Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


manusia dan prejudis nya...


Ini sebuah kisah benar tentang seorang bekas lawyer yang menyaman firmanya sebab buang kerja dia pasal dia ada AIDS. Ini ialah antara kisah-kisah ajaib kemanusiaan dan kenapa Tuhan jadikan manusia dalam dunia ni bermacam-macam perangai dan bermacam-macam pemikiran...??

Sebab itulah tanda-tanda kekuasaan Allah Taala...

Dalam dunia ni, memang fitrah manusia itu berbunuhan dan bergaduhan sehingga kiamat...masing-masing mahu menentukan benang siapa lagi tegak apabila basah...dan siapa yang lagi betul dia berkuasa...sehingga kadangkala manusia ini lupa bahawa...Allah Taala jugalah segala-galanya...

...dan manusia juga mempunyai perasaan belas, compassion dan kasih sayang...manusia yang mempunyai sebahagian dari rahmat Allah melalui sifat Ar Rahman dan Ar Raheem Nya...akan memahami dan mengetahui mengapa dunia ini begitu dan menyatakan - "sesungguhnya tidak sia-sia semua yang Engkau jadikan ini Ya Allah dan kami bertaubat kepada Engkau".

Ya...betul...orang yang kenal dengan Tuhan akan banyak dan selalu bertaubat...

Ini ialah filem pasal Andrew Beckett, seorang lawyer gay yang dibuang kerja sebab dia ada masalah dengan diri dia...dan dia berusaha melawan takdir dia dan kekurangan dia...ya...memang bukan semua benda dalam dunia ni berlaku dalam keadaan HITAM dan PUTIH...

...Aku pun tak faham kenapa manusia ni tak mahu mendekati dan memahami komplikasi kemanusiaaan yang mendalam...asal manusia tu pelik sikit aje...kau cop dia GILA, SAKIT MENTAL...ada AIDS, jahat...macam setan...dan sesungguhnya manusia memang handal dan lebih handal dari TUHAN dalam menghukum...

...dan sebenarnya, apa pun keadaan engkau, apa pun sifat engkau...dan bagaimana beratnya tuduhan orang kepada engkau...namun kalau kau KENAL diri kau sendiri dan kau yakin ALLAH jadikan kau dalam dunia ni bukan sia-sia...

maka kau tunggulah kekuatan yang tuhan akan anugerahkan pada engkau!

Mungkin juga kau akan jadi seperti NEO dalam THE MATRIX yang boleh tepis peluru!!!



Points To Ponder Upon...Do not become good, be one of the great!


Aku ulang tonton DVD nih masuk kali keempat...aku memang rasa terkesan dengan seorang penipu, pembohong, selfish dan arrogant bernama Oz ni bisa mengalahkan dua ekor ahli sihir yang jahat dengan penggunaan akal yang licik dan menipu...the ends can sometimes justify the means!

Oscar Zoroaster bla bla bla (Oz) ialah seorang circus magician sederhana yang sangat licik mempengaruhi orang lain dengan kata-katanya yang indah.

...dan kita lihat disini walaupun dalam sebuah filem, ia banyak memberikan pengajaran yang biasanya Tuhan akan memilih orang-orang begini untuk becomes the great!

Tuhan tak akan pilih dari kalangan bangsawan, darah aristokrat dan sebagainya (kecuali Siddharta Gautama kot?) untuk menjalankan petunjuk hidayahNya kepada manusia...

Sebagaimana Tuhan memilih seorang manusia yang tidak tahu membaca untuk menyampaikan rahmatNya yang satu dan sekaligus membangunkan pemikiran manusia yang mahu sedar...maka dalam filem ni dikatakan Tuhan memberikan seorang penipu besar, seorang arrogant dan kemaruk perempuan sebagai instrument of godliness Nya...

