Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


"feeling pretty inspired this morning" part deux


Aku ada tulis satu citer (sila rujuk link) yang berinspirasi dari movie nih...tentang all the wrong things in life sebenarnya salah pada mata kau aje...tapi pada mata aku dan mungkin pada mata mamat bernama Leo Palomino nih...bini orang tu jugak lah jodoh abadi dia dunia dan akhirat...orang macam Leo Palomino dan aku ialah manusia yang Tuhan dah pilih dalam realiti dan layar perak untuk membuktikan kekuasaan Tuhan bahawa bila Tuhan nak, Dia boleh buat kau gila dan meroyan hanya pasal SEORANG (I repeat: SEORANG) perempuan yang Dia dah jadikan perempuan tu sebagai Jodoh kau dunia dan akhirat walaupun perempuan dalam filem nih ialah perempuan yang baru jadi BINI ORANG.

Leo Palomino nih pada mulanya kita lihat sebagai seorang LOSER in life yang dibayangkan oleh bekas bini dia dalam blog yang ex wife dia buat khusus untuk dia yang meluahkan semua kelemahan, kekurangan dan saat-saat jaki mamat Leo Palomino nih dalam sebuah blog yang menjadi hit surfer internet dan sebagainya...sampaikan ex wife dia boleh bikin satu buku khusus untuk dedah keburukan ex husband dia nih...

Dan dalam ke "loser" an Leo Palomino, dia mempunyai pandangan mata dalam yang boleh melihat ke dalam hakikat apabila dia ternganga melihat seorang perempuan yang berpakaian pengantin menendang sebijik bola ragbi dan dia terus menerus mengejar perempuan tu dan memaksa perempuan tu syok kat dia dan sanggup buat apa saja untuk dapat perhatian perempuan tuh...

dan sebenarnya apabila kau dah give up dan bila kau dah rasa not worth it untuk kejar perempuan tuh...maka jangan pelik kalau perempuan tu datang menyerahkan diri dia kat kau...sama laa macam citer mamat nih, bilamana dia terpaksa melupakan perempuan tuh untuk menyelamatkan boss dia dari di deport balik Bangalore, maka perempuan tu akhirnya baru sedar akan kewujudan mamat nih...itulah...sometimes bila Tuhan dah ambik sesuatu dari kau, baru kau rasa...

dan akhirnya...like "the dance of eternity"..."love is the third"...semua benda yang salah dan "wrongful" dalam hidup mamat nih jadi betul dan baik dan penuh pengajaran hakikat kebenaran yang sejati dari Tuhan...

...deep in your subconscious, you are glorifying God even if you deny it...

...I will sent like unto thee, a prophet among their brethren and sistren...??? part two!


Ini adalah sebuah dari DVD yang diabaikan dalam koleksi mega bluray dan dvd aku...susah nak cari bluray maka aku belilah dvdnya beberapa tahun lepas...dan baru hari ni aku mainkan dvd nih...

Filem nih menceritakan sebijik tentang perjuangan jihad para nabi dan umat, ini cerita pasal penghijrahan...bagaimana Tuhan keluarkan Aung San Suu Kyi nih dari belenggu kejahatan dan kejahanaman puak-puak kafir laknat (jangan ingat kafir laknat nih dari sudut Islamik aje ye?) dengan melemparkan dia jauh-jauh ke England dan berkahwin dengan seorang lelaki omputeh yang sangat penyayang...itulah resam kehidupan manusia, dan Tuhanlah penentu perjuangan seseorang manusia, macam mana Tuhan selamatkan  Musa dari pembunuhan kaum Firaun, macam mana Tuhan selamatkan Muhammad dari kejahatan kafir Quraish dan macam mana Tuhan selamatkan Isa dari disalib, macam tu jugaklah Allah selamatkan Aung San Suu Kyi dari menjadi mangsa askar-askar Junta yang sangat kejam dan zalim...maka tidakkah kita ambil pengajaran bahawa hidup pusingan dia sama cuma pelakon aje lain??

Maka akhirnya setelah hidup aman damai dengan laki dan dua orang anak dia, maka Tuhan pun memanggil Aung San Suu Kyi untuk mendakap destini dia sebagai seorang manusia...perbincangan kita disini ialah...apa beza Aung San Suu Kyi dengan Gandhi??? tak ada beza...depa merasa sayu dan sedih melihat kesusahan orang lain dan depa merasa terpukul kalau tidak dapat menyelamatkan kaum dan bangsa depa...dan itulah semangat ruh suci/mahatma/ manahma/ whatever! yang ditiupkan pada penolong-penolong kebenaran ini...jangan lihat apa agama dia dan kepercayaan dia sebab yang penting, nilai-nilai ruh suci itu yang patut diambil kira...

...dan bagaimana dalam filem nih Tuhan menduga Aung San Suu Kyi dengan laki dia yang nazak dan sakit sampaikan dia terpaksa abaikan laki dia sebab nak selamatkan kaum dan bangsa dia..ni bukan masalah pentingkan diri sendiri...ini masalah kemaslahatan ummah, pilihan yang besar...seperti kemelut pilihan manusia bernama Thomas Anderson dalam filem The Matrix...antara awek dengan bangsa Zion...siapa lebih penting??

We all know our destiny...just wait until God call upon you!!! lepas tu kau buatlah pilihan!

Ha ha!]

Sekian!!!

Propaganda Amerika at its best! Your best?? Dah jangan quote Sean Connery dah, aku terajang kang!


Chip Hazard ialah versi GI Joe kecik yang berjuang menentang pengganas yang buruk rupa dan tak hensem langsung! Ini ialah salah satu propaganda Amerika yang menghantu-hantukan umat Islam sebagai salah satu kaum Gorgonites yang wajib dihapuskan di mukabumi nih.

Aku tak tau siapa tulis filem nih tapi aku yakin dia mesti sudah sedar propaganda Amerika itu sangat salah...namun demikian kita patut terima benda nih, sebab dunia hanya pandang pada kelekehan pemikiran orang-orang yang tak mampu berfikir...mereka-mereka ni sebenarnya tahap spastik dan elastik...depa sukar nak guna akal jadi depa tak nampak mana diamond dan mana sampah...buta hati sampai ke mati!!

Filem nih klise...citer pasal orang baik lawan orang jahat tapi realitinya diterbalikkan...Gorgonite adalah golongan Muslim beriman yang bukan takut perang tapi tak suka perang...they are the peace loving creature...manakala askar-askar ni ialah golongan sombong bodoh ala Ameriak dan kaki propa panas nombor satu dalam dunia...semua benda buruk itu semua benda jahat bagi dia...tapi kalau dia buat...tak apa...halal...orang macam ni jangan lawan..kita balik jadi bodo.

dan sebenarnya...





