Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


No Shortcut To Happiness...


...kebetulan aje pelakon filem ni ialah aktress yang amat diminati oleh “mem” aku, Jeniffer Love Hewitt yang kebetulannya adalah heroin citer tv, The Ghost Whisperer. Akhirnya aku pun sambarlah DVD ni untuk aku tonton...

...seperti filem The Prize Winner Of Defiance, Ohio, filem ini memang banyak menyedarkan dan mengingatkan aku pada Tuhan...tak apa, walaupun kafir yang tulis skrip dan terbitkan filem ni, mesejnya tetap universal, “mengingatkan kita kepada CINTA”.

...pergolakan kehidupan watak Jabe Stone memang menginsafkan aku tentang hidup yang aku lalui selama ini, beliau adalah seorang manusia yang baik hati, pemurah, bijaksana dan suka memikirkan secara mendalam tentang keadaan manusia dan essence kemanusiaan. Karya penulisannya begitu dalam dan menyentuh kalbu, “there’s no short cut to happiness”...pernyataan yang simple tapi bermakna.

...malangnya keadaan hidupnya selalu dalam porak peranda...pada satu hari yang malang dia telah dibuang kerja, duit habis kena tipu dengan adik dia dan laptop yang merupakan “nyawa” penulisannya dirampok oleh penyangak.

...dan bila dia balik, secara tak sengaja dia telah “terbunuh” seorang perempuan tua ketika word processornya melambung keluar dari tingkap rumahnya.

...Moral citer ni ialah, jangan give up, jangan mengalah, jangan putus asa dan yakinlah dengan keupayaan diri sendiri. Sebenarnya segala ujian dan dugaan yang Tuhan bagi kat kita tak ada makna kalau kita tidak menyedari “kebaikan” dan “hikmah” yang terdapat dalam ujian dan dugaan itu. Kita hidup kerana ada sebab, untuk menjadi “ujian” antara satu sama lain dan Tuhan memang akan memberikan “power” kepada sesiapa yang sabar dan selalu meminta kepadaNya.

...”Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk taat kepadaKu”. Itulah sebab utama kita dijadikan, untuk taat kepada Tuhan, untuk bersumpah taat setia kepada Tuhan dan bukan yang lainnya, dan untuk ingat-mengingati antara satu sama lain kalimah ajaib di atas...kita hidup bukan untuk keseronokan yang sekejap, untuk orgasm yang cuma beberapa saat tu, untuk mengira duit yang banyak...tapi kita hidup untuk merasa dan mengagungkan kalimah Tuhan dan mengagungkan tanda-tanda kebesaran Tuhan. Filem ini sekali lagi aku katakan, walaupun dikeluarkan oleh org yang tak percaya kepada ALLAH dan Rasul, tapi sebenarnya aku rasa lebih dekat dengan mesej filem ini dari menonton filem Melayu seperti 1957, Hati Malaya yang bersifat kosmetik dan lupa diri...ha ha ha ha!!!

Seventh Son Of The Seventh Son...dongeng paperback yang menakutkan!


Aku adalah anak ketujuh dari lapan org adik beradik, dulu memang aku berangan nak jadi superhero, penyelamat dunia (kononnya) sehingga menjadi kedengkian ramai org...ha ha ha ha!!! Tapi itu cerita lama, cerita aku zaman bebudak...kini aku adalah seorang manusia yang realistik, praktikal dan kurang nak percaya dongeng terutama dongeng kafir.

Pertama kali aku mendengar perihal Seventh Son Of The Seventh Son adalah dari lagu Iron Maiden, katanya mengambil inspirasi dari kisah dalam Bible (tapi aku cari tak jumpa pun?), akhirnya aku dapat tau yang watak tu adalah kisah dongengan sama macam citer Lord Of The Rings...

Nombor tujuh memang unik, Steve Vai pun minat nombor tujuh, ada org cakap nombor tujuh adalah “turning point” bagi sebuah peristiwa, dunia dan cakerawala terlihat dan wujud pada hari yang ketujuh, org Yahudi cakap pada hari keenam Tuhan “berehat”. Tapi sebenarnya depa salah...ALLAH SWT tidak memerlukan “rehat”...”rehat” sebenarnya adalah REALITI makhluk ciptaannya...MAHA SUCI ALLAH dari SIFAT MakhlukNya.

Ada riwayat yang aku dengar, manusia telah ditanya oleh Malaikat sebanyak TUJUH kali sebelum mereka dikeluarkan dari “tempat” mereka. Dan kita pun tak tahu mengapa ada TUJUH benua? TUJUH keajaiban dunia? TUJUH petala langit dan bumi? Semuanya TUJUH!

Cuba kita tgk bentuk nombor TUJUH itu sendiri...macam bentuk seolah manusia sedang melakukan RUKUK kan? Dalam sembahyang?? Sebenarnya tak ramai tahu RAHSIA disebalik RUKUK dan SUJUD yang selalu ALLAH sebut dalam Quran...sebenarnya apa-apa perkara yang ALLAH selalu ulang-ulang dan sebut-sebut, banyak rahsianya...dan hanya yang beriman sahaja yang akan memahaminya.

