Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Too Much For An Old Man To Handle!

I Stand Alone adalah sebuah filem epik yang mencabar kita melihat ke dalam diri dan mencari syaitan di dalam diri kita...

seorang tua yang merupakan ex con, yang bekerja sebagai seorang butcher, dan down and out serta broke...telah membelasah bininya yang sarat dan blah begitu aje...

elemen sadist, dan elemen graphic violence dalam filem Peranchis adalah perkara biasa...bagi mereka ia adalah art...

membawa kisah bagaimana seorang bekas penjenayah menjalani hidup selepas menjalani hukuman...

memang aku feel untuk orang tua ni, tapi bukan salah dia benda tu jadi macam tu...ini adalah cabaran hidup yang perlu dilalui semua orang...

kalau semua manusia ni pemaaf maka hilanglah neraka jahannam dari sisi Allah SWT, memang layak wujud satu tempat yang bernama jahannam...

sebab manusia dah semakin hilang belas kasihan dan semakin lupa asal usul dirinya...

We Shall Arise!

filem yang amat menginsafkan...
bayangkan KL SENTRAL bertaraf Semenanjung Gaza...asal ada budak mencuri aje kena tembak mati lepas tu organ kena "ketuk" jual dekat black market!

oh Rio De Janeiro yang melahirkan band death metal terkenal seluruh dunia - Sepultura.

filem ni sempoi, pasal seorang pompuan andalusia yang menunaikan janji kepada seorang budak yang tak pernah ada pertalian saudara dengan dia...tapi dia berusaha untuk menyampaikan niat budak tu...

tidak terlalu emosional seperti filem Hindustan, tak lah over sangat tapi mesej kemanusiaannya amat tebal dan mendalam...

kita ni semua sebenarnya ada kebaikan di dalam diri walaupun dari zahirnya kita semua evil!

thank you very much!

baru aku tau di mana Ishinomori mencuri idea kamen rider nya...


hero jepun pujaan aku sebenarnya berakar umbikan idea Ghost Rider...henshin!
manusia yang telah disumpah oleh kejahatan dan menjadi rider untuk despatch "barang" baeeekkk punya namun akhirnya menjadi hero sukaramai...

yang aku insaf tengok filem orang putih yang cenggini ialah dalam menipu dan tahyulnya ada elemen nasihat yang bermutu tinggi...

usaha, semangat dan azam untuk jadi orang baik adalah aspirasi tertinggi manusia...

"he may have my soul but what he cant have, my spirit!"

ini adalah filem seram yang berelemen satira yang amat halus.
asas pencernaan (pun intended) diperlukan untuk memahami cerita ini...
aku tak pernah faham macam mana idea untuk mewujudkan plot yang pelik, tak masuk akal, tapi berjaya di execute dan kini dianggap sebagai "filem untuk orang berfikir" dan diangkat sebagai sebuah filem lagenda yang memulakan segala-galanya...

tidak dapat dinafikan ia tidaklah sehebat "penceritaan semula" pengarah Zack Snyder di tahun 2004, yang mengutarakan living dead yang lebih "alive"...

selingan-selingan komentari yang menggambarkan keadaan huru hara yang diperjelaskan dalam sebuah rancangan televisyen adalah intipati utama gambaran pengarah dan produser filem ni aku rasa...

membayangkan manusia semakin bodoh dan bangang bila berhadapan dengan krisis hidup dan mati...he he he!

Ye...Kite Selalu Crash Sesame Sendiri...


hidup adalah satu pattern gila yang sememangnya gila kalau tidak disandarkan dengan iman.
pattern ni bukan selalu kita boleh ramal...itu sebab Allah SWT selalu melarang menelek nasib dengan apa benda sekalipun, sebab kita sememangnya tak pernah akan tahu random pattern yang Allah telah berikan pada kita...

sekarang baru aku faham kenapa main nombor ekor tu haram, menelek nasib tu haram...sebab dah dijelaskan oleh sains...mimes dan branes itu berjalan dalam satu arah yang rawak yang tak ada siapa pun tahu kecuali Dia yang maha mencipta...

aku melihat filem ni sebagai satu kawasan "kelabu" yang mana semua benda boleh berlaku dan akan berlaku tanpa siapa pun dapat menahannya...

elemen racist, kronis dan sifat berpuak adalah label yang cuba dikupas dalam filem ni, kita menjadi takut melihat orang lain yang tidak serupa dengan kita...kita cuba hidup dalam telekan diri kita sendiri dan kita rasa diri kita sendiri yang betul dan orang lain salah...

inilah DRAMA yang berjaya diolah oleh Yang Maha Pencipta...

banyak elemen kemanusiaan dan betapa manusia itu lemah dan selalu minta untuk diperingatkan tentang sifat lemah mereka.

