Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Come with me if you want to live...

Semua orang kenal Arnold Schwarzenegger melalui filem nih...filem yang menggambarkan ketentuan dan keadaan yang pasti - manusia akan sentiasa berbunuhan sesama sendiri demi untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat dan lebih terror!

Masa ni si Arnold ni masih muda belia lagi, cakap omputih pun tak berapa fasih...jadi memang sesuai laa dia pegang watak nih sebab tak banyak bercakap...

Ini filem tentang robot dari masa depan (bukan Doraemon) yang dihantar untuk membunuh bakal pejuang negara yang akan mengalahkan robot-robot nih dalam perang masa depan...robot T-800 yang dihantar nih sangat efisyen dalam membunuh semua wira-wira negara masa depa muda belia lagi...cuma seperti biasa...ini ketentuan Tuhan...orang baik-baik tetap terpelihara...walau dalam filem sekalipun...seorang minah yang bernama Sarah Connor berjaya diselamatkan oleh seorang wira masa depan yang merupakan "bapak" kepada anak pompuan tuh - Kyle Reese. ha ha ha! how ironic!!! hang kena tengok Terminator : Salvation untuk kenal siapa dia Kyle Reese nih!

Installment keduanya pula mengambil Schwarzenegger sebagai robot yang dah insaf dan bertaubat...ha ha ha!! Dia kembali kepada keadaan John Connor ketika berusia belasan tahun untuk selamatkan budak tu dari kena bunuh dek seekor lagi T-1000 yang sangat advance. Dalam filem kedua ni kita akan lihat hubungan antara robot dengan mamat bernama John Connor nih dan bagaimana seekor robot diajar dek mamat John Connor ni tentang anomali ketiga matematik yang sangat konsisten dalam kehidupan manusia...makanya tak mustahil bahawa seekor robot pun boleh diajar berkasih sayang walaupun dalam filem!

Filem ini juga memberikan bayangan PERANG BESAR antara manusia dan robot di mana mak dan anak yang dikatakan bakal menyelamatkan dunia dari kucar kacir ini telah berjaya menjahanamkan sistem awal robotik yang katanya diambil dari bekas tangan robotik robot yang mampus dalam filem sebelumnya...ternyata James Cameroon berjaya menampakkan elemen chain reaction yang sangat cantik dan boleh diterima akal waras...dan sebenarnya ini menunjukkan bahawa...ketentuan tu kau tak boleh elak...kau buatlah macam mana pun...takdir itu pasti berlaku!!!

Filem ketiga dan terakhir yang dilakonkan dek pakcik Schwarzenegger nih ialah filem yang menutup simbolik-simbolik dan bayangan-bayangan pada kemelut kemanusiaan dan kerobotan yang mana akhirnya takdir itu tak boleh nak dielak lagi.

Macam biasa, filem nih mesti lah ada elemen-elemen suspen yang melampau dan tahap-tahap gaduh aksi gaban yang tak boleh nak blah.

Filem ini juga seolah-olah mengangkat konsep feminisme bilamana robot pompuan yang sangat jelita menjadi robot pemangsa yang diarahkan membunuh wira-wira masa depan dari zaman silam ha ha ha ha@  skima nya aku!

Macam biasa juga, John Connor masa nih dah muda belia, dia merasa keliru dan confuse sebab mak dia pun dah tak ada dan dia sorang-sorang terhoyong hayang tak ada masa depan sebab dia rasa dia dah tak ada fungsi lagi bilamana dia rasa dia dah berjaya mengelakkan berlakunya Judgment Day dalam filem sebelumnya...dan dia rasa macam...sial...ha ha ha!! dan akhirnya ketika dia dok memecah masuk klinik vet untuk melepaskan gian...malam jahanam tu menyatakan pada dia bahawa - YOUR TIME HAS COME!!!

dan akhirnya...dia terpaksa redho dengan kenyataan bahawa...dialah manusia yang Tuhan dah pilih untuk mengepalai manusia-manusia lain untuk menjahanamkan robot-robot puaka yang jahat...ha ha ha ha!!!


Filem terakhir ini adalah antara filem yang sangat mengesankan kerana di dalam filem ni kita akan kenal siapa dia John Connor dan apa maksud Salvation dalam filem nih...