Sama macam filem Amadeus (God's beloved) yang mana menimbulkan kemarahan watak fiksi, Anton Salieri kepada Tuhan kerana memberikan petunjukNya melalui seorang manusia yang suka berpoya-poya, yang suka belanja boros, rude, kasar dan selalu tergelak macam hyena, Wolfgang Amadeus Mozart sebagai the ultimate instrument of god menyampaikan mesej ketuhanan melalui muziknya yang kita dengar dan hayati akan keagungan Tuhan sehingga kini!!

...dan sebenarnya, benarlah kata pepatah - Kerja Tuhan Itu Sangat Misterius!!!!

kalau tuhan kasi aku peluang another lifetime untuk ubah keadaan aku sekarang...for sure aku tak akan ubah!"


Adakah sesiapa pembaca yang budiman mengetahui kenapa Tuhan jadikan manusia dan makhluk semua berpasang-pasangan?? Tak tau?? Jawabannya - Untuk mengenali dan kembali ke dalam fitrah ketuhanan secara hakikat yang nyata.

Ini ialah sebuah filem yang sangat anti kepada Gone With The Wind, ini ialah sebuah filem yang meraikan cinta dan kasih sayang, menghargai perbezaan dua manusia dan mendakap kesucian makna Ilahiyyah tentang apa itu CINTA.

Dua manusia yang dijodohkan dengan perjodohan yang sangat pelik dan tak masuk akal, bisa melalui kesusahan dan kepayahan hidup walaupun kadang-kadang mereka bertekak dan berbalah sesama sendiri...dan akhirnya dua orang manusia ini mengenal Tuhan dan kasih sayang melalui elemen yang dinamakan CINTA.

Claire Absher dan Henry DeTamble ialah dua manusia yang dijodohkan semenjak azali...mereka berdua telah mengenali dan bercinta semenjak budak pompuan ni kecik anak lagi...dan hubungan cinta depa akhirnya disambung dengan perkahwinan.

Kita lihat struggle dua pasangan ni untuk memahami hakikat kebenaran yang sukar dicapai akal...dan kadangkala membuatkan bini dia rasa give up dan menyesal akan memilih mamat nih jadi laki dia sebab dia dah berapa kali keguguran dan mamat ni selalu "hilang" (hilang yang dizinkan, bukan hilang cari pompuan lain) dan dalam dia give up tu...sebenarnya dia tak sedar yang hikmah Tuhan jadikan laki dia sedemikian ada rahmat terlindung sebaliknya kerana atas kehendak Tuhan akhirnya dia mengandung juga anak dari laki dia yang datang dari "timeline" lain...errrrr...errr....hmmm...ada pemahaman mendalam bagi sesiapa yang nampak hakikat kebenaran...he he he e! cisss!!!

dan akhirnya Tuhan membuat ketentuan bahawa laki dia akan mati dalam masa anak perempuan dia umur lima tahun...(ada hakikat kefahaman ketuhanan lagi nih!!!)....errr...inilah yang dinamakan CINTA dan apa yang perlu kita korbankan untuk CINTA.

...dan akhirnya sebelum laki dia mati, dia berpesan dengan bini dia dan bini dia cakap..."kalau Tuhan bagi aku peluang untuk ubah, aku tak akan sekali-kali ubah sebab aku dah rasa hakikat kebenaran dan aku dah faham kenapa kau macam nih".

Amat susah mahu mendapatkan kefahaman tentang hakikat Ketuhanan, ia sampai dalam berbagai-bagai bentuk yang sesuai dengan kefahaman manusia...maka kita mintalah dengan Tuhan supaya kita faham apa yang Tuhan bagi kat kita sebagaimana Claire Absher ni faham akan ketentuan Tuhan kepada dia...dan...

Samalah jugak dengan bini aku...hatta kalau Tuhan bagi aku seorang pompuan lain yang lebih jelita dan lebih seksi dari bini aku sekalipun...aku tak akan ubah. sebab bini aku sangat kuat dan sangat "istimewa" disisi Allah Taala kerana bukan calang-calang orang yang boleh jadi laki kepada bini aku nih...dan aku sangat sayang kepada bini aku dan aku tak akan sekali-kali menukar bini aku dengan seratus orang bidadari syurga sekalipun!!!!

and then some more!!!

