Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Hikayat Sang Kapur Ajaib!


Imaginasi manusia sangat tinggi dan kadang-kadang kau akan nampak macam mana imaginasi manusia itu terlalu tinggi sampaikan kau rasa...benda pelik boleh berlaku!

Sama jugak kalau kau baca banyak review filem kat Blog...macam-macam benda, macam macam interpretasi...yang kutuk orang macam diri sendiri bagus...yang melekehkan karya orang lain dan macam-macam lagi laa...bagi aku senang aje, aku ikut prinsip bekas bos aku..."benda yang tak cantik kau jangan sebut...kalau benda yang cantik, kau sebut selalu"...dan aku survive selalu dengan jampi serapah bekas bos aku tuh...

Ini filem pasal...kalau kau buat silap gila ba**, kalau kau boleh padam kesilapan kau...apa cerita? macam mana kaw tim?

ha ha ha!

itu hanya angan-angan kita sahaja...

mana wujud benda macam tuh?

...dan inilah satu filem yang membincangkan realiti sebegitu...

errrr...

kalau aku dapat padam balik sejarah hidup aku...aku nak hijrah pi US...cari Zooey Deschanel...mengorat dia dan kawin dengan dia ha ha ha ha!!!

errrr???

Trainspotting as in ---- heroine abuse? kah?



Filem British yang aku paling tak faham.

I refuse to follow Bourgeouis Elitist yang angkat filem nih tinggi-tinggi...

kau pi laa mana-mana blog Bourgeouis Elitist kat web, kalau kau jumpa...dan kau baca review depa...aku serious seriau tak faham...

sebab apa?

aku tak nampak adegan "berak cirit atas tilam" sebagai satu benda yang glorify anything...!

dan aku tak nampak pemujaan heroin sebagai satu benda ruji kau makan hari-hari sebagai satu perlambangan betapa hebatnya kau!

dan yang paling aku tak faham...

apa pandangan sang Bourgeouis Elitist yang hebat sangat pasal filem nih?

this film stinks!

ha ha ha!!

(tapi aku ada tiga salinan DVD dia ha ha!!!)


lari-lari kucing...jangan tak lari!


Hollywood nih kalau depa rasa filem tu boleh jual...depa akan create sebanyak mungkin keuntungan tanpa mahu memikirkan bahawa...you are nothing and your purpose will be nulled if you think that your existence is nothing sort of reaching out for deep pockets!

Filem pertama mungkin aku yakin sangat best dan merupakan sub-genre baru yang melangkaui akal sebabnya mana ada movie yang buat karakter anti hero terus jadi hero? filem lakonan makcik hitgirl tu pun memang convincing!! nasib baik makcik tu ada tolong dua penyiasat persendirian cum chef memasak nih!

Ini filem kedua dengan tema yang sama...yang aku sudah mual mahu tonton (owwwhhh!!? apakah aku sudah masuk ke dalam dark side si pengkritik filem!!??) tapi tetap aku masukkan ke dalam blog aku sebab aku suka...part-part pompuan bogel dengan jugs jumbo size yang sangat seni dan juga adegan-adegan "orang kawin aje boleh tengok" yang cukup ...err...errr...err...owh, I'm getting too personal pulak! ye...itu benda biasa...kau memang menipu kalau kau tak mengaku biasa menyusur website porn sebelum website porn di ban oleh kerajaan Malaysia...ha ha ha!! 

Aku rasa filem nih nanti akan menyusul part 3, 4, 5 sampai orang bosan...

sebab aku memang bosan dengan sekuel!

aku pedulik hapa!!!

there's only one god maam, and i am sure he aint dressing like one of them!


"you will not win, because you lack conviction" 
-
macam tu lah ayat Phil Coulsson sebelum dia mati...

ye betul...you will not win, because you lacked conviction...he he

hero mesti ada conviction, mesti ada aura yang mengatakan bahawa...

I am your saviour and I'd come to kick the bad guys asses...dan macam ni lah filem nih jadi!

seperti yang aku selalu ulang-ulang, anak aku sangat minat dengan MARVEL universe dan dia tak boleh nampak apa-apa barang yang ada logo MARVEL...mesti dia paksa bapak dia belikan untuk dia...

dan semalam anak aku ulang filem nih lima kali...sambil bermain PS3 Grand Theft Auto V...ha ha ha! anak aku multitasker!

