Pernah menonton filem asal yang dibuat kembali dalam tahun 70an tak silap aku di mana pertama kali Charleston Heston membelah laut merah dengan pertolongan kesan khas studio canggih yahudi...kali ini filem ini dibikin oleh Hallmark Studios dengan kesan khas yang lebih gila...
memang aku amat meminati kisah dari Quran dan yang paling menarik ialah kisah dari surah Thoha, yang menjelaskan account pertama Nabi Musa dengan Allah SWT, yang mana Allah SWT menyatakan -
إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي
[14] "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
filem ini menceritakan sebagaimana yang telah termaktub di dalam kitab tentang seorang budak berbangsa hamba yang diberitakan akan menenggelamkan kerajaan Firaun dan kejahatan Firaun...
bagaimana budak yang bernama Musa ini telah diselamatkan oleh Tuhan dengan cara :
إِذْ أَوْحَيْنَا إِلَى أُمِّكَ مَا يُوحَى
[38] "Ketika Kami ilhamkan kepada ibumu, dengan memberitahu kepadanya:
أَنِ اقْذِفِيهِ فِي التَّابُوتِ فَاقْذِفِيهِ فِي الْيَمِّ فَلْيُلْقِهِ الْيَمُّ بِالسَّاحِلِ يَأْخُذْهُ عَدُوٌّ لِّي وَعَدُوٌّ لَّهُ وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَى عَيْنِي
[39] "Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.
[40] "Ketika saudara perempuanmu pergi mencarimu lalu berkata kepada orang-orang yang memungutmu:" Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada orang yang boleh memeliharanya?" Maka dengan jalan itu Kami mengembalikanmu kepada ibumu supaya tenang hatinya dan supaya ia tidak berdukacita kerana bercerai denganmu; dan semasa engkau membunuh seorang lelaki, lalu Kami selamatkan engkau dari kesusahan pembunuhan itu; dan Kami telah melepaskan engkau berkali-kali dari berbagai-bagai cubaan; kemudian engkau tinggal dengan selamat beberapa tahun dalam kalangan penduduk negeri Madyan; setelah itu engkau sekarang datang dari sana pada masa yang telah ditentukan, wahai Musa!
Maha Suci Allah yang telah menjadikan kisah para nabi sebagai teladan yang berkesan sehingga kini...sesungguhnya Firaun sendiri tidak dapat mengetahui bahawa budak yang diambilnya itulah yang akan menjahanamkan kerajaannya...
terlampau banyak kisah dalam Quran yang memberikan hikmah dan teladan, bagaimana Nabi Yusuf yang hensem telah digoda dan amat kagum aku dengan kisah bagaimana seorang nabi yang rupawan menolak pelawaan seorang wanita kerana takutnya kepada Tuhan...ohhh...romantik sekali bunyinya!
filem ini sebenarnya menceritakan tentang kisah seorang manusia yang dianggap sebagai watak dongeng dan tahyul oleh para atheist...
Nabi Musa telah berjaya membawa kaumnya keluar dari cengkaman Firaun, sebagaimana akan datang bagaimana seorang pahlawan Melayu akan membawa kaumnya keluar dari cengkaman Firaun UMNO...he he he!
kita lihat betapa cekalnya seorang nabi melayan kerenah kaumnya yang banyak songeh, banyak soal dan tanya...sampai mintak makanan turun dari langit...dapat...mintak air, dapat...mintak nak tengok Tuhan aje tak berapa nak dapat...kan?
Kecekalan nabi Musa adalah satu inspirasi buat pejuang agama yang berjuang kerana menegakkan agama Allah, bukan politik kepartian, bahawa...jika kita bersekongkol dengan Allah, Tuhan yang menciptakan segala sesuatu maka janji Allah itu TETAP BENAR...
tetapi...
jika kita bersekongkol dengan Taghut dan Dajjal...maka tunggulah azab Allah menimpa kita...