"Bilamana Kau Rasa Semuanya Dah Hilang...Allah Taala Tak Akan Hilang Dari Engkau!"


Sebuah filem yang sangat memberikan pengajaran...sesuai dengan pepatah - "a man who is lost at sea". Allegorinya sangat menarik dan menginsafkan jiwa yang sangat kerdil di sisi Allah Taala.

Filem ini macam juga filem The Life Of Pi, menggunakan lautan luas sebagai satu bentuk pemahaman suffiyah tentang apa yang dinamakan kehidupan dan bagaimana cantiknya kehidupan ini di mata para penolong agama Allah yang melihatnya dari sisi penglihatan Tuhannya yang satu. "I and the father are one".

Mamat nih dah tersesat dalam gelora dan gelombang lautan yang sangat ganas dan kita dapat melihat dari struggle mamat nih untuk terus hidup dan survive dalam cabaran dan dugaan Tuhan yang sangat dahysat...bayangkan, kau dapat survive ke kalau kau seorang ajer di tengah laut dan tak ada siapa bersama dengan kau...mungkin kau akan jadi gila dan commit suicide, sedangkan Dr Robert Neville dalam I Am Legend pun akhirnya kecewa dan menyumpah seranah keadaannya dan hampir-hampir nak commit suicide...inikan pulak mamat dalam filem nih...

aku nampak struggle mamat ni dengan keadaan dia...dia tak give up, tak putus asa...dan sebenarnya itulah alasan Allah Taala bilamana malaikat persoalkan Dia, kenapa Dia nak cipta khalifah di kalangan manusia..."sebab Aku tahu apa yang engkau tak tahu". Manusia yang kebal ialah manusia yang selalu mengharap pada Tuhannya dan tidak pernah sekalipun putus asa walaupun kadang-kadang mereka ni tersasar dari jalan kebenaran...tapi setiap kali manusia tersasar, Tuhanlah yang akan menetapkan manusia ni balik ke jalan benar sebab...Tuhan dah tahu...manusia ni ialah - SURVIVOR!!!

dan bilamana dialog awalnya (hanya ini aje dialog yang diungkap dek mamat nih...) menunjukkan dia dah redho dan pasrah akan keadaannya bilamana dia dah berusaha dan bunyinya begini - 

"I'm sorry. I know that means little at this point, but I am. I tried. I think you would all agree that I tried. To be true, to be strong, to be kind, to love, to be right. But I wasn't." He declares that, "All is lost."

dan bilamana juga dia tenggelam dalam lautan yang dalam tuh, dia dah redho dan pasrah dengan ketentuan Ilahi, Tuhan dia yang menghidupkan dan mematikan dia, maka ketika itu jugalah Tuhannya menyelamatkan dia!!!

Kita kaji balik ayat-ayat mamat tu di atas...dia dah mencuba sedaya upaya dan mencuba untuk survive, namun demikian dengan takdir dan nasib dia yang nampak macam tak ada makna untuk dia teruskan lagi...maka akhirnya dia kata "aku dah cuba, tapi aku rasa aku masih belum kuat mencuba"...dan bilamana kita merendahkan diri dan menyatakan kehinaan kita kepada Allah Taala, maka ketika itulah kekuatan akan datang kepada kita dan pertolongan Allah datang untuk menyelamatkan kita!!!

Samalah keadaannya macam aku 11 Februari 2014 lepas, aku di discharge oleh peguam aku sebab dia tak berani nak lawan kes aku pasal peguam negara dah keluar citer pasal aku sakit mental...maka terkapai-kapailah aku dengan tak ada submission dari peguam, tak ada affidavit jawaban...dan akhirnya...ketika aku termenung sorang-sorang dan merasa redho dan pasrah akan ketentuan Allah yang akan datang kepada aku, yakni hidup susah lepas ni pasal dah tak ada harapan...maka dengan sekelip mata, aku bangun dari tempat tidur aku, aku buka laptop...dan aku menulis...

