Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Your Time Is Gonna Come!


Vengeance Is Mine!




Do not take revenge, my dear friends, but leave room for God's wrath, for it is written: "It is mine to avenge; I will repay," says the Lord.

Romans 12:19


18If possible, so far as it depends on you, be at peace with all men. 19Never take your own revenge, beloved, but leave room for the wrath of God, for it is written, "VENGEANCE IS MINE, I WILL REPAY," says the Lord. 20"BUT IF YOUR ENEMY IS HUNGRY, FEED HIM, AND IF HE IS THIRSTY, GIVE HIM A DRINK; FOR IN SO DOING YOU WILL HEAP BURNING COALS ON HIS HEAD."…

Mayat Pada Persepsi Azhar Idrus?





Under Her Skin Lies Deep Beneath It...





Apa kau akan buat kalau ada orang buat perjanjian yang kau tak mampu nak lepaskan?


Modus konspirasi teori dan bagaimana syaitan memainkan peranannya memaksa kau memakan buah terlarang di nyatakan dalam sebuah filem yang sangat tragis...

we do it for love...

even though we have to kill the one we loved!

how ironic!



The big snake entering Eden...


sekumpulan orang gila main muzik...depa dah duduk dalam syurga muzik...depa bebas main apa depa nak...tetiba masuk seekor ular..ular itu menjanjikan kemewahan dan being likeable...dan Bapak Frank merasa teruja, tetiba gila dia datang balik!

In pasal sekumpulan indie band bernama Soronprsbf yang sangat eclectic dan very innocent, basic to the bone...main muzik dan bertapa tengah hutan berbulan-bulan konon nak kasi idea mari...

Depa di join pulak oleh seorang mamat waras yang kerjanya nak fame and fortune...buat duit dengan main muzik, jadi famous...gila ba**.

Mamat nih push band member nih main lagu macam Radiohead...memula Frank suka, dia sangat suka!

Akhirnya seperti takdir mana-mana rock band, creative department ialah satu sumpahan saka yang sangat jahat! Depa bergaduh sama sendiri...kau bayangkan kalau band rock waras paling dasyat gaduh sama sendiri macam mana...sekarang kau amplified kan kekuatan tu kepada 10 db...maka kau dapat seorang mamat borderline personality yang main muzik sejujurnya tetiba dipaksa makan musical fruit dan akhirnya apa dia jadi?

Ini filem pasal Jim Morrisson looking through the looking glass!

Sangat hebat, sangat best...music score yang sangat...

This is recommended...kalau kau nak buat band, kau bawak menonton filem nih....sangat highly recommended!

Indie Rock Mental Illness...

Cosmopolis...a scene from your memory.


Ini filem pasal komunikasi, kadang-kadang level komunikasi kau kena terhad...kau tak boleh bagi semua sekaligus...ini filem pasal seorang pemain duit ala George Soros yang suka bikin speculation kat duit samada nilai dia naik atau turun...Mahathir pernah main benda nih dulu itu sebab bila Malaysia dah gawat ekonomi dia bantai Anwar Ibrahim jadi scapegoat untuk larikan pandangan orang dari kejahatan dia...dia pernah jumpa George Soros, ada dia bergambar dengan mamat tuh...George Soros nih sebenarnya lebih mulia dARI dia ha ha ha!

Filem nih memang membosankan kalau kau tak cari dan teliti apa yang cuba difahamkan...dalam filem nih tak ada aksi yang menyatakan apa benda yang berlaku dia lebih kepada naratif yang menjelaskan apa benda yang berlaku...ini bagi aku hanya filem minimalis yang berfikiran kritikal dan kalau kau minat mime kau sukalah filem nih!

and then aku nak cakap apa lagi?

ya! ini filem cerita pasal nafsu, perasaan yang digaulkan jadi SATU...dan ini filem yang narrate nafsu dari segi...kenapa kau buat benda yang kau buat nih? pasal apa kau buat?

Kalau kau orang ekonomi kau akan suka filem nih...ini filem pasal Apokalips Ekonomi...itu teori pasal apa akan jadi kalau market fluctuates dan tiba-tiba dia meletup macam cakerawala mengembang (reverse effect) dan tiba-tiba dia menguncup...elemen ketiba-tibaan itu yang ditakutkan sangat dalam filem nih!

Kalau kau minat duit kau akan menelaah filem nih...ini filem pasal macam mana kau nak manipulate money market! ha ha ha!

The urge to destroy is a creative urge --- huh? dua elemen berlawanan destroy and create? kau pening?

Tak...aku tak poning...aku dah melihat lebih dalam!

The Sleeping Beauty In Her Truthfulness!



Stromberg later claimed in an interview that he employed an "age-old" emotional storytelling for the film and called it "the biggest thrill" against all technology advances. "And the way we play with that is we have somebody who's perhaps in love but betrayed and doesn't believe that true love exists. So the moral to it is we can all feel dark ourselves but not to lose hope because there is light in places where we might not be expecting", he explained

Brothers Grimm memang terkenal dengan cerita-cerita dongeng folklore yang ber elemen damsel in distress, prince charming apa semua tuh...tapi sebenarnya filem nih ialah kisah yang sangat twisted dari yang sepatutnya...

