Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


...And Justice For All?



"Jam 9:00 pagi, Mohamad sudah menunggu di ruang belakang dewan Mahkamah Rayuan, dia rasa macam nak pengsan pun ada sebab pada pagi itu dia kena mewakili diri sendiri untuk melawan kes penamatan kerjanya oleh pihak kerajaan. Mungkin kalau orang biasa yang tak kuat semangat, mahu dibiarnya sahaja kerjanya dibuang dan hidupnya jahanam, Namun bila setiap kali melihat isterinya dan anaknya yang comel, Mohamad merasakan satu kekuatan dalam dirinya dan mahu tak mahu, diredahnya juga bangunan mahkamah itu buat kali ketiga, setelah kali pertama dan kedua dia ditipu hidup-hidup oleh peguam yang mewakili dirinya menyebabkan dia kalah dalam kes di Mahkamah Tinggi. Benarlah kata orang, golongan pertama yang akan banyak masuk neraka ialah golongan pembahas-pembahas @ lawyer.

Mohamad tampil ke depan dewan, dia cuba nak meminta supaya kesnya didengar awal. Namun demikian, penterjemah yang bertugas ketika itu mengatakan bahawa giliran Mohamad pada pagi itu bernombor 13, kes ketiga yang akan didengar pada pagi yang malang itu. Mohamad bergegas kembali ke belakang dewan dan duduk. 

"Eh! bila lagi kes aku nak didengar ni? Ini dah masuk kes yang keenam dah!" rungut Mohamad. Dia merasa seolah diperbodohkan oleh penterjemah berbangsa Hindu tersebut. Mohamad dah hilang akal. Tepat jam 12:15 tengah hari, kes Mohamad disebut. Dia dipanggil ke depan. Belum pun sempat Mohamad membuka mulut, membuka bicara dan akal, hakim sudah menerjahnya. "You haven't filed in your order for the Court of Appeal, have you?" tanya hakim yang mengetuai Mahkamah Rayuan pada pagi itu. "No your hon....errr...My Lord, I dont find the need to file the order since I was not instructed by the court to do so", Mohamad menjawab dengan yakin. "You know what, since you did not file your order, I am hesitant to accept your Affidavit to the Court of Appeal, unless you wanted to file for a delay and set a time for another hearing, would you like to do so?" Mohamad bingkas menjawab, "No My Lord, I would like to proceed with my hearing". Hakim tersentak, mungkin ketika itu dia berfikir - "whhoaaah! determine sungguh orang ini, tunggulah aku bantai kau nanti".

Mohamad membuka hujjah dengan penuh keyakinan, sebenarnya dia telah bersedia, lebih bersedia dari Peguam Negara yang akan melawan hujjahnya sebentar lagi. Mohamad menggoreng, melibas, menerjah dan mempersoalkan kewajaran pembuangan kerjanya kepada tiga orang hakim di hadapan. Peguam Negara bingkas menepis, melipat dan mencantas hujjah Mohamad namun malangnya setiap kali Peguam Negara menerajang kembali hujjah Mohamad, ketika itu jugalah belang Peguam Negara terdedah. "Owwhh, this is Perakuan Pencen, Senior Federal Counsel! Please do your job properly! How can you do this?" hakim menempelak sang Peguam. Mohamad dapat merasakan bahawa Peguam Negara sudah menggeletar seluruh badan. Dah rasa macam tak mampu nak memberikan hujjah yang baik.

Hanya ketika Peguam Negara membuat kenyataan - "since the Appellant was employed as a probationer, it is highly suggested that the Commission is not bound to confirm the Appellant if there is something amiss about the Appellant, the Commissioner is entitled to make an inquiry". Waaah! ini peluang keemasan! Mohamad tidak melepaskan peluang ini, lantas dia mengangkat tangan dan meminta izin kepada tuan hakim, "My Lord, if I may?". "Proceed!" balas hakim. Mohamad mula mengeluarkan hujjah berkaitan - "My Lord, if we refer to the Article 135 (2) (b) of the Federal Constitution, the party with the power to dismiss or reduced in rank of an officer, if for whatever reason that is RECORDED IN WRITING, can terminate an officer in the interest of the public and the right to be heard will no longer be applicable since the party with the power to dismiss had a reasonable doubt to dismiss or reduced in rank of an officer in mention". Mohamad menambah lagi, "Furthermore, according to Article 132 of the Federal Constitution, an officer holds office during the pleasure of Yang Di-Pertuan Agung, which holds that the post held by an officer in the government sector had a security of tenure and he cannot be simply dismissed or terminated in the interest of the public without just cause and excuse".