Seorang death row inmate bernama Marcus Wright telah bersetuju untuk menjadi bahan ujikaji sebelum dia dijatuhkan hukuman mati...dan dia akhirnya terkejut dan terjaga bilamana dia melihat dunia di sekeliling dia dah jahanam...mamat nih merasa sangat confuse dan cuba mencari jawaban...sehinggalah dia berjumpa dengan seorang budak remaja bernama Kyle Reese yang sangat kuat semangat dan berjati diri tegar ha ha ha!!! 

Depa dua orang nih akhirnya berjumpa dengan seorang lagi hero kita yang akan mengubah semua benda menjadi baik-baik saja...ha ha ha!! John Connor masa tu dah jadi kepala kapal yang sangat disegani...

Antara empat filem Terminator nih, aku rasa banyak pengajaran aku dapat dari last installment filem nih sebab filem ni mengajar bahawa - the past, the present, the future ialah satu gabungan chain reaction yang perlu didokong oleh ketentuan yang azali.

Kalau Marcus Wright tak terjaga dari tidurnya (the past), sudah pasti dia tak akan berjumpa dengan Kyle Reese (the present) dan mendermakan jantungnya buat bekalan kepada pemimpin kemanusiaan masa depan. John Connor (the future)...serius aku menangis masa tengok mamat ni sanggup korbankan diri dia untuk keselamatan seorang pemimpin agung bernama John Connor...

dan sebenarnya aku belajar satu perkara bahawa...semua ketentuan tu telah dinyatakan dan kepada yang percaya Tuhan...tak usah risau...Salvation kau dah Tuhan sediakan sama jugak macam watak dalam filem nih yang sangat...

Subhanallah!!!

Serious...ini filem yang sangat best...ha ha ha ha!!!


Aku mula-mula kenal dengan nama Bob Guccione dari lirik lagu Guns N Roses..."cause your dad got more pussy than you?" maki Axl Rose kepada Bob Guccione Jr...ha ha ha ha!!! akhirnya aku baru tau bahawa mamat keparat nih ialah boss kepada sebuah majalah tak bermoral yang sangat keren...Penthouse Magazine...

Ini sebuah filem lakonan Malcolm McDowell yang menceritakan dengan jujur, uncut (mind you) dan sadis tentang manusia dan kekuasaan dunia...itulah kadang-kadang...dugaan Tuhan yang paling sakit dan paling besar ialah apabila kau ada kuasa untuk buat apa benda yang kau suka...maka kau akan jadi macam mamat Caligula nih...dia main lenjan, adik pompuan dia pun dia lenjan jugak...no holds barred!!!

Aku masih mencari kalau-kalau ada versi rated yang memotong semua adegan-adegan yang aku rasa...okaylah aku mengaku memang syok tengok adegan tu semua tapi tak best la nak tengok dengan anak bini ha ha ha!!! tak per...aku forward aje kan?? the miracle of the bluray players!!

Filem ni mengisahkan tentang komitmen seorang manusia untuk buat benda dari sejahat-jahat kepada sesetan-setan perkara...Caligula ni terkenal dengan sikap dia yang sangat direct dan sangat autoritatif...dia sanggup bunuh semua orang yang tak sekongkol dengan dia...semua orang yang dia syak cuba nak gulingkan dia...dia cantas...walaupun orang tu sangat setia dengan dia...dia suka dengar fitnah orang dari mempercayai orang yang setia dengan dia sendiri...dan akhirnya...siapa yang jahanamkan dia???

ha ha ha!!!

Tuhan tu adil...kan? kau tunggu aje laa bala kau tiba nanti!

Klasik!!!


Ini citer pasal akal manusia dan macam mana manusia boleh jadi bangang untuk buat kebaikan...ha ha ha!!

Ini citer pasal keprcayaan tentang Dajjal aka Antichrist...sebenarnya dalam agama Islam mana ada Tuhan sebut pasal Dajjal???

Yang ada Tuhan sebut pasal Nabi Isa datang balik ada laaa...

dan sebenarnya ini filem foreign language yang sangat aku minati!!!

kelakar??

memang tak ingat!!!

Zombie Buatan Malaya...