Aku respek Captain Ameriak / Steve Rogers kerana dia hanya percaya satu Tuhan...dan aku respek Bruce Banner / Hulk bila dia menyindir Loki dengan mengatakan Loki sebagai - 

PUNY GOD!

seriously...ini filem aksi yang menyedarkan kau bahawa Tuhan ialah zat yang baik...dan orang jahat akan kalah ( ha ha ha ha!!!) sebab mereka lack conviction!!!

dan akhirnya...

kau kena terima kebenaran...

bukan semua blogger yang meracau macam mati anak kucing tak ada degree untuk justifikasikan apa dia tulis...

ha ha ha!!!

sila terasa!

(errr...bila kau nak email aku degree kau pulak...aku dah email dah! ha ha ha!)

sekuel dia lagi bagus dari yang original kot?


Aku suka filem nih sebab depa masukkan watak Black Widow yang menguatkan jalan cerita filem nih...kiranya mamat nih ada side kick yang sangat comel dan jelita dan boleh buat geli-geli ha ha ha!!!

Klise filem Hollywood ialah, macam filem Aziz M. Osman (kena bahan!) kau boleh predict dan kau boleh tau apa babak yang akan keluar selepas itu...maka kau jangan haraplah filem-filem Hollywood ni ada elemen surprise untuk kau...lebih baik kau beli DVD dan Bluray dari independent filmmaker macam Stage 6, Platinum Dunes mahupun yang macam sial punya filmmaker yang mana pelakon dia bercakap macam robot...lagi bagus dari menonton filem Hollywood yang predictable macam nih...ha ha ha! (haaa...garing kan aku kritik! amacam? nak lagi??)

Walaupun filem ni predictable...yang mana hero mati dulu...lepas tu tiba-tiba hero hidup balik dan ada plan "jahat" nak jahanamkan villain (itu sebab aku lagi suka filem Spiderman Sam Raimi dari yang baru nih...entah apa-apa!) lepas tu akhirnya hero menang dan comolot dengan heroin...klise yang biasa aje ha ha!

Anak aku suka filem nih, dia yang hasut aku suruh tengok...anak aku apa aje yang ada logo MARVEL semua dia suka...tiap-tiap hari dia mengangkat kereta mainan dia yang bagak tu dan re-enact balik adegan Incredible Hulk versi Edward Norton...anak aku memang gila dengan Hulk sama laa macam bapak dia zaman bebudak dulu yang koyak baju nak buat fiksyen yang real macam filem Hulk ha ha ha!! mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik lepas tu masuk ke mulut...nyuummmmmmmmmmmmmmm!!!

tapi aku rasa kan...babak gaduh dekat highway tuh klise sangat laa...zaman The Matrix mungkin nampak cool...tapi bila masuk zaman Transformers sampai ke zaman Captain Ameriak...aku rasa elemen tu dah dimainkan macam rekod buruk yang tak sedap...

err...tapi siapa aku nak mengkritik mereka? aku tak pernah bawak Ferarri maka aku tak tau macam mana nak handle Ferarri!

ha ha ha!!!

Blade is the balance of the dark.


Yes, this is the movie yang aku beli antara VCD pertama yang aku sambar kat Petaling Street (ketika street thugs masa itu tak pi kejar pembeli VCD haram nih dan pukul pembelinya separuh mati...aku nyaris nak jadi lauk jugak laa, itulah kali terakhir aku menggadaikan nyawa membeli movie di Petaling Street!) dan ini jugalah filem yang membuatkan aku rasa...bestnya ada VCD player...ha ha ha! sekarang aku dah upgrade Bluray pulak ha ha ha!!

