...seperti filem The Prize Winner Of Defiance, Ohio, filem ini memang banyak menyedarkan dan mengingatkan aku pada Tuhan...tak apa, walaupun kafir yang tulis skrip dan terbitkan filem ni, mesejnya tetap universal, “mengingatkan kita kepada CINTA”.
...pergolakan kehidupan watak Jabe Stone memang menginsafkan aku tentang hidup yang aku lalui selama ini, beliau adalah seorang manusia yang baik hati, pemurah, bijaksana dan suka memikirkan secara mendalam tentang keadaan manusia dan essence kemanusiaan. Karya penulisannya begitu dalam dan menyentuh kalbu, “there’s no short cut to happiness”...pernyataan yang simple tapi bermakna.
...malangnya keadaan hidupnya selalu dalam porak peranda...pada satu hari yang malang dia telah dibuang kerja, duit habis kena tipu dengan adik dia dan laptop yang merupakan “nyawa” penulisannya dirampok oleh penyangak.
...dan bila dia balik, secara tak sengaja dia telah “terbunuh” seorang perempuan tua ketika word processornya melambung keluar dari tingkap rumahnya.
...Moral citer ni ialah, jangan give up, jangan mengalah, jangan putus asa dan yakinlah dengan keupayaan diri sendiri. Sebenarnya segala ujian dan dugaan yang Tuhan bagi kat kita tak ada makna kalau kita tidak menyedari “kebaikan” dan “hikmah” yang terdapat dalam ujian dan dugaan itu. Kita hidup kerana ada sebab, untuk menjadi “ujian” antara satu sama lain dan Tuhan memang akan memberikan “power” kepada sesiapa yang sabar dan selalu meminta kepadaNya.
...”Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk taat kepadaKu”. Itulah sebab utama kita dijadikan, untuk taat kepada Tuhan, untuk bersumpah taat setia kepada Tuhan dan bukan yang lainnya, dan untuk ingat-mengingati antara satu sama lain kalimah ajaib di atas...kita hidup bukan untuk keseronokan yang sekejap, untuk orgasm yang cuma beberapa saat tu, untuk mengira duit yang banyak...tapi kita hidup untuk merasa dan mengagungkan kalimah Tuhan dan mengagungkan tanda-tanda kebesaran Tuhan. Filem ini sekali lagi aku katakan, walaupun dikeluarkan oleh org yang tak percaya kepada ALLAH dan Rasul, tapi sebenarnya aku rasa lebih dekat dengan mesej filem ini dari menonton filem Melayu seperti 1957, Hati Malaya yang bersifat kosmetik dan lupa diri...ha ha ha ha!!!
