Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Jack Black sebelum jadi cikgu rock adalah seorang dark preacher...


aku suka filem ni sebab watak Jack Black yang tak hingat...karakter dia mudah aje...kritik, kritik dan kritik, semua orang tak betul...dia aje betul...

Tema utama filem ini ialah tentang komitmen, boy meets girl, boy get broken hearted (eh?) ...and later...boy says...thats it!

Sepesen dengan Empire Records, premis nya sama...kedai muzik...cuma kedai muzik ni ada sikit falsafah...dan falsampahnya amat berat...semuanya sebab Jack Black...ha ha ha ha!!!

aku teringat pulak dengan filem Notting Hill sebab karakter John Cusack memang selembik karakter William Thacker dalam filem Notting Hill tu...asal dengan pompuan aje...lembik! tak macho langsung!!!

aku sedang mencari Bluraynya...manalah tau ada jumpa...zaman laa ni mana best dah main dvd...tak ada kelasss...

Empire Records memang the most legendary movie dalam list aku...


Ini movie zaman-zaman Liv Tyler baru nak menjadi...nak kata ini movie pasal grunge pun tak jugak...sebab latarbelakangnya ialah sebuah kedai CD yang menjual bermacam-macam jenis muzik dari punk sampai bubblegum pop. Mungkin kebetulan filem ni menjadi masa zaman-zaman grunge maka adalah relevannya disitu.

Berkisar tentang muda mudi yang bermacam-macam perangai, macam macam kisah dan juga konflik agung yang melanda remaja masa kini...to "do" or not to "do". Plot filem ni agak simple, tentang originaliti, tentang ketaksuban pada rock n roll dan juga tentang ketaksuban pada..."errrrr"....

Premis filem ini memainkan peranan "menghidupkan" mesej dan cerita, sebab aku rasa sebuah kedai CD yang dimiliki oleh seorang ahli korporat yang tak tahu apa itu rock n roll dan macam mana nak rock serta seorang pengurus kedai yang amat prihatin pada pekerja-pekerjanya yang terdiri dari para juvenile delinquent...

Dialog sempoi, tak meleret-leret atau terlalu preachy...atau  nak menunjukkan apa-apa trend atau pegangan hidup (ironinya budak-budak dalam filem ni semua terumbang ambing kurang kasih sayang)...membuatkan filem ni bolehlah diangkat sebagai sebuah filem yang sempoi...

anyway Empire Records memang ROCK!!!





Anak aku tak habis-habis tgk citer nih...


Mater The Greater ialah idola besar bagi anak aku...setakat ni dah ada tiga bijik kereta mainan Tow Mater yang dimilikinya. Setiap kali pergi ke mana-mana, kalau terjumpa aje apa-apa benda yang berkaitan dengan kereta kartun ni tak kiralah apa benda sekalipun...mesti dia nak.

Aku dengan wife pun dah hapal skrip kartun ni...tiap-tiap jam dia mesti mau pasang ini movie, tak ada peluang langsung kami nak tonton filem lain.

Aku suka anak aku tonton filem ni, at least filem ni dapat mengajar dia erti setiakawan, selflessness dan yang paling penting...baik hati dan cool macam Mater The Greater...

Ini mungkin filem  biasa bagi budak-budak tapi tidak bagi anak aku...ini filem legend dia!!! selepas Boboiboy...ha ha ha ha!!!

Rock of ages, still rolling, keep rocknrolling!!!


Menonton filem ini mengimbau kembali zaman kehebatan poser rock ala Whitesnake, Warrant, Poison dengan lagu-lagunya yang evergreen. Mungkin pemuzik tegar dan berkaliber serta mat-mat thrash mengutuk lagu-lagu band poser rock sebegini namun tidak aku, aku tetap meminati lagu-lagu poser rock sebegini sebab muzik mereka ni telah lama mendapat tempat dalam hati aku...pi mati orang nak kata apa pasal Glam Rock...

Paling best, ada elemen mengutuk boy band tak hingat...errr...dua-dua poser...

Filem ni memang agak klasik kerana gabungan pelakon-pelakon filem yang otai digandingkan pulak dengan muka-muka baru...memang ada kelainan sikit menonton filem tribute kepada poser rock sebegini...sememangnya pengagungan Whiskey A Go Go merupakan premis utama filem ini...tempat "awek-awek" boy band mula main muzik...biasalah kan? itu dunia mereka...

Klise anti rock juga turut dipaparkan dalam filem ini...mungkin satu ode buat Tipper Gore gamaknya...dunia semua tahu penangan PMRC satu ketika dahulu yang cuba nak ban muzik rock dan akhirnya berjaya meletak sticker "Parental Advisory" pada mana-mana CD band yang "kurang ajor"...

Filem ini ialah filem yang cruising down the memory lane...as the title suggests...I WANNA ROCK!!! YEAHHHH!!!

Cinta Merentas Space Time Continuum

Premis filem ini amat mudah namun cuba di saratkan dengan mesej...nothing is perfect...but look closely.

Henry De Tamble mempunyai masalah pada genetiknya yang tidak stabil yang selalu membuatkan dia "hilang" dalam "terang". Namun demikian dalam ketidaksempurnaannya sebenarnya  Tuhan ada satu package plan yang menarik untuk dia. 

Kekurangan dari sudut genetiknya itu sebenarnya ialah satu anugerah yang amat bernilai untuk dia. Dia dapat keluar masuk garis masa (tanpa kerelaan hatinya) dan yang paling best dia dapat jumpa dengan the love of his life, semenjak dari wife dia kecik, muda remaja sampailah kepada ajalnya.

Filem ini bukan filem dongengan time travel yang melawan paradoks dan paradigma, tetapi adalah filem yang mengajar apa makna TRUE LOVE.

Claire Abshire ialah seorang hopeless romantic yang sudah head over heel dengan seorang time traveler yang dikenalinya semenjak dia kecik lagi...

Dua watak utama ini berjaya mengajar penonton untuk lebih menghayati maksud CINTA SEJATI bukan pada rupa, warna kulit mahupun harta benda (walaupun Henry sudah bagi bini dia menang duit 5 juta untuk mereka beli sebuah rumah agam ha ha ha)...yang mana perasaannya hanya boleh dan mampu dibayangkan dan dialami oleh mereka yang pernah melaluinya...ia adalah satu fasa kehidupan yang mana boleh membuatkan seseorang itu in love atau all out of love...terpulang pada diri masing-masing.

Sesungguhnya ini ialah sebuah filem cinta merentas masa yang amat unik dan...profound???

review lama aku


Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...