Filem ini berjaya menonjolkan kekuatan manusia dan perjuangan manusia melawan "perbezaan" antara satu sama lain...

apa-apa hal pun dvd ni memang classic!

The Jacket - Umpama Mimpi Dalam Mimpi...

Memula aku tak berapa nak faham sangat maksud filem ni, tapi aku rasa vein penceritaannya sama macam Stranger Than Fiction.

Seorang askar yang sepatutnya pada pandangan mata fana' yang dah sebenarnya mati dah...kena tembak dengan seorang budak Afghanistan, dah siap bungkus masuk dalam body bag, tapi entah macam mana...Tuhan kata - Not Yet (homage to The Twilight Zone)...terkebil-kebil bijik mata dia, nasib baik misi tu perasan...maka selamatlah dia dari ajalnya buat tempoh yang tertentu bilangannya...

apa yang aku minat bukanlah "miracle" yang digambarkan dalam filem ni tentang macam mana mamat ni dah sepatutnya (pada pandangan mata manusia) dah mati...tapi tak mati jugak...sebab dia dah ditakdirkan untuk menerima nasib seperti ahli kitab dalam surah Al Khafi, yang mana Nabi Musa pernah bersama dengan ahli kitab yang disebutkan untuk satu adventure yang tak masuk akal pada mata manusia biasa.

"Aku berbeza dengan orang lain sebab aku nampak sesuatu yang lebih NYATA dan JELAS dari pandangan mata kasar orang lain"...itulah surat dia pada mak budak perempuan yang dia cuba nak selamatkan...

mesej cerita ni simple aje...tentang bagaimana kita menerima kasih sayang dan memberikan semula kasih sayang yang diberikan kepada kita, sebagaimana doktor jiwa yang seboleh-bolehnya ingin membantu mamat ni menyelesaikan misteri "kematian" dia buat kali kedua...

tapi last-last dia mati ke tak? itu yang aku rasa tak berani nak cakap - sebab - AKU MELIHAT FILEM INI DARI ASPEK YANG AMAT BERBEZA DARI PANDANGAN MATA KASAR ORANG BIASA...

LOVEISFOREVER!

Lebih Pelik Dari Fiksi Dongengan?


وَلَوْ بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَكِن يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَّا يَشَاءُ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ
Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.
Surah Asy-Syuura, Ayat 27

realiti memang lebih pelik dari fiksyen...memang betul. sebab dalam fiksyen, kita tahu kenapa watak itu begitu dan begini...dan paling best, kita boleh matikan watak ikut suka kita...

macam mana kalau realiti dan fiksyen dihamparkan berdepan antara satu sama lain...mesti realiti akan kata fiksyen itu gila dan sebaliknya...itulah hikmah ketentuan Tuhan yang kita tak pernah nak ambil tahu.

aku respek filem ni sebab ia memang menampakkan satu hikmah yang NYATA.

filem ni mengandaikan macam mana kalau kita tahu bila kita nak mati dan kita kenal penulis kisah hidup kita? mesti kita pegi melutut kat penulis tu..."tolong jangan bunuh karakter aku"...sebagaimana Harold Crick merayu kepada penulis wataknya...

namun demikian, aku agak...Harold Crick ni pasti mempunyai iman sehebat Nabi Ibrahim kerana walaupun mengetahui dia akan mati pada sekian-sekian hari, dia tetap menerima ketentuan itu dengan hati yang sabar dan redho...

dan akhirnya...



tgk lee sendiri...

The Ten Commandments Yang Mengasyikkan!


Pernah menonton filem asal yang dibuat kembali dalam tahun 70an tak silap aku di mana pertama kali Charleston Heston membelah laut merah dengan pertolongan kesan khas studio canggih yahudi...kali ini filem ini dibikin oleh Hallmark Studios dengan kesan khas yang lebih gila...

memang aku amat meminati kisah dari Quran dan yang paling menarik ialah kisah dari surah Thoha, yang menjelaskan account pertama Nabi Musa dengan Allah SWT, yang mana Allah SWT menyatakan -

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
[14] "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

filem ini menceritakan sebagaimana yang telah termaktub di dalam kitab tentang seorang budak berbangsa hamba yang diberitakan akan menenggelamkan kerajaan Firaun dan kejahatan Firaun...

bagaimana budak yang bernama Musa ini telah diselamatkan oleh Tuhan dengan cara :

إِذْ أَوْحَيْنَا إِلَى أُمِّكَ مَا يُوحَى
[38] "Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya:

أَنِ اقْذِفِيهِ فِي التَّابُوتِ فَاقْذِفِيهِ فِي الْيَمِّ فَلْيُلْقِهِ الْيَمُّ بِالسَّاحِلِ يَأْخُذْهُ عَدُوٌّ لِّي وَعَدُوٌّ لَّهُ وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَى عَيْنِي
[39] "Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.

