Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Yes I'm Freeeeeee, Freeeeeefallliiiinnnnnnnnnn!!!


Kat Malaysia kita tak ada manusia-manusia macam Jerry Maguire nih sebab aktiviti sukan kita masih tahap...errr...

Jerry Maguire ialah seorang sports agent yang sangat berkaliber...dia memang genius dalam kerjaya dia dan dia berjaya mendapatkan keuntungan juta-juta kepada agensi dia...sampailah satu hari, seruan Ilahi dah sampai kepada dia dan akhirnya...dia mendapat tenungan makrifat dari dalam sanubari dia bilamana dia membuat satu "mission statement" yang menyatakan bahawa seorang sports agent tidak perlu menjadi seperti serigala lapar yang hanya fikir perut dari mengambil peduli nasib klien dan kebajikan klien...

Hinggalah akhirnya dia kena buang kerja dan dia diikuti oleh seorang awek yang sangat keren untuk bukak satu agensi lain yang hanya ada seorang klien aje...

...satu kelemahan mamat ni ialah, dia ni kurang kasih sayang dan tak boleh nak menyatakan perasaan dia pada orang lain sebab selama nih dia ni cuma fikir nak menang aje...

dan dia belajar satu benda dari awek tuh...

"YOU COMPLETE ME".



satu zikir makrifat yang sangat menyentuh kalbu!!!

kau rasa apa Tuhan ajar kat mamat nih?

"Love Is Forever!"

ha ha!

Nak Mengorat? Belajarlah Dengan Doktor Cinta!


Cinta ialah satu perkara "suci" yang boleh mengubah situasi hidup kau, Cinta itu lahir dari satu perasaan "kosong" di mana bila kau dah jumpa dengan "tulang rusuk" kau yang hilang itu maka akan berlakulah proses - "You Complete Me".

Cinta itu ialah satu kelangsungan hidup, cinta yang sejati dia tidak melihat kau dari tebal mana dompet kau, macho gila ke kau atau...seromantik mana kau! Cinta itu boleh menyebabkan kau membuat kerja gila termasuklah melompat jauh kembali ke dalam kapal yang dah nak karam sebab kau dah tak sampai hati tengok cinta hati kau terkorban tatkala kau sendiri lepas dari bahaya...(ye, aku akan letak video dia dalam blog aku lagi satu)...

Ini filem pasal nak mengorat your other half, bagaimana kau nak buat untuk impress dia, cuba kau tanya Alex Hitchens, aaarrrggghhhh, dia sendiri pun susah dan payah nak mengorat awek yang dia mengidam...perlu ke? ha ha ha!!!

Seriously, nasihat aku...kalau dah suka dengan awek mana-mana pun, maknanya awek tu pun ada perasaan kat kau...errr...aku tau, aku dah selalu kena...selalunya awek tu yang syok kat aku...maka mahu tak mahu terpaksa "merasa" perasaan tu secara paksarela...ada jugak laa dua tiga malam tak tidur...benda nih biasa...Tuhan tak pernah main-main dalam hal nih...errr...aku dengan Zooey tu macam "geli-geli" aje...tak minat pun...lagipun dia kenal aku pun tak ha ha ha ha!!

Makanya, awek yang sesuai untuk kau ialah awek yang "jual mahal" macam wife aku...kau ingat senang nak ngorat dia?? waarrrgggghhhhh...mimpi ngeri aku tuh!!! 

orang cakap...nak sesuatu yang baik...kena usaha lebih sikit...perempuan murahan ramai berlonggok kat tepi facebook dengan twitter...tapi perempuan yang mahal macam wife aku...

ha ha ha!!

who cares wins!

Who Are You? A God?


Ini filem yang melihat ke "dalam"

bagaimana kau seorang yang menyedari diri kau tidak cenderung kepda kejahatan...tapi bila kau dituduh buat jahat, sudah semestinya kau akan lawan balik...itu fitrah kau...

tapi macam mana dengan manusia yang tahu dia tak pernah buat salah, tapi apabila dia dipersalahkan...dia terima kesalahan tu dan berdiam diri tak buat apa-apa sebaliknya terima semua hukuman atas dia walaupun dia tak ada salah??

susah mau jumpa manusia macam nih...

ini ialah manusia yang sangat dahsyat!!!

dan sebenarnya kita tak boleh tuduh dan hukum orang...ini fitrah semulajadi manusia dan kemanusiaan!!

dan akhirnya...

kita tau dalam filem nih siapa yang bunuh siapa...