Filem nih citer pasal seorang fairy bernama Maleficient, yang sangat baik hati pada mulanya...tapi akhirnya bertukar menjadi ala Darth Vader setelah dia di kelentong oleh seorang pencuri yang memotong kepaknya untuk menipu raja...

disebabkan dendam dia pada peasant tuh akhirnya dia mengenakan sumpahan terhadap anak peasant / king tuh sampai king tu melutut dan merayu...

dan akhirnya king tu terlalu gabra dan dia hantar anak perempuan dia masuk hutan dan di jaga oleh tiga fairy cinonit yang sangat clumsy!

Walaupun Maleficient nih tenggelam dalam dendam dia...tapi sebenarnya sejahat mana pun engkau, kalau dari azali kau dah dizahirkan orang baik-baik maka benda tuh dia akan revert balik ke asal...

dan bilamana bapak perempuan tuh yang mencuri kepak Maleficient, maka akhirnya anak perempuan king itu yang memulangkan kepak kebanggaan fairy tu kepada fairy godmother nya...

dan akhirnya klise ini berlaku...

Love is The Dance of Eternity!




Human Race as in Racing as a Human Being...


Filem nih memang sangat menginsafkan sebab sebenarnya aku mendapat inspirasi dari filem nih...

Pasal manusia dan sifat kemanusiaan...kau jangan ingat sifat kemanusiaan ini mrangkumi benda-benda baik aje...benda yang kau nampak jahat pun "kemanusiaan" juga...

filem nih sarat dengan pengajaran bahawa manusia nih selalu clueless...lepas tuh bila dia dah clueless dan blur dia akan buat benda bukan-bukan!!!

dalam 80 orang yang berlari untuk hidup hanya seorang aje yang lepas...sebab each is on their own...walaupun dalam grup tu ada manusia yang empati macam bekas askar tuh yang sangat prihatin tapi akhirnya seorang aje yang menang...

filem nih untuk yang tahu dan faham aje...kalau kau tak faham kau jangan tgk, bosan dan macam gam - pang.

VHS Kau ada VIRUS!

tak puas hati gila ba** bila 17 minit segmen filem nih dibuang begitu aje...segmen itu yang aku nak tgk pun!...

Ini installment ketiga yang depa panggil "threequel" sebab filem kedua sebelum nih ada kaitan dengan filem nih...masih menggunakan elemen found footage tanpa bosan, ini ialah satu filem yang sangat fun filled! 

Naratif dia mudah aje, satu truck jual aiskrim kena ligan dengan polis pasal motif yang apa kejadah aku pun tak tau...aku bukak aje filem nih tetiba dah caca marba dah! entah apa-apa...aku nampak ada berpuluh-puluh budak remaja dok kejaq truck aiskrim tu sambil tangkap video guna gadget depa...perrrhhhh! surreal but nice...

dalam segmen nih ada tunjuk sekumpulan budak bike bmx tgh cerita pasal trak aiskrim yang dari tadi dok pusing-pusing bandar LA tanpa gagal, tetiba, BAAAMMMMMMMM! sekor budak dah kena sodok dengan trak tu tangan dia terlekat kat pintu belakang trak aiskrim tuh! Punya laa nganga mamat tuh dalam masa lima belas minit sebelum dia nampak dengan mata kepala dia kaki dia putus, usus perut dia terburai sebab diseret trak tuh! ptuhhhh! ganas!

Ada episod pasal seorang magician gila yang tak semenggah...dan part dia lawan dengan pompuan tuh memang...arrrgggggghhhhhh!!!

And then pasal mamat Mexico yang gaya macam Jerry O Connell citer Sliders (ironinya aku baru sebut pasal Sliders dalam blog yang lepas! ha ha!) yang create satu doorway to another parallel dimension di mana tetiba dia jadi citer "Invasion of The Body Snatchers" pulak!

Part paling menghiburkan sampai anak aku gelak pecah perut...dia rampas remote control dari tangan aku sebab tak nak aku forward DVD nih...masa kes skateboarder lawan dengan hordes of the living dead...memang sial punya kaw kaw....keganasan tanpa belas kasihan...anak aku gelak pecah perut tgk kepala mamat tu melintok liok sebab dia pakai helmetcam...whhoaaaa!!

Aku nak ulang tgk lagi ha ha ha ha!

ps: kalau dulu perkataan virus menjadi satu sumpahan sangat menakutkan bagi personal computer dan laptop kau...tapi kini perkataan viral dah jadi satu benda yang sangat cool!! owh how people's perception changes overnight!

Budak Tua...memang this is karma kot?

Kalau nak diikutkan filem nih bukan filem yang berelemen hitam dan putih...ini filem yang ada unsur "gelap" elemen manusia dan apa manusia boleh jadi bilamana perasaan dendam dan kesumat menguasai diri...errr...aku rasa ini bukan pasal balas dendam...ini pasal aku nak kau rasa apa yang aku rasa bilamana kau jahanamkan keluarga aku...jadi aku pun boleh ajar kau macam mana nak sedar diri kau siapa!

Pada aku Adrian tuh bukan seorang yang jahat...dia menjadi mangsa keadaan...apa perasaan kau bilamana kau ada dalam satu keluarga yang dysfunctional dan tak serupa keluarga yang normal? Seboleh-bolehnya kau cuba nak adapt dengan keadaan yang tak normal tuh...tapi tiba-tiba ada sekor mangkuk ayun yang langsung tak empati dengan kau...menganggap keluarga kau sebagai freak dan kemudiannya dia jahanamkan keluarga kau...errr...apa kau nak buat? Kau pi bunuh dia? eerrrr....kau ikut macam Adrian...dia tunggu 20 tahun baru dia rasa puas!!!