إِذْ تَمْشِي أُخْتُكَ فَتَقُولُ هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى مَن يَكْفُلُهُ فَرَجَعْنَاكَ إِلَى أُمِّكَ كَيْ تَقَرَّ عَيْنُهَا وَلَا تَحْزَنَ وَقَتَلْتَ نَفْساً فَنَجَّيْنَاكَ مِنَ الْغَمِّ وَفَتَنَّاكَ فُتُوناً فَلَبِثْتَ سِنِينَ فِي أَهْلِ مَدْيَنَ ثُمَّ جِئْتَ عَلَى قَدَرٍ يَا مُوسَى
[40] "Ketika saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata kepada orang-orang yang memungutmu:" Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya?" Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang hatinya dan supaya ia tidak berdukacita kerana bercerai denganmu; dan semasa engkau membunuh seorang lelaki, lalu Kami selamatkan engkau dari kesusahan pembunuhan itu; dan Kami telah melepaskan engkau berkali-kali dari berbagai-bagai cubaan; kemudian engkau tinggal dengan selamat beberapa tahun dalam kalangan penduduk negeri Madyan; setelah itu engkau sekarang datang dari sana pada masa yang telah ditentukan, wahai Musa!

Maha Suci Allah yang telah menjadikan kisah para nabi sebagai teladan yang berkesan sehingga kini...sesungguhnya Firaun sendiri tidak dapat mengetahui bahawa budak yang diambilnya itulah yang akan menjahanamkan kerajaannya...

terlampau banyak kisah dalam Quran yang memberikan hikmah dan teladan, bagaimana Nabi Yusuf yang hensem telah digoda dan amat kagum aku dengan kisah bagaimana seorang nabi yang rupawan menolak pelawaan seorang wanita kerana takutnya kepada Tuhan...ohhh...romantik sekali bunyinya!

filem ini sebenarnya menceritakan tentang kisah seorang manusia yang dianggap sebagai watak dongeng dan tahyul oleh para atheist...

Nabi Musa telah berjaya membawa kaumnya keluar dari cengkaman Firaun, sebagaimana akan datang bagaimana seorang pahlawan Melayu akan membawa kaumnya keluar dari cengkaman Firaun UMNO...he he he!

kita lihat betapa cekalnya seorang nabi melayan kerenah kaumnya yang banyak songeh, banyak soal dan tanya...sampai mintak makanan turun dari langit...dapat...mintak air, dapat...mintak nak tengok Tuhan aje tak berapa nak dapat...kan?

Kecekalan nabi Musa adalah satu inspirasi buat pejuang agama yang berjuang kerana menegakkan agama Allah, bukan politik kepartian, bahawa...jika kita bersekongkol dengan Allah, Tuhan yang menciptakan segala sesuatu maka janji Allah itu TETAP BENAR...

tetapi...

jika kita bersekongkol dengan Taghut dan Dajjal...maka tunggulah azab Allah menimpa kita...

Knowing Everything Will Kill Ya!


This is the part where I will say...

"kadangkala mereka merasakan kalaulah mereka telah Islam"...

الَرَ تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ وَقُرْآنٍ مُّبِينٍ
[1] Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab (yang lengkap sempurna) dan Al-Quran yang memberi penjelasan.

رُّبَمَا يَوَدُّ الَّذِينَ كَفَرُواْ لَوْ كَانُواْ مُسْلِمِينَ2] Ada masanya orang-orang yang kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi orang-orang Islam.

Surah Al Hijr ayat 1-2
Al Quran adalah sumber yang asas yang membawa kepada penemuan-penemuan yang bermula dari Alpha ke Omega...

"dan sesungguhnya Kami akan tunjukkan tanda kekuasaan kami di langit dan bumi dan pada diri mereka sendiri"

سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ
kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?
Surah Fussilat, Ayat 53

dan memang benar ia adalah dari Tuhan semesta alam!

filem ini cuba membawa kebenaran para nabi dan rasul bahawa - The Grand Meeting is inevitable!

وَكَذَلِكَ نُرِي إِبْرَاهِيمَ مَلَكُوتَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَلِيَكُونَ مِنَ الْمُوقِنِينَ
Dan demikianlah kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.
Surah Al An'aam, Ayat 75

dan diakhir filem ini, walaupun semua jahanam tapi pasti ada yang terselamat!

