Semua orang kenal Arnold Schwarzenegger melalui filem nih...filem yang menggambarkan ketentuan dan keadaan yang pasti - manusia akan sentiasa berbunuhan sesama sendiri demi untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat dan lebih terror!
Masa ni si Arnold ni masih muda belia lagi, cakap omputih pun tak berapa fasih...jadi memang sesuai laa dia pegang watak nih sebab tak banyak bercakap...
Ini filem tentang robot dari masa depan (bukan Doraemon) yang dihantar untuk membunuh bakal pejuang negara yang akan mengalahkan robot-robot nih dalam perang masa depan...robot T-800 yang dihantar nih sangat efisyen dalam membunuh semua wira-wira negara masa depa muda belia lagi...cuma seperti biasa...ini ketentuan Tuhan...orang baik-baik tetap terpelihara...walau dalam filem sekalipun...seorang minah yang bernama Sarah Connor berjaya diselamatkan oleh seorang wira masa depan yang merupakan "bapak" kepada anak pompuan tuh - Kyle Reese. ha ha ha! how ironic!!! hang kena tengok Terminator : Salvation untuk kenal siapa dia Kyle Reese nih!
Installment keduanya pula mengambil Schwarzenegger sebagai robot yang dah insaf dan bertaubat...ha ha ha!! Dia kembali kepada keadaan John Connor ketika berusia belasan tahun untuk selamatkan budak tu dari kena bunuh dek seekor lagi T-1000 yang sangat advance. Dalam filem kedua ni kita akan lihat hubungan antara robot dengan mamat bernama John Connor nih dan bagaimana seekor robot diajar dek mamat John Connor ni tentang anomali ketiga matematik yang sangat konsisten dalam kehidupan manusia...makanya tak mustahil bahawa seekor robot pun boleh diajar berkasih sayang walaupun dalam filem!
Filem ini juga memberikan bayangan PERANG BESAR antara manusia dan robot di mana mak dan anak yang dikatakan bakal menyelamatkan dunia dari kucar kacir ini telah berjaya menjahanamkan sistem awal robotik yang katanya diambil dari bekas tangan robotik robot yang mampus dalam filem sebelumnya...ternyata James Cameroon berjaya menampakkan elemen chain reaction yang sangat cantik dan boleh diterima akal waras...dan sebenarnya ini menunjukkan bahawa...ketentuan tu kau tak boleh elak...kau buatlah macam mana pun...takdir itu pasti berlaku!!!
Filem ketiga dan terakhir yang dilakonkan dek pakcik Schwarzenegger nih ialah filem yang menutup simbolik-simbolik dan bayangan-bayangan pada kemelut kemanusiaan dan kerobotan yang mana akhirnya takdir itu tak boleh nak dielak lagi.
Macam biasa, filem nih mesti lah ada elemen-elemen suspen yang melampau dan tahap-tahap gaduh aksi gaban yang tak boleh nak blah.
Filem ini juga seolah-olah mengangkat konsep feminisme bilamana robot pompuan yang sangat jelita menjadi robot pemangsa yang diarahkan membunuh wira-wira masa depan dari zaman silam ha ha ha ha@ skima nya aku!
Macam biasa juga, John Connor masa nih dah muda belia, dia merasa keliru dan confuse sebab mak dia pun dah tak ada dan dia sorang-sorang terhoyong hayang tak ada masa depan sebab dia rasa dia dah tak ada fungsi lagi bilamana dia rasa dia dah berjaya mengelakkan berlakunya Judgment Day dalam filem sebelumnya...dan dia rasa macam...sial...ha ha ha!! dan akhirnya ketika dia dok memecah masuk klinik vet untuk melepaskan gian...malam jahanam tu menyatakan pada dia bahawa - YOUR TIME HAS COME!!!
dan akhirnya...dia terpaksa redho dengan kenyataan bahawa...dialah manusia yang Tuhan dah pilih untuk mengepalai manusia-manusia lain untuk menjahanamkan robot-robot puaka yang jahat...ha ha ha ha!!!
Filem terakhir ini adalah antara filem yang sangat mengesankan kerana di dalam filem ni kita akan kenal siapa dia John Connor dan apa maksud Salvation dalam filem nih...
Seorang death row inmate bernama Marcus Wright telah bersetuju untuk menjadi bahan ujikaji sebelum dia dijatuhkan hukuman mati...dan dia akhirnya terkejut dan terjaga bilamana dia melihat dunia di sekeliling dia dah jahanam...mamat nih merasa sangat confuse dan cuba mencari jawaban...sehinggalah dia berjumpa dengan seorang budak remaja bernama Kyle Reese yang sangat kuat semangat dan berjati diri tegar ha ha ha!!!
Depa dua orang nih akhirnya berjumpa dengan seorang lagi hero kita yang akan mengubah semua benda menjadi baik-baik saja...ha ha ha!! John Connor masa tu dah jadi kepala kapal yang sangat disegani...
Antara empat filem Terminator nih, aku rasa banyak pengajaran aku dapat dari last installment filem nih sebab filem ni mengajar bahawa - the past, the present, the future ialah satu gabungan chain reaction yang perlu didokong oleh ketentuan yang azali.
Kalau Marcus Wright tak terjaga dari tidurnya (the past), sudah pasti dia tak akan berjumpa dengan Kyle Reese (the present) dan mendermakan jantungnya buat bekalan kepada pemimpin kemanusiaan masa depan. John Connor (the future)...serius aku menangis masa tengok mamat ni sanggup korbankan diri dia untuk keselamatan seorang pemimpin agung bernama John Connor...
dan sebenarnya aku belajar satu perkara bahawa...semua ketentuan tu telah dinyatakan dan kepada yang percaya Tuhan...tak usah risau...Salvation kau dah Tuhan sediakan sama jugak macam watak dalam filem nih yang sangat...
Subhanallah!!!