Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


"Some men are created evil"


Some men are created evil...ini ialah satu kenyataan yang sangat salah,

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.


Kalau kita kata Tuhan jadikan sebahagian manusia itu evil, maka sesungguhnya Tuhan itu sangat zalim...dan kejahatan sebenarnya tidak ada maksud melainkan jika orang yang jahat itu memilih untuk menjadi jahat setelah dia mengetahui KEBENARAN akan kejahatan itu.

Ini ialah sebuah filem dari Negara Israel, (ya, nanti kau akan kata aku support Israel / Zionis / Yahudi lepas tu kau kutuk aku!) yang sangat bermanafaat untuk kita mengambil iktibar tentang "good and evil"...

Citer nih ada banyak twist...plot dia dimainkan oleh pengarahnya sampai kau rasa macam...kau tahu...sebenarnya good and evil tak ada makna kalau kau mengetahui kebenaran!

Seorang abah yang baru kehilangan anak perempuan dia di tangan seorang masochistic paedophile kerana kesilapan diri dia sendiri tak jaga anak betul-betul telah bersumpah akan mencari dan membunuh si pembunuh kejam tuh...

Maka dia pun menala seorang cikgu bertaraf agamawan yang sebenarnya mengaku tak pernah buat kerja tu semua sebab dia innocent...

Abah budak pompuan nih tak pedulik, dia rasa nak lepas marah dia, dia tangkap cikgu nih dan bawak ke satu rumah kosong bekas peninggalan satu keluarga Palestin nih...

kat rumah tu, dia siksa cikgu nih, dia dera sampai semua benda yang kau boleh imagine ke tahap jahat maksimum dia dah buat dah kat cikgu nih...namun cikgu ni kata - "macam mana aku nak mengaku...aku tak pernah bunuh orang!"

Memang masa tu kau akan rasa nak maki abah budak nih, pasal dah laa dia ni gila sepera...dia hasut pulak bapak dia (atuk budak nih) join sekali dengan seekor crooked cop yang juga mengesyaki cikgu nih laa dalang pembunuhan kejam bersiri tuh...

Maka kau akan lihat kejahatan yang dibuat manusia nih...kalau dia dah buat jahat...kau akan nampak...

maka aku pun rasa macam nak kesian kat cikgu nih, sebab dia memang innocent gila...

sampai laa, atuk budak tuh termakan kek yang di "gula-gula" dek abah budak pompuan nih sampai tertidur dia...,maka the crooked cop tu pun sempat lari, tapi nasib baik...nasib baik dia tinggalkan cikgu nih...dia tak bawa cikgu nih lari sekali...sebab dalam hati dia, memang dia yakin cikgu tu laaa setan nya...

paling best ada part the crooked cop tuh terjumpa dengan seorang Arab Palestin, dia dah cuak...Arab Palestin tu cakap kat dia - "kau ingat aku ni macam kau ke? asal jumpa aje bunuh?" Crooked Cop tuh tanya mamat tuh samada dia ada handphone ke tak...mamat tu jawab sinis - "ye lah, kaum aku semua primitif, handphone pun tak mampu beli"...last-last dia lontar I-Phone 4S kat crooked cop tuh...ternganga kawan! errr..ada hikmah dalam adegan nih...ha ha ha!

tapi, lepas crooked cop tuh habis bertelefon...dia lari balik masuk rumah tu...sebab apa?

ha ha ha!

Kalau kau nak tau, kau tengok filem nih...aku rekomen...ni filem memang gila ba** sedap!!

Seriously aku tak sangka ada Yahudi boleh berfikir nak buat filem se hebat dan se profound ini!!!

Filem ni akan mengajar kau...

bukan semua Good itu GOOD. 

dan kadang-kadang kau buat EVIL sebab kau dah diberitahu, kau harus jadi EVIL...

kalau kau tau mana satu GOOD dan EVIL sebenar...

maka satu ujian Tuhan kau dah lepas!!!









Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...