فَأَنجَيْنَاهُ وَأَصْحَابَ السَّفِينَةِ وَجَعَلْنَاهَا آيَةً لِّلْعَالَمِينَ
Maka dengan itu kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya yang turut bersama dalam bahtera, dan kami jadikan bahtera itu satu tanda (yang membuktikan kekuasaan kami dan memberi pengajaran insaf) kepada sekalian makhluk.
Surah Al-'Ankabuut, Ayat 15

mesej filem ni simple aje...

It has been written, and it has been done...

maka berbahagialah mereka yang mendengar petunjuk dari Tuhannya...

filem ni bermula dengan seorang budak perempuan bernama Lucinda Embry yang melihat ke langit dan ternampak sesuatu...dan akhirnya dia membuat keputusan untuk membuat satu pekerjaan gila yang tak difahami manusia sezamannya...hanya 50 tahun selepas itu barulah ada seorang manusia yang amat-amat memahami apa kerja gila yang dia buat tu...

kerana...

وَقَدْ خَلَقَكُمْ أَطْوَاراً
"Padahal sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang berperingkat-peringkat?
Surah Nuh, Ayat 14

sesuatu perkara yang "baru" akan tetap ditentang dan dihalang terutama jika perkara itu mengandungi KEBENARAN...

filem ini mengajukan keterbukaan minda yang nyata bahawa setiap perkara yang "dusta" pada mata masyarakat lampau akan kelihatan "BENAR" pada mata masyarakat yang akan datang kerana Al Quran itu adalah hikmah kebijaksanaan dari yang maha bijaksana...

سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ
kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?
Surah Fussilat, Ayat 53

lihat aje diri sendiri...carilah nombor-nombor dna yang menjadi rahsia alam semulajadi...he he he!

adakalanya orang kafir merasa kalaulah mereka itu Islam...

so siapa punya tanggungjawab nak bawak mereka kembali kepada Islam?

kita laaa...yang mengaku pengikut Nabi ni...

Why Are You Wearing That Stupid Man Suit?

What If?
aku masih heran, dalam dunia ni ramai yang berangan nak jadi nabi, nak jadi rasul...nak jadi Imam Mahdi...tapi masalahnya mereka ni mungkin tak pernah menonton filem-filem macam ni...susah nak jadi nabi ni...payah...kena berkorban segala-galanya...

inilah yang berlaku kepada Donald Darko...seorang yang kita anggap sebagai psycho segelap namanya...

yeah the DVD about his sister is out...or so I thought? Samantha Darko ke apa tajuknya...he he!

yeah banyak misteri dan teori yang menyelubungi mamat ni...seperti yang aku sebut sebelum ni...apakah kita ingat "INI" aje "HAMPARAN" yang Tuhan bagi untuk kita?

aku tertarik dengan teori Rob Bryanton tentang mimes, branes dan juga teori everything yang dikutip dari Einstein dan rakan-rakan...

adakah sebenarnya lifeline kita hanya satu arah? ke depan?

adakah sebenarnya Isra' Mi'raj itu adalah satu bentuk time travel di mana Nabi kita dah sampai ke zaman kita sebenarnya dan pernah berjumpa dengan kita? pengikut-pengikutnya dan telahpun menyerahkan "black parade" ha ha ha! kepada kita?

itu satu kemungkinan...

sebenarnya bagi mereka yang sewel...masa dilihat dari pelbagai arah dan sudut...bukan straight line...

sama seperti Donnie Darko...

....

I think I cannot continue to discuss this any further...because I could lose my job...

he he he!!!

The Butterfly Effect 2 - Macam mana kalau kaki judi yang dapat melompat?

Aku memang minat filem what if...sebab aku percaya sebalik "hamparan" yang Allah nyatakan dalam Quran yang telah terbukti dan dibuktikan dalam Sains, ada lagi "hamparan" yang tak terlihat oleh mata kasar dan tak terbukti oleh sains hanya dalam pemeliharaan Dia yang maha berkuasa...

memang filem ini nampak cuak bagi para purist dan alim ulamak yang mengamalkan ilmu kulit bawang...tapi aku melihat filem ini sebagai satu premis WHAT IF yang menentukan sebenarnya - KITA SENDIRI MEMILIH NASIB KITA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT...dan ALLAH tidak akan bertanggungjawab dengan PILIHAN kita itu.