How lucky are you! nope, salah...yang betul ... How lucky are you? tanda soal tuh!


Roderick Blank ialah seorang jejaka yang mempunyai semua benda...tapi cuma satu benda aje dia tak ada...pasangan hidup yang sehidup dan semati.

Dia ialah seorang entrepreneur kaya raya dan banyak duit ditambah pulak sangat hensem...dan akhirnya nak dijadikan cerita dia dapat satu list nama-nama yang dia akan hit...ha ha ha ha!!!

Pada mulanya dia cuba buat tak tau dengan list tu sehinggalah dia menyedari bahawa itu ialah "true calling" dia dalam dia berjumpa dengan "creator" nya...

ini ialah sebuah filem yang menyatakan...

Tuhan tak kisah apa kau buat...sebab Dia sendiri yang akan hantar jalan pada kau kalau Dia tahu kau adalah calon percubaan yang sesuai dan elok untuk disahkan dalam perkhidmatan dan masuk syurga...

owwwhhh...

baru aku tau hidup nih pun "tempoh percubaan" jugak ye??

Okay...

thats about it!

..kadang-kadang kau kena lepaskan semua benda untuk dapat semua benda dalam hidup!


Beverly D'onofrio ialah seorang manusia yang belajar dari kesilapan...kesilapan dia? Jadi mak waktu muda remaja...dan dari kesilapan dia, dia berusaha untuk menjadi seorang manusia.

Ini ialah sebuah filem pasal "redemption", pasal menebus kesilapan-kesilapan lampau...kau tahu kenapa Tuhan izinkan kau buat silap?? Supaya kau belajar dari kesilapan tu...pegi mampus orang nak cakap apa...The Holy Father tak marah dan tak hukum kau jadi apa pedulik dengan apa orang nak cakap??

Mendapat anak luar nikah adalah taboo paling celaka dalam masyarakat Melayu...itu ialah satu benda yang ibarat menconteng arang ke muka...seriously...bagi aku orang Melayu sangat "reserved" dalam hal-hal cenggini...lupakah kita bahawa jangan dihukum siapa yang membuatnya...sebaliknya kita tanya diri kita..."kalau aku ada ditempat dia adakah aku dapat mengelak ketentuan Tuhan??"

Semua benda dalam dunia nih Tuhan dah tentukan...Dia bagi setiap manusia ni dugaan dalam bermacam bentuk...maka terpulang kepada kau untuk kembali kepada fitrah kau sebagai manusia dan "membersihkan" diri kau dari kesilapan kau...aku tak berani sebut dosa dan pahala sebab itu bukan hak aku..itu hak The Holy Father nak tentukan...(errr...Tuhan laaa tuh!)

dan...bila kau menyedari kesilapan kau...Tuhan akan gantikan apa yang kau hilang dengan benda yang lagi best...dalam hal minah ni...dia ada seorang anak yang sangat faham dan sangat sayang dengan mak dia yang sangat annoying tuh!!!

"The Third is Love".

...sebenarnya engkau sendiri tak tau apa kau nak sehingga - God shove it to your face!


sebenarnya aku cuba memujuk hati aku dan diri aku dengan menonton filem nih...filem nih ialah filem yang mengajar kau tentang apa dia fungsi kau sebagai manusia...bila Tuhan bagi kau satu tanggungjawab yang amat berat...mampukah kau buat? Jawaban dia...sudah semestinya kau mampu sebab Tuhan yang buat kau jadi Dia tahu apa Dia buat! kau duduk diam-diam aje...

Oliver Trinke ialah seorang career person yang sibuk dengan karier dia...dia terlalu sibuk sampaikan dia lupa bahawa fungsi dia dalam dunia bukan untuk benda-benda yang dia kejar tuh...dia berjumpa dengan Gertrude yang akhirnya "meninggalkan" dia dengan seorang baby pompuan yang sangat comel...

Sebab dia dah patah kaki, dia terpaksa jaga anak dia sorang-sorang dan dia marah, menyumpah dengan keadaan dia ketika itu sampailah dia kena buang kerja sebab mulut dia sangat cabul mencerca seorang selebriti bernama Will Smith...

...dan dia pun balik kampung duduk dengan abah dia dan jaga anak pompuan dia sampai tiap-tiap hari dia kena leter dengan abah dia sebab Oliver nih masih berangan nak hidup dia yang lama...

Itulah...kadang-kadang kita rasa benda yang kita suka buat tu ialah benda yang best dan sesuai dengan hidup tapi sebenarnya bila Tuhan ambik semua tuh, maka mati kutulah kita...aku faham dan amat mendalami perasaan mamat nih sebab aku pun berada dalam situasi yang sama ketika ini...it is funny how a simple movie like this can remind you of something...

Kadang-kadang apa benda yang Tuhan tarik dari kau tu sebenarnya bukan suka-suka Dia nak ambil..tapi Dia nak bagi kau sedar tentang benda yang paling mulia dalam hidup kau dan paling membahagiakan kau...macam mamat Oliver nih...dia kena buang kerja...menyebabkan dia ada banyak masa untuk layan anak pompuan dia yang sangat comel...dan Tuhan juga ambik kerja aku sebab Dia nak aku luangkan masa dengan anak lelaki aku yang makin hari, makin bijak dan pandai...hubungan aku dengan anak lelaki aku makin akrab dan dia sayang kat aku sebagaimana aku sayang kat dia...

Kadang-kadang Tuhan ambik sesuatu kat kau...Dia nak kau sedar bahawa ada benda yang Dia bagi special kat kau dan Dia nak kau sedar benda tu Dia bagi kat kau tak sia-sia.

dan akhirnya...

'LOVE IS THE DANCE OF ETERNITY"

and then some!



Aruba, Bahama come on pretty mama!!!


Brian Flanagan mungkin bukan seorang jutawan macam mamat dalam filem Pretty Woman tuh...tapi dia juga menjurus kearah itu bilamana dia habis servis dalam askar...dia pi jumpa pak sedara dia dan dia cakap dia nak jadi jutawan...dia mula dari bawah...selepas dia pi mintak kerja tak dapat bilamana semua interviewer dia nak dia bagi "sekeping kertas bermaruah"...dan dalam perjalanan dia mengenal diri dia siapa...dia berjumpa dengan seorang season bartender bernama Doug Coughlin yang merupakan Master Yoda kepada dia...

Seperti biasa, kehidupan manusia ni mesti ada drama, dia ada kes tak puas hati dengan mentor dia dan akhirnya dia lari pi Kepulauan Carribean dan jadi bartender kat sana...dan akhirnya dipendekkan cerita dia sudah fall in love dengan seorang pompuan taraf "sufi" yang miskin papa kedana...dan dia belajar sesuatu dari pompuan tu sebelum dia menyesatkan diri dia dengan sorang pompuan tycoon yang sangat kaya...

