Filem ni memang ada iras-iras filem Fright Night cuma antagonis nya sahaja seorang serial killer, bukan seekor vampire yang menyebabkan terasa ketakutan yang amat sangat pada filem ni.
Setelah kematian ayah tercinta akibat kemalangan, hidup Kale seperti terumbang ambing dan dia lebih suka menumbuk orang dari bercakap secara waras (penyakit Bi Polar Disorder)...akhirnya dia telah dijatuhkan hukuman house arrest akibat menumbuk guru bahasa sepanyol nya (gila cool!!!).
Maka bermulalah permanent vacationnya yang membabitkan aktiviti-aktiviti sihat dan kurang sihat...di mana dia sempat berkenalan secara lebih "rapat" dengan jiran sebelah rumahnya yang baru pindah rumah.
Akibat dari hukuman itu dia menjadi terlebih alert dan terlebih arif tentang keadaan di sekeliling rumahnya. Sampaikan pukul berapa jirannya keluar pergi shopping pun dia tahu.
Sehinggalah akhirnya dia mengesan sesuatu yang pelik pada jiran di sebelah rumahnya yang berkereta Mustang dan bersifat antisosial...
jeng je jennnngggggggg!!
highly recommended!
