Disclaimer!

SILA GELAK SEPUAS HATI ANDA BILA MEMBACA BLOG SAYA...SAYA TIDAK MERASA OFFENDED SEDIKIT PUN...MALAH SAYA BERSYUKUR KERANA BERJAYA MENGHIBURKAN HATI ANDA DAN MEMBAWA SINAR BARU DALAM HIDUP ANDA...

I BELIEVE IN THE POWER OF GOOD AND EVIL AND WHAT YOU DID (LAUGHING YOUR ASS OFF AT MY BLOG) WAS SOMEHOW A BLESSING FOR ME...SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAHU SAYA TIDAK KESEORANGAN DI DUNIA INI...SAYA ADA ANDA YANG GELAK PADA BLOG SAYA...

PLEASE DO NOT WORSHIP ME, I AM NO GOD...YOU ARE A GOD OF YOUR OWN SELF AND YOU SHOULD BE PROUD OF YOURSELF...I AM NOT MADE TO BE WORSHIPPED, IF YOU FOUND THAT I AMAZES YOU WITH MY STUPID ANECDOTE, BE AWARE THAT YOU ARE NOT AMAZED AT ME, BUT YOU ARE AMAZED AT GOD HIMSELF...SETELAH MENDAPAT HIKMAH MAKA PUJILAH TUHANMU...ALHAMDULILLAH...ITU AJE PERMINTAAN SAYA...


Notting Hill...boy meets a famous girl...

satu-satunya filem yang selalu disuapkan ke dalam dvd player aku. entah kenapa aku pun tak tau, aku ni bukanlah seorang mamat bunga yang suka filem-filem cinta...errr...tapi ini bukan filem cinta...ini filem "antara dua darjat"...garapan karakter-karakter british dalam filem ini memang amat berguna untuk kita membuat kajian dan analisis tentang cara dan gaya hidup bekas penjajah...he he he!

okay enough about that.

hugh grant tetap dengan gaya selamba seperti dalam filem-filam sebelumnya, entah kenapa aku cukup meminati lakonan mamat british nih, dari two weeks notice sampailah bridget jones diary...lakonan dia memang...bersahaja.

filem ini dibuka dengan bebelan william thacker tentang diri dia, tempat tinggal dia dan bagaimana satu hari yang bersejarah telah mengubah hidup dia buat selama-lamanya.


aku yakin filem ni ialah modern version fairy tale yang akan mempengaruhi kita untuk berangan-angan..."kalaulah aku dapat kawin dengan orang yang famous"...

mungkin dari satu sudut cerita ni macam dongeng, tapi kekuatan filem ni yang membuatkan aku selalu menontonnya ialah dua karakter manusia yang amat berbeza, seorang artis terkenal yang hot headed dan gelojoh dan seorang lelaki kelas menengah yang simple, penyabar, kalut dan selamber (nilai yang seringkali digilai oleh perempuan-perempuan) ...melihat william thacker, mungkin dalam hati anna scott, dia fikir "aahhhh, so adorable, like a lost puppy this william guy", pertama kali apabila dia masuk ke apartment mamat tu untuk menukar baju...lantas...ha ha ha! gelojoh betul! tapi apa mau kisah itu budaya depa.

macam mana ye kalau seorang artis famous gila kat engkau? apa perasaan engkau? ha ha ha ha!

mesej dari filem ini yang aku amat terkesan sampai sekarang...bak kata anna scott dalam filem ni - "kemasyhuran tu tak ada makna, really"...ya! kemasyhuran, kehebatan tak ada makna sebab manusia akan menjadi lemah, hina dan merempat kerana CINTA! ha ha ha ha!!

Wikipedia

Search results

Powered By Blogger

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...