...dan akhirnya dalam kemelut mengenal siapa diri dia dan apa yang dia nak dalam hidup dia...akhirnya Tuhan telah menemukan Brian Flanagan dengan HAKIKAT KEBENARAN bahawa...

"LOVE IS THE DANCE OF ETERNITY" (Ha ha ha klise!!!)...

a lesson to be learned...in The Twilight Zone.



...I will raise a prophets like unto thee...Thy Will Be Done!

17 the Spirit of truth. The world cannot accept him, because it neither sees him nor knows him. But you know him, for he lives with you and will be[a] in you.

Just happened to watch this movie last night...padahal aku dah ada movie dia dah dekat lima tahun dah! Itulah kadang-kadang kalau Tuhan nak bagi wahyu Dia bagi ikut masa...ha ha!

Ini citer pasal seorang yang bergelar dan digelar "ruh suci" oleh kaum dia...dan sebenarnya janji Tuhan kepada Musa itu betul dan benar bila Dia mengatakan bahawa - "I will raise like unto thee a prophet from among their brethren, he shall speak as I commanded him".

Setiap bangsa ada nabi dan rasul dia sendiri...dan bangsa-bangsa selepas Muhammad SAW akan membawa Quran sebagai kitab kebenaran...

sebenarnya perjuangan "Mahatma" Gandhi nih belum habis lagi...dia akan disambung oleh pengikut-pengikut para rasul sebelumnya dan mereka ini akan berjuang pada jalan kebenaran...

When I despair, I remember that all through history the way of truth and love has always won. There have been tyrants, and murderers, and for a time they can seem invincible, but in the end they always fall. Think of it. Always.

kata-kata hikmah dari Allah SWT diturunkan kepada manusia bernama Mohandas Karamchand Gandhi, seorang peguam hebat yang meninggalkan daki dunia untuk berkhidmat kepada Tuhannya dan akhirnya dia berjaya dalam misi dia.

...dan paling best dia cakap - "kalau kau nak tebus dosa kau, kau ambik seorang budak dari kalangan orang yang kau dah bunuh tu dan kau bela dia dan jaga dia tapi jangan tukar agama dia", pada seorang Hindu yang dah bunuh seorang budak dari keluarga Muslim...

dan akhirnya...

"LOVE IS THE DANCE OF ETERNITY"

Seorang Pelacur Murahan dan Seorang Billionaire Jahanam.


Ada sebab kenapa Tuhan jadikam makhluk tu berpasang-pasangan, sebab kalau yang satu tu salah, yang satu lagi akan perbetulkan...dan itulah rahmat Tuhan kepada manusia...Dia jadikan pasangan dari kalangan engkau sendiri supaya engkau boleh rasa tenang dan gembira bersama-sama dengan pasangan kau...dan akhirnya Thy Will Be Done!

Ini filem yang satu aliran dengan filem-filem yang aku tulis kat bawah tu...tentang - "you can swim against the current, but sooner or later you will be taken back to the shore". Apa aje benda kau buat...kalau kau ingat siapa diri engkau maka engkau jangan risau sangat...jalan aje!!!

Seorang mamat billionaire yang rakus dan efisyen dalam menjahanamkan company besar dan bagak dan lepas tu buat untung dengan jual balik company tu telah berjumpa dengan seorang pompuan jalanan yang jual diri...dia sewa pompuan tu untuk satu malam dan dari malam pertama membawa kepada malam-malam berikutnya dia sewa pompuan tu sebab dia bosan duduk sorang-sorang dalam bilik hotel dia...

Manusia ni bersifat tak pernah puas dengan apa yang dia ada...bila dia dah dapat semua...dia akan merasakan ada benda yang kosong dalam hidup dia...samalah seperti mamat billionaire nih yang dah ada semua benda yang dia nak dalam hidup...tapi dia rasa macam tak cukup lagi...itu sebabnya jangan heran kalau kau tengok orang kaya makin nak kaya, bukan sebab dia tamak sebenarnya...sebab dia merasa takut-takut kalau apa yang dia ada tak cukup...dan benda yang tak cukup tu sebenarnya ialah perasan "terima kasih" kau dengan Tuhan tatkala Tuhan bagi kau rahmat...itulah sebabnya Tuhan suruh kita bersyukur...bukan sebagai syariat yang kena ikut...tapi sebagai tanda bahawa - bila dah kenyang...berhenti!!!

...dan akhirnya pompuan jugak yang bawak mamat ni kembali kepada fitrah "divinity" dalam hidup manusia..dia menjadi manusia yang baik dan hebat hanya sebab seorang pelacur murahan yang ajar dia banyak benda dalam hidup...

"we know for the first time, if we evil or divine"

Tuhan bagi kau pilihan...kau nak jahanamkan diri kau atau kau nak terus percaya bahawa kau adalah Tuhan kepada diri kau sendiri...

dan kawan-kawan...

Selamat Beramal!

ha ha ha!!!

Roots...bloody rooots!!!!


Ini filem yang bercerita pasal perangai manusia, sikap manusia yang mengambil rahmat dan pengenalan dari Tuhan yang satu. Dalam filem nih kau akan kenal dan tahu apa maksud Dio dalam lagu "The Last In Line" dia...

Seorang manusia tu kalau dia diletakkan kat mana-mana pun, kalau Tuhan kata...dia akan jadi camtu, dia tetap tak akan berubah...kau letak laa dia dalam jamban sekalipun, dia tetap tak akan terpengaruh dengan suasana jamban tu ha ha ha!!!

Kalau kau anak orang kaya, mak abah kau sangat arrogant, maka kau akan tetap arrogant macam pompuan yang jadi bini nombor dua mamat hero pujaan Malaya nih...

Tapi kalau kau ni keturunan orang baik-baik...kalau kau buat jahat, jadi setan macam mana pun...ketentuan Tuhan untuk kau kembali ke pangkal jalan sangat cerah...sebab Tuhan tak pandang dari apa yang kau buat tapi apa yang ada kat dalam kau tuh...bak kata Dio - "we were born upon the cross, the throw before the toss, you can release yourself but the only way is down"...

Macam Darth Vader jugak...dia tersasar dari jalan yang benar..dia jadi setan sebab dia kecewa dengan hidup dia...tapi Tuhan tetap pulangkan dia balik kepada asal dia sebab akhirnya dia percaya kasih sayang Tuhan kepada dia...dia melihat kasih sayang Tuhan kepada dia melalui anak dia...Luke Skywalker.