Ini bukan masalah dendam kesumat, bukan masalah nak getting even...ini bukan semua yang di atas...ini masalah nak mengajar manusia...dan Tuhan sahaja yang boleh mengajar manusia itupun kalau manusia tuh nak belajar dari kesalahan dia! Dan Adrian nih telah meng execute kan dendam dia God style! Dia tak gelojoh nak terus bantai kau...dia tunggu kau lupa...kau rasa macam kau tak ada buat salah...kau tak ingat apa kau dah buat untuk jahanamkan satu keluarga yang tak ada dosa dengan kau...tiba-tiba...kau kena! Kau kena kaw kaw sampai kau rasa macam...Owhh alangkah celakanya aku! Kenapa aku kena macam nih!?? And then bila kau terlepas...kau rasa kau dah terlepas...tapi tiba-tiba kaw-kaw Tuhan bagi kau...Dia bagi kau terduduk punya!

...dan sebenarnya pembalasan Tuhan tuh tak gelojoh macam pembalasan manusia...Dia tunggu kau lupa, kau rasa macam kau dah menang dan kau rasa tak ada apa-apa dah...kau confident orang yang kau dah jahanamkan tuh memang salah lah! kau aje betul! Tapi tiba-tiba 20 tahun lepas tuh...YOU REAP WHAT YOU SOW!

Ya, aku percaya dan yakin...bila melihat filem nih aku jadi semakin yakin...Tuhan belum nak balas apa yang aku kena sebelum nih bukan pasal Tuhan tak peduli...tapi Tuhan nak kau sit back, relax and enjoy the next show...kau tak perlu jadi macam Adrian yang susah payah orchestrate pembalasan yang kaw kaw nih...

Nanti Tuhan akan buat anak dia, cucu dia...isteri dia...tak pun mak ayah dia...menjadi GILA dan lebih GILA dari apa yang depa tuduh kau...

Revenge is a dish best served cold!

Kau tunggu aje kawan!

Max yang sangat mental...

Pasal seorang polis yang belajar menjadi seorang polis berkaliber dan apa dia akan jadi bilamana dunia dilanda apokalips dan semua manusia bertukar menjadi "gila" dan sewel?

Maka dia pun terpaksa mendakap kegilaan dan kesewelan itu sehingga orang memanggilnya Mad Max! Ini ialah satu filem awal yang membayangkan keadaan dunia 20 tahun selepas filem nih...ya, kau tak nampak padang pasir dan dune buggy dalam dunia sekarang nih tapi pukul rata dah semakin ramai manusia bertukar rupa jadi watak-watak dalam filem nih...violence is a very fast spreading tradition!

Filem zaman 80an dan 90an tak macam filem-filem sekarang...filem sekarang nih macam "iklan" Illuminati nak tunjuk depa sekarang "kuasa" yang mengawal "tidur" kita...ha ha ha! ya. Wake Up Kick Ass Repeat!

Zaman 80an memang filem-filem breakthrough macam nih sangat epik dan legenda...Kau ada watak-watak macam Mad Max, John Rambo dan The Terminator...kau even ada dua tiga kerat watak-watak Vietnam Vet pun! Paling terer Charles Bronson dengan Death Wish dia! Tapi perlu diingat zaman filem dulu...depa bergerak dengan produksi kecik yang tak bagak macam Hollywood...ha ha ha! memang betul Hollywood nih memang lubang jamban Illuminati ha haha!

Filem-filem klasik cenggini sebenarnya belum sempat lagi dicemarkan dengan elemen Illuminati sebab depa tak nampak kesan kalau depa masukkan elemen world domination dalam filem-filem Hollywood nih...cuma semenjak dua menjak ni aku rasa banyak filem Hollywood nih macam satu bentuk "brainwashing" yang mencuci kepala otak dengan benda-benda mengarut...

Dan filem indipenden Australia nih sebenarnya cuba nak bagitau kita...dalam 30 tahun akan datang (masa filem ni keluar lah!) kau terpaksa menjadi gila dan dipanggil gila sebab perasaan agung tuh dah tak ada makna...

dan zaman sekarang nih terbalik...semua orang waras dikatakan gila dan semua orang gila merasakan diri depa sangat waras...

so if you met someone out on the street and he called you crazy...thank your lucky star that you are not!

Wolves...karya tragis Greek ala Dionysian aka ...whatever!


Kalau filem nih menyatakan bahawa kau sepatutnya sedar kau ada pilihan untuk diri kau...maka apa yang kau pilih?

Connor Slaugther dan Cayden Slaughter ialah dua manusia yang mempunyai genetik yang sama...tapi pilihan depa berbeza...

Connor ialah ibarat Darth Vader yang turn to the dark side...

tapi Cayden ialah our everyday Luke Skywalker yang melihat dengan ketajaman mata yang dalam...

dan inilah tragedi kemanusiaan ala Dionysian...

choose your path right!



Thw Twilight Zone or The Dead Zone?


Johnny Smith sememangnya seorang manusia yang diberi ujian yang sangat susah...watak dalam filem nih ialah epitome bila kau tahu banyak benda...apa tindakan kau selepas tu?

