
Pleasentville yang sebenarnya taklah berapa Pleasent sangat bila dah jadi kaler.
Filem ini mungkin low budget sebab hampir 70% dari kualiti gambar filem ini adalah dalam hitam putih. Ia mengisahkan tentang evolusi kemanusiaan dan bagaimana manusia berubah dari masa ke semasa, dengan pemikiran yang semakin terbuka...maka banyaklah rintangan dan halangan yang terpaksa di hadapi.
Watak Tobey Maguire adalah seorang yang reserve, hidup di era slackers tahun 90an yang blurry, entah apa-apa dan nampak macam hilang hala tuju hidup. Bermasalah keluarga dan mempunyai seorang kakak yang hip dan chic serta cool, dia terpaksa menghadapi keperitan hidup dengan masalah mak bapak yang mengalami krisis rumahtangga menyebabkan kehidupan dia dan kakaknya terbiar.
Masa lapangnya dihabiskan dengan menonton televisyen dan mengikuti siri televisyen oldies, “Pleasentville”.
Hinggalah pada satu malam yang syahdu, ketika dia dan kakaknya berebut remote controller sampai jahanam...mereka didatangi oleh seorang tv repairman yang kebetulan “peminat” siri Pleasentville...and the rest is history. Tgk kalau nak tau! Ha ha!
Filem ni mengisahkan tentang dua era kemanusiaan yang amat berbeza, menyediakan elemen “surreal” sebagai premis untuk membandingkan era “tua” dan era “muda”. Siri televisyen Pleasentville ini bertindak sebagai “pemangkin” untuk menyatukan dua realiti (realiti tv?) yang amat berbeza...
Tobey dan kakaknya terperangkap dalam siri televisyen tersebut, menyebabkan berlaku beberapa perubahan pada diri mereka dan siri tv tersebut bertindak sebagai “provocateur” yang mengubah sikap dan attitude mereka.
Disini kita lihat bagaimana dua org manusia yang hidup di realiti “sebenar” telah berjaya mengubah konsep dan mengubah persepsi karakter dalam siri tv tersebut. Mereka seolah-olah seperti penyampai mesej yang cuba menyatakan pada karakter-karakter dalam siri tv tersebut – not everything is good in black and white!
Proses “kemasukan” mereka ke dalam “realiti” siri televisyen itu telah membuahkan beberapa revolusi dan telah menukar sedikit demi sedikit “warna” pada siri tv tersebut.
Apa yang menarik dalam filem ini, kita lihat bahawa golongan TUA, memang selalu menolak “revolusi pemikiran baru”. Satu contoh terbaik yang mampu memberikan kesedaran ialah, ketika sebelum watak Tobey Maguire dan Reese Witherspoon sampai ke “realiti” siri tv tersebut, kebanyakan buku (kitab?) dalam pustaka sekolah di Pleasentville itu blank...sehinggalah munculnya dua “prophet” (?) yang berasal dari REALITI SEBENAR yang berjaya mengubah hidup para remaja yang selama ini statik dan hanya perlu tahu benda-benda BASIC dalam hidup.
Mesej yang mahu disampaikan dalam filem ini ialah, untuk melihat perubahan...manusia harus di UJI dan di PROVOKASI sebelum mereka MENGENAL realiti kehidupan yang sebenarnya. Manusia bersifat dinamis, maju ke hadapan dan tidak statik seperti katak di bawah tempurung. Perubahan yang terus menerus tetap akan berlaku dalam tamadun kemanusiaan dan kita sebagai individu harus kuat untuk menerima perubahan itu dengan pegangan dan prinsip hidup yang mantap.