Sama laa jugak macam mamat nih...semua benda dia dah buat...tapi akhirnya Tuhan bagi dia seorang pompuan yang akan guide dia kembali kepada Tuhan dan meneruskan fitrah dia sebagai manusia.

bak kata John Petrucci - "LOVE IS THE DANCE OF ETERNITY".

John Sykes pulak cakap - "LOVE CAN BREAK YOUR HEART"...

tapi akhirnya - OMBAKRINDUTUHANAKANMEMBAWAENGKAUKEMBALI...

HA HA HA HA!!!

Bapak Dajjal Sudah Mari...


Ini memang filem yang sangat bagus untuk depa yang rasa diri dia sangat takut dengan benda yang selain Tuhan. 

Kepercayaan macam nih sebenarnya datang dari fahaman manusia-manusia yang sangat kuno...aku tak percaya wujud satu benda nama Dajjal...sampai mati aku tak akan percaya...sebab kalau nak ikutkan...Dajjal tu dah pun ada dalam dunia nih...

Banyak benda yang berkait dengan teori konspirasi, penangkapan makhluk asing, teori tentang Skynet...ha ha ha...itu semua hanya andaian-andaian manusia yang tak masuk akal/

Warlock nih citer pasal seorang mamat nih yang wujud di zaman kuno lama yang datang balik dalam dunia moden untuk menjahanamkan dunia...

Ini igauan-igauan ngeri mereka-mereka yang tak ada prinsip hidup...

percayalah!

"Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali".

But the destroyer for sure will come...



this is the case in point...a porn addict and a bimbo...ha ha ha!!!


Ini citer pasal seorang budak lelaki yang sangat bijak...tapi ada masalah...dia seorang porn addict yang get off dengan bunyi laptop apabila dibuka dan dia terus slow-slow jerking off bila dia menonton porno di laman web lucah...aduhai...a case in point betul nih!!!

Inilah bahana modern technology, satu perkara yang sacred dan suci di sisi Tuhan dah jadi bahan dagangan yang entah apa-apa...seriously man, anugerah Tuhan yang dibagi free pada kau, kau buat main-main dan kau tak menilai dengan akal tapi dengan kepala konek.

Mamat dengan nama manja Don Jon ni memang seorang yang sangat hebat, dia boleh petik mana-mana pompuan yang dia nak...setakat hujung minggu tukar awek, tak ada masalah...itulah life dia...tapi walaupun begitu...tiap-tiap hujung minggu dia pergi gereja mintak paderi tolong ampunkan dosa dia...maka tiap-tiap minggu dia buat pengakuan tentang hubungan luar nikah dia...aduh! Tak per at least dia ingat Tuhan kot? ha ha!

Namun demikian mamat ni ada satu penyakit, dia tak boleh lepas dengan menonton porn...hampir tiap-tiap hari dia tengok porn sampai dalam kelas pun dia tengok porn...sampailah seorang mak budak (MILF?) tegur dia dan ternampak dia tengah syok tengok porn kat phone dia...ha ha ha!!!

Namun demikian budak nih cuba berubah jadi seorang manusia...namun demikian akhirnya dia gagal...bilamana dia bersumpah tak mahu tengok porn lagi sebab awek dia tak suka dia tgk porn ha ha ha!!!

Filem ni bercerita pasal realiti dan fantasi, apa yang betul dan apa yang menipu...aku teringat bab pompuan tua yang last-last jadi awek mamat nih...dia cakap - benda yang kau tengok tu menipu aje semua tuh...lakonan aje tuh, katanya...seriously, kau boleh get off ke kalau adegan kau dirakam dan ada dua tiga orang kat depan kau tengok kau tengah "membikin apa yang patut"???

Akhirnya mamat ni membuat pengakuan dengan pompuan tua tuh...dia kata sebenarnya bila dia tonton porn dia senang get off...dia rasa macam best...ada jugak manusia macam ni ek???

Akhirnya pompuan tua tu ajar dia satu benda yang dia tak akan dapat dari menonton filem porno...pompuan tu ajar dia maksud kasih sayang dan bagaimana kau akan get off setiap kali kau tengok pompuan yang sebenarnya dah dizahirkan untuk kau...

ha ha ha...

the moral of the story...

kita faham dan jelas bahawa akan berlaku satu fasa genetik dalam hidup manusia bahawa dia akan terlibat dengan benda-benda tak senonoh...it is just a phase in life...tapi kalau dah kemaruk...ia mungkin akan jadi satu penyakit untuk kau macam mamat Don Jon nih...dia merasakan hidup dia hanya terlingkung dalam ruang lingkup filem porno yang dia tonton sehinggalah akhirnya Tuhan menemukan dia dengan satu "perasaan" yang - better than sex.

itulah cinta abadi yang merupakan anugerah Tuhan  pada kau! 

haha!

Seks ialah satu perkara yang sangat personal dan sangat menakjubkan pada seorang manusia yang waras...seorang manusia sempurna hanya akan melakukan hubungan itu dengan pompuan yang akan buat dia get off bukan setakat sexually, tapi spiritually...itulah yang diajar dek pompuan tua tuh pada mamat Don Jon nih...dan akhirnya mamat Don Jon nih kembali ke pangkal jalan...

amatlah rugi kalau kau bagi keterunaan/kedaraan kau pada orang yang bukan sepatutnya...

dan akhirnya???

Dialah semuanya itu...ha ha ha!!!


Bila Ugly Duckling jadi White Swan, maka kau akan ternganga!! 

Dalam masyarakat kau mesti kena ada kasta...dah jadi macam Hindu pulak (karma?) yang comel satu geng, yang nerd satu geng...ini klise biasa filem budak sekolah Hollywood...kalau tak ada kasta tak lengkap hidup nih...
\
kenapa ya kau mesti nak join dengan geng kau aje?? apa kau fikir geng kau bagus sangat ke?? Seriously, aku tak faham sikap berpuak dan berbangsa masyarakat manusia nih...apa kita lupa ke? Tuhan jadikan kita berbangsa dan berpuak supaya kita menghargai dan menghormati kelebihan dan kekurangan satu sama lain...

Errrrr...ini filem juvenile delinquent yang sangat elok dibuat teladan...kau jangan pandang orang sebelah mata...sebab - She can be all that! ha ha ha!!!

Semua ini perlukan fokus dan pemerhatian yang jitu...

nasib kau akan bertukar sekelip mata...

ha ha!

macam sial!

Seriously, serious...ini filem sangat baik untuk metabolisme otak kau...


Gerard Butler kali ni aku lihat sangat berjaya melakonkan watak seorang hopeless romantic yang sangat hebat main kata-kata...sebelum nih aku tengok dia berlakon citer-citer lawan-lawan aje macam bagus...tapi mamat nih ada versatility gak sebagai seorang pelakon...ha ha ha ha!! macam celaka aku tulis...