Hey! Teacher! Leave The Kids Alone!!!


Mungkin, aku rasa...mungkin watak utama filem nih diberi nama Steve Clark sebagai tribute kepada gitaris Def Leppard yang baru meninggal dunia beberapa tahun sebelum filem nih...

Filem nih sinonim dengan lagu "The Wall" Pink Floyd..."hey! teacher...leave the kid alone!"

kadang-kadang kita nak sesuatu perkara itu menjadi ideal dan kena dengan kehendak kita...kita lupa bahawa setiap manusia diberikan pilihan...

that is why...

Tuhan tak pedulik kau pilih neraka atau syurga...sebab tak melibatkan Dia pun...

Ini filem pasal generasi tua yang dah nak mati masih tak sedar diri dan tak nak memahami bahawa...depa dulu pun pernah muda dan jahat...entah-entah lagi teruk kesyaitanannya...and then bila anak-anak kau cuba menggapai freedom of choice and expression...kau marah...kau mula rasa kau "holier than thou" dan akhirnya kau dera anak kau hingga tiada penghujung!!!

Dan filem ni menceritakan bahawa...

"let nature run it's course"....

kau pun pernah muda dan jadi setan juga!!!

Makanya...

whatever!

Meaningless...Movement!


Ini filem yang cerita pasal "noise ratio" dan berapa banyak "bunyi bising" yang kau boleh tolerate sebelum kau ambik keputusan commit suicide atau bunuh orang...

kalau orang yang disyaki ada masalah mental atau sadomasochist...aku harap kau orang jangan layan movie nih sebab visualnya sangat - appealing.

Ini filem yang katanya di shoot secara "haram" di Disneyland dan tak ada siapa tau depa tgh shoot filem nih...

jadi kebarangkalian untuk kau screw up adalah sangat besar!

Pasal seorang suami/bapak yang baru kena "laid-off" nak lupakan masalah dia dan enjoy hari terakhir (pun intended) dia dengan family dia yang membawa kepada obsesi dia dengan dua orang awek French yang sangat...

yes, 


this could happen to you...

ini filem pasal distraction dalam hidup kau yang akan ganggu hidup kau dan keluarga kau, dua ekoq awek French nih bolehlah dikait dan relate kan dengan Babylon Whore yang selalu akan ada dan ganggu orang-orang yang baik-baik...kau nak tau siapa dia Babylon Whore nih?? kau cari kat wikipedia! 

Seriously, once I knew that you are the great whore of Babylon...

I dismiss you!

You mean special? as in..."special"???


Ini filem tahun 1998 masa aku dengan bini masih ber couple dan ada curfew sampai pukul lima petang...

Kami tonton wayang filem nih dan pengalamannya...ha ha! menakutkan!

dan bila dah ada bluray player...bila tonton filem nih teringat kenangan lama...

apa yang membuatkan kau rasa kau "istimewa"?
kau hanya akan rasa diri kau special bilamana kau rasa Tuhan ada selalu dengan kau...apa kau buat semua dipandu oleh Tuhan, sebenarnya kita lupa...orang yang special ialah orang yang "ikut" ketentuan Tuhan dan dia redho...

Ini filem dengan "bau" yang sama, John Murdoch nih terbangun dari tidur dan dia kena tuduh pulak bunuh orang padahal dia tak buat apa pun...

tetiba dia kena lari pulak dari satu puak nih...

dan macam biasa...dia baru sedar bahawa dia adalah seorang "stranger" yang sangat asing di "strange land".

You dont feel you are special...instead, you just know it...

in the end...

only YOU can save yourself!

macam John Murdoch nih!

Freedom to think will lead you to the truth!


Premis citer Tv nih mudah aje...pasal...macam mana kau nak buat keputusan dalam hidup kau...apa yang kau nak dalam hidup kau sebenarnya dan apa yang kau pilih tuh sesuai ke dengan jiwa kau dan keadaan kau?

Ini citer pasal mamat ni ada second thought masa dia dah nak kawin....macam-macam benda dia fikir...dari adegan dia gaduh dengan awek dia pasal kes agama...dan bagaimana dia buat derk bila awek dia yang muallaf tuh cakap - "aku kawin dengan kau sebab aku sayang kau, aku takkan keluar agama aku semata-mata nak kawin dengan kau, jadi kau kena serious sebab ini pilihan muktamad aku!"