Owhh...seriously (ini ayat klise aku!) akhirnya makin kurang juga orang baca blog aku...ha ha! trick aku menjadi...err...aku lupa nak cakap...aku kat U dulu ada juga ambik kursus psikologi maka aku rasa aku berjaya memainkan reverse psychology untuk "menghalau" ramai orang yang mencuri baca blog aku ha ha ha!!...tak kisah laa...kau nak baca, baca laa...ni dok tanya filem tuh keluar tahun bila, nak cari kat mana...apa semua tuh...letih laa...aku bukan blogger yang dibayar pembuat filem-filem nih semua jadi bukan tanggungjawab aku nak tulis semuanya ha ha ha! kan aku dah cakap...ini bukan blog pengkritik filem...ini blog syok sendiri...kan Allmovieguide ada?? pi laa cari jangan malas!!! copy yang aku ada nih semua rare punya dah tak jual dah...sebab selalu kena rush dengan KDN mana ada orang berani nak jual DVD/Bluray pirate lagi ha ha ha!!! kalau nak aku burn kan...simple aje ha ha ha!!!

err...

Ini ialah sebuah filem yang sangat asyik bagi aku sebab aku rasa selepas filem-filem Kung Fu Bruce Lee, pembuat filem Hollywood nih dah beralih kepada seni mempertahankan diri sebegini mungkin untuk bagi satu benda lain dalam movie depa...aku rasa filem nih lah pelopor kepada adegan terbang-terbang, tendang libas dan macam-macam teknik tak masuk akal yang guna CGDI...ha ha ha!!!

Elemen nasihat dan "ketentuan" dalam filem ni ialah...setiap benda setan yang wujud dalam dunia nih mesti ada "balance factor" yang memberikan keseimbangan kepada kesyaitanan yang berlaku...

membenarkan teori aku bahawa...evil cannot exist without goodness...dua-dua nih ialah acuan penting dalam hidup...

maka kalau kau tengok orang mati kena tembak, kena sembelih...kau kena capai satu hakikat keTuhanan bahawa...Tuhan berkehendak benda macam tuh berlaku dan Tuhan tidak terikat dengan kebenaran/kesyaitanan...

dan Tuhan juga menyatakan:

I AM THE LAW!!!

Seriously aku tak tau depa bikin lagi satu filem cenggini!


Pada pandangan aku sebagai seorang pengkritik filem bertauliah...ini ialah antara filem yang dalam satu zaman akan "membakar" semua filem-filem genre yang sama dan akan mencipta satu sub-genre yang akan menyebabkan berlakunya pembuatan sekuel demi sekuel...

bagi aku, memang filem ni ialah filem breakthrough genre "filem gila" yang bertema ala-ala Twilight Zone di mana kau akan rasa benda pelik tak masuk akal yang berlaku dalam filem nih pastinya sebuah realiti di alternate universe berdekatan!

Aku tabik produser filem nih, Micheal Bay (antaranya lah kan!) yang sebelum nih kita tau mamat nih memang produce filem yang cerita pasal benda-benda jahanam dan menjahanamkan tapi dalam filem nih mamat nih mungkin nak lari dari realiti filem dia kot??

Seperti filem pertama, The Purge:Anarchy membawa kita mengenal maksud redemption dan macam mana sebenarnya Tuhan masih bagi kau akal sebelum kau menghukum...dan tema utama filem nih - darjat keturunan dan perasan bagus setengah kalangan manusia yang menganggap depa sangat superior dan apa depa buat kat orang di bawah depa tidak ada consequence dan kesan, namun demikian...ha ha ah ah!! habis mampus semua!!!

dan...

this is the most anticipated movie of the year...lagi hebat dari filem sebelumnya ha ha ha!!!

Bila kau nak buat remake, kau kena make sure kau buat lebih elok dari yang original ha ha ha!!!

Aku rasa semua orang tau bahawa filem remake memang sangat susah nak membuatkan orang rasa macam filem tu terlebih best dari yang original...cuma aku rasa laaa...aku rasa aje...filem yang dibuat balik yang ada stail dan tak terpengaruh dengan filem asal = Gila-gila Remaja aje laaa kot? Sebab cerita dia pun cantik, lepas tu ada masuk watak "legend" membuatkan filem tuh jadi macam...best aje kan? bila mamat Roy tuh masuk kedai motor mamat abang kepada heroin tuh aku rasa macam - surreal...but nice...! ha ha ha!! 