Aku sebenarnya ikut juga filem-filem tak siap bawaan Mamat Khalid, dari filem Rock kapak dia sampailah ke filem Estet, semuanya bagi aku sangat pelik dan boleh laaa nak tengok tanpa rasa menyampah...cuma baru-baru ni aku tengok filem Apokalips X bawaan brader nih aku rasa macam...ahhhh!!!! Dia nak bawak stail Jepun pulak daaahhhh!!!! filem gaduh-gaduh budak sekolah ni memang bukan mainan aku ha ha ha ha!!!!

Filem penzombian kedua karya brader ni aku nampak dah macam nak mencuba satu benda yang lain pulak...brader nih cuba menampakkan elemen-elemen survival ala The Walking Dead mahupun Resident Evil yang menampakkan hero berpusing-pusing menguntau para zombie-zombie yang laparkan darah manusia...masa mula-mula aku tengok filem ni yang part awal-awal tu memang best laa...pasal pontianak tersesat masuk kampung tu memang klasik laaa...kan!!! tak tersangka langsung...tapi bila masuk part akhir masa depa bertumbuk dengan zombie tu aku dah rasa macam...BANGANG!!!

Sepatutnya brader nih mengekalkan suasana macam dalam penzombian pertama dia dulu...simple, mimple tapi lebih sangat kepada kelawakan-kelawakan yang klasik!! Memang tak boleh blah bila tengok part rock band posing ala majalah Mangga dalam filem Zombie Kampung Pisang dia...ha ha ha ha!!!


Aku agak kalau brader nak buat filem-filem zombie yang serius ala-ala The Walking Dead, rentikanlah...tak sajak langsung!!! ha ha ha!

Zombies, zombies everywhere!!!


Ini filem pulak pasal seorang bekas ratu cantik ala bimbo yang akhirnya bertukar jadi seorang wira penyelamat kampung...ha ha ha! ini Erin Brockovich versi zombie...

Setelah gagal membayar hutang akhirnya bekas ratu cantik nih terpaksa meninggalkan tanah pusaka mak ayah dia dan mencuba hidup baru...namun demikian dipertengahan jalan...dia terjumpa dengan...

Filem ni sangat menarik sebab ia menceritakan perihal kewujudan zombie dari satu sisi yang lain...sisi out of this world...satu kampung menjadi zombie akibat dari virus yang tertinggal di angkasa lepas dan merodok masuk ke permukaan bumi dan menukarkan manusia kampung Berkeley menjadi pemangsa rakus laparkan fresh meat.

...dan disebalik misteri kewujudan zombie nih...rupa-rupanya...

HA HA HA!

Sadis!!!



Sean as in Dawn as in A-hole??


Ever felt like you were surrounded by zombies??

EVERYTIME!!!

Serious yang tak berapa nak serious...ini ialah favourite movie zombie yang mengenengahkan lawak kartun sebagai satu perkara yang sangat ajaib dan sinonim dengan - KEEP CALM...KILL A ZOMBIE. Watak Sean sangat cool sebagai seorang hopeless romantic yang sangat tegar dengan perasaan cinta kepada awek nya walaupun tatkala dunia dilanda wabak zombie yang melekat dan melekit! Terlampau banyak adegan-adegan kelakar bijaksana yang sangat relevan dengan situasi manusia zaman sekarang...

Bagi aku this is the best comic zombie movie ever!!!

The Punisher...kau nak punish siapa nih??

 Dua hari lepas aku bantai tengok tiga-tiga versi The Punisher, dari Dolph Lundgren, Patrick Jane sampai Ray Stevenson...dalam tiga-tiga versi ni aku rasa versi Ray Stevenson memang menunjukkan "kejantanan" sebenar The Punisher, sebabnya - untuk menjadi seorang Punisher, muka kau kena evil, muka kena zalim...mamat poster boy macam Lundgren dengan Jane memang tak sajak nak pegang watak Punisher.

Filem pertama nih menceritakan tentang babak di mana The Punisher menjahanamkan semua mafia kingpin yang dah konspirasi membunuh anak dengan bini dia...filem ni tak ada cerita pasal macam mana mamat Frank Castle nih bermula sebagai The Punisher sebab aku rasa kalau dia nak mula dengan origin The Punisher mungkin filem nih akan memakan masa selama 4 jam...ha ha ha ha!

Latarbelakang filem ni tak lah menggambarkan situasi sebenar komik The Punisher sebabnya, plot dia sangat mild dan macam gampang...ala-ala sinonim skrip citer TV zaman 80an...tak best langsung!!!