Sebaik sahaja Mohamad selesai berbicara, hakim mula melenting dan kelihatan mukanya merah padam...mungkin ketika itu dia merasa seperti diperbodohkan oleh seorang bekas guru yang langsung tiada pengalaman menjadi peguam. "Aku tak boleh bagi cikgu kena buang ni menang, kalau tidak mesti tercalar institusi kehakiman, mana ada lagi orang biasa lawan kerajaan boleh menang?" syaitan mula membisik ke telinga hakim tadi. Akhirnya hakim tidak lagi memberikan peluang untuk Mohamad berkata-kata, lantas beliau dan dua lagi hakim di hadapan Mohamad bersepakat bahawa insitusi kehakiman tidak wajar dimalukan oleh marhaen seperti Mohamad. Oleh kerana merasa tercabar, hakim nekad membuat keputusan..."After hearing your argument, we had decided unanymously that your case had no merit and we decide to dismiss your case".

Hakim kemudian bertanya kepada Peguam Negara samada mahu meminta kos guaman kepada Mohamad. Peguam Negara yang terdiam dari tadi, mungkin kerana beliau tidak menyangka Mohamad akan ambush dengan begitu teruk sekali, bingkas bangun dan menjawab - "I incur no cost My Lord". "No cost?" fikir Mohamad. "Huh! kau dah terduduk, memang kau tak mintak kos lah kan?!" rungut Mohamad. Sebaik sahaja hakim membuat keputusan, Mohamad berlalu keluar dari dewan...dalam hatinya, terasa satu beban yang sangat berat untuk dia pikul. Dengan title - "orang gila" yag diberikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan kepadanya, Mohamad lantas putus asa dan berfikir "siapa yang nak ambil aku bekerja selepas ini?". Mohamad terbayang rupa anak lelakinya...tiba-tiba Mohamad meraung!

_________________________________________________________________________________




Halls of Justice Painted Green
Money Talking
Power Wolves Beset Your Door
Hear Them Stalking
Soon You'll Please Their Appetite
They Devour
Hammer of Justice Crushes You
Overpower

The Ultimate in Vanity
Exploiting Their Supremacy
I Can't Believe the Things You Say
I Can't Believe
I Can't Believe the Price You Pay

Nothing Can Save You
Justice Is Lost
Justice Is Raped
Justice Is Gone
Pulling Your Strings
Justice Is Done
Seeking No Truth
Winning Is All
Find it So Grim
So True
So Real

Apathy Their Stepping Stone
So Unfeeling
Hidden Deep Animosity
So Deceiving
Through Your Eyes Their Light Burns
Hoping to Find
Inquisition Sinking You
With Prying Minds

James Hetfield dan rakan-rakan telah lama menyuarakan tentang sistem kehakiman, samada engkau boleh percaya dengan sistem ini atau sistem ini sudah korup dan perlu diganti dengan sistem street justice ala Judge Dredd - The Judge, The Jury, The Executioner.

Perlembagaan Persekutuan yang diolah Lord Reid kini menjadi bahan mainan bijak pandai dalam memanipulasi kebenaran dan memihak kemenangan kepada mereka. Mungkin situasi di atas ialah wake up call kepada marhaen bahawa, engkau tidak mampu melawan dengan kebenaran disisi engkau kerana mereka semua ialah serigala lapar yang gila kuasa. Engkau bawa kebenaran di hadapan sistem yang korup dan sudah pasti engkau akan kalah. Situasi David against Goliath sudah tidak terpakai lagi walaupun engkau ada Tuhan bersama engkau. Engkau ibarat Nabi Musa yang perlu "kick some sense" ke dalam otak Firaun, tapi Firaun memilih untuk kufur dengan kebenaran.

Ini mungkin rupa wajah sebenar sistem kehakiman kita. Mungkin fiksi di atas satu kisah benar atau mungkin hanya rekayasa yang mahu membobrok kerajaan mahupun sistem keadilan. Namun demikian...berhati-hati dengan Wolves in sheep's clothing, a man in three piece suit yang di gelar peguam, kerana apa yang mereka mahu hanyalah duitmu!

Benarlah firman Allah Taala yang menyatakan bahawa satu hari nanti seorang rasul akan berkata - "Sesungguhnya Quran ini menjadi Perlembagaan yang tidak terpakai". Hari ini bukan seorang rasul yang akan membenarkan ayat Tuhan itu, sebaliknya seorang cikgu marhaen yang dituduh GILA (Nabi Muhammad juga dikatakan gila kerana membawa kebenaran) yang akan menyatakan - SESUNGGUHNYA FIRMAN TUHAN SUDAH MENJADI PERLEMBAGAAN YANG LAPUK DAN TIDAK TERPAKAI.

...And Justice For All?? kah itu?

Shaffarizan Mohamad.
( a David against Goliath and were lost and killed by the Goliaths!)



Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...