Seriousy aku cakap, aku bukan benci dengan Aziz M. Osman, ada jugak filem dia yang aku ulang tengok beratus kali...macam filem Puteri Impian  tuh memang aku suka laa (walaupun taraf dia orang kata nak sama macam siri tv Maghrib, aku pedulik apa!!! bourgeois elitist boleh pegi mampus!)...

kelemahan filem Aziz M. Osman ni bila bab drama...drama dia macam tak kena aje...lepas tu dialog...ha ha ha ha ha!!! kau boleh predict apa karakter tu nak cakap, dia punya shot macam mana bila dia nak berdrama dan paling best...bab "blocking"...memang...ha ha ha ha!! angle shot dia kau jangan cakap laa...aku rasa sama hebat macam Back To The Future...aku tau Steven Spielberg memang hero dia...tapi...errr...

Seriously bila bab Afdlin Shauki masuk aje...aku senyum sorang-sorang...mamat nih memang tak boleh lawan A. Galak laa sebab aku rasa mamat nih mungkin bawaan Blake Carrington yang terlalu puitis dan terlalu elitist atau mungkin dia nak jadi J.R. Ewing yang sangat evil dan ada agenda jahat tersendiri tapi ditutup secara halus dek innocence seorang bapak yang kononnya sayang anak sangat laa kan?

errr...aku rasa inilah kali pertama aku mengkritik filem...ha ha ha ha! sorry lepas ni aku tak buat dah, jangan cabar aku...aku pantang dicabar...

aku boleh email kau degree aku kalau kau nak...ha ha ha ha!!!

ps: jadi...aku pedulik apa kau kata aku tak pandai kritik filem?? Aku malas dah!

the relation of good and evil - is God!


We will never know what Good and Evil is really about right after you watch this...

Ini filem pasal survival, survival of the fittest dan bagaimana kau jangan ambil seruan Tuhan secara literal kerana Tuhan suka dengan manusia yang suka menggunakan akal.

Ini ialah fiksi archaic yang bercerita tentang watak Ikon bernama Noh @ Noah, filem nih mengadaptasi secara bebas kisah dari Kitab untuk menjelaskan sesuatu kepada kita...

the good cannot survive without the evil...for your existence will be

NOTHING.

Filem nih sangat bijak kerana ia mengadun elemen kemanusiaan dengan cara yang sangat intelligent. Dalam filem nih Noah digambarkan sebagai putus asa dengan kemanusiaan sehinggakan dia sanggup pulak nak bunuh cucu dia sendiri kalau cucu dia seorang perempuan...dan sebenarnya inilah hakikat pengajaran yang Tuhan ajar kita semenjak zaman Adam...perempuan dianggap macam sampah...sebenarnya seperti good and evil, lelaki tidak lengkap tanpa perempuan...

You Complete Me!

dan bilamana malaikat menyatakan "despise" mereka kepada manusia dengan mengatakan - apakah Kau mahu cipta makhluk yang akan menumpahkan darah di mukabumi...Tuhan dengan sinis menjawab...

"Inni A'lamu maa laa ta' lamun"

"I know what you knows not!"

dan isteri serta anak-anak Noah lebih mengetahui hakikat Ilmu Tuhan itu kerana mereka ada Tuhan di dalam hati dan jiwa mereka...

...dan Tuhan itu ialah perasaan cinta engkau sesama manusia...

Amin!



I feel the need...the need for speed!!!



Filem ini membezakan antara orang guna akal dan orang yang guna kepala lutut.

Tobey Marshall ialah seorang street racer yang mahir men tune kereta lumba tahap street racing...satu hari kawan lama dia datang ke woksyop dia, offer dia satu peluang buat duit ratus ribu...tapi dia terpaksa ambik tawaran tu walaupun krew dia cakap...mengabihkan boreh yo layan mamat Dino bambino nih!

Filem nih memang berjaya melahirkan suasana permainan video game yang real...aku rasa macam aku tgh tgk game EA yang real dan dengan suasana dan vibe pekan dan bandar dalam permainan video tuh...membuatkan aku rasa macam nak main balik PS2 aku ha ha ha ha!! tapi mungkin tak boleh kot sebab anak kesayangan aku dah menakluki semua PS 2 dan PS 3 aku ha ha ha!!!

