Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Crossroads..."legend" tak siap.

Mengikut kisah dongengan dahulu kala puak omputih, Robert Johnson telah membuat perjanjian dengan setan, disebuah persimpangan dekat satu tempat yang tuhan aje tau. Melalui kisah lagenda itu, maka terwujudlah filem Crossroads lakonan Ralph Macchio dan Steve Vai sebagai pemain gitar setan (yang ironi – kehkeh!, nya Steve Vai pernah bermain gitar untuk setan juga dalam video klip Alcatrazz, tapi kali ni dia bermain gitar untuk setan negro! Keh keh!!!).

Seorang budak yang telah menganut agama Bluesman dan mengaku sebagai Bluesman (codename : Lightning) telah cuba mencari (aka jejak kasih) seorang dari kroni Robert Johnson untuk mencari “lagu yang hilang”. Budak itu telah berjumpa dengan ulamak mursyid “blues” nya bagi melengkapkan perjalanan tasauf nya mengenal Blues.

Melaluinya “salik” nya dengan guru mursyid Blues,Willie Brown – Lightning berjaya memahami dan mengenali budaya seorang Bluesman dan berjaya meyakinkan org tua itu bahawa walaupun kulitnya putih, namun dia tetap Blues!!! Kerana dia percaya bahawa roh Bluesman telah menyerap ke dalam jiwanya, walaupun disekolah dia belajar lagu-lagu klasikal yang membosankan kepala otak. Dipendekkan cerita, akhirnya Willie Brown menyatakan kepada dia bahawa kisah legenda tak siap Robert Johnson itu adalah benar dan setan telah menyain kontrak rakaman (chit!) dengan mereka melibatkan kroni-kroni Robert Johnson termasuk Willie sendiri.

Willie yang semakin panik mengenangkan saat akhir kontrak rakaman dengan setan, telah berjumpa dengan setan melalui Crossroads...dan menyatakan komplen kerana perjanjian setan itu berat sebelah, namun setan negro itu tidak mahu melayaninya dan menyatakan “there’s no reason to break a deal? How but cutting eads?”

Akhir babak filem ini menyaksikan bahawa tipuan setan itu tidak akan kekal lama dan org yang berilmu pengetahuan tidak akan mudah dikalahkan oleh setan...Lightning telah menyahut seruan setan itu untuk melakukan sessi “pemotongan kepala”...dia telah berlawan gitar dengan mahaguru gitar terunggul – Jack Butler yang merupakan anak didik kepada setan negro terbabit. Melalui pembelajaran ilmu pengetahuan yang berguna di sekolah muzik, Lightning membuktikan bahawa, seorang artis perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang sepatutnya mengenai apa sahaja yang diceburinya...dengan senang dia memotong kepala Steve Vai yang blur sepatah haram tak tahu apa licks yang budak tu pakai masa dia main solo yang nak habis tu...aku pun ternganga!!! Last-last setan tu kena tipu pulak dengan budak hingusan tu...

“akhirnya Steve Vai kecundang!!!”

Alangkah ternganganya Steve Vai melihat kehebatan budak tu bermain lick yang pelik pada pandangan dia yang belajar ilmu gitar dengan setan. Akhirnya beliau berlalu dengan perasaan yang amat malu, rasanya mesti dia menyesal tak belajar rajin-rajin...apa kelass main crossroads aje dek?


Moral dari kisah dalam filem ini, jadilah seperti budak ini yang mengetahui keutamaan menuntut ilmu. Beliau belajar semua perkara dalam muzik, sampaikan setan pun ternganga dengan kebijakan dia memanipulasi note-note pieces klasikal yang dipelajarinya...itulah dia manusia yang mendapat pertolongan Tuhannya.

What??? Mengarut? Siapa suruh kau baca???

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...