Membuatkan aku berfikir...kau akan buat apa sahaja untuk orang yang kau sayang gila bab* termasuk keluar agama kau...tapi kalau orang yang kau cinta tu pun dua kali lima, macam mana??

macam mana??

Inilah persoalan paling sensasi dalam filem nih...

aku tak salahkan mamat nih, mungkin didikan agama dia tak cukup...atau...sebenarnya didikan agama dia cukup, dia kenal mana baik dan buruk...cuma mungkin keadaan di sekeliling dia membuatkan dia keliru...

ye laa...betul jugak kalau kau kuatkan speaker kau macam nak kiamat dunia waktu Subuh buta, menganggu orang lain yang tak solat, tidur...apakah itu perlu?

Perlukah kau pekikkan suruh orang solat sampai begitu sekali??

Ada sebab Tuhan jadikan manusia nih macam-macam...

yang penting...

toleransi...

...dan sebenarnya, kau tak perlu risau berapa ramai penganut agama Kristian dan berapa ramai penganut agama Islam...strength do not come in numbers...strength comes in believing!

Sama jugak macam awek muallaf nih, sebab dia percaya betul mamat nih boleh guide dia jumpa Tuhan, maka dia sanggup kawin dengan mamat nih...

aku dah cakap...

ini ialah antara contoh pompuan yang melihat dengan "mata kedalaman"...

ha ha a!

meracau lagi!



Read!


Ayat pertama yang Tuhan bagi kat Muhammad ialah "read" - Iqra' - Quran.

aku teringat zaman-zaman depression aku circa 1990-91, masa tu aku form six...aku selalu kantoi kelas...aku lari pi perpustakaan...ada satu buku yang aku sangat minat baca...seriously...that book had taken me somewhere...in time/space/continuum...itulah ruang yang paling bahagia untuk aku masa tuh...

sama laa jugak macam citer nih, seorang budak yang sangat penakut dan suka dibuli oleh bebudak jahat telah termasuk dalam sebuah kedai buku dan "tercuri" buku nih...

dan dari buku nih dia belajar satu "hikmah" pengetahuan yang tiada penghujung aka neverending story...

hidup nih infinite...

yang di dalamnya ada definite (mati)

makanya...



Ps:

nak tau buku apa yang aku baca tu? "Short Stories From Ray Bradbury's Collection"...itulah "syurga" duniaku ketika itu...ha ha ha!!!

This Is The Simple Version Of Alternate Universe!


Aku kurang percaya kepada realiti Time Travel ala Marty McFly mahupun HG Wells, sebab I dont think people can time travel...

satu masalah paling besar ialah...e=mc2, sebab Tuhan dah sebut secara teori dalam Kitab katanya..."berperingkat-peringkat kejadian".

tak masuk akal kalau kau boleh time travel dan jumpa diri kau sendiri sepuluh tahun lampau...sebab kau dah menambahkan elemen "energy" dalam space time continuum dan itu bukanlah sunnah Tuhan yang azali...

conclusion dia...

everything is infinite...

dan 

definite at the same time...

tapi teori dalam filem nih aku suka...simple mimple!

Mudah aje, kalau pompuan nih miss komuter dia...apa akan jadi??

simple choices or reality yang kau kena bawak...

you miss the train...

these things happens...samada kau balik rumah, nampak laki kau tengah beromen dengan artis...(errr???) atau kau terus naik komuter tuh dan kau tak sedar laki kau dah main kayu tiga belakang kau...

inilah yang Tuhan namakan - Ketentuan.

sebab kalau tak ada pertolongan Tuhan nih, maka caca marbalah dunia...

banyak benda kau akan pening...

makanya...

jelas dan nyata...

JALAN AJE!!!

PS:

kena buang kerja hari ni, esok belum tentu lagi! mungkin esok kau dapat balik kerja kau dan kawin dengan artis kesayangan kau ha ha ha!!

Be Positive!!!

What If Your Reality Is One Of So Many Again!


Yang ini Einstein-Rosen-Podolsky (wormhole for a laymen) Bridge yang tersesat barat...

Dalam Ayat Pembuka Kata Tuhan dah ajar...