Susah jugak jadi jejaka macho dan tampan serta menarik minat anak dara dan bini orang...aduhai...makanya ini ialah sebuah filem pasal perhubungan lelaki dan perempuan dan apa yang berlaku kalau-kalau kau berada dalam situasi cenggini...

Citer nih sekadar nak hiburan ringan dengan aksi-aksi antik dan intelligent dialogue yang buat kau nganga...dan merasakan kau seorang yang sangat intelek kerana memahami lawak-lawak laki bini dalam filem nih...membuatkan kau rasa kau ni genius tahap Einstein (gaban is so over rated man!)

Mamat nih ada konflik dengan diri dia sebab dia adalah seorang wannabe yang dah has been...dia tercari-cari niche market dia dan akhirnya dia jadi coach bolasepak untuk team anak dia dan dari situ dia kenal dengan macam-macam mak orang yang tanpa segan silu ngorat dia...maklumlah...hensem...tapi aku respek watak George Dryer nih, sebab dia seorang yang berprinsip...bini orang, dia tak kacau...janda orang...siap kau...dia sebat!!!

...dan filem ini akan masuk dalam hall of fame bluray aku ha ha ha ha@

Bapak dengan anak...kau buat apa pun...tak ada hal!

Sylvester Stallone sangat cool berlakon dalam filem cenggini...bagi aku dia ni sangat versatile, dia mampu membawak watak seorang bapak yang sangat cool dan menjadi contoh terbaik untuk anak dia...

Perbalahan keluarga memang benda biasa...dan kadang-kadang perbezaan status dan pemikiran membuatkan kau rasa macam nak tumbuk aje bapak kau (or bapak mertua kau...macam dalam filem nih)...ini filem Antara Dua Darjat versi omputeh...macam mana seorang bapak terpaksa timggalkan anak dan bini dia sebab bapak mertua dia sangat arrogant dan macam sial...ceh! macam terkena kat aku plak ha ha ha!!!

Filem ni mengajar kita bahawa...jangan sekali-kali hina orang...sebab kalau kau rasa kau Tuhan...kau layak hina orang sebab kau Tuhan...Tuhan aje layak hina orang...makanya kalau kau rasa diri sendiri pun bukan Tuhan...kau siapa nak hina aku??? ha ha ha!!!

Secara jujur...filem nih sangat dekat dengan aku...terutama dengan keadaan aku sekarang...ya...bila kau tak ada apa...semua orang tinggalkan kau...kecuali orang yang kenal baik dengan kau, merekalah yang akan bersama-sama dengan kau masa kau susah dan senang...

dan kadang-kadang...kau kena lalu jugak benda nih sebab kau tau kau boleh lalu...

dan akhirnya...

yang arrogant tu tetap jatuh ke tanah juga!!!

Kalau kau rasa kau terror...ada lagi yang lebih jahat dari kau...


Quetzcoatl ialah satu nama Tuhan bagi masyarakat Maya Indian...ini Tuhan sangat jahat, dia suka darah dan daging manusia dan dialah Tuhan paling zalim dalam cakerawala ini...

Ini filem yang membuktikan - The Meek Shall Inherit The Earth. Jaguar Paw dan bini dia, Seven serta anak dia...cuba lari dari kejahatan dan kezaliman manusia yang lupa diri...maka dalam episode pelarian depa, Jaguar Paw telah menyaksikan sendiri bagaimana kaum dia kena ratah, kena gulai satu persatu...diperkotak-katikkan macam binatang liar...dan akhirnya mati katak sebab maksudnya - Only The Strong Survives.

Dalam dunia nih, setiap individu hidup dalam kotak kehidupan yang amat lain...kita ni semua sangat asing antara satu sama lain...apa yang aku suka mungkin kau tak suka dan apa yang aku benci mungkin itu yang kau cinta...makanya perbezaan pendapat dan anggapan bahawa Tuhan itu Dewa Krishna, Sami Buddha, Jesus Christ mahupun Confucius adalah satu pendapat yang bukan sahaja patut difahami, tapi patut didalami...kenapa ada diantara manusia ni sanggup bertuhankan benda yang selain dari Tuhan sekalian alam?? Sebabnya...manusia ni semua hidup dalam ketakutan...apa yang dia nampak...itulah yang dia takut..apa yang pelik pada dia...itulah yang dia puja...sama jugak laa macam bini si Jaguar Paw nih yang nak pegi dekat tepi pantai nak jumpa dengan manusia-manusia pelik tu mana laa tau dia boleh sembah manusia-manusia tu pulak? Tapi laki dia, Jaguar Paw, sangat bijak dan suruh bini dan anak dia masuk balik ke hutan...sebab dia tau survival dia adalah kat dalam hutan tu...walaupun dalam hutan tu ada macam-macam jenis bapak jin dari kalangan manusia.

Manusia ni sangat fana dengan benda-benda baru dan pelik...manusia sekarang bertuhankan blog, facebook, tweeter dan sebagainya...laman media sosial dah jadi macam Tuhan tempat merujuk, nak makan nasik...tulis kat tweeter...nak potong kuku...letak status kat facebook...sebelum makan...ambik gambar benda yang kau nak makan lepas tu letak kat facebook...itulah amalan ibadat kau orang sehari-harian...looke kewl huh?

....dan bila sampai masa the bigger boss of the universe nak menggulung cakerawala dan menutup buku penuh dusta nih...maka pada masa itulah dia orang semua ni akan tahu siapa dia Tuhan...

dan akhirnya...

apa kau fikir sekarang? (tulislah kat facebook...ha ha!)

one scrambled egg...



"Seriouly man...yeah, you...you who read this...

you should watch this movie and realise how fucjed up your world is now!

reaching God level eh??

kau pikir aku beli ke semua labun kau

kau dengan abah kau sama aje...penipu..."

Mungkin itu yang difikir dek mamat bernama Leonard nih...

ni filem zaman batu nih...sumpah aku tak faham...




Ini penangan PSTD...Post Traumatic Stress Disorder...Violent Outburst yang sangat gila...


PTSD tak sama dengan BiPolar Mood Disorder...penyakit ni kalau nak bagi contoh...mamat dalam filem ni laa contoh paling baik dan elok...dia bekas veteran askar Vietnam yang dah kena macam-macam dalam masa dia jadi tawanan perang.

PTSD tak sama dengan BiPolar Mood Disorder sebab BiPolar ni satu penyakit di mana realiti dan yang tak nampak dah jadi sama...orang BiPolar nih sangat kreatif dan ada juga yang banyak menyelesaikan masalah dunia dengan penemuan-penemuan tak masuk akal pada mulanya sebab manusia yang ada BiPolar nih sebenarnya ruang dia dengan Tuhan dah tak ada...semua sama aje bagi dia...dan dia boleh decode rahsia-rahsia Tuhan dengan senang...