Filem tahun 2004 nih pulak citer pasal asal usul kejadian seorang mamat bernama The Punisher nih...macam mana dia bermula sebagai seorang agen FBI yang di "jual" oleh kawan sendiri yang juga ada masalah dengan diri sendiri...ha ha ha!!! Latarbelakang filem ni masih bercerita pasal balas dendam, tembak menembak, bunuh membunuh...tapi plot citer dia ada sikit best sebab The Punisher versi Thomas Jane ni sangat licik dan sangat hebat dalam menyusun strategi pembunuhan...dia memang jahat dan sadis!!!


...dan aku rasa antara tiga-tiga versi nih...versi yang 2008 ni lebih berlatarbelakangkan komik The Punisher sebab rupa mamat ni pun sangat evil dan rakus...

sebenarnya filem-filem ni mengajar aku satu benda...perlu ke kau balas semua kejahatan orang pada kau?? Adakah kau fikir, kau adalah the higher power yang boleh menghukum orang lain atas kesalahan dan kesilapan mereka terhadap kau??

dan adakah kau boleh mewakili Tuhan dalam menghukum??

Atau 

adakah lebih baik kau maafkan ajer dia dan kau move on??

kalau aku...

I forgive you...

and I am moving on with my life...

sebab kalau Tuhan nak aku ada benda yang aku hilang selama nih,...


Dia tak akan ambik benda tu dari aku on the first place...

and then...some!

I believe in the higher power...

yang akan bagi kaw kaw pada orang yang zalim...

HA HA HA!!!




Ini filem tentang kemungkinan...alternate universe atau mungkin filem yang menyinggung perasaan!


Ini mungkin filem yang menyinggung perasaan kebanyakan orang yang menontonnya...tapi bagi aku ini ialah filem yang sangat liberal, sangat bebas dan sangat crass humor nya.

Filem ini mengupas beberapa antologi filem pendek yang membawa kemungkinan yang akan berlaku sekiranya situasi ini terjadi...ha ha ha!!

kalau nak tengok movie ni dan tak kritik movie ni gila bab*, maka aku cadangkan filem ni untuk kau...

tapi...

tonton dengan iman...bukan tonton dengan nafsu...sebabnya ada banyak benda yang tak tercapai dek akal biasa...kena akal luarbiasa mencernakan pemahaman filem nih...

HA HA HA HA!!

kelakar siottt!!!

Labor Day...1 Mei...ha ha ha!!!


Aku dengan movie ada satu hubungan yang sangat unik...I never chose a movie but a movie chose me...itulah hubungan unik aku dengan filem-filem yang aku beli...semalam aku pi rewang-rewang dengan wife dengan anak aku pi Kenyalang Park...syurga DVD dan Bluray made in China yang ada macam-macam title yang, kau nak cari citer apa mesti ada...cuma citer-citer tak bermoral kau jangan harap laa jumpa...semua citer dari PG13 sampai Rated R semua ada ha ha ha!!!

Tengah aku belek-belek bluray kot-kot ada citer best, maka aku pun ternampak tajuk movie nih...Labor Day..errr??? Siapa pulak bikin citer Hari Pekerja nih?? Memula aku buat derk...last-last bila aku tengok muka Josh Brolin dengan Kate Winslett...aku baca film summary (sinopsis laa kawan!) dia...aku tengok...alamak...macam best...aku beli.

Filem ni pasal seorang convict yang dah dipenjara 18 tahun sebab dia dah bunuh bini dia yang merupakan seorang perempuan sundal main kayu tiga...mamat bernama Frank nih sebenarnya seorang yang sangat berbudi pekerti luhur dan sebenarnya pembunuhan yang dia buat tu ialah satu kesilapan yang merupakan spur of the moment yang dia tak dapat nak elak...namun demikian...manusia yang menghukum nih bukan Tuhan...dan dia pun kena jail 18 tahun...

...dia dapat melepaskan diri dari cengkaman penjara dan telah diselamatkan oleh seorang janda beranak sulung...dan...bermulalah sessi kenal mengenal dan kagum mengkagumi...

Ini ialah sebuah filem tentang kemaafan, kau maafkanlah dosa orang yang bersalah dengan kau...sebab kekuatan dari kau memaafkan orang lain, kau boleh carry on dengan life kau dan tak banyak baggage yang kau perlu bawak dalam hidup kau...

ini filem yang sangat....arrrgggghhhhhhh!!! hebat!

