Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Crime Doesnt Pay...


memang filem Quentin Tarantino semua best gila babi dan ada mesej macam filem P Ramlee...ha ha ha!
in adalah ibarat filem Anakku Sazali...HA HA HA!

Desperados...the man, the myth, the legends...


El Mariachi adalah nama sempoi karya produser hebat Robert Rodriguez yang merupakan seorang pengarah dan penerbit filem aksi yang sempoi juga!

filem ini amat menarik dan telah menjadi cult status dalam koleksi dvd saya kerana imej El Mariachi yang brutal, tidak kenal belas kasihan dan determined untuk mencari pembunuh aweknya menjadi inspirasi saya.

pada mulanya saya tidak begitu berminat dengan filem ini sehinggalah saya menontonnya...wajar saya katakan filem ini ada bermacam rencah dan perasa yang boleh membuatkan ianya digelar sebagai mahakarya hebat Robert Rodriguez.

Yang paling kelakar ialah apabila El mendapat tahu yang Bucho adalah abang kandung dia sendiri...dah macam cerita melayu laa pulak!

ha ha ha!!!

H.G. Wells...he IS the man! out of time.





Time Travelling as we knew goes a straight line.

time travelling as I KNOW.

goes in a different position, backwards, upwards, forwards and downwards!

we are living inside a TIME MACHINE...and we didnt know it yet,

Princes Of The Universe!



here we are, born to be kings...we're the princes of the universe.

here we belong...

this is my longtime favorite movie about the thing that should have been.

we are longing for the savior..alas!

we can save our own soul...we are indeed the princes of the UNIVERSE.

____________________________________________________________________________________

filem ini mengingatkan aku ke zaman 80an yang penuh dengan kisah dongeng dan tahyul yahudi yang menjadi anutan hidup orang-orang yang jahil. aku pernah termasuk dalam golongan itu.

namun ironinya...aku masih lagi mempercayai akan adanya "king" ini. diperkuatkan dengan kefahaman aku terhadap agama.

bahawa di satu hari nanti..."there can be ONLY ONE".

let the war begins!

Udara Yang Ku Hirup...

This is some kind of a revelation to me. Plot nya dibentuk memang betul-betul berinspirasi dan membuka mata kepada satu lagi keagungan Tuhan. Bahawa manusia ini sebenarnya hidup atas fungsi ibadah kepada Tuhan. dalam filem ini, empat watak utama, bersimpang siur dalam satu drama kemanusiaan yang dinamakan kehidupan. happiness, pleasure, sorrow dan love. Bertunjangkan kepada satu watak antagonis, simply named Fingers - empat watak ini melalui satu proses kehidupan yang sebenarnya membawa satu erti kemanusiaan yang agung. "Kita hidup ada misi". misi happiness ialah membentuk satu peluang kepada sorrow untuk melarikan diri dari cengkaman fingers...dan love pula memberikan satu lagi peluang kedua kepada sorrow untuk memulakan hidup baru, manakala pleasure pula bertindak sebagai "penjaga" sorrow. sememangnya aku mulanya tidak memahami maksud filem ini sehinggalah akhir cerita dan setelah bermimpi tentang plot cerita ini akhirnya pagi ini selepas Subuh baru aku faham. Happiness, Pleasure, Sorrow, Love... dan mengaitkannya dengan Dance Of Eternity - Dream Theater. Death, Deceit, Home (eternity). setiap manusia kena melalui fasa ini. dalam filem ini, tiga watak utama (ironinya mereka semua lelaki) bertindak sebagai penggarap dan penguat kepada watak sorrow yang kehilangan arah dan hala tuju...alangkah puitisnya filem ini. dari mula kekalahan Happiness dalam perjudian lumba kuda, secara ironinya adalah dari ramalan Pleasure, seorang seer yang boleh melihat masa depan...sehinggalah akhirnya kantung duit hasil rompakan Happiness terjelepuk jatuh atas kereta yang dipandu oleh Sorrow...maka aku melihat satu bentuk patten yang GILA pada pandangan mata kasar dan mata jahat manusia. Namun jika diperhalusi...maka engkau akan nampak...dan engkau akan faham seperti mana aku telah faham. sekian terima kasih.

Falsafah Hidup Seorang Atheist.


Sebenarnya aku ingatkan keturunan Melayu aje yang percaya kepada hantu keturunan, saka dan benda-benda mengarut, rupa-rupanya keturunan Cina juga percaya dengan dongengan karut mahakarya setan yang number one!