Kalau kau kena PTSD, kau akan meroyan dan meracau dan kadang-kadang kau paranoid...tapi tak lah se pathetic Marvin the Paranoid Android...kau akan jadi lagi teruk...semua benda kau nak citer dalam tweeter, dalam facebook...sampai kau nak berak pun kau nak tulis dalam tweeter...yang itu penyakit lain tuh...itu penyakit KURANG KASIH SAYANG.

Orang yang kena PTSD dia dah tak nampak dosa pahala...mana-mana yang menakutkan dia...dia lenjan...

dan akhirnya...

siapa yang kena??

abah kau laa!



Selain Zooey Deschanel...aku juga minat Maya Karin...ha ha ha!!!


Seriously? kau ingat aku tak suka tengok filem Melayu ke? Aku suka! terutama kalau pelakon dia Maya Karin ha ha ha ha!! Ombak Rindu aku dah hafal skrip dia ha ha ha...Seriously, awek German nih sangat menarik bila dia berdialog dalam filem...macam ada benda yang dia nak lepas tapi tak boleh nak lepas...

...tapi Maya Karin nih tak la sehebat Zooey Deschanel sampai aku nak bawak dia masuk dalam mimpi basah aku...kureng...sikit...ha ha ha! Haaa??? Tiz Zaqyah??? not my taste...ha ha ha ha!!!

Ini filem yang sangat best dengan aksi-aski kartun yang mengeletek hati dan nurani...serious semenjak dua menjak ni aku sangat suka menonton filem Melayu sebab aku nampak dialog, lakonan dan mungkin juga suasana filem tu tak laa kaku dan keras macam dialog-dialog BEKU filem Aziz M. Osman...memang aku tak boleh belah dowwhhh!!!! 

Aku teringat plak dengan filem My Best Friend's Wedding...ha haha...anak aku sangat suka part yang depa nyanyi karaoke dalam satu restoran tuh sampai nangis dia sebab terlampau menghayati filem tuh ha ha ha!!!

tak per laa sekali sekala layan citer melayu ulang-ulang sampai pengsan...lagipun Izara Aishah pun comel gak ha ha ha!!! 
  

when i am king, you'll be the first against the wall...


Zooey Deschanel adalah pompuan yang selalu ada dalam wet dreams aku...ha ha ha ha!!! tolong jangan sampaikan kat bini aku...nanti dia mintak cerai mati aku ha ha ha ha!!! 

Aku memang meminati dan sangat meminati Zooey Deschanel sebab nama dia aje dah sangat pelik...walaupun tidak sepelik nama Tiz Zaqyah...ha ha! dan sebenarnya Zooey Deschanel ialah wanita yang ada ciri-ciri idaman wet dreams aku ha ha ha ha!!! Laaa...apa salahnya aku ada imaginasi begitu? Bukan dosa pun...ha ha ha!!! Mimpi basah cuma tak nyata basahnya tara mana ha ha ha!!!

Ini citer pasal Tuhan dan penafian kewujudan Tuhan...ini citer pasal 28 Galaksi yang kita tahu setakat nih dan bagaimana Marvin the Paranoid Android nih ada kena mengena bau bau bacang dengan abang Thom Yorke, vokalis Radiohead...ha ha!

Ini filem pasal Improbability Drive...kalau kau bukan manusia, mungkin kau juga adalah seekor dolphin dan mungkin juga kau seorang buaya pemangsa yang sangat laparkan p**i!! ha ha ha ha! apa aku meracau nih? 


Satu pagi, mamat bernama ArThUr DEnt nih dah jadi kemaruk sebab rumah dia nak kena roboh nak bagi jalan pada satu highway ( ironiknya masa tu jugak planet bumi nak kena letup pasal nak kasi laluan pada highway angkasa lepas)...maka selepas itu mamat nih bikin satu pengembaraan ala Doraemon merentas akal dan kefahaman maknawiah...dan menafikan kewujudan Tuhan yang satu...aaahhhh?? jangan ambik ayat nih pada satu tahap faham aje...

dan akhirnya...when I am king, you will be first against the wall...

tunggulah, aku pun menunggu juga...I got nothing to lose...while you have a lot!1

El Gringo meets Get The Gringo...filem lain-lain!


Get the Gringo man!

Ini sebuah filem tentang simbolik...warna kulit kau dan bangsa kau tidak melambangkan sikap kau...kalau kau samseng tahap celaka pun...kau tetap ada jiwa dan hati serta perasaan dan kau tetap akan didorong untuk melakukan kebaikan walaupun kau sebelum ni ialah seekor pailang besar...

Mel Gibson tidak pernah mengecewakan aku dalam filem lakonan dia mahupun filem arahan dia...mamat nih sangat versatile dan menghiburkan...!

Dalam filem-filem crook lakonan Gibson, satu benda aku belajar ialah..."kalau kau nak belasah musuh ketat kau...ambil sikap nih - Dont Get Mad, Get Even!" 

Maksud dia, jangan gelojoh...take your time...as in makan taim...ambik masa...kasi dia rileks dulu...kasi dia lupa dulu...sampai taim...kau balun sehabis kuat!!! kasi dia rasa langit itu tinggi ka rendah! dan masa tu...ialah sweetest victory bagi kau...yes...your WISH is about to come true...DEATH will come for you...prepare to meet your maker...dyer maker!


Ini pulak pasal Gringo yang lain dari timeline yang lain...seorang polis yang kena hit and run dan terpaksa lari dengan duit dua juta masuk kampung orang...

dan akhirnya...kita dapati dua-dua gringo nih memang tak guna punya kaki!!!









my name is Susie...Salmon...as in...fish...???


Kadang-kadang aku tak pernah terfikir bahawa alangkah best nya kalau musuh-musuh yang suka bermusuh dengan aku rasa depa dah menang dalam perjuangan nih...sebab depa lupa------penipu daya depa tak dapat lawan tipu daya Tuhan...ya. aku berani sebut TIPU DAYA TUHAN...sebab TUHAN tak terikat dengan kelemahan...apa yang Tuhan buat semua mesti kena...

Depa merancang tipu daya terhadap engkau, tapi Tuhan juga merancang tipu daya terhadap depa...dont believe me? Just trust with your faith...

