Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


KALAU HITCHCOCK HIDUP LAGI...DIA MESTI AKAN MERABAN TENGOK FILEM NIH...(sebab dia rasa macam bebal aje).

 
 Kadang-kadang filem-filem cenggini akan muncul dalam bluray dan dvd membuatkan kau rasa macam best aje...bagi aku filem-filem cenggini memang mencabar pemikiran manusia dungu macam aku, sebab aku nak memahamkan jalan cerita satu hal...dengan plot cerita tunggang terbalik...lepas tu pembinaan karakter yang melampau sampai kau tak tau apa kejadahnya mesej filem yang nak kau faham...

memula kau tengok filem nih kau kena perhatikan karakter utama filem nih...aku rasa kalau kau peminat Richard Matheson atau Alfred Hitchcock, tak ada masalah buat kau...filem nih memang pada mulanya bosan tahap ninjamantra sebab aku sendiri pun tengok ada laa tertidur dua tiga kali...dah terlelap aku ulang balik konon-kononnya nak dapatkan balik jalan cerita pada filem nih...

Menonton filem nih macam kau kena selesaikan masalah kiub Rubic zaman 80an di mana kau kena susun betul-betul jalan kau sebelum kau kena beduk...aku memang tak faham langsung apa kena mengena kamera bagak yang keluar gambar macam kamera Polaroid nih...zaman internet nih kamera Polaroid laku lagi ke?

Tapi bila aku tengok sampai habis...memang aku menyumpah-nyumpah sorang-sorang sebab aku rasa kalau Hitchcock hidup balik dan tonton filem nih...mesti dia mati sekali lagi sebab dia sendiri rasa macam bodoh aje nak memikirkan apa benda sebenarnya yang berlaku dalam filem nih dan sebenarnya siapa dia pompuan dalam filem nih...samada dia manusia atau jin??

Sekian, Terima Kasih!


WHIPLASH!!! --- HERE WE GO!!! (lepas tu Kirk Hammet solo!)


Secara zahirnya ini memang satu bentuk filem yang buat aku seriau! Filem nih membuatkan aku tertanya-tanya sebenarnya aku main muzik nih nak tunjuk aku bagus gila ba** macam Kirk Hammet bila solo ke atau aku bermain muzik hanya kerana aku nak merasakan perasaan halus dalam muzik yang aku main.

Filem nih memang pada mulanya buat aku menyampah dengan pensyarah muzik sakit jiwa nih yang pernah menjadi J. Jonah Jameson dalam filem Spiderman...memang dia punya aura bila dia masuk dalam kelas menyebabkan aku teringat dengan seorang makhluk Tuhan nih...yang perangai sangat sinonim dengan cikgu muzik nih...

Memang tak dapat dinafikan sebenarnya apa yang cikgu muzik nih cakap ada betulnya...kalau setakat kau main muzik lepas tu kau nak rasa kau bagus macam gampang...baik kau balik main guli aje laaa...



Aku tak dapat bayangkan mamat drummer nih pertama kali join kelas cikgu nih mesti dia tak expect yang cikgu dia ada masalah mental macam nih...aku pun heran, takkan dia tak dapat trace macam mana menggigil tahap Ultraman bebudak dalam kelas tuh bila cikgu muzik sakit jiwa tuh masuk? Aku tak dapat bayangkan bilamana cikgu nih puji mamat nih,,,macam mana perasaan mamat nih mesti kembang satu taman sebab dia rasa macam bagus...tapi aku rasa dia terpaksa balik ke pangkal jalan bila Captain Ameriak membaling tudung sajinya tepat kena kepala mamat drummer nih tapi sikit lagi nak putus kepala dia ha ha ha!

Ini satu filem yang mengajar kita bahawa...kalau kau rasa kau buat satu benda sebab kau rasa kau nak tunjuk kau hebat...aku rasa baik kau balik rumah main guli aje laaa...

Ini memang sebuah filem untuk...orang-orang yang berjiwa kental!!!


Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...