...dan akhirnya pada 11 Februari 2014, kejayaan besar Allah berikan pada aku...dengan tak ada peguam, dengan termangu-mangu keseorangan...maka tatkala datang wakil peguam negara pada aku...dia cakap benda nih - "Encik Shaffarizan, kita ni dari Kamar Peguam Negara, nak mintak izin tuan delay sessi hearing kes ni sebab kita nak reply affidavit kedua yang tuan hantar empat hari lepas"...

ALLAHUAKBAR!!!!!

aku rasa nak menangis!!! aku tak tahu apa yang aku tulis pada pagi 7 Februari 2014 tu mempunyai impak yang sangat kuat sampaikan peguam negara minta tangguh lagi buat kali ketiga!!! Depa ambik masa tiga bulan nak jawab affidavit pertama aku, dan aku ambil masa setengah jam untuk jawab balik affidavit depa dan hantar kat depa dalam masa satu hari...ya Allah...keajaiban apakah ini??? Bukan ada apa pun affidavit aku tuh...hanya menyatakan KEBENARAN YANG HAQ!

dan ketika sessi dalam kamar hakim, aku menyaksikan bagaimana ALLAH hina orang-orang yang mendajal aku dengan kemarahan dari tuan hakim yang mulia yang telah ada keputusan dalam fikiran dia dari insiden 11 Februari lepas dan aku harap keputusan hakim memihak kepada aku Insya Allah!!! 

Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Surah At-Taubah, Ayat 40

dan sebenarnya, beruntunglah manusia yang mendapat kasih sayang dari Tuhannya dan menghargai kasih sayang dari Tuhan yang tidak ada tolok bandingannya!!

Allah Maha Agung!!!!

Minority Report Penyelamat Keadaan!!!


PreCrime ialah sebuah markas polis yang menangkap orang-orang yang cuba nak buat dosa tapi belum buat dosa...jadi...macam mana tu ye?? YE! memang citer nih pelik...tugas John Anderton ialah menangkap manusia-manusia yang diramal oleh tiga makhluk bernyawa yang "dead but dreaming" akan membuat dosa sebelum sempat depa buat dosa tuh...

Ini filem yang membawa kita mengenali psike kemanusiaan secara mendalam...apa itu dosa? apa itu pahala...?? bolehkah dipegang dan dilihat???

bagi aku dosa dan pahala itu boleh dirasakan...pernah tak bila kau buat jahat...kau rasa pelik dan kau rasa macam kau dah buat satu benda yang tak baik untuk jiwa kau?? dan bila kau buat baik...kau rasa syiokk...euphoria semacam dan kau rasa...Tuhanlah segala-galanya!!!!

Inilah misteri yang diungkap oleh John Anderton dalam filem nih...dia ialah seorang dari polis yang ditugaskan menangkap orang-orang yang baru nak buat dosa...sampailah satu hari...the magic ball meramalkan dia akan bunuh orang!!!!

Misteri dan konflik John Anderton mengajar kita mengenali bahawa...sebenarnya pilihan di tangan kau...walaupun kau ditakdirkan untuk buat satu benda jahat...tapi selagi kau belum buat benda tu...Allah Taala bagi kau pilihan...sama laa jugak dengan John Anderton...dia akhirnnya terperangkap dalam satu espionage orang atas yang gila kuasa....hanya sebab John ni seorang yang jujur maka bos dia nak frame dia...namun demikian...orang jujur tu kan selalu dalam peliharaan Allah???