It is not an addiction...it is who you are Veronica!


Seriously, aku memang sangat meminati karakter pompuan yang suci murni dan hidup untuk memurnikan dunia dan berbuat baik kepada sekeliling...watak-watak kegemaran aku seperti Tru Davies, Joan of Arcadia dan ramai lagi termasuk minah nih...mengingatkan aku bahawa ada jugak karakter manusia baik walaupun cuma dalam tv dan wayang...("dan ingatlah kisah....yang kami ceritakan padamu"...klise ayat Quran tu)...

Seriously lagi...aku melihat minah ni menjahanamkan life yang sepatutnya dia ada dan dapat hanya kerana dia sangat sayangkan tanah tumpah darah dia dan sifat patriotik dia pada kampung dia...ha ha ha ha!!!

Mungkin bagi setengah orang, benda yang dia suka buat tu pada dia ialah addiction...tapi pada aku...itulah "True Calling" kau...

dan filem ni mengingatkan aku bahawa...Tuhan dah bagi manusia dengan bermacam-macam talent...kau gunapakailah samada nak mensejahterakan dunia macam Veronica Mars ni atau kau nak menjahanamkan dunia macam crook dalam filem nih...

Ingat...dunia ni ada balance...kat mana ada setan, kat situ jugak ada Adam...

dan...

akhirnya...

"ingatlah peristiwa ini".


HA HA HA HA!!

ps: "a long time ago, we used to be friends"...

Veronica Mars forever!!!!



aghhh ahgghgh agghhdhdh...what we got here is a failure...to communicate!


Ini citer pasal seorang innocent bystander yang sangat innocent dan dia tak mahu tunduk dengan authority...orang macam ni memang dibenci kerajaan!!!

Mamat bernama Lucas "Luke" Jackson ni atau nama manja dia "cool hand luke" ialah seorang yang sangat berjati diri dan selalunya akan berusaha mendapatkan apa benda yang dia nak dalam hidup...

orang-orang macam ni Tuhan jadikan sebagai "limited edition" dan dia ni ada pengenalan diri yang sangat jitu...dia tak peduli apa orang kata pasal dia...yang penting hidup ni bagi dia sangat berharga...

Ini memang filem klasik yang sangat menyentuh jiwa...ini filem simple yang meggambarkan seorang yang against the current...melawan arus dan ombak yang ganas...dia tak pedulik apa orang cakap, orang buat...orang-orang ni sangat istimewa dan berjati diri tinggi...

Sebenarnya Tuhan jadikan orang-orang macam ni semenjak zaman Nabi Adam sebagai pengenalan bahawa...Tuhan boleh buat apa dia suka dan dia boleh buat apa dia mahu...orang-orang macam ni sangat istimewa sebab orang-orang "limited edition" macam ni sangat rapat disisi Tuhan sebab diberikan kitab yang sangat special...dia boleh buat apa dia suka dan dia boleh carik semua hukum sebab dia dengan Tuhan tu dah tak ada dinding lagi...dia buat sebab Tuhan suruh dia buat dan perbuatan dia tu akan menjadi pengajaran bagi orang yang mahu ingat akan kekuasaan Tuhan...

errr...aku ada terbaca satu kes kat laman sosial...pasal seorang ustaz ni bagi satu ceramah pasal bani tamim...aku percaya apa ustaz tu cakap sebab apa dia cakap tu walaupun dia tak rujuk mana-mana nas dalam  Quran...tapi penjelasan dia tu sangat tepat...

Semua orang tak tahu dan tak nak ambik tahu tulisan jawi tu bukan dari tanah arab...tulisan jawi tu berasal dari bangsa Jawa...yakni rumpun MELAYU...mana ada sistem tulisan Arab...kalau ya, dia tak panggil tulisan JAWI, dia akan panggil TULISAN ARABI...

Kita lupa, elemen mistik tu sangat perlu dalam Iman...mistik tu ialah satu benda yang tak dapat dijelaskan dek akal yang nyata...iman dan kepercayaan aje yang akan meyakinkan kita benda tu wujud...kalau dia kata orang Islam tak perlu percaya kepada elemen mistik...maknanya dia menolak kewujudan Allah Taala sebab tak ada bukti nyata dan jelas Allah tu wujud tang mana...??

