Dua malam nih sempena Tahun Baru Cina yang selalunya sangat memekak di rumah aku, aku dengan wife serta anak aku akan lepak dua tiga malam dekat Pullman Hotel, biasanya kita orang akan dapat extra discount sebab dah biasa lepak kat sana...Tahun Baru Cina, Raya Melayu, Raya Hindu kita orang mesti lepak kat situ...ha ha ha!
Masa aku tengah kemas beg, aku cari dan belek beberapa keping bluray untuk aku bawak sekali...bosan gak duduk bilik hotel tak ada hiburan...aku bawak bluray di atas sebagai bahan hiburan aku tatkala bosan kat bilik hotel...kita orang anak beranak memang tak boleh duduk rumah masa Tahun Baru Cina nih sebab memang anak aku cukup takut dengan bunyi-bunyian mercun menghalau segala mak bapak datuk nenek hantu dan setan...kata depa laaa...
Bila aku tonton filem nih balik...aku mula berfikir...filem ni sangat menarik kerana secara surreal (realiti yang kalut) nya filem nih semacam memberikan harapan dan analogi kepada kehidupan sebenarnya manusia yang sikit demi sikit telah hilang nilai kemanusiaan dan merudum nilai moral dan sikit demi sikit jugak bertukar menjadi zombie pemakan makanan kurang berzat dan tak ada vitamin...analogi jugak kepada sifat manusia masa kini yang suka "makan" satu sama lain...hilang arah tuju hidup dan "mati dalam hidup" - tak ada roh suci lagi.
Sistem yang dibuat oleh Tuhan nih sebenarnya sangat logik....walau dalam filem sekalipun sistem ini mampu digunapakai...Tuhan dah jadikan manusia nih bersifat terkehadapan dalam apa sahaja benda di dunia nih...manusia ada kepala otak dan boleh membezakan yang baik dengan buruk dan boleh memilih nak jadi hantu (zombie??) atau nak jadi orang...dan filem ni memberikan analogi yang sangat baik bagi sistem itu.
Seorang zombie bernama "R" (Robert Pattinson kottt??) telah mula merasakan "hidup" dia ada masalah sebab tiap-tiap hari dia dok buat rutin yang sama. Walaupun mamat nih tahu dia dah mati...dia mula mencari "makna" dalam hidup selepas mati dia nih...maka ketika dia merayau-rayau dengan member baik dia "M", dia sudah serbu satu farmasi dan menjamu selera dengan rakusnya hinggalah dia berjumpa dengan "makna" baru dalam hidup selepas mati dia tuh...
...macam mana awek bernama Julie nih berjaya membuka mata "R" dari menjadi seekor zombie yang rakus kepada seorang manusia yang kembali (revert) kepada naluri rohnya yang satu...iaitu menghargai apa yang dinamakan "CINTA"...ha ha ha ha!!!
Kat sini kita dapat melihat satu REVOLUSI yang berlaku tanpa pertumpahan darah, zombie -zombie yang merupakan geng baik "R" nih satu demi satu mulai mendapatkan kemanusiaan depa balik dan akhirnya kembali ke jalan yang benar.,.
Aku pun berharap jugak agar kemanusiaan zaman edan yang semakin rosak dengan pemimpin korup (Boneys???) kakitangan kerajaan yang gila kuasa dan salahguna kuasa, makan rasuah nih dapat berubah dan berubah ke arah kebaikan macam zombie-zombie dalam filem nih...eerrrr....kengkadang aku rasa aku nih macam idealistik sangat laa konon...
tapi, secara telus...aku sangat suka tonton filem nih...dan aku menitikkan air mata dua tiga titik sebab terkesan dengan filem nih...
Manusia macam setan yang nak berubah kepada fitrah yang lebih baik...
but who's buying it???
DAMN!!!!