Disini kita dapat melihat bagaimana John Anderton memilih jalan untuk memaafkan manusia yang kononnya dikatakan telah membunuh anak dia...memang sadis saat-saat dia jumpa pembunuh anak dia masa dalam bilik apartment tuh...dia di provok dengan gambar-gambar anak dia dan dia digoda oleh nafsu amarah...namun demikian sebenarnya kita semua tahu...orang jujur dalam lindungan Tuhan...dan John berjaya melawan "personal demon" nya yang ingin membalas dendam atas kematian anaknya...

dan akhirnya siapa yang menang???



"ini movie anak aku kutip dari rak collection aku semalam...dia nak tengok ha ha ha!!!


Anak aku memang suka tonton citer Kamen Rider terutama Power Rangers, biasanya dia akan tergelak sorang-sorang bila tengok movie nih...aku pun tak tau apa yang digelakkannya tuh...

Aku tak sedar aku pernah beli DVD Movie nih untuk anak aku. semalam anak aku tarik DVD nih dari rak koleksi DVD/Bluray aku yang sangat bagak...aku tengok...wow!! plastik belum bukak lagi nih!!!! bau kedai lagi DVD nih rupanya...macam mana aku boleh tak perasan ek???

Maka atas pujukan anak aku yang merengek-rengek nak tengok movie nih, maka aku pun tutup laaa movie yang aku tengah tonton ketika itu dan terus mencarik plastik bau kedai DVD nih dan mainkan dekat Bluray Player aku...

dan lepas tu aku ternganga!!!

Seriously, antara Dr Who dengan Kamen Rider, aku rasa Kamen Rider lebih berasas jalan cerita dia...

Filem nih citer pasal kedatangan makhluk ala dajjal yang akan menjahanamkan bumi (tema klise filem??? atau mungkin inilah realitinya kehidupan?? orang jahat selalu menang dulu??) dan menjahanamkan semua makhluk-makhluk dunia sampai hero kita Hino Eiji pun tak dapat nak melawan kejahatan dajjal nih pada mulanya sebab dajjal nih terlalu hebat sangat!!

Maka selepas itu bermulalah satu demi satu kecaca marbaan dunia, bermula dengan time line yang tunggang terbalik di mana orang Jepun zaman Tokugawa tersesat masuk dalam dunia moden dan sebaliknya...maka hero kita nih pun tersesat jugak masuk dalam dunia samurai...ha ha ha ha ha ah!!!

Dalam filem ni kita dapat lihat keazaman Hino Eiji menjadi penyelamat dunia, dia sangat kasihkan manusia macam mana Tuhan kasihkan manusia...dia sanggup mematikan diri dia untuk manusia...errrrrr...??? what??? yes...inilah kefahaman tahap para wali Tuhan yang tak sedar diri...

sebenarnya keadaan hero kita nih sudah disedari oleh seorang samurai yang merupakan pembuat syiling core medal (sumber kuasa nafsu dan keinginan manusia) yang terawal dan dia entah macam mana boleh mengenali pulak bahawa hero kita nih ialah penyelamat manusia era messiah!!! ha ha ha ha!!

dan akhirnya seperti biasa...Hino Eiji diberikan pilihan...samada dia nak menyampaikan keinginan dia untuk memuaskan hati dia atau dia nak mati dengan semua manusia dalam dunia dia tuh...dia diberi pilihan oleh dajjal samada dia memilih untuk menyampaikan hajat dia supaya dajjal boleh menjahanamkan dunia secara total annihilation...

dan akhirnya dia pilih untuk hidup dan meninggalkan "family" dia...yang memberikan kejutan buat awek dia dan QARIN dia, 

dan sebenarnya apakah pilihan dia???

errrr...

Inilah Dr Who...The Day Of The Doctor versi Kamen Rider...

manusia dan pilihan hidup yang amat kritikal!!!!