Aku sangat heran...manusia-manusia yang mengaku dia macam-macam...ada yang mengaku pesuruh Tuhan la, Rasul la, Nabi laa...tapi pernah ke depa kena buat "selfless act" macam mamat bernama Johnny Smith dalam filem nih? Dia terpaksa struggle samada nak bunuh Senator tuh atau biarkan aje nyawa orang kebanyakan melayang pasal dia rasa bukan tanggungjawab dia nak bikin itu semua...itu semua kerja Tuhan...

"selfless are the righteous".

ini ialah pengajaran "good and evil"...membunuh satu nyawa ialah satu kesalahan yang sangat besar...tapi apabila kau tahu bahawa nyawa itu akan bertanggungjawab menjahanamkan ratusan ribu nyawa orang lain...what will you do?

decisions, decisions...

mungkin ini satu contoh terbaik seorang manusia yang diberikan ilmu disisi Tuhan yang boleh beza baik dengan buruk...mungkin ini salah seorang penghuni The Twilight Zone dengan seribu satu rahsia yang hanya Tuhan aje tahu...ini mungkin....errrrr...

and then...some?

kau rasa kau hidup di dunia ni tak ada fungsi? tunggu dulu...eh! kau dah melaksanakan fungsi kau...samada menjadi villain atau hero...dan akhirnya???

BiPolar Mood Disorder - excelsior!


Filem nih memang aku ulang tayang banyak kali sebab nak ambik feel seorang BiPolar Mood Disorder tu macam mana perangai dia...pasal aku rasa aku tak ada penyakit nih! Latarbelakang filem nih berkisar tentang seorang bekas cikgu (huh! ironik!) yang kena hadap depan court (ironik lagi!) pasal dia sudah "belasah" seorang mamat yang sudah ada affair dengan wife dia...part tu aku confuse sebab jalan citer filem nih tak ada detail samada dia belasah mamat tuh sebelum dia divorce dengan wife dia atau dia belasah mamat tu setelah dia divorce dengan wife tak guna dia tuh! yang itu aku blur sikit...

Mamat yang pernah berlakon filem Limitless dengan pelakon yang ada iras muka pak mertua aku nih (ironi nya pak mertua aku ada jugak berlakon dalam filem nih!) memang menghayati betul watak dia...aku perhatikan kalau kau suffer penyakit nih...kau ada masalah pertuturan, cara kau bercakap tak macam orang berakal waras...kau meracau (macam aku selalu tulis kat blog nih kot?) dan merapu lepas tuh benda trivia pun kau nak gaduh? errrr...so sebenarnya ramai juga manusia dalam Malaysia nih ada penyakit BiPolar nih bilamana depa meracau bila ada isu pegang anjing! Owhhh...I am not alone!

Baru aku tau bukan senang juga kau nak di cop GILA! kau kena ada rekod turun naik court (errr...tak, aku turun naik court aku saman orang! saman kerajaan!) lepas tu kau kena ada court order supaya kau dimasukkan ke dalam wad sakit mental dan kau kena observe dan makan ubat selalu...errr...aku? Aku dah dua tahun tinggalkan ubat....so? Aku masih mental lagi ke?

itu satu persoalan yang kau orang kena jawab ha ha ha ha!

and then...some?



Belajar ABC untuk Mati...


semalam aku dengan wife berjalan ke Kenyalang Park, Kuching, nak cari apa-apa DVD dan Bluray yang boleh buat bahan nak menonton malam nanti...wife aku memang movie freak...code name dia Natasha : Zombie. semua cerita tentang zombie dia dah tonton jadi kau jangan tipu dia...semenjak watak perempuan diagungkan dalam filem zombie (Resident Evil / Dawn of the Dead) maka wife aku memang peminat zombie keren!

dialah yang jumpa filem nih, dia memang tak tahu pasal filem nih...cuma dia pernah perasan aku ada DVD pertama filem nih jadi dia tunjuk kat aku...aku pun dah nampak...belilah!

filem nih memang pelik, lebih pelik dari filem pertama...filem ni bagi imaginasi cara-cara nak mati dalam keadaan tragis dan sadis...dari pembunuhan tak masuk akal sehinggalah kekejaman manusia awkward yang digambarkan dalam elemen stop motion...

aku belajar juga banyak benda dalam filem nih, memang filem nih tak sesuai untuk wanita mengandung sebab takut nanti anak kau terkenan...

and then...apa aku nak cakap pasal filem ni? kau orang kena tengok sendiri...tapi aku suka part "home invasion" tuh...laki dia ada "hal" kat France, tengah borak dengan wife on the phone, tetiba ada orang pecah masuk (segmen S is for Split) dan tibai wife dia sampai mati...naik atas pi ketuk anak kecik dia sampai mati lepas tu dia ambik phone wife mamat tu and dia cakap - "let me talk to my husband"...aaaaaahhhhhhh!!?  Twisted gila sial! dia nak cakap dengan husband dia? kau nak tau kau kena tgk filem nih...twisted gila ba**!

satu part mamat nih dengan atuk dia tinggal serumah..dia gaduh dengan atuk dia...tetiba atuk dia cucuk dia dengan satu benda tajam...atuk dia marah dia - "kau duduk menumpang rumah aku dan kau panggil aku wanker dengan kawan-kawan kau...kau panggil aku wanker?!!!!" dia terus bukak seluar dan cuma ada kontol tergantung...atuk dia tak ada benda alah tu! atuk dia cakap - macam mana aku wank kalau aku tak ada benda tuh!! hah!!!

ha ha ha! lawak gila...

filem nih memang surreal sikit laa...kalau kau akal sihat kau jangan tgk!

he he he!

ps: part filem Jepun pasal zombie tuh memang sarkastik! see it to believe it!