Sama jugak macam dalam filem nih...mamat bernama Harvey ni ingat dia sudah lepas, dia sudah lepas dari tindakan undang-undang...dia rasa dia buat benda tu semua betul ikut nafsu dia...tapi malangnya...dia pun turut hilang lenyap sama macam budak-budak yang dibunuhnya malah "kehilangan" dia amat hina dina dan tercela!! Macam mana Tuhan hina dia dengan kematian yang tak masuk akal...macam mana dia fikir dia dah lepas dari hukuman manusia...tapi dia tetap tak terlepas dari hukum Tuhan...macam mana kecewanya bapak kepada Susie Salmon nih yang mati-mati nakkan keadilan pada anak dia...dan kecewa sebab dia tak berjaya...namun akhirnya...buku jumpa ruas juga...mamat Harvey yang haram jadah ni akhirnya mati dalam keadaan yang amat memalukan...tergelecek sikit aje tuh...

orang panggil benda nih hukum karma...aku?? aku rasa...ini bukan hukum karma...ini hukum cakerawala...bila dia mengembang, sudah pasti dia akan menguncup dan masa tu kau akan lihatlah siapa dia Tuhan...aku ke engkau?!

Aku teringat satu episod dalam The Twilight Zone..."The Execution of Grady Finch". seorang mamat nih kena hukum bunuh sebab dia dah tembak mati seorang pekedai runcit masa dia nak merompak kedai runcit seorang mamat Korean nih...anak pada mamat nih siap melututy, merayu pada mamat Grady Finch nih suruh dia mengaku...dan get on with it...malangnya dia tak nak mengaku...bila sampai masa nak hukum mamat nih...benda-benda pelik berlaku...kena inject dengan racun, tak mati...kena kerusi elektrik...tak mati...malah masa dia nak kena tuh...ada satu suara bisik kat dia - "Not Yet".

Masa tu dia rasa dah macam Tuhan dah...indestructible...punyalah poyo dia tak nak mengaku dia tembak mamat Korean tuh...sampailah mahkamah lepaskan dia sebab alasan teknikaliti...maka masa dia nak keluar dari bangunan mahkamah...dengan bangganya dia mengaku pada peguam dia...memang dia yang bunuh mamat tuh...dan dia kata..."ini semua ketentuan Tuhan"...dia kata Tuhan suruh dia buat cenggitu sebab Tuhan dah pilih dia...ha ha ha ha!!!

Memang Tuhan pilih dia pun!!!

Tuhan pilih dia untuk menjadi contoh...

bahawa...in the end...

DEATH WILL COME FOR YOU!!!

your 15 minutes is up!


Ini filem pasal manusia dan sensasi...satu sesi rompakan biasa-biasa yang tak ada makna akhirnya di elevate menjadi satu kisah sensasi super yang akhirnya menyatakan kepada kita di dalam filem ni bahawa manusia sebenarnya gelojoh dan tak layak play god.

Filem ni mengajar manusia yang mengenal bahawa engkau sampai kiamat pun tak akan pandai menghukum...kau akan menghukum ikut nafsu kau, ikut kepala konek kau dan mungkin juga ikut ajaran-ajaran songsang mak ayah kau...dan kau akan terus menghukum sampai kau puas hati...orang yang suka menghukum ni biasanya dia ada satu masalah GOD COMPLEX yang sangat parah...di mana pengakuan kau bahawa tiada Tuhan selain Dia, tapi kau mengaku kau juga Tuhan?? Tuhankah kau? 

Ini filem pasal dua orang manusia desperate nak merompak bank, dari semudah-mudah kerja jadi sekusut-kusut perkara...dan akhirnya ia menjadi sensasi lambakan yang membuatkan kita terfikir...manusia ni kalau dah caca marba dan kurang kasih kepada Tuhan...dia akan meracau dan meraban selalu...

Do not judge the book by its cover...apa yang kau nampak itu hanya simbol mengenal yang perlukan perhatian yang mendalam...kalau tidak dengan kasih sayang Tuhanmu maka sudah tentu kau akan buta hati sampai kiamat...

..dan sesungguhnya celakalah mereka yang cepat menghukum!

...dan alangkah buasnya mereka yang ambik hukum Islam...tapi tak berperangai dan bersikap macam orang Islam...asal ada...TALA!!!

dan akhirnya, nanti kau akan tahu tempatmu di mana kawan!

...do you want to build a snowman??


Ini adalah antara makanan jiwa anak aku tiap-tiap hari, dia akan tukar antara filem Cars, Frozen ataupun Monster University...tiga filem nih faverit dia...dan...ahaaa!! Tinkerbell jangan lupa...anak aku kecik-kecik sangat romantik!!!

Aku pun terjebak jugak satu hari tu terpaksa tengok filem nih bila anak aku paksa aku baring sebelah dia nak tgk filem nih...aku teringat ada satu malam tuh...bila sampai babak budak pompuan tu pujuk akak dia main build a snowman...dia pun ikut sekali dialog dengan lakonan budak tuh...berapa kali pintu bilik aku diketuknya...sangat kreatif dan imaginatif budak nih...anak bapak laa katakan...bapak dia dulu pun cenggitu gak!!!

Filem nih membuang tradisi prince charming dan damsel in distress...plotnya sangat menarik...ia tentang kasih sayang...bagaimana sayangnya adik princess nih dengan akak dia sampaikan dia tak peduli susah payah nak mencari akak dia yang merajuk tinggalkan negeri sebab takut jadi mangsa kutukan dan celaan orang...

adik dia punyalah susah payah meredah belantara, salji tebal semata-mata nak ajak akak dia balik rumah...dan dalam perjalanan dia dengan seorang mamat yang sangat naive dan seekor orangsalji...dia berjumpa dengan macam-macam benda dan macam-macam masalah...

dan akhirnya...

siapa yang menang??

Sendiri Mau Ingat!

just a star crossed lovers...katanya...!!!


Kalau dulu zaman-zaman aku belajar menguruskan seni, aku akan cakap filem nih satu bentuk filem "deconstructive" yang caca marba dan mungkin sebenarnya filem nih nak menjelaskan bahawa prinsip itu masih sama walaupun zaman berbeza...

Ini filem pasal CINTA antara lelaki dan perempuan...ini bukan filem CINTA yang BERNAFSU...ini filem tentang CINTA SUCI yang tak memandang pada rupa tapi...the moment you feel it...you know that it was REAL.

Mamat Romeo nih mencintai Juliet bukan kerana Juliet tu jelita tahap Ultraman Taro...tapi sebab ruhnya menyatakan bahawa - "itulah satu bahagian dari ruh kekal aku yang mencukupkan sifat aku".

Makanya jangan hairan kalau si Juliet nampak tubuh badan Romeo yang kaku macam mayat tu mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan ruhnya kepada jasadnya...sebab - the other part of her has vanished!

Kau ingat Rosmah kalau tgk Najib mati...sanggup ke dia bunuh diri dia?? Owhhh..noo...mama nak pi shopping kat Paris dulu...