"Gallifrey Falls... ...No More


Seriously, masa aku tengah type pendapat aku untuk filem nih...aku tengah melayan Metropolis : The Miracle And The Sleeper...ada satu kekuatan dalam lagu nih yang menjadi petunjuk jalan buat aku...complete set...kalau nak membayangkan struggle kemanusiaan dalam satu lagu...ini lagu yang sangat baik buat rujukan...macam mana tatkala kau confuse, kau gelabah...kau give up dan kau rasa dah nak mati...kau dengar middle part lirik dalam lagu ni cakap - "Just keep my heart in your eyes and we'll stay alive"...seriously, this song grew on me!!! Mungkin aku kurang ajau kalau aku cakap nih...aku rasa Tuhan yang cakap dengan aku dalam lagu nih...Aduhai!! mampus!!!

Ini adalah sebuah filem untuk tv (special edition) bagi siri televisyen Dr. Who yang aku tak pernah ambik tau pun yang siri tv nih dah wujud berpuluh tahun daaaahhhh!! sama umur dengan francais Kamen Rider...errr...aku tengok masa nak ending filem nih aku nampak semua Dr Who dok posing beramai-ramai teringat pulak aku dengan Kamen Rider ha ha ha ha!!!

Sebenarnya tak ada benda serius pun pasal citer nih...citer nih memang pelik sikit macam citer kartun budak-budak...memang tak masuk akal...cuma aku tertarik dengan kemelut yang terpaksa dibuat oleh Dr Who versi pertama yang nak meletupkan planet kesayangan tempat tinggal dia...banyak pengajaran yang boleh diambil dari kejadian dalam filem nih...tak payah laa nak fikir logik ke tak logik elemen time travel dalam filem nih sebab akal kita memang tak akan sampai tahap faham punnn...yang paling asyik dan menyayat hati bilamana Dr Who dari past, present dan future masuk sekali dan membuat keputusan yang sangat drastik yang aku tak pernah terfikir pun benda tu akan berlaku...

Sebenarnya filem nih juga menasihatkan aku...macam seolah-olah Tuhan laaa nasihatkan aku..."apa benda yang kau buat kau jangan fikir implikasi yang akan berlaku...apa keputusan lepas tu kau terima aje...sebab hikmahnya hanya bijak pandai aje yang tau...kalau kau rasa kau bijak pandai...kau terima aje apa keputusan Aku"....ha ha ha ha!!

The only being that will always be there bila aku amarah, geram, violent dan kadang-kadang kurang ajau...ialah Allah Subhanahuwataala...sebab Dia memang akan sentiasa ada untuk aku...walaupun aku tengah bengong sekarang nih!! dok fikir court case untuk minggu depan...

Allahuakbar!!!

"I have a new destination. My journey is the same as yours, the same as anyone's. It's taken me so many years, so many lifetimes, but at last I know where I'm going. Where I've always been going. HOME, the long way round. "
—The Eleventh Doctor.


Metropolis watches and thoughtfully smiled, she's taken you to your HOME...

                         — Metropolis : The Miracle And The Sleeper.

and then...

Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku (QS al-Fajr [89]: 27-30).

"Yes Man!"


Ini ialah Jim Carrey yang sangat mild, sangat selamber dan tidak sakit mental aka violent outburst punya funny. ini filem pemberi semangat tatkala hidup macam sial...bila aku rasa aku macam sial aku tonton filem nih...

Ini filem pasal keagungan perkataan "yes" kepada semua benda...Carl Allen nih pada mula filem nih memang seorang yang loser dan lonely semenjak dia divorce dengan bini dia, dia rasa hidup dia macam sial. Dia mula menjauhkan diri dari kawan-kawan dan lama-mana dia rasa sangat sial...

Akhirnya kawan dia ajak dia join satu grup seminar yang memberikan nilai-nilai positif...dan semenjak dia masuk seminar tuh, hidup dia mula berubah...dia mula belajar untuk menjalani hidup yang lagi best, dia mula menjelajah kemungkinan-kemungkinan yang tak pernah dia lalui...dia belasah main redah macam-macam benda sehinggalah dia sudah masyuk dengan seorang awek yang sangat easy going...

dan dari filem nih...sebenarnya pemikiran positif mampu bawak kau pergi mana-mana kau nak!!!