Terdapat banyak cerita disebalik kematian Bruce Lee...entah macam mana tiba-tiba aku rasa berminat pula nak mengetahui cerita sebenar Bruce Lee. Filem ini sedikit sebanyak memperkenalkan aku dengan the man, the myth, the legend!

Bruce Lee adalah seorang atheist, namun apa yang ironis, dalam opening introduction filem ini dia mengatakan - "ada sesuatu kekuatan yang lebih kuat dari agama, lebih kuat dari harga diri dan lebih kuat dari realiti yang mengawal kekuatan dalaman diri aku". Al maklumlah sebenarnya teori tentang "atheism" ini sebenarnya tidak pernah wujud...semua org percaya kepada kuasa yang paling kuat termasuklah Bruce Lee.

Bruce Lee adalah epitome kaum Cina yang begitu kuat semangat jatidiri dan ketulenan bangsa. Kisahnya dalam filem ini sedikit sebanyak memberikan juga kekuatan dalaman kepada aku untuk lebih kuat berjuang menghadapi tekanan-tekanan dunia.

Dari penghijrahan (hmmm...evolusi biasa bagi kaum yang berfikir) beliau ke Amerika kita melihat bagaimana beliau merasa tertekan dengan sikap superiority mat salleh sehinggakan akhirnya beliau kembali ke Hong Kong dan mencatat kejayaan demi kejayaan di sana.

Bruce Lee adalah sejarah org-org terpilih yang berjaya diabadikan sebagai satu lipatan inspirasi manusia-manusia yang sering merasa ditekan dan dizalimi.

be like the man...but dont follow the man!

This Is Not One Of Them...This Is Something Else!



Filem ini adalah filem bajakan dari filem-filem shock-rock pengarah-pengarah Itali yang suka dengan adegan-adegan sadis, brutal dan tiada perikemanusiaan hanya kebinatangan.

dengan efek filem murahan tahun-tahun 70an, Automaton Transfusion adalah sebuah filem geek-nerd-wannabe yang ingin menjadi hero yang cool seperti filem-filem seram neo-expressionis karya Sam Raimi.

terlalu banyak lambakan-lambakan adegan "murahan" yang ditokok tambah menjadi filem generasi x yang bosan...

tapi adegan ganasnya memang menggerunkan...nampaknya bebudak ni cuba nak memimiki Lucio Fulci tapi tak begitu menjadi!!!

Romero cuba bersyarah lagi dalam pelemnya...

aku ingat Romero dah kehilangan brushes nya yang unik dalam melukis perasaan-perasaan ngeri dan emosional dalam filem Zombie nya.

filem Diary Of The Dead ini adalah karya bodoh yang cukup satira entah apa-apa.

Romero dah kekeringan idea untuk ekspressi kemanusiaan.

baik lah dia cuba buat topik tahyul macam Fulci selalu buat...

org dah bosan dengan preaching film macam ni.

The Beyond...

This is one hell of (pardon the pun) a movie.

I wonder if Schweick reopresents the tortured, tormented...hung drawn and quartered. Gory to every detail.

I would love to keep this DVD as my precious collection...to get the original would be the best!

Lucio Fulci were known to me by his film - Zumbi 2. But not as detail as this one.

the make up, the make over...excellencio! ha ha ha!

apa aku meraban ni?

Fear and Loathing In San Peng...


Johnny Depp memang sesuai berlakon watak-watak sewel...dan filem ni memang membosankan bagi penggila filem-filem komersial dan org yang tak suka berfikir, aku rasa filem ni layak dikategorikan sebagai road movie...the REAL road movie.


Benicio Del Toro pun okay gak, cuma watak dia ni redundant gila babi.


seperti yang aku cakap...filem ni bukan untuk pemicis-pemicis komersial.


ia bermula dengan cara yang paling absurd bagi sebuah filem...


dalam perjalanan depa ke Vegas dengan mission statement yang mengarut dan gila babi, terdapat terlalu banyak simbolik, hint dan kerja gila yang berlaku dalam kereta antik depa dua ekor ni, macam-macam kes, fitnah, huru-hara berlaku.
entAH! sampai sekarang aku masih tak faham...

“The” Deaths Of Ian Stone...jangan risau...aku tak salah eja!




Ian Stone adalah seorang pemain hoki ais yang cemerlang. Dia berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya bilamana tiba-tiba referee mengatakan, foul! Sebab masa dah tamat...bengang dengan referee tu, dia pun...bengang la! Tambah bengang bila kengkawan dia pun bengang kat dia.

