Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Seventh Son Of The Seventh Son...dongeng paperback yang menakutkan!


Aku adalah anak ketujuh dari lapan org adik beradik, dulu memang aku berangan nak jadi superhero, penyelamat dunia (kononnya) sehingga menjadi kedengkian ramai org...ha ha ha ha!!! Tapi itu cerita lama, cerita aku zaman bebudak...kini aku adalah seorang manusia yang realistik, praktikal dan kurang nak percaya dongeng terutama dongeng kafir.

Pertama kali aku mendengar perihal Seventh Son Of The Seventh Son adalah dari lagu Iron Maiden, katanya mengambil inspirasi dari kisah dalam Bible (tapi aku cari tak jumpa pun?), akhirnya aku dapat tau yang watak tu adalah kisah dongengan sama macam citer Lord Of The Rings...

Nombor tujuh memang unik, Steve Vai pun minat nombor tujuh, ada org cakap nombor tujuh adalah “turning point” bagi sebuah peristiwa, dunia dan cakerawala terlihat dan wujud pada hari yang ketujuh, org Yahudi cakap pada hari keenam Tuhan “berehat”. Tapi sebenarnya depa salah...ALLAH SWT tidak memerlukan “rehat”...”rehat” sebenarnya adalah REALITI makhluk ciptaannya...MAHA SUCI ALLAH dari SIFAT MakhlukNya.

Ada riwayat yang aku dengar, manusia telah ditanya oleh Malaikat sebanyak TUJUH kali sebelum mereka dikeluarkan dari “tempat” mereka. Dan kita pun tak tahu mengapa ada TUJUH benua? TUJUH keajaiban dunia? TUJUH petala langit dan bumi? Semuanya TUJUH!

Cuba kita tgk bentuk nombor TUJUH itu sendiri...macam bentuk seolah manusia sedang melakukan RUKUK kan? Dalam sembahyang?? Sebenarnya tak ramai tahu RAHSIA disebalik RUKUK dan SUJUD yang selalu ALLAH sebut dalam Quran...sebenarnya apa-apa perkara yang ALLAH selalu ulang-ulang dan sebut-sebut, banyak rahsianya...dan hanya yang beriman sahaja yang akan memahaminya.

Filem Seekers (setelah mukaddimah yang mengarut!) adalah salah satu dari propaganda nombor tujuh..seorang budak yang berketurunan mulia dan terpuji telah diangkat menjadi “saviour” ketika umurnya 14 tahun (ada surprise di sebalik umur dia!)...salah seorang dari “elders” yang terpuji mengatakan – “you are the seventh son of the seventh son” (tapi yang peliknya dia ada adik pompuan!), budak ni tak mengaku dia adalah the seventh son sebab dia congak punya congak...abang dia ada lima org dan dia adalah anak keenam berturut-turut dalam salasilah adik beradiknya...sehinggalah elders tu cakap, “kau ada abang kembar”...kah kah kah!!!

Aku confuse pada mulanya kenapa dia menyedari dia ada power semasa umurnya 14 tahun...tapi setelah aku mengetahui bahawa dia adalah salah seorang dari kembar yang mana abangnya telah diculik oleh “makhluk asing”...maka aku akhirnya memahami bahawa 14 adalah hasil dari kembar bernombor tujuh = 7 + 7 = 14. Memang seronok mencongak dengan nombor ni...itu baru basic aje tu...aku agak org macam Emmet Butterfingers mesti lebih faham teoretika matematika ni...ha ha ha!!!

Memang best juga tgk cerita ni, pasal banyak benda mengarut aku belajar perihal nombor...itu sebabnya dalam Islam main nombor ekor adalah di larang, baru aku tau sebabnya...sebab Tuhan dah bagi Grand DesignNya dalam nombor-nombor tu...cuba kita bayangkan kenapa ada riwayat menyatakan Tuhan suka nombor ganjil?? Atau untuk tidak lebih keterlaluan, kebanyakan rahsia Tuhan adalah tergolong dalam nombor ganjil...kenapa org suka sangat nak jadi Number One, not two, not three???


Kenapa Ahmad Dhani letak nombor 19 dekat nama band dia??? Welcome to...The Twilight Zone!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...