...And Justice For All?



"Jam 9:00 pagi, Mohamad sudah menunggu di ruang belakang dewan Mahkamah Rayuan, dia rasa macam nak pengsan pun ada sebab pada pagi itu dia kena mewakili diri sendiri untuk melawan kes penamatan kerjanya oleh pihak kerajaan. Mungkin kalau orang biasa yang tak kuat semangat, mahu dibiarnya sahaja kerjanya dibuang dan hidupnya jahanam, Namun bila setiap kali melihat isterinya dan anaknya yang comel, Mohamad merasakan satu kekuatan dalam dirinya dan mahu tak mahu, diredahnya juga bangunan mahkamah itu buat kali ketiga, setelah kali pertama dan kedua dia ditipu hidup-hidup oleh peguam yang mewakili dirinya menyebabkan dia kalah dalam kes di Mahkamah Tinggi. Benarlah kata orang, golongan pertama yang akan banyak masuk neraka ialah golongan pembahas-pembahas @ lawyer.

Mohamad tampil ke depan dewan, dia cuba nak meminta supaya kesnya didengar awal. Namun demikian, penterjemah yang bertugas ketika itu mengatakan bahawa giliran Mohamad pada pagi itu bernombor 13, kes ketiga yang akan didengar pada pagi yang malang itu. Mohamad bergegas kembali ke belakang dewan dan duduk. 

"Eh! bila lagi kes aku nak didengar ni? Ini dah masuk kes yang keenam dah!" rungut Mohamad. Dia merasa seolah diperbodohkan oleh penterjemah berbangsa Hindu tersebut. Mohamad dah hilang akal. Tepat jam 12:15 tengah hari, kes Mohamad disebut. Dia dipanggil ke depan. Belum pun sempat Mohamad membuka mulut, membuka bicara dan akal, hakim sudah menerjahnya. "You haven't filed in your order for the Court of Appeal, have you?" tanya hakim yang mengetuai Mahkamah Rayuan pada pagi itu. "No your hon....errr...My Lord, I dont find the need to file the order since I was not instructed by the court to do so", Mohamad menjawab dengan yakin. "You know what, since you did not file your order, I am hesitant to accept your Affidavit to the Court of Appeal, unless you wanted to file for a delay and set a time for another hearing, would you like to do so?" Mohamad bingkas menjawab, "No My Lord, I would like to proceed with my hearing". Hakim tersentak, mungkin ketika itu dia berfikir - "whhoaaah! determine sungguh orang ini, tunggulah aku bantai kau nanti".

Mohamad membuka hujjah dengan penuh keyakinan, sebenarnya dia telah bersedia, lebih bersedia dari Peguam Negara yang akan melawan hujjahnya sebentar lagi. Mohamad menggoreng, melibas, menerjah dan mempersoalkan kewajaran pembuangan kerjanya kepada tiga orang hakim di hadapan. Peguam Negara bingkas menepis, melipat dan mencantas hujjah Mohamad namun malangnya setiap kali Peguam Negara menerajang kembali hujjah Mohamad, ketika itu jugalah belang Peguam Negara terdedah. "Owwhh, this is Perakuan Pencen, Senior Federal Counsel! Please do your job properly! How can you do this?" hakim menempelak sang Peguam. Mohamad dapat merasakan bahawa Peguam Negara sudah menggeletar seluruh badan. Dah rasa macam tak mampu nak memberikan hujjah yang baik.

Hanya ketika Peguam Negara membuat kenyataan - "since the Appellant was employed as a probationer, it is highly suggested that the Commission is not bound to confirm the Appellant if there is something amiss about the Appellant, the Commissioner is entitled to make an inquiry". Waaah! ini peluang keemasan! Mohamad tidak melepaskan peluang ini, lantas dia mengangkat tangan dan meminta izin kepada tuan hakim, "My Lord, if I may?". "Proceed!" balas hakim. Mohamad mula mengeluarkan hujjah berkaitan - "My Lord, if we refer to the Article 135 (2) (b) of the Federal Constitution, the party with the power to dismiss or reduced in rank of an officer, if for whatever reason that is RECORDED IN WRITING, can terminate an officer in the interest of the public and the right to be heard will no longer be applicable since the party with the power to dismiss had a reasonable doubt to dismiss or reduced in rank of an officer in mention". Mohamad menambah lagi, "Furthermore, according to Article 132 of the Federal Constitution, an officer holds office during the pleasure of Yang Di-Pertuan Agung, which holds that the post held by an officer in the government sector had a security of tenure and he cannot be simply dismissed or terminated in the interest of the public without just cause and excuse".