HA HA HA HA!!!


Anak aku suka tonton filem nih...moga-moga dia belajar sesuatu dari makhluk Dajjal tuh!


Anak aku, Mohamad Edhrie Hasheim selalu dan hampir tiap-tiap hari menonton filem nih...dia tak rasa takut pulak tengok makhluk-makhluk halus mata satu, yang besar bagak, yang serupa setan...ha ha ha ha!! Pernah sekali tuh, abang yang bawak teksi tegur anak aku bilamana anak aku beli figurine Mike Wazowski...dia cakap - "dek, yang itu dajjal dek"...aku rasa abang nih sangat berpengalaman dan mungkin pernah jumpa dan berborak dengan makhluk dajjal nih...errr...sebenarnya pada aku tak ada pernah wujud makhluk bernama Dajjal nih...yang ada sekor setan bernama Azazel yang sangat takbur dan sombong...yang lain dari tu aku rasa tak ada kot?? Tuhan tak pernah sekali-kali mengatakan wujudnya makhluk bernama Dajjal nih...ini ialah salah satu ajaran Kabbalah Yahudi yang bertitik tolak dari ajaran sihir Babylon yang dibawa Harut dan Marut yang mempercayai simbol-simbol...percaya kepada kewujudan Dajjal maka kita percaya berhala itu Tuhan...ha ha ha ha!!

Seriously, omputeh pandai letak sentimen dalam filem...mentang-mentanglah Mike Wazowski tu katanya sepupu sepapat Dajjal, maka dibuatnya karakter Mike nih sangat sopan santun dan simboliknya...anak aku sangat suka dengan watak Mike Wazowski nih walaupun rupa dia sangat menakutkan!!!! Inilah sebenarnya ajaran yang subliminal yang mahu diajar oleh Tuhan dalam filem-filem omputeh nih...kepala otak tu jangan negatif sangat abang oiiiii!! Tipikal pemikiran kolot...asal mata satu aje jahat, mata satu aje...jahat!!!

Orang yang mengenal dia tidak melihat dari mata yang kasar...dia tidak melihat dari apa yang dia nampak...material tak ada makna pada dia...apa yang ada kat dalam tu yang dia rasa...samalah macam watak Mike Wazowski nih...dia kecik, mata satu lepas tu, a "loner"...a stranger in a strange land...selalu di pandang lekeh oleh semua orang...namun akhirnya dia sendiri telah berjaya membukak mata James Sullivan bahawa...

SIZE (and looks) DOESNT MATTER...

badan kecik, mata satu...tapi semangat...Mike Wazowski ni mempunyai roh yang sangat kuat, roh suci dan kudus yang tak nampak obstacle sebagai satu alasan untuk kekecewaan...tapi nampak halangan-halangan tu sebagai satu bentuk peluang untuk dia berjaya...

dan akhirnya...

aku harap anak aku berjaya mencontohi semangat juang Mike Wazowski!!!



Nikita the legend...ha ha ha!!!!


Semalam aku baru terjumpa filem nih last kopek sebab memang susah nak cari filem ni dah...ini pun rezeki dapat jumpa DVD nya...ini ialah filem saduran dari sebuah filem Perancis karya pengarah Perancis yang sangat agung - Luc Besson yang membawa legenda seorang perempuan hitwoman bernama Nikita yang telah reincarnate dalam banyak versi termasuk dua versi televisyen!

Filem nih sebenarnya diciplak dan di omputehkan oleh John Badham, jalan citer sangat mudah - pasal seorang pompuan yang sangat ganas dan seorang drug addict juga...telah diselamatkan oleh satu shadow government dan dilatih menjadi seorang hitwoman...

tapi sebenarnya aku terpengaruh dengan watak pompuan bernama Nikita nih dari citer TV ni haaa...


citer nih pasal sorang pompuan rewang yang sangat addict dengan heroin telah diambil oleh The Division untuk menjadi seorang pembunuh upahan yang tak ada perasaan...aku sangat respek pada Nikita nih sebab dia bermula dengan sangat ganas...tak ada prinsip hidup dan menggunapakai motto - only the strong survive! Sebenarnya aku pun tak tau kenapa aku terbeli Bluray ni haaa dari sebuah kedai DVD yang sekarang dah tutup...ha ha ha!!! Seriously macam aku cakap...the film chooses me, I dont choose a film...ha ha ha ha!!! Bila aku tertengok citer nih aku jadi seronok nak menonton sampai akhir season 4 yang menyaksikan siapa sebenarnya Nikita nih dan macam mana dia boleh mengubah prinsip hidup dia dari menjadi seorang hitwoman yang tak ada perasaan...kepada menjadi seorang wanita mulia gaya seorang rahib yang bersopan ha ha ha ha!!!

Aku amat tertarik dengan citer nih sebab dia mengajar kau bahawa se setan dan sejahat mana pun manusia...manusia tetap akan ada jalan untuk balik kepada "sources" nya kalau-kalau dia mahu...dan amatlah rugi manusia yang merosakkan diri dia dengan keinginan material yang menipu...

dan akhirnya...

kau sendiri akan ingat!


apabila semakin tinggi engkau maka tarikan graviti dah tak ada makna buat engkau...


Nothing is ever lost in space!

Mungkin filem ini akan mengajar aku bagaimana untuk tidak give up dengan hidup...aku suka filem-filem macam nih...tatkala kau merasa kosong, tak ada kawan...semua orang tinggalkan kau...maka masa tu...kau akan ada Tuhan  disebelah kau...yang sentiasa akan meniupkan perasaan tenang dalam jiwa kau..."ehh! aku manusia...Tuhan jadikan aku ada akal...aku mesti boleh lepas hal nih!"...itulah yang akan Tuhan tiupkan dalam jiwa kau bilamana kau dah putus asa...

dan inilah yang berlaku pada watak dalam filem nih...no retreat, no surrender!

dan akhirnya...

Tuhan pisahkan kau dengan semua orang sebab Dia nak communicate something dengan kau...Tuhan ambik apa yang kau ada sebab Dia nak bagi satu benda lagi best untuk kau!

aku percaya tu!

the universe goes round and round...


Salah satu dari DVD paling awal pernah aku beli sebelum aku ada koleksi bagak dvd dan bluray yang boleh bikin satu kedai dvd ha ha ha ha!!!

Ini citer Walter Mitty versi delinquent...seorang mamat yang mencari identiti dirinya sebagai seorang manusia bermaruah.

dia suka berangan dan meracau yang bukan-bukan...inilah masalahnya kalau kau ni dijadikan sebagai salah satu dari versi limited edition yang sangat rare.

dan sampai sekarang aku masih minat menonton filem nih...tak tahu kenapa...

ha ha ha!!!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...