Bila masa dia balik dari hantar “bini” (awek laa) dia dari hockey match dia, tiba-tiba dia terserempak dengan satu lembaga terbaring tgh jalan...maka dia pun keluar laaa dari kereta dia dan cuba nak tgk siapa yang terbongkang tu, belum sempat dia nak telefon...tetiba “benda” TU HILANG!

Dan itu adalah “kematian” pertamanya!!!

Ian Stone terpaksa “mati” lagi dan lagi dan lagi untuk mengetahui KEBENARAN yang hakiki bahawa...

Filem ini memartabatkan satu elemen dalam kehidupan manusia yang merupakan fitrahnya yang hakikat. CINTA adalah satu perkara yang asas dalam kehidupan manusia, ada pelbagai elemen CINTA dalam diri seorang manusia dan ia adalah elemen terkuat yang MAMPU MENYATUKAN hati-hati yang berselisih pendapat.
Filem ini adalah transisi, dari sifat kebinatangan kepada sifat kemanusiaan yang kenal erti kasih sayang, cinta mencintai dan sayang menyayangi.

Honey! I'm Home!



Pleasentville yang sebenarnya taklah berapa Pleasent sangat bila dah jadi kaler.


Filem ini mungkin low budget sebab hampir 70% dari kualiti gambar filem ini adalah dalam hitam putih. Ia mengisahkan tentang evolusi kemanusiaan dan bagaimana manusia berubah dari masa ke semasa, dengan pemikiran yang semakin terbuka...maka banyaklah rintangan dan halangan yang terpaksa di hadapi.


Watak Tobey Maguire adalah seorang yang reserve, hidup di era slackers tahun 90an yang blurry, entah apa-apa dan nampak macam hilang hala tuju hidup. Bermasalah keluarga dan mempunyai seorang kakak yang hip dan chic serta cool, dia terpaksa menghadapi keperitan hidup dengan masalah mak bapak yang mengalami krisis rumahtangga menyebabkan kehidupan dia dan kakaknya terbiar.


Masa lapangnya dihabiskan dengan menonton televisyen dan mengikuti siri televisyen oldies, “Pleasentville”.


Hinggalah pada satu malam yang syahdu, ketika dia dan kakaknya berebut remote controller sampai jahanam...mereka didatangi oleh seorang tv repairman yang kebetulan “peminat” siri Pleasentville...and the rest is history. Tgk kalau nak tau! Ha ha!


Filem ni mengisahkan tentang dua era kemanusiaan yang amat berbeza, menyediakan elemen “surreal” sebagai premis untuk membandingkan era “tua” dan era “muda”. Siri televisyen Pleasentville ini bertindak sebagai “pemangkin” untuk menyatukan dua realiti (realiti tv?) yang amat berbeza...


Tobey dan kakaknya terperangkap dalam siri televisyen tersebut, menyebabkan berlaku beberapa perubahan pada diri mereka dan siri tv tersebut bertindak sebagai “provocateur” yang mengubah sikap dan attitude mereka.


Disini kita lihat bagaimana dua org manusia yang hidup di realiti “sebenar” telah berjaya mengubah konsep dan mengubah persepsi karakter dalam siri tv tersebut. Mereka seolah-olah seperti penyampai mesej yang cuba menyatakan pada karakter-karakter dalam siri tv tersebut – not everything is good in black and white!


Proses “kemasukan” mereka ke dalam “realiti” siri televisyen itu telah membuahkan beberapa revolusi dan telah menukar sedikit demi sedikit “warna” pada siri tv tersebut.


Apa yang menarik dalam filem ini, kita lihat bahawa golongan TUA, memang selalu menolak “revolusi pemikiran baru”. Satu contoh terbaik yang mampu memberikan kesedaran ialah, ketika sebelum watak Tobey Maguire dan Reese Witherspoon sampai ke “realiti” siri tv tersebut, kebanyakan buku (kitab?) dalam pustaka sekolah di Pleasentville itu blank...sehinggalah munculnya dua “prophet” (?) yang berasal dari REALITI SEBENAR yang berjaya mengubah hidup para remaja yang selama ini statik dan hanya perlu tahu benda-benda BASIC dalam hidup.


Mesej yang mahu disampaikan dalam filem ini ialah, untuk melihat perubahan...manusia harus di UJI dan di PROVOKASI sebelum mereka MENGENAL realiti kehidupan yang sebenarnya. Manusia bersifat dinamis, maju ke hadapan dan tidak statik seperti katak di bawah tempurung. Perubahan yang terus menerus tetap akan berlaku dalam tamadun kemanusiaan dan kita sebagai individu harus kuat untuk menerima perubahan itu dengan pegangan dan prinsip hidup yang mantap.

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...