Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


"wE aRe FaMIly part two!"


sebenarnya aku tak berapa minat kalau menonton filem-filem tak masuk akal macam nih, tapi sebab anak aku pada satu hari tu asyik dengan ralit dok menonton filem ni kat satu kedai dvd nih...aku terus cari filem ni dalam bentuk bluray nak bagi anak aku tengok...sebenarnya gak, anak aku yang inspire aku untuk tonton filem ni ha ha ha ha!!

dan apabila aku menonton filem nih aku rasa ada satu benda yang sangat menarik pada filem nih...belum pernah aku jumpa satu filem yang dibuat khusus untuk budak-budak tapi sarat dengan mesej maknawiah dan duniawi yang sebenarnya menjelaskan kepada kita satu benda yang sangat dianggap over rated pada hari ini - KASIH SAYANG.

Charlie Bucket ini ialah seorang budak yang miskin harta tapi kaya dengan kasih sayang, dia sangat-sangat ingin untuk masuk ke kilang coklat milik Willy Wonka (wanker?) yang sangat hebat dan sangat dahsyat...disebabkan Charlie ialah seorang budak yang sangat kaya dengan compassion dan kasih sayang sesama ahli keluarganya, maka mungkin jugak dengan doa dari atuk nenek dan kedua mak bapaknya yang sangat baik hati dan penyayang, maka ditakdirkan Tuhan dia pun dapat memiliki sekeping tiket emas terakhir buat dia masuk ke kilang itu.

Maaf cakap, aku memang kurang minat dengan citer-citer kartun macam Harry Potter, dan segala macam filem dengan tajuk Chronicles, not my cup of tea, namun demikian sebab anak aku Mohamad Edhrie Hasheim sangat suka menonton filem nih maka aku pun join sekali dengan dia...dan ternyata taste anak aku sangat tinggi sekali (pun intended).

Filem ini juga mencirikan perbezaan sikap kapitalis dengan sikap sosialis  aku yakin penulis buku dengan tajuk yang sama sebenarnya cuba memasukkan elemen politikal yang sangat satira dalam penulisannya...ha ha ha ha!!

dan akhirnya anak aku menang juga! ha ha ha!!!!

"nothing is what it seems to be"


Wesley Gibson ialah seorang loser yang bekerja kolar biru, sangat penakut dan tak berani nak stand up for his right! Dia pula mempunyai penyakit GAD yang sangat menyusahkan diri dia menyebabkan dia selalu "kalah" dalam perjuangan...

Namun sebenarnya as usual, little did he knew that...NOTHING IS WHAT IT SEEMS TO BE!

sebenarnya GAD dia itu ialah satu simptom yang dia mempunyai sayu superhuman ability yang boleh digunapakai untuk dia dilatih menjadi seorang HITMAN.

aduhai!


"dan sebenarnya...less is more!"


Kalau nak diikutkan secara politikalnya, ini ialah Satanic Verses versi Kristian. Ini filem yang diadaptasi dari sebuah novel yang mengambil watak seorang messiah yang mempunyai masalah "humanity complex"...err...bukan "messiah complex" atau "god complex".

Filem ini seperti juga novelnya, mengambil adaptasi secara bebas tentang watak Jesus Christ yang dikatakan penuh bernafsu, confuse dan blur macam manusia biasa...err...teringat aku dengan lagu "One Of Us" karya Joan Osborne...yang mempersoalkan secara bebas pula macam mana kalau dibayangkan Tuhan tu macam manusia...err...pun intended.

Dalam konteks filem ni, Jesus digambarkan sebagai "Tuhan" yang mempunyai "humanity complex"...yang masih terikat dengan keperluan jasadiah dan badaniah yang perlu diambil berat...maka falsafah yang boleh diambil dalam konteks ini ialah...perlukah kita percaya yang Jesus itu Tuhan kalau dia perlu makan, minum dan berkasih sayang serta lain-lain keperluan rohani dan jasmani.

