okay enough about that.
hugh grant tetap dengan gaya selamba seperti dalam filem-filam sebelumnya, entah kenapa aku cukup meminati lakonan mamat british nih, dari two weeks notice sampailah bridget jones diary...lakonan dia memang...bersahaja.
filem ini dibuka dengan bebelan william thacker tentang diri dia, tempat tinggal dia dan bagaimana satu hari yang bersejarah telah mengubah hidup dia buat selama-lamanya.
aku yakin filem ni ialah modern version fairy tale yang akan mempengaruhi kita untuk berangan-angan..."kalaulah aku dapat kawin dengan orang yang famous"...
mungkin dari satu sudut cerita ni macam dongeng, tapi kekuatan filem ni yang membuatkan aku selalu menontonnya ialah dua karakter manusia yang amat berbeza, seorang artis terkenal yang hot headed dan gelojoh dan seorang lelaki kelas menengah yang simple, penyabar, kalut dan selamber (nilai yang seringkali digilai oleh perempuan-perempuan) ...melihat william thacker, mungkin dalam hati anna scott, dia fikir "aahhhh, so adorable, like a lost puppy this william guy", pertama kali apabila dia masuk ke apartment mamat tu untuk menukar baju...lantas...ha ha ha! gelojoh betul! tapi apa mau kisah itu budaya depa.
macam mana ye kalau seorang artis famous gila kat engkau? apa perasaan engkau? ha ha ha ha!
mesej dari filem ini yang aku amat terkesan sampai sekarang...bak kata anna scott dalam filem ni - "kemasyhuran tu tak ada makna, really"...ya! kemasyhuran, kehebatan tak ada makna sebab manusia akan menjadi lemah, hina dan merempat kerana CINTA! ha ha ha ha!!