Filem nih memang ada babak "menangis" yang tak masuk akal...bilamana mamat Tobey nih bila dia cakap dengan rival dia..."kalau kau terbalik tergolek dog...aku akan tinggalkan kau dan aku tak akan toleh belakang dah!"

tapi hakikatnya...err...aku nak masukkan sedikit dakwah ingat Tuhan dalam filem nih...seorang manusia yang berhati mulia dan suci dari sifat mazmumah (sombong takkabbur macam bagus) tetap akan menolong sesiapa pun walaupun musuh ketat dia yang sangat dia dendam...itu ialah ketentuan Tuhan yang azali kerana Tuhan telah berpesan - "Sesungguhnya penolong mu hanyalah Allah, Rasul dan orang beriman"...kalau mamat Tobey nih percaya Tuhan maka...dia ada Tuhan dalam diri dia...ini satu perasaan yang sangat seni yang tidak boleh ditulis dalam makna...hanya perasaan engkau sahaja boleh faham...macam mana akhirnya mamat tuh patah balik dan menarik rival dia dari terbakar dalam kereta Lambo dia, sama macam kawan baik dia mati (Karma??) maka aku melihat kekuatan dari mamat hero nih...

dan siapa kata menonton filem tidak mendekatkan kau kepada Robb?? 

ps: and do you remember when Tobey's best friend said to him, that he sees a vision of Tobey menang mengalahkan mamat kurang ajau tuh?? Itu bagi aku satu petunjuk bahawa...kita semua tau dah kat mana tempat kita...mamat bernama Pete tu mungkin equivalent seorang seer atau mungkin roh dia sangat kuat mengenal kebenaran! ha ha ha!



trivia : sebenarnya watak Benny dalam filem nih membayar homage kepada Top Gun bilamana dia kata dengan kawan-kawan dia - my handle is MAVERICK!! they lived in the same universe! dan memang ya, EA Games was inspired by the film above..I Feel The Need, The Need For Speed!

The likeness of good and evil...the fast and the furious!


Bila Tuhan buat dunia nih...dia kata dia nak letak seorang vicegerent untuk menguruskan semua benda yang dia buat...tapi Tuhan ada "udang disebalik batu"...orang yang dia letak tu akan kena macam-macam...ha ha ha!

dan Dominic Toretto ialah epitome seorang anti-hero yang cool dan bergaya...dia adalah klimaks kepada perumpamaan "good and evil"...dia tidak termaktub dalam mana-mana kategori good dan evil sebab dia buat sesuatu kerana sebab yang Tuhan bagi dekat dia yang dia sendiri tak tahu kenapa...tapi dia buat jugak!!

Dia merompak, membelasah orang dan kita nampak apa yang dia buat tuh semua macam tak kena...tapi kalau kau kenal dia siapa...kau akan ada respek dengan apa yang dia buat macam Detektif Brian O'Conner yang sanggup jahanamkan karier dia sendiri untuk selamatkan manusia macam Dominic Toretto nih...

dan akhirnya...

I say unto you...

"you knew each other...so treat each other well".

- Hanya syaitan yang mengenal pengikutnya.

dan hanya Allah Taala yang kenal semua benda...sebab Dia yang bikin ini semua...

HA HA!

Dragon as in Li Xiao Long?




“Be like water making its way through cracks. Do not be assertive, but adjust to the object, and you shall find a way around or through it. If nothing within you stays rigid, outward things will disclose themselves.

Empty your mind, be formless. Shapeless, like water. If you put water into a cup, it becomes the cup. You put water into a bottle and it becomes the bottle. You put it in a teapot, it becomes the teapot. Now, water can flow or it can crash. Be water, my friend.”


― Bruce Lee

Antara filosofi Bruce Lee yang aku suka ialah dia mengaitkan alam jasad dengan sifat air..."be like water, it may looked weak but it can break the stone"...penuh falsafah tahap tasauf mengenal Tuhan yang sangat hebat...

Seriously, aku tak pandang apa agama kau...itu ialah persepsi kau terhadap dunia dan materi nya...kalau kau percaya berhala, itu hak engkau, kalau kau percaya Buddha, itu hak engkau...kalau kau percaya Dewa Krishna, itu hak engkau...Tuhan sendiri pesan, "bagi engkau "jalan" engkau, dan bagi aku "jalan" aku"

Aku cuma pandang kesamaan dalam roh kau sebab roh kau tak akan menipu, walaupun Steve Vai itu kafir kata orang...tapi roh dia tetap suci...hanya orang suci akan mengenal yang suci ha ha ha ha!!!