"tunjukkanlah kami jalan yang lurus".

manusia selalu ambil maksud "jalan" tu macam apa yang ada kat depan kau...jadi, kau berjalan ke depan...ikut tradisinya...

sebenarnya...kau berjalan dalam banyak arah dan kadang-kadang kau tersesat...tak ada manusia di mukabumi nih yang tak sesat...semua pernah sesat, semua pernah jadi jahat macam setan...

maka...kau sudah mengenali siapa kau kalau kau faham maksud - Jalan Yang Lurus itu...

Jalan Yang Lurus itu sebenarnya ada TUJUH jalan...

dan sebenarnya ahli fizik pun percaya bahawa, you are not alone...there are as many versions of you...

cuma sekarang nih...

version yang mana satu yang kau nak sebenarnya...

maka jalan untuk mengenal siapa kau...

kau cuba tanya "Gabriel Law"

dia mesti tahu mana satu "jalan" yang dia nak pilih...

"jalan menjahanam"

atau 

"jalan kepada enam jahanam"

????

kau?
dah pilih??

errr...

kat mana jalan yang mana aku dapat kawin dengan artis kesayangan aku haaa??
Owhh..I love you Zooey!

HA ha ha HA!

What If Your Reality Is One Of So Many?


Norseman, Vikings kalau buat filem...hasilnya jadilah filem meracau nih...

Filem nih ada sikit-sikit elemen Norse Mythology yang sarat dengan pemikiran gila yang sangat dahsyat...

cuba kau bayangkan kalau satu hari nanti ada orang boleh mewaraskan Rosen-Podolsky Bridge dan mencipta satu teleporter yang boleh buat kau dapat berjalan-jalan berjumpa the other version of yourself...apa akan jadi??

Maka kewajaran, sunnah, hukum Tuhan dah tak applicable lagi pada kau...kau dah boleh bunuh dan sembelih orang suka-suka sebab realiti kau dah tak ada makna...

Macam tu lah yang berlaku pada Ian dan kawan dia...depa nih mula-mula tak tau apa yang berlaku sampailah depa dapat tahu bahawa sebenarnya depa dah termasuk satu alternate version mukabumi yang sama tapi tak serupa...

Einstein ialah seorang manusia yang dipilih Tuhan untuk menyedari hakikat ilmu maqrifat bahawa "dunia" kita nih sebenarnya sarat dengan pelbagai versi diri kita sendiri...

Itu sebab Oracle nasihatkan Neo supaya

"Know Thyself"

kalau tidak kita pasti akan meracau macam budak dua ekoq nih...tak boleh terima kebenaran bahawa dunia nih ada banyak lapis...tujuh lapis atas dan bawah...

mungkin kat sebelah aku, "aku" tengah chatting dengan artis kesayangan aku ha ha ha!!

Serious semalam ada jin betina sudah kacau aku...

nasib baik aku -

"Know Myself".

and then?

what else?

Kalau Kau Suka Graphic Violence...Ini Kau Punya!


Filem asal nih memang selalu bikin aku seriau bila tengok...kau bayangkan kalau pompuan nih anak kau, kakak kau atau adik kau...apa kau rasa...aku cuba nak mainkan sentimen supaya kau sedar bahawa tak best menzalim orang nih...

Mungkin orang kata tak ada pengajaran dalam filem nih, tapi bagi aku pengajaran dia sangat dalam...filem nih walaupun penuh aksi zalim, kejam dan tak ada belas kasihan...tapi at least filem nih ajar kau jangan kurang ajau...kalau kau rasa kau samseng...ada lagi yang lebih samseng dari kau...

Apa perasaan mak bapak depa bila dapat tahu anak depa mati dengan cara paling kejam??

Inilah moral pada citer nih...

samada kau nak buat -

"eye for an eye"

or 

"turn the other cheek"...

terpulang kat kau...

tapi Tuhan cakap -

"kalau kau maafkan, adalah lebih afdhol dan berpahala bagi kau".

Embrace your inner being...

decide for yourself...

This Remake Sucks!


Biasanya kalau kau buat filem remake, kau akan mencapai satu tahap anomali di mana kau akan rasa filem kau best dan filem kau macam sial.

Aku dah tgk dua-dua versi filem nih...yang Wes Craven punya version yang asal...lebih sakit mata menontonnya. sebab filem dia memang totally disturbing!!! 

