memang filem ini nampak cuak bagi para purist dan alim ulamak yang mengamalkan ilmu kulit bawang...tapi aku melihat filem ini sebagai satu premis WHAT IF yang menentukan sebenarnya - KITA SENDIRI MEMILIH NASIB KITA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT...dan ALLAH tidak akan bertanggungjawab dengan PILIHAN kita itu.
membaca Quran sebagai satu sumber ilmu al wahid adalah asas pencernaan kepada kepercayaan yang ghaib...amat menakjubkan kerana orang yang kita anggap tidak membaca Quran pun boleh faham keadaan "hamparan" yang tak nampak itu...
filem ni mengisahkan tentang seorang manusia yang telah diberikan hikmah oleh Tuhannya mencari makna dalam hidup dia sendiri...tapi dia menyalahgunakan "makna" itu untuk membuat sesuatu yang lebih bersifat egocentric dan berkepentingan diri sendiri...pada mulanya mamat ni lebih bersifat seperti Evan Treborn yang pada mulanya ego, fikir bagus dan macam bagus namun akhirnya kedua-dua watak "faqir" ini belajar satu benda...KETENTUAN SUNNAH TUHAN melebih dari SUNNAH MANUSIA.
dua filem ini mempunyai satu pattern "GILA" yang kalau dikaji dan difahami, sebenarnya lebih mendekatkan kita kepada hakikat rahsia yang hanya diberikan kepada mereka yang telah dekat dengan Tuhan, yang faham dan yakin...dan kalau dua watak ini adalah orang Islam sudah pastilah pangkat nabi akan dibagi pada mereka ni...sebab apa?
sebab akhirnya setelah banyak buat salah, banyak buat silap dan banyak buat dosa akhirnya mereka belajar satu benda...yang Kuat hanya SATU...dan mereka adalah selemah-lemah dan sehina-hina manusia...sehingga menyebabkan akhirnya mereka ini SUBMIT kepada yang mereka percaya...TUHAN juga akhirnya tempat kita kembali!
seorang kaki judi juga boleh diberikan hikmah seandainya dia telah memilih untuk dekat dengan Tuhannya...amatilah nasihat dan mesej dalam filem ni...berubahlah ke arah kebaikan kerana banyak lagi "hamparan-hamparan" yang akan kita lalui...