Sebaik sahaja Mohamad selesai berbicara, hakim mula melenting dan kelihatan mukanya merah padam...mungkin ketika itu dia merasa seperti diperbodohkan oleh seorang bekas guru yang langsung tiada pengalaman menjadi peguam. "Aku tak boleh bagi cikgu kena buang ni menang, kalau tidak mesti tercalar institusi kehakiman, mana ada lagi orang biasa lawan kerajaan boleh menang?" syaitan mula membisik ke telinga hakim tadi. Akhirnya hakim tidak lagi memberikan peluang untuk Mohamad berkata-kata, lantas beliau dan dua lagi hakim di hadapan Mohamad bersepakat bahawa insitusi kehakiman tidak wajar dimalukan oleh marhaen seperti Mohamad. Oleh kerana merasa tercabar, hakim nekad membuat keputusan..."After hearing your argument, we had decided unanymously that your case had no merit and we decide to dismiss your case".

Hakim kemudian bertanya kepada Peguam Negara samada mahu meminta kos guaman kepada Mohamad. Peguam Negara yang terdiam dari tadi, mungkin kerana beliau tidak menyangka Mohamad akan ambush dengan begitu teruk sekali, bingkas bangun dan menjawab - "I incur no cost My Lord". "No cost?" fikir Mohamad. "Huh! kau dah terduduk, memang kau tak mintak kos lah kan?!" rungut Mohamad. Sebaik sahaja hakim membuat keputusan, Mohamad berlalu keluar dari dewan...dalam hatinya, terasa satu beban yang sangat berat untuk dia pikul. Dengan title - "orang gila" yag diberikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan kepadanya, Mohamad lantas putus asa dan berfikir "siapa yang nak ambil aku bekerja selepas ini?". Mohamad terbayang rupa anak lelakinya...tiba-tiba Mohamad meraung!

_________________________________________________________________________________




Halls of Justice Painted Green
Money Talking
Power Wolves Beset Your Door
Hear Them Stalking
Soon You'll Please Their Appetite
They Devour
Hammer of Justice Crushes You
Overpower

The Ultimate in Vanity
Exploiting Their Supremacy
I Can't Believe the Things You Say
I Can't Believe
I Can't Believe the Price You Pay

Nothing Can Save You
Justice Is Lost
Justice Is Raped
Justice Is Gone
Pulling Your Strings
Justice Is Done
Seeking No Truth
Winning Is All
Find it So Grim
So True
So Real

Apathy Their Stepping Stone
So Unfeeling
Hidden Deep Animosity
So Deceiving
Through Your Eyes Their Light Burns
Hoping to Find
Inquisition Sinking You
With Prying Minds

James Hetfield dan rakan-rakan telah lama menyuarakan tentang sistem kehakiman, samada engkau boleh percaya dengan sistem ini atau sistem ini sudah korup dan perlu diganti dengan sistem street justice ala Judge Dredd - The Judge, The Jury, The Executioner.

Perlembagaan Persekutuan yang diolah Lord Reid kini menjadi bahan mainan bijak pandai dalam memanipulasi kebenaran dan memihak kemenangan kepada mereka. Mungkin situasi di atas ialah wake up call kepada marhaen bahawa, engkau tidak mampu melawan dengan kebenaran disisi engkau kerana mereka semua ialah serigala lapar yang gila kuasa. Engkau bawa kebenaran di hadapan sistem yang korup dan sudah pasti engkau akan kalah. Situasi David against Goliath sudah tidak terpakai lagi walaupun engkau ada Tuhan bersama engkau. Engkau ibarat Nabi Musa yang perlu "kick some sense" ke dalam otak Firaun, tapi Firaun memilih untuk kufur dengan kebenaran.

Ini mungkin rupa wajah sebenar sistem kehakiman kita. Mungkin fiksi di atas satu kisah benar atau mungkin hanya rekayasa yang mahu membobrok kerajaan mahupun sistem keadilan. Namun demikian...berhati-hati dengan Wolves in sheep's clothing, a man in three piece suit yang di gelar peguam, kerana apa yang mereka mahu hanyalah duitmu!

Benarlah firman Allah Taala yang menyatakan bahawa satu hari nanti seorang rasul akan berkata - "Sesungguhnya Quran ini menjadi Perlembagaan yang tidak terpakai". Hari ini bukan seorang rasul yang akan membenarkan ayat Tuhan itu, sebaliknya seorang cikgu marhaen yang dituduh GILA (Nabi Muhammad juga dikatakan gila kerana membawa kebenaran) yang akan menyatakan - SESUNGGUHNYA FIRMAN TUHAN SUDAH MENJADI PERLEMBAGAAN YANG LAPUK DAN TIDAK TERPAKAI.

...And Justice For All?? kah itu?

Shaffarizan Mohamad.
( a David against Goliath and were lost and killed by the Goliaths!)



Komen Filem Digest # 3 - From Here To Infinity...and Beyond!

1. Groundhog Day

Filem nih sebenarnya sangat dekat dalam jiwa aku sebab aku belajar mengenali bahawa...kau adalah omnipotent bilamana kau sebenarnya "tahu" apa yang berlaku disekeliling kau pasal kau dah setaraf Tuhan...ha haha!

Sebenarnya to claim that you are a God is so underrated sebab God did not need to experience this...He is everywhere! He was, is, and always will be...He is the everlasting...ha ha again!

Ini filem pasal macam mana seorang mamat yang arogan boleh memahami tentang hidup dan apa yang membahagiakan tentang hidup bilamana dia belajar mengenal dalam masa satu hari yang infiniti!