Serius aku rasa macam nak bakar aje delinquent tu semua. Depa rogol, potong, tembak sampai mati...memang gore nya tahap...Aznurita! (ni nama awek yang gila kat aku satu masa dulu ha ha ha!)

Tapi versi yang ini agak tawar dan rasa macam...masih rasa macam nak tampar aje mamat punk tak guna nih...

tapi aku lagi suka versi 1972 sebab versi tu memang tak ingat...dia potong kemaluan mamat tu selamba!!!

...

A Nightmare On Night Terrors!


Are you afraid of the Boogeyman?

Wes Craven sipenulis citer hantu sangat menakutkan dalam filem nih...secara jujur aku memang tak boleh tgk citer ni sorang-sorang...

errr...

pompuan...

kau sakit ke?



Sometimes They Came Back!


Seorang drifter bernama Nada berjalan dari satu pekan ke satu pekan sampailah dia ke satu bandar dimana dia berjumpa dengan sekelompok Skid Row yang sebenarnya ada agenda lain yang dia tak tahu...

Ini filem pasal teori konspirasi dan sebenarnya iklan yang kau tengok merata-rata tu ialah satu bentuk brainwashing system yang buat kau jadi bodo dan bangang...

Kau nak kulit cantik? Gunakanlah krim Papaya Buatan Malaysia...

Kau nak awet muda?? Gunakanlah krim bla bla bla...

tapi sebenarnya...

subliminal message yang nak disampaikan...

"OBEY".

Kau akan jadi macam lembu kena cucuk hidung!!

errr...

Apsal pompuan nih...

kau sakit ke?



Riot In The Dungeon!


Filem zaman sekolah aku nih! Ini filem zaman pemain video VHS yang sangat klasik dan nostalgik..filem ni ialah antara filem yang banyak menarik minat aku untuk kumpul semua mak bapak movie dari salinan DVD sampailah Bluray...seriously kat rumah aku dah tak boleh nak letak kat mana dah, dah laa rumah aku kecik gila...

Ini filem masa zaman internet tak ada lagi, jadi kau memang tak boleh bayangkan macam mana hero filem nih boleh surf dari satu dimensi ke dimensi yang lain ( ya adik2, malam ni tag line kita - DIMENSI!)

Ini filem biasa-biasa aje...tapi pertama kali aku tgk WASP dalam filem nih...aku rasa WASP nih laaa memang dah tahap bapak/ayah/atuk setan punya band...

Filem nih ada segmen-segmen yang selamba...entaah!!!

Yang Ni Pulak...Dimensi Yang Tak Ada Dimensi Langsung!!!


Dario Argento ni dia punya status macam siapa haaa....pengarah filem Malaysia nih...macam...errrr...Suhaimi Baba kot? errr...

Ini satu filem Itali yang sangat Awesome dan Gruesome...

Seriously, kalau kau dah kawin...kau jaga laki/bini kau baik-baik dan jangan mengerenyam cari jantan/pompuan lain...serious...benda nih merosakkan kau sebagai seorang manusia...

Seorang pompuan bertaraf mak datin nih ada simpan seorang jantan yang sangat awesome...asal ada peluang depa buat projek baikkkkk punya...

sehinggalah satu hari pompuan nih terkantol sebab anak perempuan dia buat hal sudah benamkan adik dia sampai mati...

maka pompuan nih pun berlari laa balik rumah dengan gigolo dia...sampailah satu ketika depa aksiden yang sangat sadis...

pompuan nih masuk hospital sakit mental dan apabila dia sudah sihat, dia dijaga oleh seorang mamat hensem yang buta pulak...

mamat nih memang sangat hensem tapi pompuan nih buat derk aje...

ingatkan dah insaf...

rupa-rupanya...

Astaghafirullah!!!

aku mengucap panjang lepas habis tonton filem nih...

itu laa

Dario Argento nih memang macam sial punya pengarah...

satu twist ending yang sangat...

MENAKUTKAN!!!



Berjalan-jalan Di Dimensi Ke Enam


Aku ada terbaca satu teori pasal Quantum Mechanics, yang menyatakan bahawa cakerawala nih sebenarnya adalah satu dari titik yang terdiri dari banyak titik yang sangat gila...

ada satu contoh yang diberikan dalam kajian tuh, katanya kalau kau simbah cat kat satu permukaan dinding, lepas tu kat depan dinding tu kau letak satu filter...maka macam tu laa keadaan cakerawala sebenarnya...you are just a point in time and you are NOTHING...