Filem Seekers (setelah mukaddimah yang mengarut!) adalah salah satu dari propaganda nombor tujuh..seorang budak yang berketurunan mulia dan terpuji telah diangkat menjadi “saviour” ketika umurnya 14 tahun (ada surprise di sebalik umur dia!)...salah seorang dari “elders” yang terpuji mengatakan – “you are the seventh son of the seventh son” (tapi yang peliknya dia ada adik pompuan!), budak ni tak mengaku dia adalah the seventh son sebab dia congak punya congak...abang dia ada lima org dan dia adalah anak keenam berturut-turut dalam salasilah adik beradiknya...sehinggalah elders tu cakap, “kau ada abang kembar”...kah kah kah!!!

Aku confuse pada mulanya kenapa dia menyedari dia ada power semasa umurnya 14 tahun...tapi setelah aku mengetahui bahawa dia adalah salah seorang dari kembar yang mana abangnya telah diculik oleh “makhluk asing”...maka aku akhirnya memahami bahawa 14 adalah hasil dari kembar bernombor tujuh = 7 + 7 = 14. Memang seronok mencongak dengan nombor ni...itu baru basic aje tu...aku agak org macam Emmet Butterfingers mesti lebih faham teoretika matematika ni...ha ha ha!!!

Memang best juga tgk cerita ni, pasal banyak benda mengarut aku belajar perihal nombor...itu sebabnya dalam Islam main nombor ekor adalah di larang, baru aku tau sebabnya...sebab Tuhan dah bagi Grand DesignNya dalam nombor-nombor tu...cuba kita bayangkan kenapa ada riwayat menyatakan Tuhan suka nombor ganjil?? Atau untuk tidak lebih keterlaluan, kebanyakan rahsia Tuhan adalah tergolong dalam nombor ganjil...kenapa org suka sangat nak jadi Number One, not two, not three???


Kenapa Ahmad Dhani letak nombor 19 dekat nama band dia??? Welcome to...The Twilight Zone!

Way Back Into Love...(or the masses maybe?)


Memang biasa kita dengar bahawa org yang takbur, sombong...ego dan suka belagak bagak akan mendapat balasan dia tak kira laa dalam masa yang lambat atau cepat...begitulah juga seorang manusia yang selama ni pernah mengatakan kat aku..."band Malaysia ni semua band kampung"..."muzik rock Malaysia tak akan ke mana"...akhirnya menjilat ludahnya sendiri secara terang-terangan dan secara tak sedar dah memalukan dirinya sendiri...kesian...last-last sekali terpaksa lah dia jilat kembali band yang dia kata - dia pernah "kill the band" dalam tulisan dan tenungan makrifatnya...kah kah kah!!!

Music and Lyrics adalah sebuah filem yang mengangkat seniman-seniman yang memang layak bergelar seniman...aku memang mengetahui bahawa org yang mencintai seni kerana seninya dan kenal secara mendalam apa sahaja yang diceburinya akan tetap kembali dan karyanya akan tetap diangkat menjadi "lagenda". Filem ni mengisahkan tentang Alex Fletcher (Hugh Grant) yang telah mendapat "second wind" nya apabila diminta oleh seorang pop queen untuk menulis sebuah lagu yang masyuk.

Tenungan Makrifat yang aku temui dalam filem ini ialah...manusia ni ada recycle terms nya...dalam hidup ni memang kita akan jadi macam roda, turun - naik - turun. Memang pada satu ketika kita tak akan dapat lari dari kebosanan umum (redundancy), org mula cari benda-benda yang fresh (kononnya) tapi last-last org akan bosan pulak dan akhirnya org akan cari benda-benda "lama" jugak...

aku teringat lagi ketika kenyataan aku menjadi bahan gelak ketawa seorang bekas editor sebuah majalah...sampaikan dalam sebuah review dia tentang sebuah band yang dah kena "rantai", begini tulisannya - "reunion? mungkin tidak!"...tapi dua tahun lepas tu...apa dia mau cakap??? sejarah dah terpateri...kah kah kah!! the moral of the story - jangan kata org tu gila bila dia cakap dia dah naik ke langit...mungkin ada paradox dari kata-katanya itu...

Aku memang tak bosan tgk filem ni sebab - Drew Barrymore, dan aku adalah peminat Drew Barrymore nombor wahid! Bukan sebab tetek dia besar dan dia punya tetek tak ada letak colagen atau silikon, tapi sebab dia memang comel...Memang sesuai dan layak watak Sophie Fischer ni di bagi pada dia sebab memang dia JUARA melakonkan watak blur, innocent, sensitif, emosional dan cengeng...lagipun, aku memang suka dengan perempuan yang "heavyweight" macam Drew Barrymore nih...tak gemuk dan tak lah kurus sangat..."asal boleh" aje laaa...he he!!!

Alex Fletcher adalah seorang pop star yang telah kehilangan seri bintangnya dan mula tercari-cari jalan untuk kekal sebagai seorang penyanyi dan mencari duit dengan menyanyi...punyalah desperate sampaikan dia sanggup menyanyi dekat show funfair...sampailah dia mendapat "big break" untuk berduet dengan seorang teenage pop queen yang menjadikan sami Buddha sebagai Tuhan dia...ish?

Ditakdirkan Tuhan dia berjumpa dengan seorang pompuan yang imaginatif, witty dan spontaneous, bakal menulis lirik lagu untuk "hit song" dia....

pengajaran dari filem ni dan hikmahnya ialah...jangan kutuk band rock dulu dengan gelaran bukan-bukan...kan dah jilat ludah sendiri???


Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...