Benicio Del Toro memang legend bilamana dia berlakon watak jahat tahap gaban. Begitu juga dengan aktor yang aku tak ingat nama dia, yang turut menjadi hero dalam filem Shoot Em Up, satu lagi filem lagenda yang aku nak juga tonton dalam versi 3D.
Frank Miller ialah penulis novel grafik yang senantiasa mendapat perhatian penerbit filem mungkin kerana tahap ganas novel grafiknya.
Filem ini penuh pelbagai elemen, ada elemen surprise, ada elemen horror dan juga dongengan tahyul tahap bukan-bukan.
Quentin Tarantino yang terkenal dengan sikapnya yang amat suka membikin sesuatu yang luarbiasa, berjaya mempelbagaikan citarasa dalam filem ini, pelbagai plot yang berjaya ditampilkan dan diadun dan disusun menjadi satu thread yang berjaya mengaitkan antara satu isu ke satu isu yang lain. Sesungguhnya Tarantino amat berjaya mengekalkan ketenangan dalam chaos yang terdapat dalam kesemua filemnya, dia berjaya membuat penonton tidak menyumpah seranah, sebaliknya tersenyum lebar sebaik habis menonton filem arahannya...
errrr???
