehhh!!! anak aku lagi faham filem nih...

Makanya terpulang pada akal penonton laa nak interpret filem nih...

ps: tapi scene paling bermakna bagi aku ialah masa seorang mamat tu pi explore angkasa lepas...dan dia nampak visual diri dia dalam banyak keadaan dan last sekali dia menjelma jadi starbaby tuh...aduhai...penuh makna tasawuf tuh!!! (pada yang gila...rentikan!) 

Bayangkan...apa yang kau dapat faham dari sebuah filem picisan sebegini?

banyak benda!!!!

ha ha ba ha ha bha!!

"Rest In Pieces Akhirnya!"


Filem ni sebenarnya menciplak idea dan konsep dari filem sebelumnya bla bla bla bla bla bla...errrr...stop!!! Ini bukan blog kritik filem tapi ini blog syok sendiri yang nak kupas pasal filem yang ada mesej dan nilai ketuhanan yang sama-sama laa kita semua dapat berkongsi pemahaman dan gelombang bunyi (dan akal) yang sama...Ini juga bukan blog yang nak menunjukkan how religiously cool I am...I dont have a religion but I do have One God to guide me. So...am I religiously cool?? Think again nigga!

Serius...I dont give a hoot or a flying fish apa orang nak cakap pasal blog aku...aku tak racun kau orang baca blog aku dan aku tak jemput pun kau orang baca blog aku...tapi kalau kau rasa aku ni cuba nak jadi religiously cool atau cuba menyuntik wisdom aku pada orang...you are totally muthatrucking wrong!!! Siapa suruh kau baca??? Seperti yang aku cakap...I am not trying to be a wise man tapi kalau kau sendiri rasa apa yang aku tulis ni sesuatu yang ada wisdom...maka kau fikirkanlah sendiri...mata hati mana boleh menipu...aku tak laa macam kau meracau meraban kat facebook dengan twitter mengaku diri sendiri suci...kah kah kah kah!!!

Ini filem tentang kasihnya suami pada isteri tercinta dan sanggup buat apa sahaja untuk isteri tercinta...

Mungkin kot filem ni ada elemen ghaib supernatural yang tak masuk akal...tapi aku memang respek jugak konsep "time" dalam filem ni yang membuktikan dan mungkin juga sekadar teori bahawa..."masa itu hanyalah ilusi ngeri manusia".

...dan sebenarnya...sebelum kita mati baiklah kita kira dulu dosa pahala kita secara rawak...ingat Tuhan sikit...

and then...what?


"I am the father...I am my son"


Frank dan John Sullivan ialah dua jiwa yang disatukan dalam sebuah filem aksi seram ala-ala The Twilight Zone yang mengupas tentang "the plane of existence" dan menjelaskan tentang dimensi kelima yang sebenarnya wujud cuma tak dapat dilihat dengan mata kasar cuma dapat dilihat dengan mata hati dan akal.

Filem ini mengupas tentang kewujudan dimensi kelima itu dan bagaimana ia menjelaskan pula dan membuktikan bahawa elemen "masa" itu sebenarnya satu titik hitam yang bertindih antara satu sama lain dan membolehkan seorang anak dan bapak berkomunikasi seolah-olah elemen "masa" tu tak pernah wujud!

Filem ini menjelaskan tentang nilai kasih sayang dan bagaimana kasih seorang anak kepada bapak dan sebaliknya...sebenarnya hubungan darah daging ini memang susah dibuang...tak kiralah apa sekali pun pandangan kau pada anak kau...sesetan mana dan sejahat mana anak kau...dia tetap anak kau...dan kau sepatutnya menelek diri engkau sendiri kenapa anak engkau berkelakuan macam tu...sebab mungkin anak kau jadi macam tu sebab perangai kau yang buruk dan kegagalan kau sebagai seorang bapak untuk mendidik anak kau dengan baik...dan setelah kau telek dan kau tenung serta kau ingat bahawa kau tak pernah sumpah seranah  anak kau, maki hamun anak kau dan mungkin juga sebelum ni kau pernah kata anak kau BODOH...maka tak perlulah kau risau...anak kau jadi setan sebab pilihan dia sendiri...kau tak pernah ajar dia pun!