Kematian Bruce Lee ialah satu misteri, kerana dia mati sebab radang pada otak dia yang menyebabkan dia koma dan mati...

tapi pegangan dia sangat menarik...

"be like water"

"water you say?"

we are 70% water based...!!!

jadi, kefahaman dia tentang diri dia sendiri sangat benar...

maka...

kau rasa dia kat mana sekarang nih??

aku doakan syurga buat dia...


The Irony of it all...


Kalau lagu Metropolis : The Miracle and the Sleeper dijadikan filem...ni laaa filem dia!

dua jiwa seni yang mencintai antara satu sama lain terpaksa lalu tiga jalan dalam hidup...

dan mereka akhirnya diselamatkan oleh "the third"...

dan the third itu ialah...

Robin Williams!

ha ha ha!

Robin Williams?? Dreams?


Tajuknya aje dah misleading...apa mimpi boleh jadi?

Filem nih pasal Robin Williams dan his personal hell...

owh bukan...ini filem pasal Robin Williams yang dah mati dan dia masuk syurga buatan dia sendiri??

owhh! salah lagi...

maaf peminat keren Robin Williams!

kita pun tahu kat mana dia sekarang nih kan?

suicidal did not deserve a pity from God...

apa susah ke hidup kau? nanti orang cakap..."kau tak rasa apa dia rasa"...ha ha ha!!!

we live in our own personal heaven and hell...life can be hell if you want it to be...

orang yang memilih untuk meneruskan hidup walaupun dia dibeban dengan macam-macam masalah...ialah orang yang kuat...

only a sissy commit suicide...

dan lebih teruk...orang yang meng glorify kan perbuatan Robin Williams nih...the worst kind!!!

you know that he was in deep shit, so that is why he commited suicide...

orang yang ada Tuhan dia tak akan buat benda bodoh macam nih...

dan filem ni ialah parody kepada Robin Williams...

dan mungkin juga ironi kepada dia...

errr...



Truth and Honor...


Sebenarnya aku memang kurang suka tonton filem macam nih sebab aku tak berapa minat citer sejarah...ha ha ha!

tapi aku mendapat satu kekuatan dari watak Balian nih yang sebenarnya pada mulanya a nobody...tapi akhirnya dia menjadi hero kepada kaum dia dan dia berjaya membawak keluar kaum dari dari menjadi mangsa perang...

when the selfless are the righteous!

Mungkin ini hanya filem fiksi yang digarap dengan kisah sejarah tapi perasaan kemanusiaan yang mendalam membuatkan aku "crying in the rain" pasal filem-filem macam nih  berjaya menyentuh perasaan aku ha ha ha!!!

Perjuangan dan struggle untuk mengenal Tuhan tetap perlu dijalankan...tak kisah Tuhan yang kau kenal tu macam mana keadaan dia...samada kau nak kata manusia boleh jadi Tuhan atau kau bikin satu patung kau kata patung tu imej Tuhan...ikut suka kau lah...yang penting kau tahu...

kau ada Tuhan...

dan sebenarnya asas kefahaman tentang Tuhan telah diajar kepada engkau...

tapi mengapa kau masih menyatakan bahawa...apa yang kau bikin itu sebagai Tuhan??

owhh!!

aku masih tak faham pemikiran Pagan dan segala isinya!

Equal?


This film imagined the dystopian future where you are void of feelings and your purpose is nothing but to simply exist and die.

aku memang simpan DVD nih dan aku nak tunjuk kat anak cucu keturunan aku bahawa zaman aku dah ada filem yang membayangkan apa akan jadi kalau hidup kau dikawal oleh setan-setan tak guna yang menyekat kebebasan kau untuk mengenal, merasa dan memahami maksud menjadi manusia.

John Preston ialah manusia yang dipilih Tuhan untuk menjahanamkan "berhala" representasi Tuhan yang jahat dan sangat menggigit! 

Sepertimana tajuknya, filem ini mencadangkan bahawa - kau perlu ada keseimbangan antara "good and evil" kalau tidak hidup kau tak ada makna dan lebih baik kau tak ada aje dalam dunia nih...