Filem ini juga mengungkap dua versi Jesus Christ pada babak di mana Paul Of Tarsus sedang berkhutbah dan (berbohong) mengatakan dia telah bertemu dengan Jesus Christ yang mana dia menganggap "penipuan"nya itu sebagai bohong sunat sebab dia yakin Tuhan suka dengan apa yang dia buat...perhatikan respon Willem Dafoe bilamana dia mengatakan - "mengapa kau berbohong??"...Secara hakikatnya adegan itu mempersoalkan tentang fitnah kebenaran...kerana kebenaran tidak mampu berbohong!!

Filem ini sebenarnya mahu kita memikirkan...dan memasukkan satu doktrin dalam kepala otak untuk kita fikirkan (inception) bahawa...kalau Jesus tu Tuhan...layak ke dia jadi Tuhan sebab dia juga manusia? You cant have it both ways!


...dan mengikut akal waras...patut kah Tuhan turun dalam bentuk manusia untuk menbuktikan kepada manusia bahawa Dia maha pengasih dan penyayang dan Dia sendiri sanggup menjadikan diriNya sebagai salvation ummah?? ha ha! That is one sordid thing to ponder upon! Kau buat something, kau bikin dia jadi macam tu lepas tu kau kena explain kat orang dan mintak maaf dengan orang untuk justify kan apa kau buat...masuk akal ke? Kau dah tahu apa kau buat tu betul...do you need to explain why you do it? Itulah pasal...orang yang yakin dengan Allah Taala akan melihat kebesaran dan kekuasaan Tuhannya tanpa perlu apa apa explanation dan tafsiran..."Kami Beriman dan Kami Patuh".

Sekian!



"the return of the xmen"


...dua tiga hari lepas, aku dengan wife serta anak aku pi makan malam dekat satu kedai makan kat rumah aku...masa tu kedai makan tu tengah main DVD Wolverine, perggghhh...aku memang ada beli DVD filem nih cuma wife aku paksa aku beli sebab sebenarnya aku tak berapa minat filem nih...pasal...aku rasa macam over rated aje...

Bilamana keesokan harinya masa aku tengah selongkar koleksi bluray aku...aku ternampak pulak box set movie X-Men yang wife aku gak paksa aku beli, tapi aku tak berapa minat nak tengok...malang bagi aku sebab aku akhirnya tertengok gak movie nih selepas kena penangan tengok aksi-aksi menarik DVD Wolverine yang aku tengok semalam masa aku tengah makan...ha ha ha ha!!!

Seperkara menarik tentang filem ni ialah...ia menceritakan tentang satu kaum, yang sangat ditakuti oleh masyarakar manusia "normal" sebab kelebihan kaum nih yang tak ada pada manusia normal...mungkin ini sekadar filem cereka untuk hiburan...tapi ada "kebenaran" yang tersirat dalam filem nih...sebenarnya manusia jenisan macam X-Men nih memang dah lama wujud...kita nih kalau baca Quran kena faham maksud apa yang tersirat dan tersurat...dalam Quran Allah sebut Nabi Isa tu sebagai satu "tanda" kedatangan hari kiamat...hari yang tak ada maaf bagi orang-orang kafir...dan sebenarnya itulah petanda wujudnya X-Men...sebab tak ada manusia yang mempunyai kelebihan macam Nabi Isa nih...maka inilah tanda kedatangan X-Men.

...dan X-Men yang sebenarnya itu wujud dalam bentuk pemikiran seperti Charles Xavier yang mengenali siapa diri dia yang sebenar dan begitu prihatin dengan "manusia" dan sangat menyayangi makhluk bernama "manusia" walaupun sebenarnya Professor X nih ialah salah satu dari tanda kewujudan manusia mutan yang mengalami proses evolusi yang hebat.

Kadang-kadang aku heran, dalam komik dan kartun yang kita anggap bodo macam ni sebenarnya tersirat jawaban-jawaban bahawa sebenarnya...

...dan Wolverine ialah superhero baru pujaan hatiku ha ha ha ha!!!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...