Ini pasal purging...cleansing oneself of his personality di mana sebenarnya mamat nih melihat jauh ke dalam dan dia bermula sebagai seorang manusia yang sangat naif dan tidak mengenal...sebenarnya siapa dia...

Ini filem yang melihat jauh ke dalam!

2. 12:01

Meet Barry Thomas, another resident of the Twilight Zone. Kadang-kadang seorang mamat yang lame, bangang, nerd selalu akan dipilih dalam filem (dan Tuhan) untuk satu adventure yang menginsafkan!

Mamat nih memulakan paginya dengan malas dan bermalas-malasan, dia masuk kerja, punch in lepas tu kena practical joke dengan kawan baik dia dan...cuba mengorat saintis sebelah pejabat dia...

Akhirnya pada 12:01 am...dia terperosok dalam satu loophole di mana dia disumpah untuk mengulang satu hari yang sangat...menyiksakan...

Filem nih mengajar aku bahawa kalau kau tak move forward...kau akan stuck dengan keadaan kau yang statik dan kau akan rasa hidup nih macam bangang...kau buat benda yang sama, lakukan rutin yang sama dan akhirnya mati!

Itu sebab manusia yang "mengenal" dia takkan buat benda yang sama...dia akan explore pelbagai kemungkinan dan mungkin dia pernah berjumpa dengan orang macam Barry Thomas nih! ha ha ha!

3: 12:01 PM

Ada satu lagi short story yang guna tema yang sama dalam filem di atas, tapi filem nih macam satu loop dia ulang-ulang-ulang sampai mati...Myron Castleman dah stuck dalam satu time frame di mana dia kena ulang satu jam yang sama sehingga infiniti...it is like he is still somewhere in time living his own personal hell...huhu! Aku boleh bayangkan manusia yang stuck dalam tempat dia dan dia tak boleh advance dan evolve mengikut keadaan fitrah dia sebagai manusia...yes aku admit memang ada orang suka duduk dalam comfort zone...punch in, kerja...punch out...balik...tapi tidak Myron Castleman..."I am Myron Castleman...GOD!" dan akhirnya...

4. Repeaters

Kadang-kadang orang kata practice makes perfect tu...sebenarnya satu benda yang sangat salah...kalau kau ulang-ulang satu benda pun dia akan menjadi klise dan akhirnya kau memgaku kau tak lah sesempurna mana pun.

Ini Groundhog Day versi delinquent...pasal sebenarnya...tiga ekoq nih kena ulang benda yang sama supaya depa boleh terima kenyataan bahawa hidup nih tak selalunya all dalam hati ada taman...

Tiga ekoq nih ada konflik dalaman masing-masing yang perlu diselesaikan...sebenarnya filem nih mengambik konsep reincarnation di mana kau kena perfect function kan purpose kau wujud di cakerawala ini demi untuk memahami dan mengenali sesuatu.

Mamat dan minah tiga ekoq ni bermula dengan membuat silap...tapi setelah lama sangat duduk dalam loop yang sama akhirnya depa dua ekoq belajaq satu benda...just let it go!

5. Source Code

Quantum Physics memang satu ilmu yang amat memenatkan...ya, aku bukan terer fizik tapi aku berminat mengetahui bahawa hidup dan realiti kehidupan ni sebenarnya berbentuk quantum mechanics di mana kau ada banyak versi hidup engkau yang bersepah merata-rata.

Captain Colter Steven mendapat semangat Dr Samuel Beckett dalam Quantum Leap bila dia kena ulang 8 minit sebelum keretapi tuh jahanam...

Premis filem nih macam filem-filem kat atas...watak heor mesti blur blur tak tau apa dan nampak macam innocent aje...namun demikian bila dia dah aware dengan keadaan sekeliling dan consciousness dia dah "terbuka" dan di "wake up kick ass repeat" kan...dia mula aware dengan semua benda dan dia dah "bersatu" dan "melebur" (ha ha ha! ini falsafah jahanam mana aku pakai nih?) dalam satu zat yang infinit! dan akhirnya dia kenal siapa dia sebenarnya dan dia telah berjaya melaksanakan fungsinya tanpa gagal!

6. Live : Die : Repeat @ Wake Up Kick Ass Repeat!

Tajuk filem nih masa keluar panggung = Edge of Tomorrow, lepas tu depa nak tukar jadi "All You Need Is Kill" tapi sebab mungkin masalah copyright depa revert balik jadi Edge of Tomorrow...dan bila keluar Bluray dia jadi Live : Die : Repeat!

Ini pasal seorang mamat yang egosentrik dan selfish, macam mamat Groundhog Day tuh yang mulanya dia nampak macam celaka aje...

Tapi hikmah hari yang diulang menyebabkan mamat nih mula memeriksa priority dia dan dia mula mempunyai perasan agung yang sangat dalam...dia sensitif dan empati yang melampau...dia melihat kawan-kawan dia mati berkali-kali di depan dia dan dia merasakan bahawa..."selfless are the righteous"...kita dapat lihat bahawa lama kelamaan...dia mula me "wake up kick ass repeat" kan dirinya sendiri tanpa gagal!

dan akhirnya filem kafir ini juga yang membuka mata aku ha ha ha ha!

7. Triangle

Ini filem infiniti yang sangat menakutkan sebab ending...errr...loop dia menjadi satu sumpahan celaka yang boleh buat kau jadi schizophrenic.

