Anak aku memang suka tonton citer Kamen Rider terutama Power Rangers, biasanya dia akan tergelak sorang-sorang bila tengok movie nih...aku pun tak tau apa yang digelakkannya tuh...
Aku tak sedar aku pernah beli DVD Movie nih untuk anak aku. semalam anak aku tarik DVD nih dari rak koleksi DVD/Bluray aku yang sangat bagak...aku tengok...wow!! plastik belum bukak lagi nih!!!! bau kedai lagi DVD nih rupanya...macam mana aku boleh tak perasan ek???
Maka atas pujukan anak aku yang merengek-rengek nak tengok movie nih, maka aku pun tutup laaa movie yang aku tengah tonton ketika itu dan terus mencarik plastik bau kedai DVD nih dan mainkan dekat Bluray Player aku...
dan lepas tu aku ternganga!!!
Seriously, antara Dr Who dengan Kamen Rider, aku rasa Kamen Rider lebih berasas jalan cerita dia...
Filem nih citer pasal kedatangan makhluk ala dajjal yang akan menjahanamkan bumi (tema klise filem??? atau mungkin inilah realitinya kehidupan?? orang jahat selalu menang dulu??) dan menjahanamkan semua makhluk-makhluk dunia sampai hero kita Hino Eiji pun tak dapat nak melawan kejahatan dajjal nih pada mulanya sebab dajjal nih terlalu hebat sangat!!
Maka selepas itu bermulalah satu demi satu kecaca marbaan dunia, bermula dengan time line yang tunggang terbalik di mana orang Jepun zaman Tokugawa tersesat masuk dalam dunia moden dan sebaliknya...maka hero kita nih pun tersesat jugak masuk dalam dunia samurai...ha ha ha ha ha ah!!!
Dalam filem ni kita dapat lihat keazaman Hino Eiji menjadi penyelamat dunia, dia sangat kasihkan manusia macam mana Tuhan kasihkan manusia...dia sanggup mematikan diri dia untuk manusia...errrrrr...??? what??? yes...inilah kefahaman tahap para wali Tuhan yang tak sedar diri...
sebenarnya keadaan hero kita nih sudah disedari oleh seorang samurai yang merupakan pembuat syiling core medal (sumber kuasa nafsu dan keinginan manusia) yang terawal dan dia entah macam mana boleh mengenali pulak bahawa hero kita nih ialah penyelamat manusia era messiah!!! ha ha ha ha!!
dan akhirnya seperti biasa...Hino Eiji diberikan pilihan...samada dia nak menyampaikan keinginan dia untuk memuaskan hati dia atau dia nak mati dengan semua manusia dalam dunia dia tuh...dia diberi pilihan oleh dajjal samada dia memilih untuk menyampaikan hajat dia supaya dajjal boleh menjahanamkan dunia secara total annihilation...
dan akhirnya dia pilih untuk hidup dan meninggalkan "family" dia...yang memberikan kejutan buat awek dia dan QARIN dia,
dan sebenarnya apakah pilihan dia???
errrr...
Inilah Dr Who...The Day Of The Doctor versi Kamen Rider...
manusia dan pilihan hidup yang amat kritikal!!!!