Edward Cullen dan semua adik beradik "angkat" dengan mak bapak "angkat" dia belajar untuk terus hidup tanpa makan darah manusia...depa nih bertaraf jin yang telah kena sumpah akibat terlalu obses dengan hidup...
Filem nih ada tema besar macam mana manusia kena lawan dan kena struggle dengan pengalaman hidup, godaan, keinginan dan nafsu serakah yang membuak-buak dalam dada...
aku boleh rasakan/empati pada masalah keluarga vampire nih...depa nih bertaraf vampire kesayangan Tuhan yang cuba mengajar dan memberikan harapan pada manusia bahawa..."biarlah pada mata orang, kau adalah seekor vampire yang jahat yang lapar darah manusia, namun disisi Tuhan, kau masih ada perasaan "kemanusiaan" - holy spirit yang dibekalkan dek Tuhan kepada manusia-manusia suci, even vampire dalam filem nih...
Nilai kemanusiaan ialah satu nilai yang sangat besar, nilai itulah yang membezakan kau dengan vampire...errr???
Kalau kau jadi manusia, kau dapat merasakan satu perasaan di mana dalam kau berjuang menentang kesyaitanan, satu lagi elemen pilihan kau dalam memberikan nilai pada vessel kau, kau kena hadap juga bermacam-macam bapak setan dalam dunia nih yang akan buat kau marah, meracau dan rasa macam nak bunuh orang...
...dan nilai cinta sejati dapat dilihat dalam filem nih...bahawa taraf dan darjat kau tak ada makna kalau kau dah cinta...kau tak peduli dia siapa, bapak setan ke, apa ke...sebab kau tahu dalam hati kau, kau ada pilihan untuk berubah...walau sesesat mana pun kau...sesetan mana pun kau, Tuhan tetap akan memberikan kau ruang dan jalan untuk kembali kepada jalan yang benar...
err...aku tulis nih macam aku baik sangat...aku pun ada banyak bunga yang aku nak kena hadap dan jawab!!!
Sekian!
_poster.jpg)