membaca Quran sebagai satu sumber ilmu al wahid adalah asas pencernaan kepada kepercayaan yang ghaib...amat menakjubkan kerana orang yang kita anggap tidak membaca Quran pun boleh faham keadaan "hamparan" yang tak nampak itu...

filem ni mengisahkan tentang seorang manusia yang telah diberikan hikmah oleh Tuhannya mencari makna dalam hidup dia sendiri...tapi dia menyalahgunakan "makna" itu untuk membuat sesuatu yang lebih bersifat egocentric dan berkepentingan diri sendiri...pada mulanya mamat ni lebih bersifat seperti Evan Treborn yang pada mulanya ego, fikir bagus dan macam bagus namun akhirnya kedua-dua watak "faqir" ini belajar satu benda...KETENTUAN SUNNAH TUHAN melebih dari SUNNAH MANUSIA.

dua filem ini mempunyai satu pattern "GILA" yang kalau dikaji dan difahami, sebenarnya lebih mendekatkan kita kepada hakikat rahsia yang hanya diberikan kepada mereka yang telah dekat dengan Tuhan, yang faham dan yakin...dan kalau dua watak ini adalah orang Islam sudah pastilah pangkat nabi akan dibagi pada mereka ni...sebab apa?

sebab akhirnya setelah banyak buat salah, banyak buat silap dan banyak buat dosa akhirnya mereka belajar satu benda...yang Kuat hanya SATU...dan mereka adalah selemah-lemah dan sehina-hina manusia...sehingga menyebabkan akhirnya mereka ini SUBMIT kepada yang mereka percaya...TUHAN juga akhirnya tempat kita kembali!

seorang kaki judi juga boleh diberikan hikmah seandainya dia telah memilih untuk dekat dengan Tuhannya...amatilah nasihat dan mesej dalam filem ni...berubahlah ke arah kebaikan kerana banyak lagi "hamparan-hamparan" yang akan kita lalui...

Bon Cop Bad Cop...Cliche!


Klise...Starsky and Hutch yang lapuk versi Perancis celup.
filem ni walau ba gai ma na pun...mempunyai originaliti dan suspens yang tersendiri...
seperti filem buddy cop klasik yang lain...tak ada bezanya cuma kita dapat belajar "menyumpah" dalam bahasa Perancis!

serial killer yang membunuh "poser" yang jual pasukan hoki hanya kerana memperjuangkan "seni" permainan hoki? alahai...plot dia memang unik!!!

jangan jadi gila memikirkan hikmah sebalik cerita usai macam ni...memang tak ada hikmah pun...blood and guts yet no glory!

Yes...akhirnya ada jugak afterdark collection kat sini!


This is a film to die for! but unfortunately penulis skrip filem ni tak pernah belajar menulis skrip dengan betul...

Plot dia agak nipis senipis kulit bawang dan juga stail penceritaan filem ni agak boleh di expect kan...mungkin sebenarnya penulis filem ni tak nak ada elemen misteri dalam penceritaaan mistikal siapa dia pembunuh bersiri yang telah "dihidupkan" (pun intended, nak tau sangat tengok sendiri lee) noleh Sam Reide, watak utama filem ni yang boleh "jump" ke masa depan.

agak menarik bila memasukkan elemen time travel yang digarap dengan sedikit fragmen "serial killer" yang menjadikan filem ni agak berbeza dari dua filem Butterfly franchise yang sebelumnya...konsep time travel dalam filem ni ada sikit persamaan dengan filem lakonan Nicholas Cage dimana watak utama cuma berpeluang mengubah benda yang tak complicated sahaja tetapi tak boleh tau banyak sangat apa yang berlaku dan kenapa ia berlaku...tapi watak Sam Reide ni tidaklah se egoistik Eva Treborn yang berlagak macam Tuhan.

filem dibuka agak lemah dan penonton tertanya-tanya apa kejadah yang berlaku...Sam Reide adalah salah seorang dari mereka yang istimewa yang mampu melihat kembali keadaan masa lampau hanya dengan will power tanpa membaca nota kaki mahupu melihat fragmen-fragmen masa yang lampau (gambar...etc).




Aku teringat dengan sebuah filem lakonan Jeff Goldblum (Hideaway) yang memang filem klasik yang aku paling minat tentang seer yang boleh menjejak serial killer dan mendapat pertolongan dari kuasa yang maha power...he he he! vein nya agak sama dengan filem ni...

ia juga mengingatkan aku tentang filem The Deaths Of Ian Stone...yang amat fantastik! kebetulan dua filem ni berkongsi festival yang sama ha ha!

tapi yang paling potong stim ialah kita dah tau siapa dia serial killer nya ha ha ha!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...