Kepada ustaz yang kena hentam tu...aku ucapkan...Alhamdulillah, hang dah kena...hang dah dapat banyak pahala...betui habaq hang...kedudukan hang disisi Allah Taala dah jelas dan nyata...tapi tak payah laa hang nak compare citer pasai pelacur dengan ahli ugama tu...tak cantik laaa...

itu sebab aku suka tengok citer Twilight Zone...sebab...

ada Tuhan di situ! ha ha ha!!!!

I Walk Beside You???


If these people wouldnt walk beside you...God will!

Ini ialah sebuah filem tentang pengorbanan seorang manusia yang dari luaran dia nampak macam seorang bimbo beranak tiga yang tak siapa pun tau kekuatan dia yang Tuhan bagi...seorang janda beranak tiga yang serba kesusahan akhirnya diberi petunjuk Tuhan bahawa dia ada satu purpose paling besar dalam hidup dan dia akan jadi messiah bagi segolongan manusia yang duduk dekat satu tempat kat US bernama Kampung Hinckley.

Sesungguhnya kisah-kisah macam ni membuatkan kita percaya dengan yakin bahawa...sebenarnya Tuhan tak pilih jemaah dari kalangan-kalangan orang yang well known...dari keturunan baik-baik sebab nilai tu dibuat oleh manusia...Tuhan tak pernah menilai kau dari keturunan kau.

Dan seorang yahudi (yang mana Tuhan dah pilih kaum ni awal-awal untuk buat kebaikan kat dunia) bernama Erin Brockovich telah bersusah payah membantu dan menolong satu golongan yang dah bermasalah sebab satu kilang kat kampung depa dah bagi banyak susah pada depa.


...dan inilah kisah yang ada kita baca dalam Quran yang menceritakan macam mana Tuhan tolong hamba Dia yang bersabar dan pasrah dan redho dengan dia...

err...dan sebenarnya...


Taking life one frame at a time...


Aku baru sambar Bluray version filem nih, sekali dua salinan aku beli! Itulah aku...bila dah terkesan dengan satu-satu benda aku beli lebih dari satu ha ha ha ha!! 

Aku mula menonton filem nih dan khusyuk meneliti dan menelaah mesej dalam filem nih...ini filem pasal seorang manusia yang memilih untuk menjalankan adventure setelah puas dok berangan buat benda yang bukan-bukan tapi tak ada keberanian nak buat...

Walter Mitty hidup dalam dua alam, satu alam di mana dialah hero dan satu alam lagi dia ialah seorang yang sangat blur...Ini sebuah filem yang Tuhan turunkan hikmah dan hidayah kepada sipembuat filem nih untuk mengajar manusia macam aku supaya menghargai kehidupan (LIFE?) yang sebenarnya...hidup sebenarnya bukanlah satu benda yang patut disia-siakan...falsafah dalam hidup ni ialah...BUATLAH APA BENDA YANG KAU NAK BUAT dan PUASKANLAH HATI ENGKAU DENGAN APA YANG KAU NAK...

Cuma bezanya apa benda yang kau nak dalam HIDUP kau???

...dan akhirnya Walter Mitty dalam filem ni, menyahut cabaran cakrawala dan mengubah diri dia menjadi seorang yang sangat bertanggungjawab dan berdedikasi...satu benda yang memang TUHAN dah bagi dia semenjak azali lagi cuma dia tak sedar benda tu ada dalam dia...

Filem ni juga melambangkan analogi manusia mencari TUHAN, iaitu makna manusia itu hidup...Walter Mitty susah payah mencari Sean O' Connell sampaikan dia terpaksa melalui satu adventure yang sangat payah untuk dia...namun demikian...aku yakin sesiapa yang mencari TUHAN itu akan dipermudahkan jalan macam analogi Walter Mitty nih yang akhirnya jumpa gak dengan photographer tuh...

Tapi sebenarnya Tuhan bagi jalan yang sangat senang dan mudah untuk manusia...sama lah jugak ANALOGi filem nih di mana mamat Sean tu dah buat hidup si Walter ni mudah aje...tapi itulah manusia...sebenarnya manusia ni suka dengan cabaran hidup dunia dan suka buat kerja bodoh dari memahami hikmah apa yang TUHAN bagi pada dia...

dan akhirnya...



Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...