Filem ini satu sumpahan kepada filem genre time loop sebab watak dia tak boleh lari pi mana...dia akan ulang benda celaka yang sama dalam masa infiniti...dan dia terpaksa buat benda yang sama walau macam mana susah pun dia nak lari dari kenyataan.

Pompuan nih dah macam kena sumpah untuk ulang tragedi kapal yang sama sebab...aku pun tak tau sebab apa...

Ini filem yang meraikan karakter manusia yang berbeza...good and evil dan macam mana evil akan selalu prevail bilamana keadaan memaksa kau membuat perkara yang diluar akal waras engkau!

dan akhirnya aku tak tau filem ni ending dia macam mana!

Komen Filem Digest #2 - Malam Jahanam.

1.Collateral

Ini filem malam jahanam yang pertama aku nak letak sebab aku suka Tom Cruise...aku rasa dia nih memang sangat awkward dalam filem nih sebab dia tak pernah berlakon jadi orang jahat....

Seorang pemandu cab terpaksa berlari-lari anak selama satu malam dan malam tu memang malam jahanam dia sebab dia kena lari dari seorang hitman yang akan buat apa sahaja untuk "cuci" scene of the crime dia...

Aku agak suka dengan pace filem nih sebab kau rasa macam kau ada dalam filem nih, kau merasakan ketakutan pada watak Jamie Foxx tuh sebab memang dia bukan special agent ke apa jadi resources untuk dia menyelamatkan diri dari hitman jahanam tu sangat terhad...

Dalam filem ni aku merasa kagum dengan kenyataan bahawa...kalau Tuhan kata ajal kau belum sampai maka even a trained hitman pun tak boleh bantai kau...
he he!

                                                                                                                                   

2. The Warriors

Kau bayangkan malam jahanam kau dengan dikelilingi oleh pelbagai manusia mental yang akan buat apa sahaja untuk bunuh kau sebab kau didapati bersalah dah membunuh leader depa...ha ha ha! kau fikir?

Satu grup dari Coney Island nih dalam perjalanan nak ke convention samseng-samseng peringkat daerah...masa depa join convention tuh tiba-tiba leader depa kena tembak mampus...dan depa satu grup dituduh melakukan perbuatan terkutuk tuh...

And then...how can you survive when you are surrounded by armies of thugs yang mahu kepala kau?

Dalam filem nih digambarkan how true brotherhood dapat survive satu malam jahanam yang sangat jahanam...

Anak aku cukup suka main game PS 2 depa ha ha ha!
Itulah dianya!



3. The Purge : Anarchy

Ini malam jahanam terancang, kau boleh bunuh sesiapa yang kau mahu dan kau boleh belasah sesiapa aje sampai mati.

Satu malam jahanam khusus untuk kau yang kalau ada masalah tak puas hati kau boleh ceroboh rumah aku lepas tuh kau kelar leher aku ha ha ha!

Aku suka filem nih sebab aku rasa aku belajar satu perkara...tak ada benda yang trivia dalam hidup even nyawa seorang marhaen yang tak sedarjat dengan kau...

Aku belajar dari mamat Seargent polis nih...akhirnya memaafkan dosa orang pada engkau adalah satu penebusan dosa yang paling besar di mana orang yang kau maafkan itulah yang akan menolong kau pada akhirnya...

How revenge is sweet in the end! If you decide to forgive and forget...it would be poetic justice!
and then?? kau mahu apa?

4. Judgment Night

Malam jahanam keempat membawa kita mengenali bahawa kadang-kadang Tuhan shove satu adventure untuk kau yang kau sendiri tak sangka kau akan terperosok dalam satu kancah peperangan yang melibatkan mafia kingpin dan pusher dia yang kena tembak mati,

Empat ekoq nih sebenarnya nak pi tgk boxing match tapi sebab depa dah lambat depa ambik short cut masuk kawasan gelap ala ghetto penuh dengan pusher dan drug lord...

Maka secara takdirnya depa kena saksi satu adegan seorang pusher kena tembak mati depan mata depa...apa depa mau bikin? Lari laaaaa!!

Depa masuk rumah flat ala-ala Brooklyn projects yang mana kalau kau masuk belum tentu kau boleh keluar...

Aku syok dengan filem nih sebab memang kau dapat rasa macam mana kau nak lari dari kenyataan bahawa kepala kau menjadi idaman seorang mafia kingpin druglord...


5. Dredd

Sebagai seorang hakim yang tak korup macam kebanyakan hakim, aku respek dan suspek Dredd sebab dia selamba...

Satu malam jahanam yang sangat jahanam pada mafia kingpin ibu ayam yang jual dadah jenis tak ingat pada orang awam yang menjadi punca Dredd dan awek Mutant tuh mengamuk kat kompleks tuh!

Ini satu filem malam jahanam yang mengajar penonton membezakan yang baik dan buruk...pengadilan dan keadilan serta kadang-kadang kau kena empati untuk memahami keadaan.

Dan tak salah kalau kau ada perasaan "kindness" sebab perasaan itulah yang akan guide kau jumpa Tuhan...sesungguhnya Tuhan dah berikan senjata paling efisyen kepada Judge Anderson untuk execute kan pengadilan kepada rakyat,...bukan dengan makan suap aje ha ha ha!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...