JUST SAY IT!!!

YES MAN!!!!!

"phoenix rising from the ashes of cocaine and heroine...an indonesian incident!"


Ini ialah bluray penghasilan Deep Purple yang amat keren, mengandungi sessi temuramah arwah Jon Lord dengan Glenn Hughes bercerita tentang kisah depa masa main band dan pelbagai tragedi dan kisah sedih duka pilu seronok high yang depa lalui dalam menerajui Deep Purple Mark IV selepas Ritchie Blackmore blah dari band tu sebab dia tak tahan dengan funk/soul music bawaan David Coverdale.

Bluray ini juga menampilkan satu satunya konsert Deep Purple bersama gitaris Tommy Bolin yang dah arwah tak lama lepas tu sebab overdose...dari segi permainan dan setting konsert aku rasa tak berapa best sebab mamat tuh terpaksa main gitar dengan barre chord sebab tangan kiri dia kebas akibat tertidur atas tangan sendiri...ha ha ha...bagai bagi laaa...

Yang paling menarik dalam kompilasi blu ray nih ialah sessi temuramah arwah Jon Lord dengag Glenn Hughes, memang asyikkkkk...depa citer pasal live after Ritchie Blackmore dan macam mana band tu dah dirosakkan oleh David Coverdale sebab band tu dah tak tulen macam masa Ian Gillan menyanyi dengan depa...bapak Coverdale nih memang gitu...dia nih sangat kemaruk dengan blues elemen funk/soul menyebabkan arahtuju Deep Purple secara muzikal masa tuh dah macam gampang...dan akhirnya Coverdale bawak jugak konsep muzikal dia dalam band syok sendiri dia...Whitesnake.

Paling tragis depa citer pasal masa depa bikin konsert dekat Indonesia, dah laa kena kapur dengan promoter, kawan baik depa mati katak kena bunuh dengan Indon...sialan!!! depa main konsert masa malam kedua set depa dengan hati yang sedih dan terkilan sebab kawan baik depa mati kat tempat orang...sumpah Jon Lord tak kemaruk nak main kat sana lagi...mati hidup balik pun dia tak mau....

Glenn Hughes juga menceritakan zaman-zaman kokain dia yang sangat asyikkk...menyebabkan dia kena BiPolar Mood Disorder...selambeerrrrr....

after all...it is just a rock n roll band, right???!!!

"kadang-kadang ego kau lebih besar sampai kepala kau berat nak bawak!"


Filem ni ada bau bau bacang dengan The Devil (El Diablo??) Wears Prada sebab citer dia macam sama aje? Citer pasal manusia kepala besar sampai degil nak mampus rasa diri hebat macam Primadonna!!

Filem nih juga cerita pasal semangat  jitu dan keras serta tak nak mengaku kalah dengan keadaan...seorang awek yang merupakan editor news / yak show yang baru aje hilang kerja akhirnya diberi peluang kerja dekat satu tv station yang ada masalah dengan siri yak show depa...

Seriously, aku tengok watak Mike Pomeroy tuh aku rasa macam biasa jumpa aje manusia-manusia yang macam nih...berlagak bagak macam bagus, orang lain salah, bodoh, bangang, dia aje yang betul...sebab ramai manusia macam ni lah laman twitter, facebook dan laman sosial lain bergegar dan riuh rendah dengan kebangangan depa...termasuk aku ha ha ha ha ha!! Pompous self made asshole laa katakan!!! 

Errr...seriously tangan aku gatal nak main Grand Theft Auto V, tapi tak ada laa pulak aku nak update kat twitter aku...come on, get a life laaa  assssssssssss...qwipe!

Sesungguhnya ini filem klasik aku juga!!! ha ha ha ha!! nasib baik Robert De Niro tak pegang watak Mike Pomeroy tuh...kalau tidak...memang jadi bahan aku nak usik bini aku ha ha ha ha ha!!!!