Please get out of my head now!!! I dont need you...errr...sialan...

Sama laa macam filem nih, konon depa cakap depa dah bikin satu eye in the sky yang boleh periksa semua benda dan boleh tahu apa-apa benda yang berlaku sampailah sebenarnya benda tuh ialah sejenis "time machine" yang boleh forward, reverse dan still kan sesuatu keadaan...

Mungkin sebenarnya benda nih wujud...sebab aku rasa...errr...semua benda yang berlaku dalam dunia nih ada sebab...

Dan dalam hero filem nih nak selamatkan orang...sempat lagi dia bercinta...ha ha ha!!

There is one movie aku tgk pasal seorang mamat nih dia tgh cari waris bekas boyfriend mak dia yang mati dalam kemalangan yang sama sebab nak tahu apa benda yang berlaku sebenarnya...

serius aku memang minat citer tu haa haa haa!

Kontrol ayu aje awek tu ha ha!

Remember The Fallen?


Tiiiiiimmmeee, is on maayyyyy saideeee....yes it issss!!

The Rolling Stone memang sangat Sympathy For The Devil...

Filem yang aku tonton kat wayang dengan awek aku tahun 1998...sampai sekarang aku masih tak dapat lupa impak filem nih pada aku...

E vil N ever D ies!

Ya ke?

Kita jangan ditipu oleh syaitan macam si Azazel yang telah berjaya membodohkan dan menipu Detektif Hobbes kononnya setan nih boleh mati...

Setan dah janji dengan Tuhan dia akan hidup sampai kiamat...

Filem nih memang penuh dengan suspens dan bagaimana kalau kau tak hati-hati, kau akan jadi mangsa amukan syaitan!

Dan...

syaitan dalam filem nih sangat kerennnn!!!

Apa Maksud Dia?


Kalau kau tengok poster kat atas nih kau akan nampak macam bentuk rupa manusia...padahal gambar tu hanya gambar ranting-ranting pokok yang dah luruh yang tak ada maknanya...

Siapa yang masukkan makna tuh?

sebenarnya ia adalah "illusion" kita hari-hari...kita sendiri yang letakkan makna dalam semua benda yang kita nampak...jadi sebenarnya untuk meletak makna-makna tersendiri maka kita kena banyak "membaca"...sebab banyak "makna" yang kadang-kadang tersilap pandang...dah jadi "makna" yang lain...

katalah contohnya tiba-tiba kau terbayang seorang awek yang kau tak kenal dan dia pun tak kenal kau, tiba-tiba aje dia terpacul dalam bayangan kepala otak kau...kau pedulikan benda tuh sebab tak ada maknanya!!

Pasal kita punya kepala otak ni selalu play tricks dengan perasaan kita...makhluk bernama Syaitan nih dia tahu dan pakar dalam memanipulasikan makna dalam kepala otak manusia...itu sebab kadang-kadang manusia nih rasa macam best aje...fikir bukan-bukan aje...

itulah sebabnya Tuhan selalu suruh manusia banyak ingat Tuhan, sebab Tuhan akan block kan benda-benda yang merapu dalam kepala otak kau...ha ha

panjang sungguh muqoddimah nya!

Ini filem pasal perasaan itu, perasaan yang merasakan sesuatu...sebagai contoh, perasaan "cinta" manusia yang sebenar dia tak datang dari masa kau tgk rupa paras orang yang kau cinta tuh...kau tgk rupa dia yang kat dalam tu haaa...maka dari situlah perasaan cinta tuh akan terjadi. Jangan percaya sangat dengan cinta plutonik yang hanya merupakan rembesan kimia dalam otak kau yang mengatakan - "she's the one!"


ha ha>
Linda Hanson nih dia hidup dalam dunia yang penuh penipuan, penuh intrigue dan penuh tandatanya...

filem nih dia macam pelik sikit...kejap dia ada kat sini, kejap dia ada kat situ...

tapi sebenarnya pengajaran pada filem nih ialah...

"Love is the dance of eternity"...

Aku merasa sangat syahdu saat-saat dia dengan husband dia yang aksiden tuh...

"penuh makna!"

As Usual, Jangan Pandang Orang Sebelah Mata Aje...