Sama la dengan Frank dan anaknya John...komunikasi anak-bapak dalam filem ni tak pernah gagal...macam mana anak dan bapak dari "timeline" yang dilihat berbeza dari mata kasr tapi tidak di mata hati...mampu membuatkan anak dan bapak ni bekerjasama untuk menjahanamkan pembunuh bersiri yang telah "membunuh" mak John dalam realiti yang lain...

dan sebenarnya kalau Tuhan tak tutupkan pintu hijab kau...maka kau akan nampak betapa jahatnya perangai kau, betapa jahatnya pilihan kau dan betapa setannya engkau...tapi sebenarnya Tuhan tutup pintu hijab kau supaya kau tak nampak dosa dan pahala kau...sebab sebenarnya Tuhan nak test kau...kau ingat tak Tuhan dan kau ikut tak apa Tuhan suruh...biar rambut panjang menggerebang macam hantu dan kepala penuh psoriasis...namun kalau hati kau tak menggerutu dan suci dalam debu macam aku...apa kau mau takut?? kau gebang kuat kat internet apa kes? apa kau mau buktikan???

"nak buktikan kau seorang manusia baik?"

Alahai!

sudah sudah laaaa...

"religiously cool?? serious tak boleh belah laa dowh!!!"


okay, here it is...one of my write ups that may justifying the fact that I am not trying very hard to look religiously cool...because I AM RELIGIOUSLY COOL!!! (nice term yang aku cook up dari sekor beruk mat yeh yang "caught somewhere in time")

Luke Wilson melakonkan watak seorang trashy librarian yang secara sukarela memasuki satu eksperimen "suspended animation" yang "went wrong" dan menyebabkan dia dan seorang pelacur taraf pariah tak ingat ter suspend beratus tahun masuk ke dalam zaman yang..."unreligiously cool" dan "stupid".

seriously man! aku masih tak faham sikap "pretentious" setengah-setengah orang yang cakap macam baik...konon-konon dialah seorang marhaen yang sangat bagus dan sangat bijak dan tindas serta pijak semua orang yang cuba nasihat dia...aku yakin orang macam ni hidup dalam satu realiti yang aku panggil "loser reality".

Seriously cakap...aku rasa mual dengan manusia macam nih, fikir bagus...macam bagus...tapi BODO macam dalam filem nih...di mana watak Luke Wilson ni akhirnya join satu society yang tahap sengal punya bebal...

dan akhirnya Luke Wilson jadi presiden untuk kaum tuh...

and that what you will be...

he he he!

"setiap hari, manusia mahu lihat mukjizat...bukan melihat diri sendiri"


Kevin Spacey aku rasakan sebagai berjaya membawakan watak sebagai "prot" (as in goat...as in/...lamb of god?) yang mengakui dirinya sebagai seorang alien dari planet K-PAX yang akan balik ke planet dia pada masa yang ditetapkan...

...dan sebagaimana biasa..."manusia" sebegini akan dianggap ada masalah mental kerana bukan semua makhluk mampu terima "the spirit of truth".

Yang paling best ialah bagaimana si prot nih melalui gebang dan temberangnya dia berjaya meyakinkan ramai manusia dengan common sense dan "pengenalan diri" yang jitu...dan pada pendapat aku...individu dalam filem nih yang percaya dengan semua gebang prot ni ialah individu yang bukan saja "gila" tapi sebenarnya ialah out of this world...

Namun demikian, yang aku respek dalam filem ni ialah "penyampaian" prot kepada umum memang tidak dijangka...penuh hikmah dan pengajaran...

"setiap hari manusia maahu lihat mukjizat...dan segala mala benda pelik and out of this world...tapi sebenarnya manusia ni lalai...diri sendiri sebagai mukjizat paling agung tu dilupakan!"

dan akhirnya...

adakah ia satu mukjizat jika seorang ayah mertua mahu melihat menantu dan cucu serta anak perempuannya jahanam hidup disebabkan dendam dan amarah dia yang meluap-luap???

ye, mungkin...boleh jadi...

kerana miracle datang dalam pelbagai bentuk...

dan manusia yang mengambil iktibar dari kisah-kisah teladan ialah manusia yang sudah sampai ke dalam realm Allah Taala...

dan sesungguhnya ada lagi!!!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...