...dan sebenarnya kemelut hari ni, aku dah nampak bilamana kita dikawal oleh ustaz-ustaz, ulamak-ulamak dan pak haji lebai yang depa sendiri pun tak tau apa benda yang depa dok hadap...mencipta kecacamarbaan dengan ugama yang entah apa-apa...katanya Islam...Islam sangatlah tu kalau kau rasa kau Tuhan kau boleh dictate hidup orang dengan hadith b*** dan juga cerita karut mak ayah kau...

dan filem ini mengajar kita bahawa...

"THE TRUTH SHALL BE FREE"





Wassabbb!


kalau kau tiba-tiba kena tinggal dengan gelfren kau...lepas tu dua puluh tahun kemudian gelfren kau mati, dan dia tinggalkan "warisan" untuk kau...apa kau rasa???

Aku memang meminati Luc Besson sebab citer dia memang sangat adventurous dan sangat...errr...sangat...errr...

Mamat Hubert nih memang Lethal Weapon versi Perancis...dia punya suka laa dia nak buat macam mana...

and then...

seriously...awek Jepun nih memang sangat comel 

ha ha ha!!!

Albert who? Albert Nemo??


Aku rasa ini semacam satu filem autobiografi Albert Brooks...dia nih memang semua orang kenal dia siapa...aku aje yang tak kenal dia...tapi dia tak macam mamat yang main puppet tuh...apa ke nama dia? Yang ada patung tengkorak nama Achhhhmmeeett, tuh...

Mamat nih diberi tugas oleh kerajaan dia untuk guna strategi baru bagi menarik minat orang Islam untuk terima si kafir Amerika nih...depa nak suruh mamat nih buat satu tesis macam mana nak bagi orang Islam gelak...

dan mamat nih pun pergilah ke India untuk buat tesis dia...errr...dalam banyak-banyak negara, dia boleh lenjan India aje?? Arab Saudi tak nak pi kaa??

so, premis filem nih pun macam hampeh...majoriti umat Islam kat China laaa...patut kau pegi China aje...

dan mamat nih belajar mengenali bahawa...

orang India tak ada masa nak gelak...sebab depa 'depressed" dok fikir macam-macam benda...

dan sebenarnya...

apa motif filem nih??

The Pros and Cons...


Serious, aku kesian dengan cikgu pada budak pompuan dalam filem nih...tak pasal-pasal dia jadi mangsa makanan lazat dua orang pompuan kanibal nih...

Ini filem yang mendidik kau membezakan apa dia "evil" dan kejahatan dalam definisi mudah...

kau nak marah dua orang pompuan kanibal nih sebab depa makan orang ke??

atau kau nak marah bapak kepada dua orang budak nih yang dah "rogol" anak dia sendiri dan perangai macam setan??

who is more civilised?

you do not "eat" your own...

satu pemikiran untuk difikirkan!!!

Dark Side of The Dark Man!


Ini ialah filem pertama Sam Raimi yang bercerita pasal superhero.

aku rasa Liam Neeson tak sesuai berlakon sebagai superhero...sepatutnya Raimi ambik Bruce Campbell jadi hero pasal dia punya antik memang sesuai dengan watak dark hero macam nih...

Ini filem pasal ketidakadilan dan bilamana kau ada kuasa 1/4 macam Tuhan, kau akan zalim manusia dan kau akan buat ikut suka hati kau...padahal sifat itu hanya tertentu pada Tuhan dan di execute secara adil...

ya, aku suka mengarut dan cakap macam orang gila, tapi kau perlu tahu wahai pembaca budiman...kau lebih gila sebab kau baca blog aku tapi kau menyorok tak berani tunjuk rupa kau...atau sebenarnya malware aje yang baca blog aku nih?

aku dah scan blog aku tapi MASIH ADA lagi manusia kurang sopan yang tak tau adab suka-suka aje baca blog aku ha ha ha!!!

tak per...ikut suka kau laa...

janji kau bahagia!!

Don't fear the reaper...



When the man, comes around...filem ni meraikan definisi the man dari Johnny Cash...

Stu Redman nampak macam manusia biasa aje...tapi sebenarnya dia sangar luarbiasa...dia ada kebolehan berkomunikasi secara telepati dengan seorang tua yang duduk dalam satu cottage yang ada ladan jagung (jagung nih dah semacam satu obsessi Stephen King)...

tapi yang aku nampak pada Stu Redman nih ialah compassion, empati dan perasaan belas kasihan dia...yang mewajarkan dia menjadi "the saviour" untuk kaum kerabatnya...dan kemanusiaan seluruhnya...

aku suka cerita macam nih...ia menaikkan semangat kau dan merupakan khabar gembira dari sebuah filem bahawa..."in the end, the third always arrived and you will be pleased!".