Ini filem pasal hubungan cinta sesama manusia tanpa mengira kau tu siapa dan anak siapa...ini citer benar pasal seorang yang kita kata dia kafir...tapi aku yakin sekafir-kafir Leigh Anne Tuohy, dia ada perasaan empati kepada seorang anak negro bernama Micheal Oher.

Kita sebenarnya kalau mengadili orang dari apa yang dia pegang, sebenarnya kita salah...perasaan kemanusiaan dan kecintaan itu ada pada semua orang, orang menjadi kafir sebenarnya kerana perasaan lagi satu yang tidak berjaya dikawalnya - perasaan kecintaan dia tidak berjaya mengawal perasaan kebencian dia...it is a love/hate relationship...

Kau menjadi benci kepada orang mungkin sebab upbringing kau...mungkin sebab upbringing keluarga Leigh Anne Tuohy nih dari keluarga yang suka pergi gereja, menghayati apa yang di ajar dalam Bible maka perasaan kasih sayang itu tetap teguh di hati...


Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.
Ini filem yang meraikan potensi manusia, kalau kau berikan peluang kepada manusia untuk mencapai potensi tertingginya maka kau akan melihat bagaimana Tuhan memperanankan manusia itu mencapai apa yang dihajatinya...

Dan sesungguhnya orang-orang macam nih tak layak kita gelar dia kafir...sebab dia orang nih "take heed" apa seruan Ilahi...dan antara wired dan seruan Ilahi...mana satu kau pilih? Adakah kau nak sentiasa wired dalam dunia khayalan kau atau kau nak - wake up and smell the coffee??

The choice is up to you!

Wife aku kata kalau aku pompuan, rupa aku akan jadi macam heroin filem nih!


Tak silap aku dalam tahun 2006, masa aku tgh tunggu giliran temuduga untuk satu restoran makanan segera nih, masa tu aku baru habis UNIMAS, wife aku teman...masa kita orang tgh tunggu tuh, depa mainkan filem nih kat TV besaq depa...wife aku tgk, lepas tu dia pandang aku, dia tgk, lepas tu dia pandang aku...lepas tu dia senyum...

balik dari temuduga (aku tak dapat pun kerja tu sebab ada "setan" sudah block peluang aku...depa telefon "setan" tuh sebab dalam reference orang yang bukan sedara mara aku, aku letak nama awek (sekarang bini daa) aku)...awek aku tanya aku..."abang rasa, antara pelakon filem Hollywood kalau rupa dia sama macam abang, siapa agak-agaknya?"...aku pening...sebab aku tak sangka rupa aku ada rupa pelakon filem Hollywood...errr...aku masih sedar aku makan belacan terlalu banyak ha ha!

Awek aku cakap..."tadi masa Tasha tgk movie kat tempat tadi, Tasha pandang abang from the side, rupa abang ada macam Kate Beckinsale!" ha ha ha???

Aku nak marah?

memang aku marah dia masa tuh! Apa! Dia nak samakan aku dengan pompuan? Apa aku ni jambu gila ke??

Tapi lepas aku tgk balik filem nih, aku faham kenapa wife aku cakap macam tuh...aku faham kenapa...aku tak marah dah...sebab dia nampak dari mata hati dia...ha ha ha!

Sebenarnya dulu masa sekolah, ada seorang member baik aku kata rupa aku macam Mick Jagger...ha ha ha!!! lepas tu pulak, masa aku baru dengar Aerosmith...aku perasan bibir aku ada nak sama dengan Steven Tyler...last-last awek aku cakap..."aaahhh la bang, abang nih Liv Tyler versi lelaki nih!" kesitu pulak perginya...!!!

Sebenarnya rupa aku tak ada pun macam depa nih semua, apa yang awek aku nampak ialah "kilauan" dari rupa sebenar aku ha ha ha!!!

Aku dah cakap, pompuan nih dia melihat dari sudut mata yang sangat dalam...

errr...ini citer pasal "darah" secara literal dan metafor nya...

ini filem yang kata bahawa...setiap darah keturunan yang kau bawak akan menentukan siapa kau...

mungkin benar dari satu sudut saintifik...

namun aku berpendirian bahawa...

darah kau tak menentukan kau masuk syurga atau neraka...

yang akan tentukan...

sedalam mana kau dengar seruan Tuhan atas engkau!

ha ha ha!

and then??

macam biasa...

jalan ajeeee!!!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...