"this film is about hope ---- (crowd roared, and then Plant says 'Shut Up!!!!")


Dua malam nih sempena Tahun Baru Cina yang selalunya sangat memekak di rumah aku, aku dengan wife serta anak aku akan lepak dua tiga malam dekat Pullman Hotel, biasanya kita orang akan dapat extra discount sebab dah biasa lepak kat sana...Tahun Baru Cina, Raya Melayu, Raya Hindu kita orang mesti lepak kat situ...ha ha ha!

Masa aku tengah kemas beg, aku cari dan belek beberapa keping bluray untuk aku bawak sekali...bosan gak duduk bilik hotel tak ada hiburan...aku bawak bluray di atas sebagai bahan hiburan aku tatkala bosan kat bilik hotel...kita orang anak beranak memang tak boleh duduk rumah masa Tahun Baru Cina nih sebab memang anak aku cukup takut dengan bunyi-bunyian mercun menghalau segala mak bapak datuk nenek hantu dan setan...kata depa laaa...

Bila aku tonton filem nih balik...aku mula berfikir...filem ni sangat menarik kerana secara surreal (realiti yang kalut) nya filem nih semacam memberikan harapan dan analogi kepada kehidupan sebenarnya manusia yang sikit demi sikit telah hilang nilai kemanusiaan dan merudum nilai moral dan sikit demi sikit jugak bertukar menjadi zombie pemakan makanan kurang berzat dan tak ada vitamin...analogi jugak kepada sifat manusia masa kini yang suka "makan" satu sama lain...hilang arah tuju hidup dan "mati dalam hidup" - tak ada roh suci lagi.

Sistem yang dibuat oleh Tuhan nih sebenarnya sangat logik....walau dalam filem sekalipun sistem ini mampu digunapakai...Tuhan dah jadikan manusia nih bersifat terkehadapan dalam apa sahaja benda di dunia nih...manusia ada kepala otak dan boleh membezakan yang baik dengan buruk dan boleh memilih nak jadi hantu (zombie??) atau nak jadi orang...dan filem ni memberikan analogi yang sangat baik bagi sistem itu.

Seorang zombie bernama "R" (Robert Pattinson kottt??) telah mula merasakan "hidup" dia ada masalah sebab tiap-tiap hari dia dok buat rutin yang sama. Walaupun mamat nih tahu dia dah mati...dia mula mencari "makna" dalam hidup selepas mati dia nih...maka ketika dia merayau-rayau dengan member baik dia "M", dia sudah serbu satu farmasi dan menjamu selera dengan rakusnya hinggalah dia berjumpa dengan "makna" baru dalam hidup selepas mati dia tuh...

...macam mana awek bernama Julie nih berjaya membuka mata "R" dari menjadi seekor zombie yang rakus kepada seorang manusia yang kembali (revert) kepada naluri rohnya yang satu...iaitu menghargai apa yang dinamakan "CINTA"...ha ha ha ha!!! 

Kat sini kita dapat melihat satu REVOLUSI yang berlaku tanpa pertumpahan darah, zombie -zombie yang merupakan geng baik "R" nih satu demi satu mulai mendapatkan kemanusiaan depa balik dan akhirnya kembali ke jalan yang benar.,.

Aku pun berharap jugak agar kemanusiaan zaman edan yang semakin rosak dengan pemimpin korup (Boneys???) kakitangan kerajaan yang gila kuasa dan salahguna kuasa, makan rasuah nih dapat berubah dan berubah ke arah kebaikan macam zombie-zombie dalam filem nih...eerrrr....kengkadang aku rasa aku nih macam idealistik sangat laa konon...

tapi, secara telus...aku sangat suka tonton filem nih...dan aku menitikkan air mata dua tiga titik sebab terkesan dengan filem nih...

Manusia macam setan yang nak berubah kepada fitrah yang lebih baik...

but who's buying it???

DAMN!!!!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...