Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Dalam 20 tahun lagi anak aku antara manusia yang akan mengangkat tinggi filem ini...


Bila membaca banyak komen-komen negatif dari laman sosial tentang filem ni, memanggil aku untuk mencari download movie bootleg atau apa-apa DVD pirate yang dijual di kedai sebab tak mampu nak sabar menunggu Bluray dia keluar...mau makan dua tiga bulan tu geng.

Aku tak mau jadi salah seorang dari makhluk yang mengutuk filem ni sebab aku memang peminat Melissa McCarthy dan Kristen Wiig yang pernah bermain lagu David Bowie dalam filem The Secret Life of Walter Mitty.

Pada aku kesialan filem ni ialah bilamana plot dia macam cikgu sekolah yang nak mengajar kita yang dah advance karakter Ghostbuster tentang apa dia Ghostbuster dan kenapa mereka terpaksa menjadi Ghostbuster walaupun dibenci oleh orang-orang kafir (pun intended)

Aku rasa macam bangang pada setengah jam pertama filem ini yang agak lembab pace dia dan macam gam..., tapi pada permulaan cerita ni memang aku nampak agak promising bilamana ada elemen-elemen filem seram Hollywood ala-ala The Conjuring yang aku rasa memang berjaya memasukkan elemen surprise pada filem nih...

Namun demikian memang banyak elemen failure dalam filem nih bilamana dia elaborate karakter-karakter filem ni yang menyebabkan aku merasa sangat bosan...aku rasa filem Ghostbuster yang asal tak sebosan ini sebab mereka mengekalkan watak operator pejabat Ghostbusters, si Janine tu sangat limited dan misteri...aku rasa pengarah filem nih cuba nak menampilkan watak Thor dalam filem nih (such an irony).

Cuma masalah filem nih...pace dia macam gampang...kalau dikekalkan Ivan Reitman untuk filem nih aku rasa masalah-masalah yang timbul sampai ramai orang memaki hamun filem ni akan selesai.!!!

However, aku tetap ternanti-nanti kalau-kalau ada sequel filem nih...sebab...errr...err

ANAK AKU SUKA...HAMPIR 30 KALI DIA MENONTON FILEM NIH !! HA HA HA!!!




Poetic Justice...Tajuk Dia Memang Mari Punya !!!


Ura-ura nak membikin pergelutan dua jaguh DC Universe nih memang dah berlaku semenjak dari awal kurun ke 21 lagi...malah dalam babak awal filem I Am Legend ada diselit satu logo Batman v. Superman kat satu bangunan besar...kebetulan barangkali?

Bagi aku Batman dengan Superman memang tak boleh duduk satu meja...sebab apa? Sebab dua-dua memang bapak ifrit...ha ha ha! Ego masing-masing tuh...besar bagak macam bapak gajah...

Tapi aku suka dengan plot citer filem nih yang sangat dramatik...filem ni bagitau macam mana Batman sangat bengang bangsat dengan Superman...dia kata Superman lah yang bawak bala dalam dunia dan dia kena "settle" kan Superman walau apa cara sekalipun...tapi bagi aku...ini masalah egosentrik...fikir bagus macam bagus...tapi aku memang rasa menarik jugalah garapan elemen "syak wasangka" dalam filem nih...bila kau tak faham sesuatu kenyataan dan hakikat kebenaran...kau akan tends to lawan hakikat tu tanpa memikirkan samada apa yang kau buat tu betul ke salah>>

Ini memang persoalan yang sangat terbaik dalam filem nih...Zack Snyder nampaknya dia terbawak-bawak dengan elemen Suckerpunch dalam filem nih...angle, point of view...macam kau tengok filem nih dari multiverse yang berbeza...

Mungkin orang benci dengan filem nih sampai membuatkan Ben Affleck terasa sebak dan pilu dengan kutukan demi kutukan...tapi walaupun aku rasa Christian Bale lebih layak jadi Batman...aku rasa tak lah teruk sangat punnnnn...

Tapi Wonder Woman...memang wonderful !!!

Kengkadang aku rasa macam tgk citer TV Kamen Rider...hero-hero dia semua ada konflik sama sendiri...nak tunjuk kepala siapa paling besar atas dan bawah...ha ha ha ha!!

Kolam Mati Ke Mati Kolam?? Deadpool...pelik sungguh nama superhero nih...


Ini memang antihero, ini Punisher versi Spiderman.

Dalam banyak-banyak filem koleksi Galaksi Avengers yang aku sudah tonton...filem ni aku tonton dengan tekun sampai habis...plot citer dia memang bangang gila...tapi filem ni buatkan kau nak root for the bad guy...sebab Deadpool nih memang kejam dan zalim...

Memula aku tgk Ryan Reynolds nih...bukan dia nih berlakon citer Green Lantern tu ke? aduhai...dua-dua comic universe dia balun...

Ini memangnya filem antihero yang tak ada superpower...cuma kelebihan dia, dia macam Kick Ass...dia tak reti nak rasa pedih ulu hati bila disepak dan diterajang...aku berpendapat bahawa origin dia pun hampir nak sama macam Kick Ass.

Citer nih bagi aku menyatakan tentang penafian...penafian seorang superhero bahawa dia tak teringin pun nak jadi superhero sebab superhero over rated...dia suka buat kerja ikut suka bapak dia aje...

...dan itulah trait seorang hero yang sebenar...

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...