Ini filem malam jahanam yang pertama aku nak letak sebab aku suka Tom Cruise...aku rasa dia nih memang sangat awkward dalam filem nih sebab dia tak pernah berlakon jadi orang jahat....
Seorang pemandu cab terpaksa berlari-lari anak selama satu malam dan malam tu memang malam jahanam dia sebab dia kena lari dari seorang hitman yang akan buat apa sahaja untuk "cuci" scene of the crime dia...
Aku agak suka dengan pace filem nih sebab kau rasa macam kau ada dalam filem nih, kau merasakan ketakutan pada watak Jamie Foxx tuh sebab memang dia bukan special agent ke apa jadi resources untuk dia menyelamatkan diri dari hitman jahanam tu sangat terhad...
Dalam filem ni aku merasa kagum dengan kenyataan bahawa...kalau Tuhan kata ajal kau belum sampai maka even a trained hitman pun tak boleh bantai kau...
Kau bayangkan malam jahanam kau dengan dikelilingi oleh pelbagai manusia mental yang akan buat apa sahaja untuk bunuh kau sebab kau didapati bersalah dah membunuh leader depa...ha ha ha! kau fikir?
Satu grup dari Coney Island nih dalam perjalanan nak ke convention samseng-samseng peringkat daerah...masa depa join convention tuh tiba-tiba leader depa kena tembak mampus...dan depa satu grup dituduh melakukan perbuatan terkutuk tuh...
And then...how can you survive when you are surrounded by armies of thugs yang mahu kepala kau?
Dalam filem nih digambarkan how true brotherhood dapat survive satu malam jahanam yang sangat jahanam...
Anak aku cukup suka main game PS 2 depa ha ha ha!
Ini malam jahanam terancang, kau boleh bunuh sesiapa yang kau mahu dan kau boleh belasah sesiapa aje sampai mati.
Satu malam jahanam khusus untuk kau yang kalau ada masalah tak puas hati kau boleh ceroboh rumah aku lepas tuh kau kelar leher aku ha ha ha!
Aku suka filem nih sebab aku rasa aku belajar satu perkara...tak ada benda yang trivia dalam hidup even nyawa seorang marhaen yang tak sedarjat dengan kau...
Aku belajar dari mamat Seargent polis nih...akhirnya memaafkan dosa orang pada engkau adalah satu penebusan dosa yang paling besar di mana orang yang kau maafkan itulah yang akan menolong kau pada akhirnya...
How revenge is sweet in the end! If you decide to forgive and forget...it would be poetic justice!
Malam jahanam keempat membawa kita mengenali bahawa kadang-kadang Tuhan shove satu adventure untuk kau yang kau sendiri tak sangka kau akan terperosok dalam satu kancah peperangan yang melibatkan mafia kingpin dan pusher dia yang kena tembak mati,
Empat ekoq nih sebenarnya nak pi tgk boxing match tapi sebab depa dah lambat depa ambik short cut masuk kawasan gelap ala ghetto penuh dengan pusher dan drug lord...
Maka secara takdirnya depa kena saksi satu adegan seorang pusher kena tembak mati depan mata depa...apa depa mau bikin? Lari laaaaa!!
Depa masuk rumah flat ala-ala Brooklyn projects yang mana kalau kau masuk belum tentu kau boleh keluar...
Aku syok dengan filem nih sebab memang kau dapat rasa macam mana kau nak lari dari kenyataan bahawa kepala kau menjadi idaman seorang mafia kingpin druglord...
5. Dredd
Sebagai seorang hakim yang tak korup macam kebanyakan hakim, aku respek dan suspek Dredd sebab dia selamba...
Satu malam jahanam yang sangat jahanam pada mafia kingpin ibu ayam yang jual dadah jenis tak ingat pada orang awam yang menjadi punca Dredd dan awek Mutant tuh mengamuk kat kompleks tuh!
Ini satu filem malam jahanam yang mengajar penonton membezakan yang baik dan buruk...pengadilan dan keadilan serta kadang-kadang kau kena empati untuk memahami keadaan.
Dan tak salah kalau kau ada perasaan "kindness" sebab perasaan itulah yang akan guide kau jumpa Tuhan...sesungguhnya Tuhan dah berikan senjata paling efisyen kepada Judge Anderson untuk execute kan pengadilan kepada rakyat,...bukan dengan makan suap aje ha ha ha!