Maka sebenarnya aku masih yakin dengan Tuhan dan sebenarnya seperti Stu Redman ni...

aku tetap akan melawan semua setan-setan yang cuba menjahanamkan keluarga aku''


HA HA!

Jerusalem's Lot?!



Ini adalah antara filem yang aku sangat aware masa aku kecik-kecik dulu sebab aku suka tengok akhbar yang ada bahagian wayang dan poster-poster kecik yang ada gambar poster kat atas nih...

Aku tau ini hasil karangan Stephen King, yang sangat dahsyat imaginasinya - dia dan peculiar little town nya!

Macam mana kalau kau secara tak sedar dah membawak damnation pada satu kampung yang sangat aman damai??

Mungkin dalam filem nih King nak mewajarkan tentang the end of times, the high days di mana semua manusia dalam dunia nih caca marba dan dia cuba justifiedkan benda nih dalam tulisan dia yang bercerita tentang...vampire??

Aku cuma dapat a glimpse of the mini tv series (padahal zaman 80an citer nih di main kat pawagam kat Malaysia sebab masa tu kat Malaysia belum ada Astro atau apa-apa cable tv yang membolehkan kau menonton HBO) masa TV3 di zaman agungnya berani memainkan filem-filem sebegini...aku dapat bayangkan perasan aku masa ku tonton pontianak tuh bangun pelan-pelan dari katil hospital...wooraaaaaaaaggghhhhh!!! dramatik!!!\

Namun demikian, versi 2004  nya aku rasa lebih dramatik!!

ha ha ha~!!!
















This movie suggested to you that - owh! how ignorance is bliss!!!


I applaud those who are still living in ignorance...who still thinks that we they did was JUSTIFIED even though they did it in order to hurt people's feelings...

owh! how ignorance is bliss!!!

tapi tidak semudah itu...

kau belum tau nasib kau...

this is not karma...

this is a mafia styled execution from God...

sebagaimana sesudah Dia memberikan tanda-tanda dan petunjuk kepada kau...tapi kau masih berdegil...maka kau jangan heran kalau Dia hantar satu "pekikan" aje untuk jahanamkan kau...

ini bukan Karma mahupun Karam Singh Walia...

ini decree dari Tuhan...

maka bersenang lenanglah kau dengan kesenangan dunia sampai penentuan balasan dari Tuhan..sesudah kau tolak belas kasihanNya...

Filem nih pasal benda yang sama...indifferent dan bias tidak membawa kau ke mana...

sifat berpuak dan racist serta semangat kebangsaan tidak memberikan apa-apa makna kepada kau.

Semangat anti Malaya mungkin akan menyebabkan akhirnya kau jilat ludah kau sendiri dan kau pun ada wife dari Malaya dan anak dari darah orang Malaya...

that is the most sweetes revenge God had decreed for you?

Kau masih benci orang Malayas???

Ha ha ha!!

owh! how ignorance is bliss!!!

The Truth Will Set You Free Revisited.


Adakah Tom Witzky tidak bernasib baik kerana dia dapat berkomunikasi dengan "the others"??

Aku banyak kali mempersoalkan benda nih...kenapa agaknya dalam filem nih, Tuhan bukakkan pintu persepsi (if the doors of perception is cleansed, everything else will be...infinite - Aldous Huxley??or William Blake?) yang mana dia mengigau akan satu makhluk halus yang selalu kacau dia...

dan agak-agak aku, adakah sub conscious Tom Witzky sendiri yang sudah bersedia untuk mengharungi semua benda mengarut dan merapu bilamana dia mencabar sister in law dia untuk membukakan pintu hijab supaya dia boleh nampak KEBENARAN???

itu satu persoalan...

"to be or not to be".

kadang-kadang kita tak mahu terima kenyataan...

WE ARE BORN TO DO THAT!

it is the decree from God...

evil or divine...

embrace your fate.

dan...

sia-sialah manusia yang diberikan kitab amalan dengan tangan kirinya...



Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...