وَلَوْ بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَكِن يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَّا يَشَاءُ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ
Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata.
Surah Asy-Syuura, Ayat 27
realiti memang lebih pelik dari fiksyen...memang betul. sebab dalam fiksyen, kita tahu kenapa watak itu begitu dan begini...dan paling best, kita boleh matikan watak ikut suka kita...
macam mana kalau realiti dan fiksyen dihamparkan berdepan antara satu sama lain...mesti realiti akan kata fiksyen itu gila dan sebaliknya...itulah hikmah ketentuan Tuhan yang kita tak pernah nak ambil tahu.
aku respek filem ni sebab ia memang menampakkan satu hikmah yang NYATA.
filem ni mengandaikan macam mana kalau kita tahu bila kita nak mati dan kita kenal penulis kisah hidup kita? mesti kita pegi melutut kat penulis tu..."tolong jangan bunuh karakter aku"...sebagaimana Harold Crick merayu kepada penulis wataknya...
namun demikian, aku agak...Harold Crick ni pasti mempunyai iman sehebat Nabi Ibrahim kerana walaupun mengetahui dia akan mati pada sekian-sekian hari, dia tetap menerima ketentuan itu dengan hati yang sabar dan redho...
dan akhirnya...
tgk lee sendiri...
.jpg)

