Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Excellent!

Apa yang excellentnya? aku pun tatau! namun demikian,Keanu Reeves telah dipilih oleh movie universe untuk memainkan watak THE ONE. Dari dumb and dumber kepada "wasiat" Oracle yang sejati...semuanya mantap untuk Reeves!

Ironinya, dua ekor ni tak pandai membaca pun! hmmm...hmmm...hmmm...

now do you see the pattern?

be afraid...be very afraid!

Cerita "Hantu" yang lebih HANTU dari HaNtU


klise filem road killer.

tapi yang menariknya filem ini ialah "keganasan" HANTU yang nak kata hantu bukan, orang pun bukan!

kepada sesiapa yang perut senak jangan tgk filem ni...BAHAYA!

Kadang-kadang ada manusia yang dilahirkan serba mulia!


...aku belajar satu benda dalam hidup, kadang-kadang bila kita perhatikan, bukan semua manusia tu sama keadaan dan sifatnya walaupun secara zahiriahnya rambut sama hitam (kecuali bila dah dye aje) yang secara hakikatnya yang benar menunjukkan bahawa walaupun bentuk fizikal kita sama, tapi kita ialah BINATANG yang berbeza-beza.

...tak ramai manusia yang dilahirkan untuk menjadi "penyelamat" atau menjadi sumber inspirasi kepada manusia lain...begitu juga dengan Hunter Adams MD, yang mendapat jolokan nama "Patch" dari seorang professor dalam sebuah wad gila yang dalam masa yang sama, belajar satu perkara baru dari professor yang "gila" itu... - KITA ADA MISI.

watak Patch menggambarkan sifat pemurah, sifat penyayang dan sifat penyantun yang ada pada setiap manusia...tetapi tidak dimanipulate ke tahap tertinggi, hanya Hunter Adams, dalam filem ini yang memahami maksud - "take it easy bro"...dalam hidup sehari-hari.

ini ialah sebuah filem inspirasi!

I dunno...kenapa ye?


...bila aku menonton DVD biasanya aku lebih terarah kepada menonton filem yang ada sikit-sikit nak sama temanya...dah jadi macam motivational pattern pulak!

filem ini ialah filem klasik

fairy tale?

mungkin!?

tapi itulah realitinya, kita nakkan sesuatu yang tak pernah sama dengan taraf dan keadaan kita, dah kaya nak kaya lagi, tapi bila dah terlampau kaya dah mula nak menindas orang lain...begitulah ceritanya dengan seorang multimillionaire dalam filem ini yang akhirnya menemui "salvation" nya melalui seorang pelacur upahan...he he!

ye, kadang-kadang Tuhan menjawab dengan cara yang amat misteri sekali!

yang hanya dapat difahami oleh yang berfikiran dalam.

Yeah, You Are At Your Prime!


kebetulan dan ketidaksengajaan berlaku di mana-mana sahaja, tell it to Ralphi, janda tua yang dah nak masuk menopause dalam filem ni...

ini perkara biasa, orang tua biasanya akan suka yang muda-muda tak kira lelaki atau perempuan, entah? mungkin sebab nak menunjukkan yang dia masih "terer" atau mungkin sekadar melampias ego yang dah reput tu?

filem yang aku baru tonton ini mengisahkan hubungan "cinta tiga segi" antara seorang psikiatris, anak lelakinya dan kliennya yang ada affair dengan anak terunanya yang baru masuk umur 23 tahun..."you know in other countries I could get arrested for having an affair with a younger man".

tiga sisi pandangan yang berbeza :

seorang ibu / psikiatris yang kuat menjaga darah keturunan dan kesucian keluarganya dengan mempunyai masalah kronik - "anak-anak aku hanya boleh kawin dengan yang sekaum aje dengan aku".

seorang janda tua yang mempunyai masalah baru bercerai, lonely, desperate dan merasakan masa dah suntuk untuk mencari erti kehidupan.

seorang anak bujang keturunan Yahudi yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia dewasa dan terpaksa berhadapan dengan seorang mak yang konservatif!

...adunkan ketiga-tiga watak ini dan...

VOILA!

konflik, tragedi ala Dionysian yang tak pernah akan habis selagi dunia belum kiamat.

a very good story, tell it to reader's digest!

Buta, Buta Mata atau Buta Hati Yang Lebih Bahaya?


filem ini ialah sebuah lagi filem yang menginsafkan...tentang kecekalan seorang wanita yang menjadi pelindung dan pembimbing kepada suami dan "saudara" barunya yang buta - akibat penyakit yang pelik dan kronik.

dari mula filem ini kita dibawa menjelajah ke dalam lubuk jiwa manusia yang kucar kacir, tidak menentu, kelam kabut, keliru...bilamana satu keistimewaan anugerah Allah dicabut dari mereka. Impak yang amat besar kalau satu aje anugerah itu ditarik...

kemelut demi kemelut dalaman dan perperangan berlaku antara manusia-manusia yang buta ini, namun demikian dalam filem ini diselitkan juga sifat pemurah Tuhan dengan meninggalkan seorang manusia yang tabah, cekal, berani dan gagah walaupun jiwanya sebenarnya tercalar, luka dan dipijak-pijak apabila dia melihat suaminya dan "saudara" barunya diperlakukan seperti binatang oleh pihak kerajaan yang "takut" dengan fenomema mengejutkan itu.

aku amat kagum dengan watak Julianne Moore ini yang cekal dan tabah dalam melindungi suami dan "saudara" nya dari awal cerita sampailah ke hujungnya...

ada "miracle" dan kefahaman orang-orang yang ulul albab dalam filem ini.

Slumdog...he he he! tapi aku insaf tgk filem ni...

Mula-mula memang aku tak berapa minat tgk filem ni sebab sure ada tari menari setengah jam lepas tu emosi tak ingat...tapi entah macam mana seruan Ilahi telah memanggil aku menonton filem ni...

filem ni ialah filem arahan Danny Boyle, reminisce filem heavy drama dia tahun 2004, Millions yang mengungkit kisah dua orang adik beradik, sama motifnya macam dua beradik ni...yang abang seorang yang tamak dan adiknya umpama malaikat yang percaya kepada destiny...

yang menyentuh perasaan aku ialah bila aku mengetahui bahawa mamat bernama Jamal ni masuk pertandingan tu bukan nak memang duit USD400,000 tu tapi sebenarnya sebab dia tahu awek pujaan dia memang suka tgk siri peraduan tu tiap-tiap hari...

moral dan petunjuk cerita ini ialah - God Is Great! abang dia yang samseng pun tak tinggal solat tu!!!

memang mat salleh Danny Boyle ni seorang yang emosional...

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...